tugasan sem1 2015 2016

FEM 3203 Teknologi Maklumat, Globalisasi dan Kualiti Hidup SEMESTER 1, 2015-2016 Pensyarah: Dr. Syuhaily Osman Jabatan ...

1 downloads 31 Views 246KB Size
FEM 3203 Teknologi Maklumat, Globalisasi dan Kualiti Hidup

SEMESTER 1, 2015-2016 Pensyarah: Dr. Syuhaily Osman Jabatan PengurusanPensyarah: Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM Emel: [email protected]

Tugasan Individu (35%)

Tujuan: Tujuan tugasan ini adalah untuk membuatkan pelajar berfikir, menganalisis dan membuat laporan tentang pengaruh globalisasi/ICT yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian, di samping menilai kesan pengaruh tersebut implikasinya terhadap kualiti hidup.

Perlaksanaan tugasan: Setiap pelajar perlu memilih satu daripada persoalan/isu yang disenaraikan di bawah untuk dijadikan topik tugasan. Berdasarkan kepada persoalan/isu yang dipilih, hasil tugasan perlu dipersembahkan dalam tiga bentuk berikut: a. Penulisan kertas kerja (15%) b. Ringkasan tugasan - yang dibuat dalam bentuk “newsletter”, brosur, pamplet dsb. yang sesuai (10%) c. Pembentangan (10%)

Persoalan/isu perbincangan: 1.

Perbandingan teknologi dahulu dan sekarang dan kesannya ke atas kualiti hidup.

2.

Bezakan indeks-indeks berkaitan kualiti hidup di ngera lain dengan IKRM (Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia).

3.

Adakah terdapat perbezaan kualiti hidup dulu dan sekarang?

4.

Isu “copy and paste”/ “plagiarism” dalam pembelajaran.

5.

Apakah/Bagaimanakah kesan globalisasi ke atas kanak-kanak?

6.

Perbandingan kualiti hidup mengikut pelbagai negara?

7.

Sejauhmanakah globalisasi mengubah nilai masyarakat Malaysia?

8.

Sejauhmanakah perkembangan teknologi memberi kesan kepada budaya masyarakat di Malaysia?

9.

Apakah isu-isu berkait dengan teknologi/globalisasi yang menjadi kontroversi di Malaysia? Apakah puncanya?

Penulisan Kertas Kerja -

Format: Tidak melebihi 20 mukasurat (tidak termasuk rujukan dan lampiran); double spacing, font: Times New Roman, saiz 12. Kesalahan teknikal (termasuk ejaan, ayat dsb.) mestilah sifar. Cetak – kedua-dua belah muka surat (PEMBUDAYAAN GAYA HIDUP LESTARI) Bind dengan tidak menggunakan sebarang plastik samada di bahagian depan atau belakang (PEMBUDAYAAN GAYA HIDUP LESTARI)

Ringkasan tugasan - dalam bentuk “newsletter”, brosur, pamplet dsb. Kreativiti pelajar adalah sangat penting dalam merealisasikan tugasan dalam bentuk ini. Setiap pelajar bebas memilih mana-mana bentuk yang dirasakan sesuai dengan bahan yang terdapat dalam hasil penulisan kertas kerja masing-masing. Tiada format yang boleh ditentukan di sini kerana ia bergantung kepada bentuk hasil akhir yang dipilih oleh pelajar. Oleh itu, dalam hal ini, setiap pelajar perlu membuat “penyelidikan” sendiri untuk mencari format yang bersesuaian.

Pembentangan: Pelajar perlu menyediakan slaid "pembentangan" daripada tugasan di atas – markah akan diberi kepada isi, persembahan dan kreativiti serta tarikan pada "pembentangan". Seterusnya, pelajar perlu menghantar salinan slaid "pembentangan" kepada pensyarah bersekali dengan kertas kerja (letakkan di belakang kertas kerja). Anggaran pembentangan (dengan andaian – jika dibuat di dalam kelas) adalah dalam tempoh 8 hingga 10 minit maksimum. Pembentangan boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti melalui penggunaan Prezi, powerpoint dan sebagainya yang sesuai sebagai pembentangan di dalam kelas. Pembentangan itu akan digredkan kepada pemahaman pelajar terhadap konsep pengaruh globalisasi/ICT yang berkaitan, keupayaan untuk merumuskan secara ringkas proses yang berlaku, dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan jelas dalam tempoh masa yang singkat.

Pemberian markah: Secara keseluruhannya, penilaian akan dibuat terhadap intergriti pelajar dalam membincangkan persoalan/isu yang dipilih di samping kreativiti yang ditonjolkan serta keupayaan pelajar untuk membincangkannya dengan jelas dan berkesan.

Tarikh penghantaran tugasan: Bagi penulisan kertas kerja dan ringkasan tugasan, ianya perlu dihantar sebelum/pada 4hb. Disember 2015 (Jumaat).

Selamat Menjalankan Tugasan !!! Usaha Gigih dan Tulen Membawa Kejayaan dan Keberkatan ☺!!!