topik 2 handout murni

28/09/2015 KENEGARAAN TAJUK 2 Dr Murni Wan Mohd Nor PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN • Penentangan terhadap Inggeris • ...

0 downloads 204 Views 495KB Size
28/09/2015

KENEGARAAN TAJUK 2 Dr Murni Wan Mohd Nor

PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN • Penentangan terhadap Inggeris • Penentangan secara bersenjata • Gerakan nasionalisme • Pengaruh dalaman dan luaran • Rancangan kemerdekaan • Kesatuan Malaya/Malayan Union 1946 • Persekutuan Tanah Melayu 1948 • Peranan parti politik • Persediaan ke arah kemerdekaan

HASIL PEMBELAJARAN • Mengetahui tokoh atau pejuang bangsa • Menjelaskan bentuk-bentuk penentangan terhadap

penguasaan kuasa asing di Tanah Melayu • Menghuraikan perkembangan kebangkitan kesedaran

kebangsaan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu • Membincangkan proses utama yang terlibat ke arah

kemerdekaan

1

28/09/2015

Penentangan terhadap penjajahan

PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN KENAPA MENENTANG PENJAJAHAN? • Tidak puas hati dengan dasar dan pentadbiran Inggeris • Dasar dan pentadbiran British Campur tangan urusan hal ehwal tempatan Kuasai pentadbiran/eksploitasiekonomi Pengenalan cukai /undang-undang baru Kurang memahami adat resam/budaya tempatan • Kesan dasar British Pemimpin tempatan hilang kuasa dan hak Rakyat hilang sumber rezeki

Naning (1831-1832) Tokoh : Penghulu Dol Said • Inggeris dakwa Naning adalah sebahagian dari Melaka • Inggeris mengenakan cukai terhadap penduduk Naning • Aduan penduduk kepada Inggeris Penghulu Dol Said telah

merosakkan tanamannya • Pihak Inggeris menuntut Penghulu Dol Said membayar ganti

rugi tetapi tidak dihiraukan oleh beliau • Penghulu Dol Said dan orang-orangnya menentang Inggeris

dan mendakwa Naning bukannya sebahagian dari Melaka • Inggeris yang diketuai oleh Kapten Wyllie menyerang Naning -

Penghulu Dol Said menyerah diri • Inggeris mengisytiharkan Naning sebahagian daripada Melaka

2

28/09/2015

Selangor (1867-1874) Tokoh : Raja Mahadi • Perang Kelang di Selangor di antara Raja Mahadi dan Tengku

Kudin • Raja Mahadi bangkit menentang Tengku Kudin dengan

bantuan Yap Ah Loy • Tengku Kudin telah meminta bantuan Inggeris untuk

menghapuskan ancaman Raja Mahadi • Pihak Inggeris menyerang Raja Mahadi yang dikaitkan dengan

kegiatan lanun • Raja Mahadi menentang tetapi gagal • Penentangan Raja Mahadi berakhir pada bulan Mac 1874 dan

beliau melarikan diri ke Sungai Ujong

Perak (1875) •



• • • • •

Tokoh : Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato’ Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut Perlantikan J.W.W. Birch tidak disenangi oleh pembesar tempatan – beliau campur tangan dalam adat istiadat orangorang Melayu Inggeris menyekat kebebasan sultan, mengambil alih kuasa memungut cukai, menghapuskan perhambaan dan mengubah sistem pentadbiran tradisional Pembesar tempatan termasuk Sultan Abdullah merancang untuk menghapuskan Birch - Birch telah dibunuh oleh Seputum Tindakan Inggeris : Dato‘ Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut dan Seputum di hukum bunuh di Matang pada bulan 1876 Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Datuk Laksamana dan Datuk Syahbandar dibuang negeri ke Pulau Seychelles Raja Ismail dibuang negeri ke Johor

Negeri Sembilan (1875-1876) Tokoh : Tengku Antah • Perebutan kuasa antara Tengku Antah dengan Dato‘ Kelana

Sayyid Abdul Rahman • Dato‘ Kelana tidak mengiktiraf Tengku Antah sebagai Yamtuan

Besar Seri Menanti • Tengku Antah tidak mengiktiraf Dato‘ Kelana sebagai

pemerintah di Sungai Ujong • Inggeris memihak kepada Dato‘ Kelana dan menyerang

Tengku Antah • Tengku Antah cuba menentang tetapi gagal • Tengku Antah terpaksa menandatangani perjanjian dengan

Inggeris • Selepas perundingan Inggeris mengiktiraf semula Tengku

Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan jajahannya

3

28/09/2015

Pahang (1891-1895) Tokoh : Tok Gajah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau • Pembesar tempatan tidak senang hati dengan perlantikan J.P.

Rodger sebagai Residen • Rodger telah mengubah pentadbiran tradisional dengan

memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret • Pembesar tempatan hilang mata pencarian • Tok Gajah, Dato‘ Bahaman dan Mat Kilau telah menyerang

Balai Polis Lubuk Trua dan Balai Polis Kuala Tembeling • Berjaya menawan Temerloh dan kubu Inggeris di Jeram Ampai • Inggeris bertindak balas menawan semula Jeram Ampai • Tok Gajah, Dato‘ Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke

Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam

Sarawak (1853-1860) Tokoh : Sharif Masahor • Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan yang baru dan

cuba menguasai kawasan Sungai Rejang • Sharif Masahor ialah Gabenor Sarikei di Sungai Rejang yang

dilantik oleh Sultan Brunei • Sharif Masahor bersama Datuk Patinggi Abdul Gapur

menentang kubu Brooke di Kanowit pada Jun 1859 Pegawai Brooke iaitu Charles Fox dan Henry Steel dibunuh Awal tahun 1860 Sharif Masahor telah menyerang Kuching Tentera Brooke berjaya mematahkan serangan tersebut Sharif Masahor telah dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Brunei • Datuk Patinggi Abdul Gapur ditangkap oleh pihak Belanda dan dipenjarakan di Betawi • • • •

Sarawak (1853-1861) • Punca penentangan apabila Brooke meluaskan kuasanya

ke kawasan yang dipimpin oleh Rentap • Brooke juga telah menghapuskan kegiatan pelanunan

dan amalan memburu kepada manusia • Rentap telah menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang

dan membunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee • Rentap membina kubu di Bukit Sadok dan berjaya

mematahkan serangan Brooke pada 1854 dan 1857 • Tahun 1861 Brooke melancarkan serangan besar-

besaran ke atas Bukit Sadok dengan menggunakan ‗meriam tembaga‘ • Rentap dan pengikutnya mengalami kekalahan teruk dan melarikan diri ke kawasan pedalaman

4

28/09/2015

Sabah (1894-1900) Tokoh : Mat Salleh • Mat Salleh pemimpin kaum Iranom, Bajau dan Sulu • Menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) kerana

cukai, pembangunan besar-besaran, perluasan kuasa dan penganiayaan Inggeris terhadap Mat Salleh • Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pelabuhan SBBU di

Pulau Gaya pada 1897 • Membina kubu di Ranau dan menyerang Ambong • Pihak Syarikat gagal menyerang balas tetapi akhirnya berjaya

memerangkap Mat Salleh dengan tipu helah • Mat Salleh diberikan hak mentadbir Tambunan tetapi telah

dikepung oleh pihak Syarikat • Mat Salleh terbunuh dalam satu serangan pada bulan Januari

1900

Sabah (1915) Tokoh : Antanum • Antanum adalah pemimpin kaum Murut • Punca penentangan ialah kerana penindasan SBBU ke

atas orang Murut seperti sekatan amalan pertanian pindah, membina jalan raya dan menjadikan mereka hamba tanpa membayar upah • Penentangan Antanum dikenali Kebangkitan RundumPada 1915 - menyerang dan membakar Pensiangan serta menyerang Rundum • Rundum berjaya dipertahankan oleh pihak SBBU • Antanum membina kubu di Sungai Selangit tetapi telah diserang oleh pihak Syarikat dan Antanum terbunuh

Kelantan (1915) Tokoh : Tok Janggut (Haji Wan Hassan) • Tok Janggut adalah Ketua Kampung Nering di Pasir Puteh dan ulama

yang dihormati • Memberontak selepas Inggeris menubuhkan balai polis dan

mengenakan cukai kepala, pertanian dan ternakan • Tok Janggut tidak membayar cukai telah dikenakan saman dan

dikehendaki hadir ke mahkamah - enggan menghadiri perbicaraan • Sarjan Che Wan diarahkan menangkap Tok Janggut tetapi telah

dibunuh • Tok Janggut, Engku Besar Tun Ahmad dan Mat Kilau melancarkan

serangan dan berjaya menawan Balai Polis Pasir Puteh • Engku Besar dan Tok Janggut menubuhkan kerajaan sementara di

Jeram dan Pasir Puteh • Inggeris menyerang Jeram dengan bantuan tentera dari NNMB dan

Tok Janggut telah terkorban

5

28/09/2015

Terengganu (1921-1928) Tokoh : Haji Abdul Rahman Limbong • Penentangan Haji Abdul Rahman dikenali ―Pemberontakan Tani‖ • Menentang apabila Inggeris menguatkuasakan undang-undang tanah • Rakyat dikenakan pas tanah pertanian dan pelbagai cukai • Haji Abdul Rahman mendakwa tanah ialah hak Allah dan Inggeris

tidak berhak mengenakan cukai • Penentangan berlaku pada tahun 1922, 1925 dan 1928 • Haji Abdul Rahman bersama para pemimpin Kuala Berang

menghalau anggota polis di Alor Limbat, menyerang Pejabat Daerah Kuala Berang dan merancang untuk menyerang Kuala Terengganu • Inggeris mengisytiharkan perang terhadap Haji Abdul Rahman • Haji Abdul Rahman ditangkap dan dijatuhkan hukuman buang negeri,

beliau telah meninggal dunia di Mekah • Para pengikutnya telah dipenjarakan

GERAKAN NASIONALISME • Nasionalisme - semangat / ideologi yang cintakan bangsa

dan negara • Pergerakan untuk mencapai kebebasan dari kekuasaan

asing • Bertujuan untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara • Kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu

berpunca daripada tindak-tanduk penjajah Inggeris mengeksploitasi ekonomi, mengenakan dasar imperialisme dan menindas penduduk • Penduduk tempatan berjuang ke arah pemerintahan sendiri, membebaskan diri dari belenggu penjajahan serta memertabatkan kedaulatan bangsa dan negara

FAKTOR PENDORONG SEMANGAT NASIONALISME Pengaruh luaran

Pengaruh dalaman

• Perang Rusia-Jepun

• Agama

(1904-1905) • Perjuangan Indonesia menentang Belanda • Gerakan Turki • Gerakan Pemulihan Islam di Mesir.

• Akhbar dan

kewartawanan • Bahasa dan

kesusasteraan • Golongan intelektual

6

28/09/2015

Pengaruh luaran Perang Rusia-Jepun (19041905) • Perang berlaku disebabkan

• • •



persaingan untuk meluaskan kuasa di Timur Jauh (khasnya Manchuria dan Korea) Tentera Rusia kalah teruk. Peperangan ditamatkan dengan Perjanjian Portsmouth (1905) Kemenangan Jepun menaikkan nama Jepun sebagai kuasa Asia yang setara dengan kuasa besar Eropah lain. Ini memberi inspirasi kepada semangat nasionalisme negara Asia lain termasuk Tanah Melayu

Gerakan Nasionalis Indonesia • Pejuang nasionalis menentang

• • • • •

Belanda kerana masalah ketidakseimbangan ekonomi dan pengasingan sosial Pertubuhan untuk menentang Belanda Sarekat Dagang Islam (berjaya diharamkan oleh Belanda) Sarekat Islam (1912) Parti Nasional Indonesia (PNI) Persamaan budaya dan bahasa menyebabkan rakyat Tanah Melayu dipengaruhi dengan perkembangan nasionalisme di Indonesia.

Pengaruh luaran Pengaruh dari Mesir

Pengaruh dari Turki

• Gerakan Pemulihan Islam bertujuan

• Kuasa Barat seperti Perancis, Rusia

membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam untuk menentang Inggeris. • Dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905) • Syeikh Muhammad Abdul menekankan kepentingn mencapai kemajuan dalam Islam melalui pengembangan ilmu dan mengikut ajaran Islam sebenar • Pelajar Tanah Melayu di Mesir seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Syeikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu

dan Britain mengambil kesempatan menyebarkan idea-idea Barat di wilayah Timur Tengah yang menyebabkan nilai-nilai agama diketepikan. • Gerakan Fahaman Jamiah Islam diwujudkan untuk memulihkan kesedaran tentang Islam dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam • Gerakan ini mendorong umat Islam di seluruh dunia untuk bersatu menentang ancaman imperialisme Barat ke atas orang Islam

Pengaruh Dalaman Faktor Agama Islam • Peranan para ulama dan guru agama dalam membangkitkan

kesedaran Islam dan membebaskan diri dari cengkaman penjajahan melalui perkembangan pendidikan Islam sekitar abad 19 dan 20 di kalangan masyarakat Melayu • Lulusan universiti Al-Azhar, Mesir dan ramai terpengaruh dengan idea Sheikh Muhammad Abduh • Tokoh seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohd. Taha dan Syeikh Mohd. Salim A. Kalali (juga dikenali Kaum Muda) • Mengembangkan pengaruh melalui pendidikan Islam di madrasah seperti Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyah, Madrasah Al-Hadi, Madrasah Al Mansur, Madrasah al Muhammadiah dsb.

7

28/09/2015

Pengaruh Dalaman Akhbar dan Kewartawanan • Akhbar dan kewartawanan menjadi medium penting

penyebaran idea kebebasan dan semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu untuk menentang penjajahan Inggeris • Tokoh utama ialah Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin, Burhanuddin al-Helmi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Zainal Abidin Ahmad (Za‘aba). • Peranan media cetak membawa penubuhan Kesatuan Melayu Muda yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakub • Antara akhbar/majalah : Jawi Peranakan, Al-Imam, Neracha, Pengasuh, Idaran Zaman, Al-Ikhwan, Saudara, Warta Melaya, Majlis, Utusan Melayu dan Warta Sarawak

Pengaruh Dalaman Bahasa dan Kesusasteraan • Perjuangan melalui bahasa dan kesusasteraan dipelopori oleh tokoh •





• •

berpendidikan Melayu seperti Za‘ba, Harun Aminurrashid, Kamaludin Ahmad (Keris Mas) dan Usman Awang (Tongkat Waran) Perjuangan bermula dengan penubuhan Maktab Latihan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak - Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama Penulisan mengenai kelemahan dan kemunduran untuk membangkitkan kesedaran orang-orang Melayu yang ditindas oleh Inggeris Antara karya utama ialah Cenderamata, Majalah Guru, Kemiskinan Orang Melayu, Jalan Keselamatan bagi Orang Melayu, Umbi Kemajuan dan Melor Kuala Lumpur Za‘ba menubuhkan Persatuan Persuratan Melayu (1923) untuk menggalakkan perkembangan sastera Melayu Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan 1950 di Singapura untuk mempertingkatkan kesusasteraan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan untuk mencapai kemerdekaan

Pengaruh Dalaman Golongan Intelektual • Perkembangan pendidikan Islam (madrasah/Timur Tengah), Inggeris

dan Melayu melahirkan tiga kumpulan intelektual Melayu • Intelektual berpendidikan agama • Timur Tengah; Syed Syeikh Al-Hadi, Mohd. Tahir Jalaluddin dan Haji

Abas Mohd. Taha • Tanah Melayu; Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Othman Abdullah dan

Salmah Mohsin • Intelektual berpendidikan Melayu • Ibrahim Haji Yaakub, Harun Aminurrashid, Hasan Manan, Abdul

Karim Rashid dan Isa Mahmud • Intelektual berpendidikan Inggeris • Mohd Eunos Abdullah, Ishak Haji Muhammad dan Raja Chulan • Menubuhkan beberapa persatuan seperti Kesatuan Melayu Malaya

(1937), Kesatuan Melayu Singapura (1926), Kesatuan Melayu Selangor (1938) dll.

8

28/09/2015

RANCANGAN KEMERDEKAAN • Rancangan untuk mencapai kemerdekaan bermula

secara aktif selepas Perang Dunia Kedua • Penduduk Tanah Melayu lebih responsif terhadap

sebarang perubahan dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris. • Inggeris sedar mereka tidak dapat berkuasa sepenuhnya di negeri-negeri Melayu • Rancangan untuk menyediakan Tanah Melayu merdeka dilaksanakan oleh Inggeris berdasarkan tuntutan rakyat melalui parti-parti politik • Kesatuan Malaya (1946) – mendapat tentangan ditamatkan pada Julai 1946 • Persekutuan Tanah Melayu (1948) – lebih diterima

KESATUAN MALAYA Kandungan perlembagaan /Syarat perjanjian: • Semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka

digabungkan di bawah satu pentadbiran. • Singapura kekal sebagai jajahan Inggeris • Ketua pentadbir Gabenor Inggeris & dibantu Majlis Kerja

dan Majlis Mesyuarat Undangan • Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk mengendalikan

hal ehwal tempatan dan diletakkan di bawah kawalan pusat. Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat

Kandungan perlembagaan /Syarat perjanjian: • Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli

rasmi & tidak rasmi yang sama banyak • Kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli : mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah

bermastautin di TM selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang lalu sebelum 15 Februari 1942. Lahir di TM atau Singapura serta bermastatutin sebelum penubuhan MU. Menetap di TM atau Singapura selama 5 tahun Rakyat British; tanpa hilang kerakyatan British Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada MU.

9

28/09/2015

MENGAPAKAH KESATUAN MALAYA DITENTANG DAN APAKAH KESAN YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA KESATUAN MALAYA DITERUSKAN

REAKSI DAN TENTANGAN TERHADAP KESATUAN MALAYA Punca penentangan orang Melayu • Tidak mengambil kira pandangan Sultan, pembesar dan orang • • • • • •

Melayu Negeri di bawah naugan British akan bertukar menjadinegeri jajahan British Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu Terlalu banyak kuasa di tangan Gabenor Pemberian syarat kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu Hak keistimewaan orang-orang Melayu sebagai kaum pribumi akan terhapus Cara dan sikap wakil Inggeris (Harold MacMichael) dalam mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu-- peras ugut

10

28/09/2015

PENENTANGAN HEBAT DARIPADA ORANG MELAYU Melalui Akhbar • berita, pandangan & rencana menentang MU. • Warta Negara, Majlis, Utusan Melayu dll Seruan • perhimpunan untuk menentang MU. • penubuhan sebuah pertubuhan

Sultan-sultan • Menghantar memorandum • Bantahan kepada Inggeris Pertubuhan-pertubuhan Melayu • Surat/petisyen bantahan dan melancarkan tunjuk perasaan • Tunjuk perasaan di beberapa ibu negeri seperti Kota Bharu dan Alor Setar • Mengadakan Kongres Melayu yang membawa penubuhan UMNO (11 dan 12 Mei 1946)

REAKSI ORANG BUKAN MELAYU • Peringkat awal – ―tunggu dan lihat‖ • Orang Cina dan India masih memberikan perhatian untuk

pulang ke negara asal • Reaksi negatif kepada tindakan Inggeris menangguhkan

pelaksanaan Kesatuan Malaya • Mengkritik Singapura dipisahkan daripada Tanah Melayu • Menuntut kerakyatan bagi yang mahu taat setia pada Tanah

Melayu • Penentangan melalui gerakan: • MDU (Malayan Demokratik Union) - parti berbilang – anggap

Kesatuan Malaya tidak demokratik • AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) diketuai oleh Tan

Cheng Lock

REAKSI LUAR NEGARA • Reaksi orang Inggeris melalui akhbar The Times, London.

Antara pandangan : Orang India dan Cine perlu bersedia untuk melucutkan

kerakyatan negara asal jika ingin menetap di TM Raja-raja Melayu perlu diberikan peluang dalam Majlis

Undangan Hak orang Melayu dan agama Islam perlu dipelihara • Bekas pegawai Inggeris yang pernah bertugas di TM

seperti Frank Swettenham, R. O Windstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi Smith tidak sepenuhnya bersetuju dengan rancangan Kesatuan Malaya

11

28/09/2015

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) 1948 • Jawatankuasa Kerja (Julai 1946) ditubuhkan untuk menggubal

perlembagaan baru menggantikan Kesatuan Malaya • Februari 1948 - Persekutuan Tanah Melayu diisytihar

menggantikan Kesatuan Melayu: Terdiri 9 buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura kekal sebagai jajahan Inggeris 2. Diketuai Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan. Keahlian Majlis Mesyuarat diperluaskan 3. Majlis Mesyuarat Undangan Negeri ditubuhkan di setiap negeri. Sultan diberi hak ke atas negeri. Kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap pentadbiran kerajaan tempatan, urusan tanah, kesihatan, pendidikan, pertanian. 1.

4. Penubuhan Majlis Raja-raja untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi 5. Jawatan Menteri Besar menggantikan Residen 6. Pemberian kerakyatan berdasarkan ciri-ciri berikut : • Semua rakyat raja di sebuah negeri Melayu • Rakyat Inggeris yang lahir di P.Pinang dan Melaka dan menetap 15 tahun • Rakyat Inggeris yang lahir di Persekutuan yang bapanya sendiri lahir di Persekutuan serta menetap 15 tahun • Orang yang lahir di Persekutuan, bertutur dalam Bahasa Melayu serta mengamalkan adat istiadat Melayu • Orang yang lahir di Persekutuan dan ibu bapanya lahir di Persekutuan dan menetap 15 tahun

REAKSI TERHADAP PTM 1948 • Orang Melayu lebih menerima PTM • Terdapat tentangan daripada sebahagian orang Melayu dan

bukan Melayu • PUTERA – gabungan beberapa parti Melayu yang dianggap

berhaluan kiri dan radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) - Dr Burhanuddin Al-Helmi, Angkatan Pemuda Insaf(API)- Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS)- Shamsiah Fakeh. • PUTERA memperjuangkan : Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Hal ehwal luar negara dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama kerajaan TM dan Inggeris Perkataan ‗Melayu‘ sebagai nama kewarganegaraan TM Bendera kebangsaan perlu mempunyai warna-warna kebangsaan Melayu

12

28/09/2015

REAKSI TERHADAP PTM 1948 AMCJA (Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu) diketuai Tan Cheng Lock. Memperjuangkan: • Penyatuan seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura • Pemerintahan sendiri melalui Badan Perundangan Pusat dengan keanggotaan yang dipilih sendiri oleh rakyat • Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang yang menganggap TM sebagai tanah air PUTERA bergabung dengan AMCJA pada 1947 untuk menentang PTM 1948 • Membentuk ―Perlembagaan Rakyat‖ – ditolak oleh Inggeris • Melancarkan hartal (Penutupan Kedai) tetapi dipatahkan Inggeris

PERANAN PARTI POLITIK DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN Aliran radikal/kekerasan • PKM (1930), AWAS (1930), PKMM (1945), API (1946), PETA (1947)– pengaruh komunis dan gerakan komunisme Indonesia Gabungan parti berbilang kaum - Perikatan • UMNO (1946) , MCA (1949) dan MIC (1946) – sokongan Inggeris Aliran Islam • Hizbul Muslimin (1948) dan PAS (1951) – saingan UMNO Aliran parti berbilang kaum • IMP (1951-1953) dan Parti Negara (1954) – Dato‘ Onn – tidak berjaya

ANCAMAN KOMUNIS (1948-1960) • Gerakan komunis yang dipelopori oleh Parti Komunis Malaya(1930) • Tujuan: menggulingkan Inggeris dan menubuhkan Republik Komunis

di Tanah Melayu dengan cara kekerasan • Serangan taktik gerila – gerakan bawah tanah • Kurang mendapat sokongan rakyat kerana kekerasan. • Mendapat sokongan sebahagian orang Cina bermula sejak

penjajahan Jepun - MPAJA • Selepas pengunduran Jepun, memerintah Tanah Melayu selama 14

hari melalui kekerasan • Pengaruh meluas dalam kesatuan sekerja, pertubuhan buruh &

sekolah-sekolah Cina. • Antara 1945-1948 – melaksanakan mogok pekerja, pembunuhan

orang yang menyokong Inggeris dan pegawai Inggeris. • Tindakan subversif – Min Yuen (Pergerakan Rakyat) • Selepas Perang Dunia Kedua – pengaruh AMCJA-PUTERA

13

28/09/2015

MENANGANI KOMUNIS Tindakan memerangi komunis: • Menambah kekuatan pasukan keselamatan Rancangan Briggs • Mengemaskan sistem pentadbiran • memperkenalkan kampung-kampung baru • pasukan perisikan • kawasan putih dan kawasan hitam Inggeris isytihar darurat seluruh TM 23 Jun 1948. Dasar darurat Inggeris: • Wajibkan pendaftaran penduduk (kad pengenalan untuk 12 tahun ke atas) • Peruntukan khas di bawah undang-undang darurat • Perang psikologi – untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong kerajaan Rundingan Baling Julai 1955 – menamatkan darurat dan ancaman komunis

PERSOALAN: APAKAH KESAN GERAKAN KOMUNIS KPD MASYARAKAT TANAH MELAYU?

KESAN DARURAT POLITIK • British menyokong usaha ke arah pemberian taraf berkerajaan sendiri dan kemerdekaan oleh Inggeris kepada rakyat TM • Menyokong kegiatan berpolitik aliran kanan dan membanteras gerakan politik aliran kiri EKONOMI • Kegiatan ekonomi hampir lumpuh, beban kewangan bertambah • Masalah kekurangan makanan SOSIAL • Melonggarkan syarat-syarat kerakyatan serta jawatan dalam perkhidmatan awam TM pada tahun 1952 • Untuk tarik orang bukan Melayu • Sistem kuota berasaskan Melayu-bukan Melayu dalam perkhidmatan • Masalah perhubungan kaum terutama di antara Melayu dan Cina • Jawatankuasa Antara Kaum ditubuhkan 1949

14

28/09/2015

PENGENALAN SISTEM AHLI 1951 • Bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada

pemimpin tempatan dalam hal-ehwal pentadbiran • Beberapa ahli tidak rasmi Majlis Undangan Persekutuan

diberi tanggungjawab mengetuai jabatan-jabatan kerajaan yang bersifat seorang menteri • Setiap ahli bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi • Dato‘ Onn Jaafar (Hal-Ehwal Dalam Negeri), E.E.C Thuraisingham (Pelajaran), Dr. Lee Ting Keng (Kesihatan), Tunku Yaacob Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Pertanian dan Perhutanan) dan Dato‘ Mahmud Mat (Tanah, Perlombongan dan Perhubungan)

PILIHAN RAYA • Pilihan Raya Umum Penguasa Tempatan (Municipal Council)

1951-1952 • Untuk memilih ahli-ahli Majlis Tempatan • Bertujuan untuk melatih penduduk Tanah Melayu memilih

pemimpin mereka sendiri sebagai persediaan berkerajaan sendiri • 1952: UMNO bekerjasama dgn MCA— • menang 12/14 kerusi . MIC menyertai pada 1954 • Pilihan Raya Umum Pertama, 1955 • Parti Perikatan membahagikan kerusi antara UMNO, MCA dan

MIC • 52 buah kerusi yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan • Parti Perikatan memenangi 51 kerusi dan PAS satu kerusi

RUNDINGAN KEMERDEKAAN Rundingan Kemerdekaan ke London • Peranan Raja-raja Melayu, Tunku dan Parti Perikatan • Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 • Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komanwel dengan sistem pemerintahan demokrasi • Rakyat tempatan akan mengambil alih semua jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dll • Pihak British dibenarkan menempatkan tenteranya di Tanah Melayu • Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid

15

28/09/2015

Rundingan Kemerdekaan 1956 Suruhanjaya Reid diminta mengambilkira beberapa perkara penting:• Penubuhan sistem pemerintahan berpusat yang kuat (federalism) • Memelihara kedudukan Raja-raja • YDPA dipilih di kalangan Raja-raja • Isu kewarganegaraan untuk penduduk di Tanah Melayu • Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dambil menjaga kepentingan ahli komuniti yang lain

Anggota Rombongan Kemerdekaan

SURUHANJAYA REID • Ditubuhkan untuk merangka satu Perlembagaan yang

merdeka bagi Tanah Melayu • Dipengerusikan oleh Sir Lord Reid (London) • Ahli-ahlinya Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell

(Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) • Reid Commission Report 1957 mengandungi 195 muka surat dan mengambil kira pendapat pelbagai pihak (131 memorandum) • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

16

28/09/2015

ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 • Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan raja-

raja sebagai ketua di negeri masing-masing • Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di

Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa mereka dijamin oleh perlembagaan (Perkara 153) • Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan; walau bagaimanapun bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka. • Pemberian kerakyatan berdasarkan beberapa kaedah. • Islam dijadikan agama rasmi tetapi kebebasan beragama bagi orang bukan Islam akan tetap terjamin.

―We are all Malaysians. This is the bond that unites us. Let us remember that unity is our fundamental strength as a people and as a nation.‖ TAR

17