TUGASAN INDIVIDU FEM3106 2016 2017 PJJ

TUGASAN INDIVIDU SEMESTER KEDUA 2016/2017 POLISI SOSIAL & UNDANG-UNDANG (FEM3106) A. Panduan Tugasan 1. Pelajar perlu me...

0 downloads 126 Views 73KB Size
TUGASAN INDIVIDU SEMESTER KEDUA 2016/2017 POLISI SOSIAL & UNDANG-UNDANG (FEM3106) A. Panduan Tugasan 1. Pelajar perlu menyediakan satu penulisan akademik. 2. Penulisan ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengenalpasti isu perundangan yang berlaku di Malaysia serta menganalisis berdasarkan konteks kajian tentang kesan undang-undang terhadap kesejahteraan manusia. 3. Pelajar dikehendaki memilih 1 isu terkini dalam masyarakat serta mempunyai kaitan dengan polisi sosial & undang-undang. 4. Pelajar boleh mendapatkan maklumat tentang isu yang dikaji daripada pencarian literatur di perpustakaan atau secara online. 5. Pelajar juga boleh melawat agensi-agensi yang berkaitan dengan isu yang dikaji untuk mendapatkan maklumat tambahan. Contohnya melawat Pusat Perlindungan Wanita untuk isu keganasan rumahtangga. B. Bahagian Penulisan 1. Pengenalan isu: Huraikan tentang tajuk yang dipilih. Laporan statistik terkini merupakan kriteria penting bahagian ini. 2. Undang-undang/polisi yang berkaitan dengan isu yang dikaji: Huraikan tentang peruntukan undang-undang atau dasar yang berkaitan, adakah terdapat masalah dalam pelaksanaan undang-undang tersebut, dan kesannya terhadap masyarakat atau pihak-pihak yang berkenaan. 3. Cadangan dan kesimpulan 4. Rujukan C. Markah 1. Pengenalan - 30 markah 2. Undang-undang/dasar – 30 markah 3. Cadangan dan kesimpulan – 30 markah 4. Rujukan – 10 markah 5. Keseluruhan markah ialah 100 yang akan ditukarkan kepada 30%. D. Format Penulisan 1. Penulisan akademik – A4, times new roman, saiz 12, selang 1.5 baris 2. Penulisan sebanyak 15 hingga 20 muka surat tidak termasuk senarai rujukan 3. Rujuk APA style untuk format senarai rujukan E. Serahan Tugasan 1. Tarikh akhir penyerahan tugasan ialah pada minggu ke 10 semester, 5 Mei 2017. 2. Pelajar wajib emel soft copy tugasan kepada pensyarah [email protected] 3. Hard copy perlu dihantar kepada UPMet seperti biasa.