Tugasan BBM3202 PPGPJJ 2013

DESKRIPSI TUGASAN BBM3202: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Pilih salah satu daripada tajuk di bawah: 1. Aspek...

7 downloads 111 Views 92KB Size
DESKRIPSI TUGASAN BBM3202: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK Pilih salah satu daripada tajuk di bawah: 1.

Aspek Fonologi Dialek/Bahasa … Contoh: Aspek Fonologi Dialek Kedah

2.

Aspek Fonologi Dialek/Bahasa ... dalam Bidang ... Contoh: Aspek Fonologi Dialek Perak dalam Bidang Pertanian

3.

Perbandingan Aspek Fonologi Dialek/Bahasa ... dan ... Contoh: Perbandingan Aspek Fonologi Dialek Kelantan dan Terengganu

TUGASAN 1 1. 2.

Berdasarkan salah tajuk di atas, sila kemukakan cadangan penyelidikan untuk tugasan. Cadangan penyelidikan ini hendaklah mengandungi: i.

Tajuk (lihat contoh tajuk di atas), nama, nombor matrik, kod dan nama kursus serta nama program. ii. Permasalahan kajian (lihat format 1.1 dalam tugasan 2) iii. Objektif kajian (lihat format 1.2 dalam tugasan 2) 3. 4. 5. 6.

Cadangan penyelidikan ini dibuat secara individu. Panjang kertas kerja ialah antara 100 hingga 200 patah perkataan (1-2 halaman) yang bertaip dua langkau setiap baris. Tugasan 1 hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada minggu ke-6 atau dalam pertemuan bersemuka kedua melalui e-mel [email protected] dan bercetak. Markah penuh ialah tugasan 1 ialah 5%.

TUGASAN 2 Buat satu kertas kerja lengkap berdasarkan cadangan penyelidikan dalam tugasan 1. FORMAT -

-

Gunakan muka hadapan tugasan yang disediakan oleh UPMET. Pastikan Tajuk, nombor matrik, nama pelajar, kod dan nama kursus, kod program, semester pengajian, dan tarikh hantar ditulis dengan jelas. Senarai kandungan (termasuk subtopik) dan halamannya.

1

1.0

Pengenalan (nyatakan aspek yang akan dianalisis seperti yang dinyatakan dalam permasalahan kajian) (2-4 hlm.). 1.1 Permasalahan kajian (mengandungi persoalan ‘bagaimana’ dan/atau ‘mengapa’ – Misalnya, mengapa hanya konsonan nasal // sahaja yang boleh hadir di akhir kata dialek Terengganu? Atau bagaimana merealisasikan konsonan nasal akhir kata dalam dialek Terengganu? Persoalan ‘apa’ sahaja, tidak mencukupi. Misalnya, apakah konsonan nasal yang boleh hadir di akhir kata dalam dialek Terengganu? 1.2 Objektif kajian (untuk menyelesaikan permasalahan kajian di atas). Untuk persoalan ‘apa’ objektifnya untuk ‘mengenal pasti’,

2.0

Sorotan kajian lalu (nyatakan kekurangan kajian lalu yang telah menimbulkan permasalahan kajian di atas) (2-4 hlm.). Metodologi (nyatakan teori yang digunakan, iaitu transformasi/fonologi generatif, pendekatan yang digunakan seperti pendekatan fonetik artikulasi/akustik, kaedah analisis seperti kualitatif/kuantitatif, dan perbandingan, kaedah pengumpulan data, misalnya kaedah kajian kepustakaan, kerja lapangan dan pemerhatian serta tatacara analisis yang dapat menghuraikan atau menjelaskan permasalahan kajian di atas). (2-4 hlm.). Hasil kajian (mengandungi pemaparan dan analisis data berdasarkan permasalahan kajian, dan hasil analisis) (8-14 hlm.). Kesimpulan (jawapan kepada permasalahan kajian dan kesimpulan hasil analisis) (1-2 hlm.).

3.0

4.0 5.0

-

-

Bibliografi (sekurang-kurangnya 10 bahan rujukan yang dinyatakan dalam teks sahaja. Ia ditulis dengan menggunakan susunan pengarang-tarikh-tajuk-tempatpenerbit mengikut abjad). Lampiran (transkripsi fonetik rakaman temu bual, CD/VCD/DVD rakaman dll).

PANDUAN    

Kertas kerja ini dibuat secara individu. Panjang kertas kerja ialah antara 4000 hingga 5000 patah perkataan. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Kertas kerja menggunakan font Rumi Times New Roman bersaiz 12 dengan jarak 2 langkau setiap baris.

PENYERAHAN  

Tugasan ini hendaklah dihantarkan dalam bentuk e-mel kepada [email protected] dan bercetak (hardcopy) asli selewat-lewatnya pada minggu ke-15 atau pertemuan bersemuka keempat. Comb binding, cover plastik atau yang berhias dengan warna-warni tidak digalakkan.

2

SKEMA MARKAH Markah penuh yang diberikan adalah 25% seperti berikut: Kategori

4

3

2

1

Markah

Isi

Semua permasalahan terjawab

14

Tiada kesalahan bahasa Maklumat disusun dengan binaan wacana yang sangat utuh dan subtajuk yang jelas Bibliografi yang sangat lengkap Mematuhi tarikh yang ditetapkan

Sebahagian kecil permasalahan terjawab Banyak kesalahan bahasa. Maklumat disusun dengan wacana yang kurang utuh dan subtajuk kurang jelas Bibliografi yang kurang lengkap Lewat dua minggu

Tiada permasalahan terjawab

Bahasa

Sebahagian besar permasalahan terjawab Kurang kesalahan bahasa Maklumat disusun dengan binaan wacana yang utuh dan subtajuk yang jelas Bibliografi yang lengkap

Format

Bibliografi

Tarikh Hantar

Lewat seminggu

Sangat banyak 4 kesalahan bahasa Maklumat 3 tidak tersusun dengan baik

Bibliografi yang tidak lengkap Selepas peperiksaan akhir

2

2

3