TAJUK 5

TAJUK 5 RAJA BERPERLEMBAGAAN Latar belakang dan konsep asas Yang Di Pertuan Agong Majlis Raja-Raja 1 LATAR BELAKAN...

191 downloads 339 Views 111KB Size
TAJUK 5 RAJA BERPERLEMBAGAAN Latar belakang dan konsep asas Yang Di Pertuan Agong Majlis Raja-Raja

1

LATAR BELAKANG SISTEM BERAJA • Sistem beraja mengalami perubahan; kuasa mutlak → terhad • Kesultanan Melayu Melaka – Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek pentadbiran; ekonomi, politik dan sosial – Orang Melayu dan Islam

• Kedatangan kuasa Portugis dan Belanda – Portugis dan Belanda tidak campurtangan dalam pentadbiran negeri – masih mempunyai autoriti tertinggi dalam pentadbiran negeri

• Penjajahan Inggeris – Kuasa Sultan semakin berkurangan – Terhad kepada hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu – Struktur masyarakat berubah – pelbagai kaum 2

LATAR BELAKANG SISTEM BERAJA • Ciri-ciri utama negeri dan penduduk sebelum merdeka: -

9 buah negeri dgn sistem pentadbiran sendiri

-

sistem beraja: raja/sultan – ketua negeri dan rakyat

-

3 kaum utama/masyarakat majmuk

• 3 sistem pemerintahan untuk memenuhi struktur negeri dan penduduk; Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Sistem Persekutuan – mewujudkan keseimbangan dalam sistem • Perlembagaan sebagai panduan – raja memerintah berdasarkan peraturan, tugas rakyat taat setia dan patuh pada Raja dan undang-undang 3

KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN • Sistem beraja mengikut peraturan/peruntukan perlembagaan • Kuasa tidak langsung – mewakilkan kepada wakil-wakil rakyat • YDPA – ketua negara: tugas secara simbolik • Bertindak mengikut nasihat • Dua institusi:  Yang di-Pertuan Agong (YDPA)  Majlis Raja-Raja

4

YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) • Ketua negara • Ketua kepada tiga badan pemerintahan; eksekutif, perundangan dan kehakiman • Punca kepada segala kuasa • Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan • Tunggak perpaduan • Lambang kedaulatan undang-undang • Ketua bagi raja-raja/Majlis raja-raja 5

YDPA: Ketua Negara Kuasa Eksekutif - Perkara 39 dan Perkara 40 

    

Kuasa pemerintahan diberi kepada Jemaah Menteri atau manamana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Berhak mengetahui, mengikuti dan campurtangan dalam perkembangan pemerintahan negara. Berkuasa melantik Perdana Menteri, Menteri-menteri, Duta dan lain-lain untuk menjalankan pemerintahan negara bagi pihaknya. Bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Berhak mengetahui, mengikuti dan campurtangan dalam perkembangan pemerintahan negara. Berkuasa melantik Perdana Menteri, Menteri-menteri, duta dan lain-lain jawatan pentadbiran untuk menjalankan pemerintahan negara bagi pihaknya. 6

YDPA: Ketua Negara Kuasa Perundangan  Berkuasa memanggil Parlimen bersidang, menangguh dan membubarkan Parlimen - Per. 40(2b)  Boleh bertitah dalam Majlis Parlimen – Per. 60  Kuasa meluluskan undang-undang di Parlimen, sebelum undang-undang boleh diwartakan dan menjadi undang-undang yang sah – Perkara 66 (4), (4a), (5) dan (6) dan Perkara 68 7

YDPA: Ketua Negara Ketua Kehakiman 

 

Kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Besar dan hakim Mahkamah Tinggi – Perkara 122 Proses kehakiman dan keadilan adalah dibawah nama YDPA. Kuasa pengampunan bagi kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera, kesalahan sivil di Wilayah persekutuan dan hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri YDPA sebagai Ketua Agama Islam – Perkara 42 8

YDPA: Ketua Negara Kuasa budi bicara • Perkara 40 (2): - Perlantikan Perdana Menteri - Pembubaran Parlimen - Meminta diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

9

YDPA: Ketua Negara Tugas-tugas lain • Ketua agama Islam: 4 negeri & 3 WP • Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera SS serta kepentingan kaum lain • Berkuasa mengisytiharkan darurat dan memperkenankan undang-undang darurat (Per 150) • Pemerintah tertinggi angkatan tentera -Perkara 41

10

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH YDPA  Menjalankan tugas-tugas raja di negerinya KECUALI: – Tugas ketua agama Islam – Tugas dan kuasa yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan – Kuasa untuk melantik seorang Pemangku Raja dang anggota Majlis Pangkuan Raja di negerinya  Memegang jawatan bergaji  Bergiat dalam perniagaan  Menerima sebarang gaji dari negeri (sebagai raja di negerinya)  Keluar dari Malaysia dalam tempoh 15 hari ; kecuali dengan persetujuan MRR atau atas lawatan rasmi 11

PEMILIHAN YDPA Berdasarkan Jadual Ketiga Perlembagaan • Pemilihan berdasarkan kekananan raja (mengikut tempoh menjadi sultan di negeri-negeri masing-masing) • Pengundian hanya dibuat oleh raja-raja - yang hadir raja2 dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja PMBRR) • Pemilihan secara bergilir – tidak boleh dipilih dua kali dalam satu pusingan (5 tahun setiap giliran) • Seseorang sultan/raja boleh melantik seorang yang lain dari negeri baginda sebagai proksi untuk mewakili baginda Keputusan pemilihan berdasarkan undi sulit sekurang-kurang 5 undi MRR Giliran boleh dicepatkan jika • YDA mangkat • Seseorang sultan yang layak dan menerima giliran tetapi menolak jawatan tersebut 12 • Seseorang sultan didapati tidak layak oleh MRR.

TIMBALAN YDPA • Menjalankan tugas-tugas YDPA semasa ketiadaan baginda • Menikmati segala kesitimewaan seperti YDPA • Dipilih oleh MRR selama 5 tahun • Boleh letak jawatan secara bertulis kepada MRR • Tidak dilantik secara automatik selepas penamatan YDPA • Perkara 32 (Fasal 1 hingga 4) – berhak ditawarkan YDA apabila YDA mangkat – jika tidak menerima jawatan diberi kepada sultan yang lebih kanan tetapi gilirannya tidak terjejas. – hanya mempunyai tanggungjawab apabila YDA tidak dapat menjalankan tugasnya lebih daripada 15 hari 13

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR) • Ahli - Semua Raja/Sultan (9 negeri) dan Yang di Pertua Negeri (4 negeri) • Peruntukan Perlembagaan - Bab 2 Perkara 38 • Ditubuhkan secara rasminya pada 1948 semasa PTM dilancarkan. • Penubuhan pada 1897 melibatkan raja-raja bagi 4 NNMB sahaja. • Mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan tertinggi di peringkat negeri • Penubuhan MRR berdasarkan Perkara 38(1) Jadual Kelima 14

PERANAN DAN TUGAS MRR Perkara 38 (2) a. Pemilihan YDPA dan Timbalan YDPA b. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan c. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut perlembagaan, memerlukan persetujuan MRR atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan MRR d. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 e. Memberi ampun reprief dan respit atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42, dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan mengenai dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut. Perkara 38(6) : Perkara-perkara di atas (Perkara 38 (2)) perlu dilaksanakan berdasarkan prinsip budi bicara 15

PERANAN DAN TUGAS MRR MRR perlu dirujuk mengenai perkara berikut: • Perlantikan Ketua Hakim Negara, hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli SPA dan SPR • Mempertimbang sempadan negeri • Memperluas anggota Persekutuan • Mempertimbang perkara berkaitan agama Islam • Mempersetujui atau tidak rang undang-undang yang memerlukan persetujuan MRR (pindaan perlembagaan) • Perkara yang menyentuh kedudukan Raja-raja – Perkara 38(4) • Perubahan tentang dasar berkaitan Perkara 153 (kedudukan/kepentingan orang Melayu dan kaum bumiputera) - Perkara 38(5) 16

PERSIDANGAN MRR • • • •

• • •



Bersidang 3 atau 4 kali setahun Berlangsung selama 3 hari Pengerusi adalah raja yang terkanan (senioriti). Mesyuarat MRR diiringi oleh YDPA &PM – Sultan & MB – YDPN & Ketua Menteri kecuali untuk pemilihan YDPA & Timbalan YDPA. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (PMBRR) sebagai setiausaha YDPN tidak terlibat dalam pemilihan Persidangan khas boleh diadakan bila keadaan memerlukan – khasnya melibatkan hal berkaitan kepentingan dan kedudukan raja-raja - biasanya dipengerusikan oleh YDA. Pertemuan di antara wakil rakyat dan raja-raja – berbincang mengenai negara dan kepentingan masing-masing secara terbuka tetapi tertutup daripada awam. 17

Imuniti Raja • 1992 – Perkara 181(2) (Imuniti raja) dinilai sebagai tidak sesuai. • Pindaan dilakukan bertujuan: • Memelihara kedudukan institusi raja supaya tidak disalahgunakan. • Menjamin kedaulatan institusi beraja • Mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen agar rakyat terus menghormati keluhuran institusi raja 18