topik 5

19/10/2015 KENEGARAAN TOPIK 5 Dr Murni Wan Mohd Nor RAJA BEPERLEMBAGAAN • Latar belakang • Konsep raja berperlembagaan...

26 downloads 131 Views 272KB Size
19/10/2015

KENEGARAAN TOPIK 5 Dr Murni Wan Mohd Nor

RAJA BEPERLEMBAGAAN • Latar belakang • Konsep raja berperlembagaan • Yang Di Pertuan Agong • Majlis Raja-Raja • Cabaran sistem pemerintahan beraja • Imuniti/Kekebalan raja

HASIL PEMBELAJARAN • Menerangkan konsep raja berperlembagaan • Mengetahui struktur dan peranan institusi raja

berperlembagaan • Menghuraikan kepentingan institusi raja berperlembagaan • Menyedari kepentingan institusi raja berperlembagaan

1

19/10/2015

LATAR BELAKANG SISTEM BERAJA Sistem beraja mengalami perubahan; kuasa mutlak  terhad Kesultanan Melayu Melaka • Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek pentadbiran; ekonomi,

politik dan sosial • Konsep „raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah‟ - konsep daulat

dan tulah • Orang Melayu dan Islam

penjajahan Portugis dan Belanda • Portugis dan Belanda tidak campurtangan dalam pentadbiran negeri • masih mempunyai autoriti tertinggi dalam pentadbiran negeri

LATAR BELAKANG SISTEM BERAJA Perjanjian Pangkor 1874 • perubahan dalam sistem beraja • kuasa raja mula dikurangkan dalam pentadbiran – hanya hal ehwal Islam dan adat Melayu

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1895 • kuasa raja semakin dikurangkan - kuasa utama Residen Jeneral • bidang kuasa utama ialah hal ehwal adat resam dan agama Islam • Majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan (Durbar)

LATAR BELAKANG SISTEM BERAJA Kesatuan Malaya kedudukan raja-raja Melayu - hanya menjadi ketua adat resam dan agama Islam – hilang kuasa pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 • Perubahan pentadbiran negeri beberapa hak bidang kuasa tertentu telah diserahkan semula kepada sultan sebagai pentadbir negeri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Raja Berperlembagaan

2

19/10/2015

LATAR BELAKANG SISTEM BERAJA • Ciri-ciri utama negeri dan penduduk sebelum merdeka:

-9 buah negeri dgn sistem pentadbiran sendiri -sistem beraja: raja/sultan – ketua negeri dan rakyat -3 kaum utama/masyarakat majmuk • 3 sistem pemerintahan untuk memenuhi struktur negeri dan penduduk; Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Sistem Persekutuan – mewujudkan keseimbangan dalam sistem • Perlembagaan sebagai panduan – raja memerintah berdasarkan peraturan, tugas rakyat taat setia dan patuh pada Raja dan undang-undang

KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN • Sistem beraja mengikut peraturan/peruntukan

perlembagaan • Kuasa tidak langsung – mewakilkan kepada wakil-wakil

rakyat • YDPA – ketua negara: tugas secara simbolik • Bertindak mengikut nasihat

Dua institusi: -Yang di-Pertuan Agong (YDPA) - Majlis Raja-Raja

YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) • Ketua negara • Ketua kepada tiga badan pemerintahan; eksekutif,

perundangan dan kehakiman • Punca kepada segala kuasa • Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan

perlembagaan • Tunggak perpaduan • Lambang kedaulatan undang-undang • Ketua bagi raja-raja/Majlis raja-raja

3

19/10/2015

YDPA: Ketua Negara Kuasa Eksekutif - Perkara 39 dan Perkara 40 • Kuasa pemerintahan diberi kepada Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Bertindak atas nasihat Perdana Menteri. • Berhak mengetahui, mengikuti dan campurtangan dalam perkembangan pemerintahan negara. • Berkuasa melantik Perdana Menteri, Menteri-menteri, Duta dan lain-lain untuk menjalankan pemerintahan negara bagi pihaknya. • Bertindak atas nasihat Perdana Menteri. • Berhak mengetahui, mengikuti dan campurtangan dalam perkembangan pemerintahan negara. • Berkuasa melantik Perdana Menteri, Menteri-menteri, duta dan lain-lain jawatan pentadbiran untuk menjalankan pemerintahan negara bagi pihaknya.

YDPA: Ketua Negara Kuasa Perundangan • Berkuasa memanggil Parlimen bersidang, menangguh dan membubarkan Parlimen - Per. 40(2b) • Boleh bertitah dalam Majlis Parlimen – Per. 60 • Kuasa meluluskan undang-undang di Parlimen, sebelum undang-undang boleh diwartakan dan menjadi undangundang yang sah – Perkara 66 (4), (4a), (5) dan (6) dan Perkara 68

YDPA: Ketua Negara Ketua Kehakiman • Kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Besar dan hakim Mahkamah Tinggi – Perkara 122 • Proses kehakiman dan keadilan adalah dibawah nama YDPA. • Kuasa pengampunan bagi kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera, kesalahan sivil di Wilayah persekutuan dan hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri YDPA sebagai Ketua Agama Islam – Perkara 42

4

19/10/2015

YDPA: Ketua Negara Kuasa budi bicara Perkara 40 (2): • Perlantikan Perdana Menteri • Pembubaran Parlimen • Meminta diadakan Mesyuarat Majlis

Raja-Raja

ISU BERTINDAK ATAS NASIHAT JEMAAH MENTERI: Adakah ia bermaksud YDPA MESTI mengikuti nasihat jemaah menteri/ perdana menteri?

YDPA BERTINDAK ATAS NASIHAT Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

5

19/10/2015

YDPA BERTINDAK ATAS NASIHAT • Menurut A. 40(2), peruntukan jelas memberi kuasa kepada budi bicara YDPA untuk membuat

keputusan dalam tiga perkara. • Tugas dan tanggungjawab mahkamah adalah untuk interpret peruntukan perlembagaan. • Ada kes-kes mahkamah yang memutuskan bahawa „bertindak atas nasihat‟ bermaksud,

YDPA MESTI bertindak mengikut apa yang diputuskan oleh jemaah menteri (Lihat kes: Madhavan Nair v Kerajaan Malaysia, dan kes Teh Cheng Poh v PP) Chang Min Tat J in Madhavan Nair said, “Executive power is in the hands of the YDPA and his Cabinet. Though the YDPA is with customary and loyal courtesy asked to be pleased to promulgate the Ordinance, it is clear that he as the Constitutional Monarch does not refurs. He has no discretion in the matter.” • Bagaimana pula situasi di mana tiada peruntukan perlembagaan yang meletakkan YDPA

hendaklah „bertindak atas nasihat‟.

(Lihat kes: Abdul Ghani Ali & Ors v PP) “It is my considered view, based on the constitutional provisions and the authorities cited, that the YDPA, in acting under clause (1) of A. 150 of the Constitution in the position of the constitutional monarch, must act on the advice of the Cabinet as provided in A.40 of the Constitution.” • Ada kes mahkamah yang memutuskan bahawa dalam keadaan itu juga, YDPA MESTI

mengikuti keputusan/cadangan jemaah menteri.

YDPA BERTINDAK ATAS NASIHAT • Ada beberapa cara untuk mahkamah interpret

perlembagaan/undan-undang. • Bukan saja interpret secara harfiah (literal), tetapi harus

ada „harmonious construction‟ • „harmonious construction‟ agar dapat memberi nyawa

kepada peruntukan perlembagaan dan memastikan interpretasi peruntukan perlembagaan tidak membawa kepada ketidakadilan.

AKTIVITI

BERIKAN PENDAPAT ANDA BERDASARKAN SIARAN VIDEO YANG TELAH DIMAINKAN DAN BERIKAPN PENDAPAT ANDA TENTANG PERANAN RAJA-RAJA DALAM MENEGAKKAN AGAMA ISLAM BERPAKSIKAN PERUNTUKKAN PERLEMBAGAAN

6

19/10/2015

YDPA: Ketua Negara Tugas-tugas lain • Ketua agama Islam: 4 negeri & 3 WP • Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera SS serta kepentingan kaum lain • Berkuasa mengisytiharkan darurat dan memperkenankan undangundang darurat (Per 150) • Pemerintah tertinggi angkatan tentera -Perkara 41 • Berkuasa melantik atau melucut jawatan Jemaah Menteri dan timbalannya (atas nasihat PM) • Melantik jawatan-jawatan • Ahli suruhanjaya; SPA dan SPR -Ketua Audit Negara -Peguam Negara -Ahli DN -Yang Di Pertua Negeri • Melantik duta dan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke luar negara

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH YDPA TIDAK BOLEH • Menjalankan tugas-tugas raja di negerinya KECUALI: -Tugas ketua agama Islam -Tugas dan kuasa yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan -Kuasa untuk melantik seorang Pemangku Raja dang anggota Majlis Pangkuan Raja di negerinya • TIDAK BOLEH memegang jawatan bergaji • TIDAK BOLEH bergiat dalam perniagaan • TIDAK BOLEH menerima sebarang gaji dari negeri (sebagai raja di negerinya) • TIDAK BOLEH keluar dari Malaysia dalam tempoh 15 hari ; kecuali dengan persetujuan MRR atau atas lawatan rasmi

PEMILIHAN YDPA Berdasarkan Jadual Ketiga Perlembagaan • Pemilihan berdasarkan kekananan raja (mengikut tempoh menjadi sultan di negeri-negeri masing-masing) • Pengundian hanya dibuat oleh raja-raja - yang hadir raja2 dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja PMBRR) • Pemilihan secara bergilir – tidak boleh dipilih dua kali dalam satu pusingan (5 tahun setiap giliran) • Seseorang sultan/raja boleh melantik seorang yang lain dari negeri baginda sebagai proksi untuk mewakili baginda Keputusan pemilihan berdasarkan undi sulit • sekurang-kurang 5 undi MRR • Giliran boleh dicepatkan jika • YDPA mangkat • Seseorang sultan yang layak dan menerima giliran tetapi menolak jawatan tersebut

7

19/10/2015

TIMBALAN YDPA • Menjalankan tugas-tugas YDPA semasa ketiadaan

baginda • Menikmati segala kesitimewaan seperti YDPA • Dipilih oleh MRR selama 5 tahun • Boleh letak jawatan secara bertulis kepada MRR • Tidak dilantik secara automatik selepas penamatan YDPA

Perkara 32 (Fasal 1 hingga 4) • berhak ditawarkan YDPA apabila YDPA mangkat • jika tidak menerima jawatan diberi kepada sultan yang lebih kanan tetapi gilirannya tidak terjejas. • hanya mempunyai tanggungjawab apabila YDPA tidak dapat menjalankan tugasnya lebih daripada 15 hari

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR) • Ahli - Semua Raja/Sultan (9 negeri) dan Yang di Pertua

Negeri (4 negeri) • Peruntukan Perlembagaan - Bab 2 Perkara 38 • Ditubuhkan secara rasminya pada 1948 semasa PTM

dilancarkan. • Penubuhan pada 1897 melibatkan raja-raja bagi 4 NNMB

sahaja. • Mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan

persekutuan dan kerajaan-kerajaan tertinggi di peringkat negeri • Penubuhan MRR berdasarkan Perkara 38(1) Jadual Kelima

PERANAN DAN TUGAS MRR Perkara 38 (2) a) Pemilihan YDPA dan Timbalan YDPA b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut perlembagaan, memerlukan persetujuan MRR atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan MRR d) Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 e) Memberi ampun reprief dan respit atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42, dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan mengenai dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut. Perkara 38(6) : Perkara-perkara di atas (Perkara 38 (2)) perlu dilaksanakan berdasarkan prinsip budi bicara

8

19/10/2015

PERANAN DAN TUGAS MRR MRR perlu dirujuk mengenai perkara berikut: • Perlantikan Ketua Hakim Negara, hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli SPA dan SPR • Mempertimbang sempadan negeri • Memperluas anggota Persekutuan • Mempertimbang perkara berkaitan agama Islam • Mempersetujui atau tidak rang undang-undang yang memerlukan persetujuan MRR (pindaan perlembagaan) • Perkara yang menyentuh kedudukan Raja-raja – Perkara 38(4) • Perubahan tentang dasar berkaitan Perkara 153 (kedudukan/kepentingan orang Melayu dan kaum bumiputera) - Perkara 38(5)

PERSIDANGAN MRR • • • •

• • •



Bersidang 3 atau 4 kali setahun Berlangsung selama 3 hari Pengerusi adalah raja yang terkanan (senioriti). Mesyuarat MRR diiringi oleh YDPA &PM – Sultan & MB – YDPN & Ketua Menteri kecuali untuk pemilihan YDPA & Timbalan YDPA. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (PMBRR) sebagai setiausaha YDPN tidak terlibat dalam pemilihan Persidangan khas boleh diadakan bila keadaan memerlukan – khasnya melibatkan hal berkaitan kepentingan dan kedudukan raja-raja - biasanya dipengerusikan oleh YDA. Pertemuan di antara wakil rakyat dan raja-raja – berbincang mengenai negara dan kepentingan masing-masing secara terbuka tetapi tertutup daripada awam.

Imuniti/Kekebalan Raja • 1992 – Pindaan terhadap imuniti/kekebalan raja. • Pindaan dilakukan bertujuan:

-Memelihara kedudukan institusi raja supaya tidak disalahgunakan. -Menjamin kedaulatan institusi beraja -Mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen agar rakyat terus menghormati keluhuran institusi raja • Raja hanya boleh didakwa jika melakukan kesalahan di luar tugas rasmi dan hanya dibicarakan di Mahkamah Khas Rajaraja • Imuniti raja dinyatakan dalam Perkara 181(2): “Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV”.

9

19/10/2015

FIKIRKAN… Apakah kepentingan:• Sistem raja berperlembagaan masa kini? • Badan „neutral‟? • „Semak dan seimbang‟?

10