Tugasan KOC3301

Sinopsis Kursus & Arahan Tugasan KOC3301 (Pengenalan Komunikasi Korporat) Semester 1 Sesi 2015/2016 Hasil Pembelajaran P...

5 downloads 173 Views 150KB Size
Sinopsis Kursus & Arahan Tugasan KOC3301 (Pengenalan Komunikasi Korporat) Semester 1 Sesi 2015/2016 Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. mengenal pasti kaedah komunikasi korporat yang diamalkan oleh organisasi (C4) 2. menghuraikan strategi komunikasi korporat yang diamalkan oleh organisasi (P2) 3. menilai amalan komunikasi korporat berdasarkan kajian kes terhadap operasi organisasi (A3) 4. mengurus maklumat komunikasi sesuai dengan khalayak organisasi (LL, CS)

Sinopsis Kursus ini merangkumi konsep, perkembangan dan amalan komunikasi korporat dalam organisasi. (This course covers the concept, development and practice of corporate communication in organization).

Penilaian Kerja Kursus Peperiksaan Akhir

60% 40%

Tugasan (TIGA Tugasan Individu) Setiap tugasan MESTI diserahkan pada ATAU sebelum tarikh berikut: 1. Tugasan 1-15% (30 Oktober 2015) 2. Tugasan 2-20% (30 November 2015) 3. Tugasan 3-25% (30 Disember 2015) SEMUA tugasan (soft copy DAN hard copy) MESTI mengandungi maklumat pelajar yang lengkap: 1. Nama dan Nombor Matrik Pelajar 2. Nombor Kod dan Nama Kursus (KOC3301- Pengenalan Komunikasi Korporat) 3. Nama Pensyarah (Dr. Muhamad Rosli Selamat) 4. Nombor dan Tajuk Tugasan Salinan keras (hard copy) tugasan MESTI diserah terus kepada UPMET (Unit Tugasan) pada atau sebelum tarikh akhir serahan. Tiada markah yang akan diberi untuk tugasan yang diserah selepas tarikh akhir serahan. Salinan lembut (soft copy) tuagasan MESTI diserah kepada Pensyarah pada atau sebelum tarikh akhir serahan di alamat emel yang berikut:

[email protected]

Peperiksaan TIADA peperiksaan pertengahan semester untuk kursus ini. Peperiksaan akhir akan diadakan berdasarkan tarikh yang ditetapkan oleh pihak UPMET.

Tajuk Tugasan Tugasan 1 (Individu) Tarikh akhir Nilai Panjang Rujukan

: : : :

Tajuk

:

30 Oktober 2015 15% Minimum 10 muka surat Kertas Saiz A4: Bertaip – langkau 2) Minimum 20 bahan bertulis dari semua jenis bahan penerbitan dengan rujukan lengkap menggunakan American Psychological Association (APA) citation style. Format rujukan ini boleh diakses melalui enjin carian internet google atau yahoo. “Definisi Komunikasi Korporat” Tugasan ini diformat kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, definisi komunikasi korporat dan kesimpulan. 1.0 2.0 3.0

Pengenalan Definisi Komunikasi Korporat Kesimpulan

Bahagian definisi komunikasi korporat mesti dikemukakan dalam format berikut: Bil.

Tahun

Nama Sarjana

Definisi Komunikasi Korporat

Maklumat Rujukan Menggunakan APA Citation Style

1. 2. 3… 20.

Kaedah Penyediaan Tugasan 1 Rujuk sekurang-kurangnya 20 bahan bertulis (sama ada buku ATAU jurnal ATAU artikel ATAU kertas kerja). Salin 20 definisi komunikasi korporat yang dikemukakan oleh sarjana melalui bahan-bahan penerbitan berkenaan mengikut susunan tahun penerbitannya seperti format di atas. Rujukan utama boleh didapati melalui koleksi bahan penerbitan yang terdapat dalam perpustakaan UPM secara atas talian (online). Jika anda ada masalah dengan rujukan ini harap anda hubungi pihak perpustakaan UPM mengenai rujukan atas talian tersebut. Anda juga boleh merujuk bahan-bahan penerbitan di atas menggunakan sumber anda sendiri. Tugasan tersebut perlu anda mulakan dengan memberi pengenalan kepada tajuk tugasan, kemudiannya senarai definisi dan perlu diberi kesimpulan, iaitu dengan merumuskan definisidefinisi yang telah anda senaraikan menggunakan ayat sendiri. 2

Tugasan 2 (Individu) Tarikh akhir Nilai Panjang Rujukan

: : : :

Tajuk

:

30 November 2015 20% Minimum 12 muka surat Kertas Saiz A4: Bertaip – langkau 2) Minimum 20 bahan bertulis dari semua jenis bahan penerbitan dengan rujukan lengkap menggunakan American Psychological Association (APA) citation style. Format rujukan ini boleh diakses melalui enjin carian internet google atau yahoo. “Kepentingan Komunikasi Korporat dalam Organisasi” Tugasan ini diformat kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, perbincangan mengenai kepentingan komunikasi korporat dalam organisasi, dan kesimpulan. 1.0 2.0

3.0

Pengenalan Kepentingan Komunikasi Korporat dalam Organisasi 2.1 Sub-tajuk 1 2.2 Sub-tajuk 2 2.3 Sub-tajuk 3 (Sub-tajuk seterusnya boleh ditambah) Kesimpulan

Bahagian kepentingan komunikasi korporat dalam organisasi mesti dibincang dan diulas berdasarkan 20 rujukan bertulis mengenai perkara tersebut,

Tugasan 3 (Individu) Tarikh akhir Nilai Panjang Rujukan

: : : :

Tajuk

:

Hasil Akhir

:

30 Disember 2015 25% Minimum 15 halaman (Kertas Saiz A4: Bertaip – langkau 2) Pilih SATU organisasi kerajaan di daerah/negeri anda tinggal. Nyatakan secara ringkas profil organisasi tersebut. Buat TEMUBUAL dengan pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan dan pemantauan aktiviti komunikasi korporat di organisasi tersebut. Buat Ulasan mengenai aktiviti komunikasi korporat yang digunakan oleh ORGANISASI yang anda pilih. Ulasan anda MESTI mengandungi maklumat mengenai JENIS AKTIVITI, TUJUAN AKTIVITI, KEKERAPAN AKTIVITI, CORAK AUDIENS DAN buat ulasan mengenai KEBERKESANAN AKTIVITI KOMUNIKASI KORPORAT yang dilaksanakan oleh organisasi berkenaan. Tugasan ini MESTI mengandungi ulasan terhadap temubual dengan pegawai bertanggungjawab terhadap aktiviti komunikasi korporat yang diamalkan oleh sebuah ORGANISASI kerajaan yang dipilih. Ulasan MESTI mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam tajuk.

p/s Rujukan MESTI ditulis menggunakan kaedah footnote dan disenaraikan dalam bibliografi berdasarkan the American Psychological Association (APA) Citation Style. Gaya ini boleh disemak dalam internet menggunakan enjin carian Yahoo atau Google. 3