Tugasan FEM3203 Sem 1 Sesi 2014 15

FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP TUGASAN INDIVIDU 1 Kertas Kerja – Diari Harian – Pengaruh ...

0 downloads 159 Views 374KB Size
FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP TUGASAN INDIVIDU

1

Kertas Kerja – Diari Harian – Pengaruh Globalisasi/ICT (20 markah) Tujuan tugasan ini adalah untuk membuatkan pelajar berfikir, menganalisis dan membuat laporan tentang pengaruh globalisasi/ICT yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tugasan ini mempunyai tiga matlamat: memahami pengaruh globalisasi/ICT di sebalik perjalanan kehidupan anda, memahami kesan pengaruh tersebut, dan memberikan anda peluang untuk menilai implikasi terhadap kualiti hidup anda.

Kaedah menjalankan tugasan adalah seperti berikut: 1. Bagi tempoh DUA (2) MINGGU, anda mesti menyimpan diari kehidupan yang anda lalui seharian. Kehidupan ini boleh dilihat dari pelbagai sudut (mengikut pengalaman sendiri) seperti dari segi pembelian, komunikasi, pembelajaran, gaya hidup dan sebagainya yang melibatkan aspek globalisasi dan/atau ICT. Sudut kehidupan ini mestilah yang dirasakan sesuai oleh pelajar dan menarik (i.e., mengandungi pengajaran) untuk dibincangkan. Cth: bagi aspek pembelian – diari ini akan melibatkan satu penyenaraian produk, bila, dan di mana anda membuat pembelian. Lakukan ini setiap hari (hari bekerja sahaja). 2. Pada akhir setiap minggu, cari tiga (3) bahan yang sesuai (cth: pembelian – produk; komunikasi – jenis dan bentuk komunikasi dsb.) yang anda rasa paling kerap atau konsisten digunakan, kemudian fikir kembali pada hujung minggu tersebut dan analisis: a) Mengapa anda membeli lagi produk tersebut (bagi contoh pembelian) / Apakah tujuan anda melakukan komunikasi tersebut dan dengan siapa? b) Apakah perkara positif dan/atau negatif yang terhasil daripada pembelian produk/komunikasi (dsb.) tersebut? c) Bagaimanakah kepuasan/ketidakpuasan yang anda rasai hasil daripada pembelian/komunikasi (dsb.) tersebut? d) Apakah implikasi bentuk, cara komunikasi dsb. (bagi contoh komunikasi) ke atas kualiti kehidupan anda di masa akan datang? 3. Pada akhir tempoh dua (2) minggu, berdasarkan tiga (3) bahan yang dipilih dalam #2 di atas, lakukan analisis tentang pengaruh globalisasi dan/atau ICT serta aplikasinya yang boleh memberi kesan ke atas kualiti hidup anda. Nyatakan sebab-sebab tertentu mengapa anda fikir ia adalah perkara yang paling mempengaruhi dalam konteks kehidupan yang dipilih.

2

Panjang maksimum setiap kertas tugasan adalah 15 muka surat yang menggunakan selang dua baris (double spacing), dengan margin 1 inci dan saiz font 12 Times New Roman. Diari perlu dilampirkan bersama.

Pemarkahan akan dibuat berdasarkan kepada tiga kriteria utama: 1.

Keupayaan anda untuk merumuskan secara ringkas aplikasi globalisasi/ICT berkaitan. - anda mesti menunjukkan bahawa anda memahami proses yang terlibat dan bagaimana ia berfungsi.

2.

Keupayaan anda untuk membincangkan dengan berkesan aplikasinya dalam kehidupan anda. - anda perlu berupaya menunjukkan secara khusus bagaimana ia terpakai kepada aspek kehidupan yang dipilih.

3.

Kejelasan dan keberkesanan komunikasi anda berbanding dengan orang lain di dalam kelas. - dalam hal ini, gaya penulisan adalah sangat penting kerana ia adalah sebahagian daripada komunikasi yang berkesan. Kreativiti pelajar dalam melakukan analisis sangat dititik beratkan.

Semua pelajar akan memulakan tugasan ini pada 22hb. September akhir mesti termasuk perbincangan lengkap dua minggu tugasan anda.

2014. Kertas

Tarikh akhir penghantaran tugasan adalah pada 3hb. Disember 2014.

Pembentangan (10 markah) - Melibatkan perkara penting, iaitu: 1. Menyediakan slaid "pembentangan" daripada tugasan di atas – markah akan diberi kepada isi, persembahan dan kreativiti serta tarikan pada "pembentangan".

- Setiap pelajar perlu menghantar salinan slaid "pembentangan" kepada pensyarah bersekali dengan kertas kerja (letakkan di belakang kertas kerja).

3

Setiap pelajar perlu memilih salah satu daripada bahan dalam tugasan masing-masing (yang mana anda pilih adalah terpulang kepada diri masing-masing). Anggaran pembentangan (dengan andaian – jika dibuat di dalam kelas) adalah dalam tempoh 8 hingga 10 minit maksimum. Pembentangan boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti melalui penggunaan Prezi, powerpoint dan sebagainya yang sesuai sebagai pembentangan di dalam kelas. Pembentangan itu akan digredkan kepada pemahaman anda terhadap konsep pengaruh globalisasi/ICT yang berkaitan, keupayaan anda untuk merumuskan secara ringkas proses yang berlaku, dan keupayaan anda untuk berkomunikasi dengan jelas dalam tempoh masa yang singkat.

Dr. Syuhaily Osman Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia 43400 UPM Serdang Selangor e-mail: [email protected] Tel: 03-89467109 H/P: 012-3838745

4