Tugasan BBM3202 PJJ 2016

DESKRIPSI TUGASAN BBM3202: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Pilih salah satu daripada tajuk di bawah: 1. Aspek ...

1 downloads 214 Views 100KB Size
DESKRIPSI TUGASAN BBM3202: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Pilih salah satu daripada tajuk di bawah: 1.

Aspek Fonologi Dialek/Bahasa … Contoh: Aspek Fonologi Dialek Kedah

2.

Aspek Fonologi Dialek/Bahasa ... dalam Bidang ... Contoh: Aspek Fonologi Dialek Perak dalam Bidang Pertanian

3.

Perbandingan Aspek Fonologi Dialek/Bahasa ... dan ... Contoh: Perbandingan Aspek Fonologi Dialek Kelantan dan Terengganu

Nota: Pelajar diingatkan supaya hanya membincangkan aspek fonologi sahaja, misalnya /bah/ direalisasikan sebagai [bɔh] dalam dialek Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain bukannya aspek leksikal seperti ‘banjir’ disebut ‘bah’ dalam dialek tersebut. FORMAT Gunakan muka hadapan tugasan yang disediakan oleh UPMET. Selepas muka hadapan, sila sisipkan halaman judul yang mengandungi tajuk, nama, nombor matrik, kod dan nama kursus, nama program dan semester pengajian dan tarikh hantar (lihat lampiran). Senarai kandungan (termasuk subtopik) dan halamannya. 1.0 Pengenalan (nyatakan aspek yang akan dianalisis seperti yang dinyatakan dalam permasalahan kajian) (2-4 hlm.). 1.1

Permasalahan kajian (mengandungi persoalan ‘bagaimana’ dan/atau ‘mengapa’). Misalnya, berdasarkan data dialek Terengganu, /ikan/[i.kaŋ], /ma.sam/[masaŋ] dan /hutang/[hu.taŋ] mengapa hanya konsonan nasal /ŋ/ sahaja yang boleh hadir di akhir kata? Atau bagaimana merealisasikan konsonan nasal akhir kata dalam dialek Terengganu? Persoalan ‘apa’ sahaja, tidak mencukupi. Misalnya, apakah konsonan nasal yang boleh hadir di akhir kata dalam dialek Terengganu?

1.2

Objektif kajian (untuk menyelesaikan permasalahan kajian di atas). Untuk persoalan ‘apa’ objektifnya untuk ‘mengenal pasti’, persoalan ‘bagaimana’, objektifnya untuk ‘menghuraikan’, dan persoalan ‘mengapa’, objektifnya untuk ‘menjelaskan’. Misalnya: i. ii. iii.

Mengenal pasti inventori fonem Dialek Terengganu Menghuraikan penyebaran fonem Dialek Terengganu Menjelaskan proses fonologi Dialek Terengganu

1

2.0

Sorotan Kajian (nyatakan kekurangan/percanggahan dapatan kajian lalu dan hasil pemerhatian (jika ada) yang telah menimbulkan permasalahan kajian di atas) (2-4 hlm.). 2.1 2.2 2.3

3.0

Metodologi (2-4 hlm.) 3.1

3.2 4.0

Pengumpulan Data (kaedah kajian kepustakaan/kerja lapangan/pemerhatian, pendekatan dalam pengumpulan data, iaitu pendekatan fonetik artikulasi dan auditori) Analisis Data (teori yang digunakan, iaitu Fonologi Generatif)

Hasil Kajian (mengandungi pemaparan dan analisis data berdasarkan permasalahan kajian, dan hasil analisis) (8-12 hlm.). 4.1 4.2 4.3

5.0

Kajian Inventori Fonem (Dialek Terengganu/Dialek Melayu/Bahasa Melayu) Kajian Penyebaran Fonem (Dialek Terengganu/Dialek Melayu/Bahasa Melayu) Kajian Proses Fonologi (Dialek Terengganu/Dialek Melayu/Bahasa Melayu)

Inventori Fonem Penyebaran Fonem Proses Fonologi

Kesimpulan (jawapan kepada permasalahan kajian dan kesimpulan hasil analisis) (1-2 hlm.).

- Bibliografi (sekurang-kurangnya 10 bahan rujukan yang dirujuk dan dinyatakan dalam teks sahaja. Ia ditulis dengan menggunakan susunan pengarang-tarikh-tajuk-tempatpenerbit mengikut abjad). - Lampiran (transkripsi fonetik rakaman temu bual, CD/VCD/DVD rakaman dan lainlain yang berkaitan sahaja jika ada). PANDUAN    

Kertas kerja ini dibuat secara individu. Panjang kertas kerja ialah antara 4000 hingga 5000 patah perkataan (20 hingga 25 halaman). Plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Kertas kerja menggunakan fon Arial bersaiz 11 pt Times New Roman bersaiz 12 pt dengan jarak 2 langkau setiap baris.

PENYERAHAN 



Tugasan ini hendaklah dihantarkan dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan yang asli ke pusat pembelajaran masing-masing berserta salinan softcopy yang die-melkan kepada [email protected] selewat-lewatnya pada dua minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Comb binding, cover plastik atau yang berhias dengan warna-warni tidak digalakkan.

2

SKEMA MARKAH Markah penuh yang diberikan adalah 30% seperti rubrik berikut: Kategori

4

3

2

1

Markah

Isi

Semua permasalahan terjawab

16

Tiada kesalahan bahasa Maklumat disusun dengan binaan wacana yang sangat utuh dan subtajuk yang jelas Bibliografi yang sangat lengkap Mematuhi tarikh yang ditetapkan

Sebahagian kecil permasalahan terjawab Banyak kesalahan bahasa. Maklumat disusun dengan wacana yang kurang utuh dan subtajuk kurang jelas Bibliografi yang kurang lengkap Lewat dua minggu

Tiada permasalahan terjawab

Bahasa

Sebahagian besar permasalahan terjawab Kurang kesalahan bahasa Maklumat disusun dengan binaan wacana yang utuh dan subtajuk yang jelas Bibliografi yang lengkap

Format

Bibliografi

Tarikh Hantar

Lewat seminggu Jumlah

Sangat banyak 6 kesalahan bahasa Maklumat 4 tidak tersusun dengan baik

Bibliografi yang tidak lengkap Selepas peperiksaan akhir

2

2

30

3

Lampiran

ASPEK FONOLOGI DIALEK KEDAH

MUHAMMAD BIN ISMAIL (J48957)

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH SEMESTER 1 2016/2017 1 DISEMBER 2016

4