Tugasan 1 BBM 3104

UPM/UPMET/TUGASAN/BBM3104/ SEMESTER PERTAMA 2017/2018/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH BAHASA MELAYU KLASIK BB...

2 downloads 301 Views 107KB Size
UPM/UPMET/TUGASAN/BBM3104/ SEMESTER PERTAMA 2017/2018/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH

BAHASA MELAYU KLASIK BBM 3104

TUGASAN 1 INDIVIDU

Tugasan 1 Tugasan I akan menyumbangkan 10 % markah kepada kursus BBM3104 ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi LIMA soalan. Jawab SATU (1) soalan sahaja. 2. Jawapan anda hendaklah ditaip. 3. Tugasan 1 hendaklah diserahkan sebelum atau pada 20 Oktober 2017. Tugasan yang diterima selepas 20 Oktober 2017 TIDAK akan dipertimbangkan. 4. Tugasan 1 hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH Amaran : Tugasan yang diserahkan akan disemak untuk memastikan tiada persamaan atau penyalinan secara langsung. Jika didapati ada unsur plagiarisme, markah akan dipotong seperti berikut:  Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 5% daripada jumlah markah yang diperoleh.  Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 8% daripada jumlah markah yang diperoleh.  Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah minima 3 akan diberikan. ________________________________________________________________________ SOALAN TUGASAN 1 ________________________________________________________________________ Soalan 1. Jelaskan pengaruh kosa kata asing dalam perkembangan bahasa Melayu klasik. (Pelajar dicadangkan mengemukakan contoh-contoh kosa-kata asing yang sesuai (10 markah) 2. Bincangkan kepentingan manuskrip zaman bahasa Melayu klasik dalam penyelidikan dan pengajian Melayu kini. (10 markah) 3. Huraikan peranan bahasa Melayu klasik sebelum abad ke -20

(10 markah) 1

UPM/UPMET/TUGASAN/BBM3104/ SEMESTER PERTAMA 2017/2018/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH

4. Pilih SATU sahaja. a. Bincangkan konsep ‘setia dan taat’ yang terdapat dalam teks-teks Melayu klasik. b. Bincangkan ungkapan yang memperlihatkan emosi ‘sayang dan kasih’ yang terdapat dalam teks-teks Melayu klasik. c. Bincangkan ungkapan yang memperlihatkan perasaan ‘dendam dan marah’ yang terdapat dalam teks-teks Melayu klasik. d. Huraikan unsur kesenian yang terdapat dalam salah satu teks klasik yang dikaji. e. Huraikan unsur seni bina yang terdapat dalam salah satu teks klasik yang dikaji. (10 markah)

________________________________________________________________________ Soalan Tamat untuk Tugasan 1

2