Tugasan BBM3202 BP(PSR)

DESKRIPSI TUGASAN BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BP(PSR) PPG-PJJ UPMET SEMESTER 1 2012/2013 TAJUK Pilih sal...

2 downloads 187 Views 116KB Size
DESKRIPSI TUGASAN BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BP(PSR) PPG-PJJ UPMET SEMESTER 1 2012/2013

TAJUK Pilih salah satu daripada tajuk di bawah: 1.

Aspek Fonologi Dialek/Bahasa … Contoh: Aspek Fonologi Dialek Kedah

2.

Aspek Fonologi Dialek/Bahasa ... dalam Bidang ... Contoh: Aspek Fonologi Dialek Perak dalam Bidang Pertanian

3.

Perbandingan Aspek Fonologi Dialek/Bahasa ... dan ... Contoh: Perbandingan Aspek Fonologi Dialek Kelantan dan Terengganu

TUGASAN 1 1.

Berdasarkan salah tajuk di atas, sila kemukakan cadangan penyelidikan untuk tugasan 2. Cadangan penyelidikan ini hendaklah mengandungi: i. Tajuk (lihat contoh tajuk di atas), senarai nama ahli kumpulan yang lengkap dengan nombor matrik, kod dan nama kursus serta nama program. ii. Permasalahan kajian (lihat format 1.1 di bawah) iii. Objektif kajian (lihat format 1.2 di bawah)

2. 3. 4. 5.

Cadangan penyelidikan ini dibuat secara berkumpulan, 2-9 orang yang terdiri daripada seorang ketua. Sila letakkan (K) dihujung nama ketua. Panjang kertas kerja ialah antara 100 hingga 200 patah perkataan (1-2 halaman) yang ditulis dengan tangan atau bertaip dua langkau setiap baris. Tugasan 1 hendaklah dihantar segera dalam pertemuan bersemuka kedua atau selewat-lewatnya 18 September 2012 (Selasa). Markah penuh ialah tugasan 1 ialah 5%.

TUGASAN 2 Buat satu kertas kerja lengkap berdasarkan cadangan penyelidikan dalam tugasan 1.

FORMAT -

-

Gunakan muka hadapan tugasan yang disediakan oleh UPMET. Selepas muka hadapan, sila sisipkan halaman judul yang mengandungi tajuk, ahli kumpulan yang lengkap dengan nombor matrik, kod dan nama kursus, nama program dan semester pengajian (lihat lampiran). Senarai kandungan (termasuk subtopik) dan halamannya.

1

1.0

Pengenalan (nyatakan aspek yang akan dianalisis seperti yang dinyatakan dalam permasalahan kajian) (2-3 hlm.). 1.1 Permasalahan kajian (mengandungi persoalan ‘bagaimana’ dan/atau ‘mengapa’ – Misalnya, mengapa hanya konsonan nasal // sahaja yang boleh hadir di akhir kata dialek Terengganu? Atau bagaimana merealisasikan konsonan nasal akhir kata dalam dialek Terengganu? Persoalan ‘apa’ sahaja, tidak mencukupi. Misalnya, apakah konsonan nasal yang boleh hadir di akhir kata dalam dialek Terengganu? 1.2 Objektif kajian (untuk menyelesaikan permasalahan kajian di atas). Untuk persoalan ‘apa’ objektifnya untuk ‘mengenal pasti’, persoalan ‘bagaimana’, objektifnya untuk ‘menghuraikan’, dan persoalan ‘mengapa’, objektifnya untuk ‘menjelaskan’.

2.0

Sorotan kajian lalu (nyatakan kekurangan kajian lalu yang telah menimbulkan permasalahan kajian di atas) (2-3 hlm.). Metodologi (nyatakan teori yang digunakan, iaitu transformasi/fonologi generatif, pendekatan yang digunakan seperti pendekatan fonetik artikulasi/akustik, kaedah analisis seperti kualitatif/kuantitatif, dan perbandingan, kaedah pengumpulan data, misalnya kaedah kajian kepustakaan, kerja lapangan dan pemerhatian serta tatacara analisis yang dapat menghuraikan atau menjelaskan permasalahan kajian di atas). (2-3 hlm.). Hasil kajian (mengandungi pemaparan dan analisis data berdasarkan permasalahan kajian, dan hasil analisis) (8-9 hlm.). Kesimpulan (jawapan kepada permasalahan kajian dan kesimpulan hasil analisis) (1-2 hlm.).

3.0

4.0 5.0

-

-

Bibliografi (sekurang-kurangnya 7 bahan rujukan yang dinyatakan dalam teks sahaja. Ia ditulis dengan menggunakan susunan pengarang-tarikh-tajuk-tempat-penerbit mengikut abjad). Lampiran (transkripsi fonetik rakaman temu bual, CD/VCD/DVD rakaman dll, jika ada).

PANDUAN    

Kertas kerja ini dibuat secara kumpulan, 2-9 orang yang terdiri daripada seorang ketua. Panjang kertas kerja ialah antara 3000 hingga 4000 patah perkataan 15-20 halaman. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Kertas kerja menggunakan font Rumi Times New Roman bersaiz 12 dengan jarak 2 langkau setiap baris.

PENYERAHAN  

Tugasan ini hendaklah dihantarkan dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan yang asli selewat-lewatnya pada minggu ke-14. Comb binding, cover plastik atau yang berhias dengan warna-warni tidak digalakkan.

2

SKEMA MARKAH Markah penuh yang diberikan adalah 25% seperti berikut: Kategori

4

3

2

1

Markah

Isi

Semua permasalahan terjawab

Sebahagian besar permasalahan terjawab

Sebahagian kecil permasalahan terjawab

Tiada permasalahan terjawab

14

Bahasa

Tiada kesalahan bahasa

Kurang kesalahan bahasa

Banyak kesalahan bahasa.

Sangat banyak kesalahan bahasa

4

Format

Maklumat disusun dengan binaan wacana yang sangat utuh dan subtajuk yang jelas Bibliografi yang sangat lengkap

Maklumat disusun dengan binaan wacana yang utuh dan subtajuk yang jelas

Maklumat disusun dengan wacana yang kurang utuh dan subtajuk kurang jelas

Maklumat tidak tersusun dengan baik

3

Bibliografi yang lengkap

Bibliografi yang kurang lengkap

Bibliografi yang tidak lengkap

2

Mematuhi tarikh yang ditetapkan

Lewat seminggu

Lewat dua minggu

Selepas peperiksaan akhir

2

Bibliografi

Tarikh Hantar

3

Lampiran: Contoh Halaman Judul Kertas Kerja ASPEK FONOLOGI DIALEK KEDAH

Ahli Kumpulan: Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

No. Matrik

Nama

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SEMESTER 1 2012/2013 4