tugasan sem 1 2013 2014

FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP SEMESTER PERTAMA 2013-2014 TUGASAN (30%) Tugasan kursus bagi...

4 downloads 161 Views 122KB Size
FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP

SEMESTER PERTAMA 2013-2014 TUGASAN (30%) Tugasan kursus bagi semester ini melibatkan tiga bentuk yang penting, seperti mana yang dihuraikan di bawah: 1. Ulasan Artikel (5%) Pelajar diminta untuk mencari satu artikel jurnal yang berkaitan dengan kualiti hidup. Bincangkan (~ 2 muka surat) pendekatan yang digunakan oleh pengarang di dalam kajiannya. Lampirkan bersama artikel yang digunakan. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini adalah pada minggu ke-6 semester pengajian, iaitu selewat-lewatnya pada 18 Oktober 2013. Tugasan yang dihantar lewat tidak akan diterima atau diberi markah. 2. Penulisan Kertas Kerja (20%) Arahan: -

Pilih 1 persoalan/isu sahaja sahaja. Format: Tidak melebihi 25 mukasurat; double spacing, font: Times New Roman, saiz 12. Kesalahan teknikal (termasuk ejaan, ayat dsb.) mestilah sifar. Cetak – kedua-dua belah muka surat – PEMBUDAYAAN GAYA HIDUP LESTARI Bind dengan tidak menggunakan sebarang plastik samada di bahagian depan atau belakang – PEMBUDAYAAN GAYA HIDUP LESTARI

Persoalan/isu perbincangan:



Adakah globalisasi menyebabkan kemiskinan?



Adakah globalisasi mengurangkan kepelbagaian budaya?



Bolehkah globalisasi dikawal?



Mengapa kebolehsampaian kepada teknologi komunikasi dan maklumat penting kepada keluarga dan komuniti?



Adakah globalisasi menyemarakkan nasionalisma, reaksi budaya, dan keganasan?

1



Adakah teknologi komunikasi dan maklumat meningkatkan kebebasan individu dan menggalakkan demokrasi?



Bagaimanakah globalisasi and ICT mempengaruhi perlakuan kita?



Apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan terhadap penggunaan ICT? Bagaimanakah mereka mempengaruhi?



Bagaimanakah globalisasi dan ICT mempengaruhi nilai dan gaya hidup remaja Malaysia?



Apakah

corak

penggunaan

ICT

dalam

kalangan

isirumah

di

Malaysia?

Bagaimanakah ia boleh dikaitkan dengan kualiti hidup isirumah? 

Apakah/Bagaimanakah kesan globalisasi ke atas kanak-kanak?

Nota: 

Tajuk yang dicadangkan di atas merupakan persoalan/isu umum sahaja. Pelajar bebas untuk membuat perbincangan yang khusus berkaitan dengan persoalan/isu yang dipilih.



Tugasan ini mengkehendaki pelajar untuk membuat liputan kajian literatur yang komprehensif berkenaan persoalan/isu yang dipilih melalui rujukan di jurnal tempatan dan antarabangsa atau pelbagai buku rujukan yang bersesuaian.



Pelajar dibenarkan untuk memetik fakta dari sumber seperti majalah, surat khabar, buletin pengguna dan sebagainya sebagai sumber sampingan.



Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa 50% dari rujukan yang digunakan mestilah berbentuk artikel jurnal dan pelajar adalah digalakkan untuk merujuk kepada artikel terkini dari jurnal yang digunakan (i.e., 2008 ke atas).



Rujukan utama yang digunakan perlu dilampirkan bersama-sama tugasan ini. Tiada minimum atau maksimum bagi rujukan yang digunakan.

Berikut adalah rangka kandungan penulisan kertas kerja: 1. Pengenalan - objektif - penerangan ringkas tentang topik perbincangan

- (3 markah)

2. -

- (10 markah)

Isi Kandungan isi-isi penting perbincangan mengikut sub-topik yang bersesuaian rujukan yang betul dan tidak meniru (plagiat)

2

3. Kesimpulan

- (2 markah)

4. Senarai rujukan - mengikut format APA - mesti “tally” dengan “quotation” dalam penulisan

- (5 markah)

5. Lampiran bahan rujukan utama – markah akan ditolak (maksimum 5 markah) jika tiada lampiran dibuat. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini adalah pada 2 minggu sebelum peperiksaan akhir. Tugasan yang dihantar lewat tidak akan diterima atau diberi markah. Pembentangan (5%) - Melibatkan perkara penting, iaitu: 1. Menyediakan slaid "powerpoint" daripada tugasan kedua di atas iaitu "penulisan kertas kerja" – markah akan diberi kepada isi, persembahan dan kreativiti serta tarikan pada "powerpoint". - Setiap pelajar perlu menghantar salinan slaid "powerpoint" kepada pensyarah bersekali dengan kertas kerja (letakkan di belakang kertas kerja). Dr. Syuhaily Osman Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia 43400 UPM Serdang Selangor e-mail: [email protected] Tel: 03-89467119 H/P: 012-3838745

3