TAJUK 2

TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN •Penentangan penjajahan •Penentangan secara bersenjata •Gerakan nasionalisme •P...

58 downloads 298 Views 188KB Size
TAJUK 2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN •Penentangan penjajahan •Penentangan secara bersenjata

•Gerakan nasionalisme •Pengaruh dalaman dan luaran

•Rancangan kemerdekaan •Kesatuan Malaya/Malayan Union 1946 •Persekutuan Tanah Melayu 1948 •Peranan parti politik •Persediaan ke arah kemerdekaan

1

PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN Sebab-sebab Penentangan Masyarakat Tempatan • Tidak puas hati dengan dasar dan pentadbiran Inggeris – Campur tangan dalam hal ehwal tempatan – Kuasai pentadbiran ekonomi / eksploitasi – Cukai – Kurang memahami adat resam/budaya tempatan • Kesan dasar Inggeris – Pemimpin tempatan hilang kuasa dan hak – Rakyat hilang sumber rezeki 2

Naning (1831-1832) • • • • • • •

Tokoh : Penghulu Dol Said Inggeris dakwa Naning adalah sebahagian dari Melaka Inggeris mengenakan cukai terhadap penduduk Naning Aduan penduduk kepada Inggeris Penghulu Dol Said telah merosakkan tanamannya Pihak Inggeris menuntut Penghulu Dol Said membayar ganti rugi tetapi tidak dihiraukan oleh beliau Penghulu Dol Said dan orang-orangnya menentang Inggeris dan mendakwa Naning bukannya sebahagian dari Melaka Inggeris yang diketuai oleh Kapten Wyllie menyerang Naning - Penghulu Dol Said menyerah diri Inggeris mengisytiharkan Naning sebahagian daripada Melaka 3

Selangor (1867-1874) • • • • • •

Tokoh : Raja Mahadi Perang Kelang di Selangor di antara Raja Mahadi dan Tengku Kudin Raja Mahadi bangkit menentang Tengku Kudin dengan bantuan Yap Ah Loy Tengku Kudin telah meminta bantuan Inggeris untuk menghapuskan ancaman Raja Mahadi Pihak Inggeris menyerang Raja Mahadi yang dikaitkan dengan kegiatan lanun Raja Mahadi menentang tetapi gagal Penentangan Raja Mahadi berakhir pada bulan Mac 1874 dan beliau melarikan diri ke Sungai Ujong 4

Perak (1875) Tokoh : Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato’ Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut • Perlantikan J.W.W. Birch tidak disenangi oleh pembesar tempatan – beliau campur tangan dalam adat istiadat orangorang Melayu • Inggeris menyekat kebebasan sultan, mengambil alih kuasa memungut cukai, menghapuskan perhambaan dan mengubah sistem pentadbiran tradisional • Pembesar tempatan termasuk Sultan Abdullah merancang untuk menghapuskan Birch - Birch telah dibunuh oleh Seputum • Tindakan Inggeris : – Dato’ Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut dan Seputum di hukum bunuh di Matang pada bulan 1876 – Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Datuk Laksamana dan Datuk Syahbandar dibuang negeri ke Pulau Seychelles – Raja Ismail dibuang negeri ke Johor

5

Negeri Sembilan (1875-1876) Tokoh : Tengku Antah • Perebutan kuasa antara Tengku Antah dengan Dato’ Kelana Sayyid Abdul Rahman • Dato’ Kelana tidak mengiktiraf Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti • Tengku Antah tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah di Sungai Ujong • Inggeris memihak kepada Dato’ Kelana dan menyerang Tengku Antah • Tengku Antah cuba menentang tetapi gagal • Tengku Antah terpaksa menandatangani perjanjian dengan Inggeris • Selepas perundingan Inggeris mengiktiraf semula Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan jajahannya 6

Pahang (1891-1895) Tokoh : Tok Gajah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau • Pembesar tempatan tidak senang hati dengan perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen • Rodger telah mengubah pentadbiran tradisional dengan memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret • Pembesar tempatan hilang mata pencarian • Tok Gajah, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau telah menyerang Balai Polis Lubuk Trua dan Balai Polis Kuala Tembeling • Berjaya menawan Temerloh dan kubu Inggeris di Jeram Ampai • Inggeris bertindak balas menawan semula Jeram Ampai • Tok Gajah, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam 7

Sarawak (1853-1860) Tokoh : Sharif Masahor • Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan yang baru dan cuba menguasai kawasan Sungai Rejang • Sharif Masahor ialah Gabenor Sarikei di Sungai Rejang yang dilantik oleh Sultan Brunei • Sharif Masahor bersama Datuk Patinggi Abdul Gapur menentang kubu Brooke di Kanowit pada Jun 1859 • Pegawai Brooke iaitu Charles Fox dan Henry Steel dibunuh • Awal tahun 1860 Sharif Masahor telah menyerang Kuching • Tentera Brooke berjaya mematahkan serangan tersebut • Sharif Masahor telah dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Brunei • Datuk Patinggi Abdul Gapur ditangkap oleh pihak Belanda dan dipenjarakan di Betawi 8

Sarawak (1853-1861) Tokoh : Rentap • Punca penentangan apabila Brooke meluaskan kuasanya ke kawasan yang dipimpin oleh Rentap • Brooke juga telah menghapuskan kegiatan pelanunan dan amalan memburu kepada manusia • Rentap telah menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan membunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee • Rentap membina kubu di Bukit Sadok dan berjaya mematahkan serangan Brooke pada 1854 dan 1857 • Tahun 1861 Brooke melancarkan serangan besarbesaran ke atas Bukit Sadok dengan menggunakan ‘meriam tembaga’ • Rentap dan pengikutnya mengalami kekalahan teruk dan melarikan diri ke kawasan pedalaman 9

Sabah (1894-1900) Tokoh : Mat Salleh • Mat Salleh adalah pemimpin kaum Iranom, Bajau dan Sulu • Menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara kerana cukai, pembangunan besar-besaran, perluasan kuasa dan penganiayaan Inggeris terhadap Mat Salleh • Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pelabuhan Syarikat di Pulau Gaya pada 1897 • Membina kubu di Ranau dan menyerang Ambong • Pihak Syarikat gagal menyerang balas tetapi akhirnya berjaya memerangkap Mat Salleh dengan tipu helah • Mat Salleh diberikan hak mentadbir Tambunan tetapi telah dikepung oleh pihak Syarikat • Mat Salleh terbunuh dalam satu serangan pada bulan Januari 1900 10

Sabah (1915) Tokoh : Antanum • Antanum adalah pemimpin kaum Murut • Punca penentangan ialah kerana penindasan Syarikat ke atas orang Murut seperti sekatan amalan pertanian pindah, membina jalan raya dan menjadikan mereka hamba tanpa membayar upah • Penentangan Antanum dikenali Kebangkitan RundumPada 1915 - menyerang dan membakar Pensiangan serta menyerang Rundum • Rundum berjaya dipertahankan oleh pihak Syarikat • Antanum membina kubu di Sungai Selangit tetapi telah diserang oleh pihak Syarikat dan Antanum terbunuh 11

Kelantan (1915) Tokoh : Tok Janggut (Haji Wan Hassan) • Tok Janggut adalah Ketua Kampung Nering di Pasir Puteh dan ulama yang dihormati • Memberontak selepas Inggeris menubuhkan balai polis dan mengenakan cukai kepala, pertanian dan ternakan • Tok Janggut tidak membayar cukai telah dikenakan saman dan dikehendaki hadir ke mahkamah - enggan menghadiri perbicaraan • Sarjan Che Wan diarahkan menangkap Tok Janggut tetapi telah dibunuh • Tok Janggut, Engku Besar Tun Ahmad dan Mat Kilau melancarkan serangan dan berjaya menawan Balai Polis Pasir Puteh • Engku Besar dan Tok Janggut menubuhkan kerajaan sementara di Jeram dan Pasir Puteh • Inggeris menyerang Jeram dengan bantuan tentera dari NNMB dan Tok Janggut telah terkorban 12

Terengganu (1921-1928) Tokoh : Haji Abdul Rahman Limbong • Penentangan Haji Abdul Rahman dikenali sebagai Pemberontakan Tani • Menentang apabila Inggeris menguatkuasakan undang-undang tanah • Rakyat dikenakan pas tanah pertanian dan pelbagai cukai • Haji Abdul Rahman mendakwa tanah ialah hak Allah dan Inggeris tidak berhak mengenakan cukai • Penentangan berlaku pada tahun 1922, 1925 dan 1928 • Haji Abdul Rahman bersama para pemimpin Kuala Berang menghalau anggota polis di Alor Limbat, menyerang Pejabat Daerah Kuala Berang dan merancang untuk menyerang Kuala Terengganu • Inggeris mengisytiharkan perang terhadap Haji Abdul Rahman • Haji Abdul Rahman ditangkap dan dijatuhkan hukuman buang negeri, beliau telah meninggal dunia di Mekah • Para pengikutnya telah dipenjarakan 13

GERAKAN NASIONALISME • Nasionalisme - semangat / ideologi yang cintakan bangsa dan negara • Pergerakan untuk mencapai kebebasan dari kekuasaan asing • Bertujuan untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara • Kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu berpunca daripada tindak-tanduk penjajah Inggeris mengeksploitasi ekonomi, mengenakan dasar imperialisme dan menindas penduduk • Penduduk tempatan berjuang ke arah pemerintahan sendiri, membebaskan diri dari belenggu penjajahan serta memertabatkan kedaulatan bangsa dan negara 14

FAKTOR PENDORONG SEMANGAT NASIONALISME Pengaruh luaran • Perang Rusia-Jepun (1904-1905) • Perjuangan Indonesia menentang Belanda • Gerakan Turki • Gerakan Pemulihan Islam di Mesir.

Pengaruh dalaman • Agama • Akhbar dan kewartawanan • Bahasa dan kesusasteraan • Golongan intelektual

15

Pengaruh luaran Perang Rusia-Jepun (1904-1905) • Perang berlaku disebabkan persaingan untuk meluaskan kuasa di Timur Jauh (khasnya Manchuria dan Korea) • Tentera Rusia kalah teruk. • Peperangan ditamatkan dengan Perjanjian Portsmouth (1905) • Kemenangan Jepun menaikkan nama Jepun sebagai kuasa Asia yang setara dengan kuasa besar Eropah lain. • Ini memberi inspirasi kepada semangat nasionalisme negara Asia lain termasuk Tanah Melayu

Gerakan Nasionalis Indonesia • Pejuang nasionalis menentang Belanda kerana masalah ketidakseimbangan ekonomi dan pengasingan sosial • Pertubuhan untuk menentang Belanda – Sarekat Dagang Islam (berjaya diharamkan oleh Belanda) – Sarekat Islam (1912) – Parti Nasional Indonesia (PNI)

• Persamaan budaya dan bahasa menyebabkan rakyat Tanah Melayu dipengaruhi dengan perkembangan nasionalisme di Indonesia. 16

Pengaruh luaran Pengaruh dari Mesir • Gerakan Pemulihan Islam bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam untuk menentang Inggeris. • Dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905) • Syeikh Muhammad Abdul menekankan kepentingn mencapai kemajuan dalam Islam melalui pengembangan ilmu dan mengikut ajaran Islam sebenar • Pelajar Tanah Melayu di Mesir seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Syeikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu

Pengaruh dari Turki • Kuasa Barat seperti Perancis, Rusia dan Britain mengambil kesempatan menyebarkan ideaidea Barat di wilayah Timur Tengah yang menyebabkan nilainilai agama diketepikan. • Gerakan Fahaman Jamiah Islam diwujudkan untuk memulihkan kesedaran tentang Islam dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam • Gerakan ini mendorong umat Islam di seluruh dunia untuk bersatu menentang ancaman imperialisme Barat ke atas orang Islam 17

Pengaruh Dalaman Faktor Agama Islam • Para ulama dan guru agama memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu khususnya dalam membangkitkan kesedaran Islam dan membebaskan diri dari cengkaman penjajahan melalui perkembangan pendidikan Islam sekitar abda 19 dan 20. • Mereka terdiri daripada lulusan universiti Al-Azhar, Mesir dan ramai terpengaruh dengan idea Sheikh Muhammad Abduh • Terdiri daripada tokoh seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohd. Taha dan Syeikh Mohd. Salim A. Kalali (juga dikenali Kaum Muda) • Mengembangkan pengaruh melalui pendidikan Islam di madrasah seperti Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyah, Madrasah Al-Hadi, Madrasah Al Mansur, Madrasah al Muhammadiah dsb. 18

Pengaruh Dalaman: Akhbar dan Kewartawanan • Akhbar dan kewartawanan menjadi medium penting dalam menyebarkan idea kebebasan dan semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu untuk menentang penjajahan Inggeris • Tokoh utama ialah Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin, Burhanuddin al-Helmi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Zainal Abidin Ahmad (Za’aba). • Kegiatan media cetak ini membawa kepada penubuhan Kesatuan Melayu Muda yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakub • Antara akhbar/majalah : Jawi Peranakan, Al-Imam, Neracha, Pengasuh, Idaran Zaman, Al-Ikhwan, Saudara, Warta Melaya, 19 Majlis, Utusan Melayu dan Warta Sarawak

Pengaruh Dalaman: Bahasa dan Kesusasteraan • Perjuangan melalui bahasa dan kesusasteraan dipelopori oleh tokoh berpendidikan Melayu seperti Za’ba, Harun Aminurrashid, Kamaludin Ahmad (Keris Mas) dan Usman Awang (Tongkat Waran) • Perjuangan bermula dengan penubuhan Maktab Latihan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak - Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama • Penulisan mengenai kelemahan dan kemunduran untuk membangkitkan kesedaran orang-orang Melayu yang ditindas oleh Inggeris • Antara karya utama ialah Cenderamata, Majalah Guru, Kemiskinan Orang Melayu, Jalan Keselamatan bagi Orang Melayu, Umbi Kemajuan dan Melor Kuala Lumpur • Za’ba menubuhkan Persatuan Persuratan Melayu (1923) untuk menggalakkan perkembangan sastera Melayu • Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan 1950 di Singapura untuk mempertingkatkan kesusasteraan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan untuk mencapai kemerdekaan 20

Pengaruh Dalaman: Golongan Intelektual • Perkembangan pendidikan Islam (madrasah/Timur Tengah), Inggeris dan Melayu melahirkan tiga kumpulan intelektual Melayu • Intelektual berpendidikan agama – Timur Tengah; Syed Syeikh Al-Hadi, Mohd. Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd. Taha – Tanah Melayu; Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Othman Abdullah dan Salmah Mohsin • Intelektual berpendidikan Melayu – Ibrahim Haji Yaakub, Harun Aminurrashid, Hasan Manan, Abdul Karim Rashid dan Isa Mahmud • Intelektual berpendidikan Inggeris – Mohd Eunos Abdullah, Ishak Haji Muhammad dan Raja Chulan • Menubuhkan beberapa persatuan seperti Kesatuan Melayu Malaya (1937), Kesatuan Melayu Singapura (1926), Kesatuan Melayu Selangor (1938) dll. 21

RANCANGAN KEMERDEKAAN • Rancangan untuk mencapai kemerdekaan bermula secara aktif selepas Perang Dunia Kedua • Penduduk Tanah Melayu lebih responsif terhadap sebarang perubahan dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris. • Inggeris sedar mereka tidak dapat berkuasa sepenuhnya di negeri-negeri Melayu • Rancangan untuk menyediakan Tanah Melayu merdeka dilaksanakan oleh Inggeris berdasarkan tuntutan rakyat melalui parti-parti politik • Kesatuan Malaya (1946) – mendapat tentangan ditamatkan pada Julai 1946 • Persekutuan Tanah Melayu (1948) – lebih diterima 22

KESATUAN MALAYA Kandungan perlembagaan /Syarat perjanjian:

1.

2. 3. 4.

Semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka digabungkan di bawah satu pentadbiran. Singapura kekal sebagai jajahan Inggeris Ketua pentadbir Gabenor Inggeris & dibantu Majlis Kerja dan Majlis Mesyuarat Undangan Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk mengendalikan hal ehwal tempatan dan diletakkan di bawah kawalan pusat. Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat 23

KESATUAN MALAYA Kandungan perlembagaan /Syarat perjanjian: 5.

Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi & tidak rasmi yang sama banyak Kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli :

6. a.

b. c. d. e.

mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di TM selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang lalu sebelum 15 Februari 1942. Lahir di TM atau Singapura serta bermastatutin sebelum penubuhan MU. Menetap di TM atau Singapura selama 5 tahun Rakyat British; tanpa hilang kerakyatan British Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada MU.

24

REAKSI DAN TENTANGAN TERHADAP KESATUAN MALAYA • • • • •

Punca penentangan orang Melayu Tidak mengambil kira pandangan orang Melayu Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu Pemberian syarat kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu Hak keistimewaan orang-orang Melayu sebagai kaum pribumi akan terhapus Cara dan sikap wakil Inggeris (Harold MacMichael) dalam mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu-peras ugut 25

PENENTANGAN HEBAT DARIPADA ORANG MELAYU Melalui Akhbar • berita, pandangan & rencana menentang MU. • Warta Negara, Majlis, Utusan Melayu dll • Seruan – perhimpunan untuk menentang MU. – penubuhan sebuah pertubuhan

Sultan-sultan • Menghantar memorandum • Bantahan kepada Inggeris Pertubuhan-pertubuhan Melayu • surat/petisyen bantahan dan melancarkan tunjuk perasaan • tunjuk perasaan di Kota Bharu dan Alor Setar • turut mengkritik sikap sultan • Mengadakan Kongres Melayu yang membawa penubuhan UMNO

REAKSI ORANG BUKAN MELAYU • Peringkat awal – “tunggu dan lihat” • Orang Cina dan India masih memberikan perhatian untuk pulang ke negara asal • Reaksi negatif kepada tindakan Inggeris menangguhkan pelaksanaan Kesatuan Malaya – Mengkritik Singapura dipisahkan daripada Tanah Melayu – Menuntut kerakyatan bagi yang mahu taat setia pada Tanah Melayu

• Penentangan melalui gerakan: – MDU (Malayan Demokratik Union) - parti berbilang – anggap Kesatuan Malaya tidak demokratik – AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) diketuai oleh Tan Cheng Lock 27

REAKSI LUAR NEGARA • Reaksi orang Inggeris melalui akhbar The Times, London. Antara pandangan : – Orang India dan Cine perlu bersedia untuk melucutkan kerakyatan negara asal jika ingin menetap di TM – Raja-raja Melayu perlu diberikan peluang dalam Majlis Undangan – Hak orang Melayu dan agama Islam perlu dipelihara

• Bekas pegawai Inggeris yang pernah bertugas di TM seperti Frank Swettenham, R. O Windstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi Smith tidak sepenuhnya bersetuju dengan rancangan Kesatuan Malaya 28

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) 1948 • Jawatankuasa Kerja (Julai 1946) ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan baru menggantikan Kesatuan Malaya • Februari 1948 - Persekutuan Tanah Melayu diisytihar menggantikan Kesatuan Melayu: 1. Terdiri 9 buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura kekal sebagai jajahan Inggeris 2. Diketuai Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan. Keahlian Majlis Mesyuarat diperluaskan 3. Majlis Mesyuarat Undangan Negeri ditubuhkan di setiap negeri. Sultan diberi hak ke atas negeri. Kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap pentadbiran kerajaan tempatan, urusan tanah, kesihatan, pendidikan, pertanian. 29

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) 1948 4. Penubuhan Majlis Raja-raja untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi 5. Jawatan Menteri Besar menggantikan Residen 6. Pemberian kerakyatan berdasarkan ciri-ciri berikut : a) Semua rakyat raja di sebuah negeri Melayu b) Rakyat Inggeris yang lahir di P.Pinang dan Melaka dan menetap 15 tahun c) Rakyat Inggeris yang lahir di Persekutuan yang bapanya sendiri lahir di Persekutuan serta menetap 15 tahun d) Orang yang lahir di Persekutuan, bertutur dalam Bahasa Melayu serta mengamalkan adat istiadat Melayu e) Orang yang lahir di Persekutuan dan ibu bapanya lahir di Persekutuan dan menetap 15 tahun

30

REAKSI TERHADAP PTM 1948 • Orang Melayu lebih menerima • Terdapat tentangan daripada sebahagian orang Melayu dan bukan Melayu • PUTERA – gabungan beberapa parti Melayu yang dianggap berhaluan kiri dan radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) - Dr Burhanuddin Al-Helmi, Angkatan Pemuda Insaf(API)Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS)- Shamsiah Fakeh. • PUTERA memperjuangkan : – Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi – Hal ehwal luar negara dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama kerajaan TM dan Inggeris – Perkataan ‘Melayu’ sebagai nama kewarganegaraan TM – Bendera kebangsaan perlu mempunyai warna-warna kebangsaan Melayu 31

REAKSI TERHADAP PTM 1948 • AMCJA (Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu) diketuai Tan Cheng Lock. Memperjuangkan: – Penyatuan seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura – Pemerintahan sendiri melalui Badan Perundangan Pusat dengan keanggotaan yang dipilih sendiri oleh rakyat – Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang yang

menganggap TM sebagai tanah air • PUTERA bergabung dengan AMCJA pada 1947 untuk menentang PTM 1948 – Membentuk “Perlembagaan Rakyat” – ditolak oleh Inggeris – Melancarkan hartal (Penutupan Kedai) tetapi dipatahkan Inggeris

32

PERANAN PARTI POLITIK DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN • Aliran radikal/kekerasan – PKM (1930), AWAS (1930), PKMM (1945), API (1946), PETA (1947)– pengaruh komunis dan gerakan komunisme Indonesia

• Gabungan parti berbilang kaum - Perikatan – UMNO (1946) , MCA (1949) dan MIC (1946) – sokongan Inggeris

• Aliran Islam – Hizbul Muslimin (1948) dan PAS (1951) – saingan UMNO

• Aliran parti berbilang kaum – IMP (1951-1953) dan Parti Negara (1954) – Dato’ Onn – tidak berjaya 33

GERAKAN KOMUNIS Parti Komunis Malaya(1930) • Tujuan: menggulingkan Inggeris dan menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu dengan cara kekerasan • Kurang mendapat sokongan rakyat kerana kekerasan. • Selepas pengunduran Jepun, memerintah Tanah Melayu selama 14 hari melalui kekerasan • Mendapat sokongan sebahagian orang Cina bermula sejak penjajahan Jepun • Pengaruh meluas dalam kesatuan sekerja, pertubuhan buruh & sekolah-sekolah Cina. • Antara 1945-1948 – melaksanakan mogok pekerja, pembunuhan orang yang menyokong Inggeris dan pegawai Inggeris. • Inggeris isytihar darurat seluruh TM 23 Jun 1948. • Tindakan memerangi komunis: Menambah kekuatan pasukan keselamatan, Rancangan Briggs, memperkenalkan kampungkampung baru, pasukan perisikan, kawasan putih dan kawasan hitam • Rundingan Baling Julai 1955 – menamatkan darurat dan ancaman 34 komunis

KESAN DARURAT • Usaha ke arah pemberian taraf berkerajaan sendiri dan kemerdekaan oleh Inggeris kepada rakyat TM • Melonggarkan kegiatan berpolitik aliran kiri/radikal • Kegiatan ekonomi hampir lumpuh, beban kewangan bertambah • Masalah kekurangan makanan • Melonggarkan syarat-syarat kerakyatan serta jawatan dalam perkhidmatan awam TM pada tahun 1952 – Untuk tarik orang bukan Melayu – Sistem kuota berasaskan Melayu-bukan Melayu dalam perkhidmatan

• Masalah perhubungan kaum terutama di antara Melayu dan Cina – Jawatankuasa Antara Kaum ditubuhkan 1949 35

PENGENALAN SISTEM AHLI 1951 • Bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada pemimpin tempatan dalam hal-ehwal pentadbiran • Beberapa ahli tidak rasmi Majlis Undangan Persekutuan diberi tanggungjawab mengetuai jabatanjabatan kerajaan yang bersifat seorang menteri • Setiap ahli bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi • Dato’ Onn Jaafar (Hal-Ehwal Dalam Negeri), E.E.C Thuraisingham (Pelajaran), Dr. Lee Ting Keng (Kesihatan), Tunku Yaacob Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Pertanian dan Perhutanan) dan Dato’ Mahmud Mat (Tanah, Perlombongan dan Perhubungan) 36

PILIHAN RAYA • Pilihan Raya Umum Penguasa Tempatan 19511952 – Untuk memilih ahli-ahli Majlis Tempatan – Bertujuan untuk melatih penduduk Tanah Melayu memilih pemimpin mereka sendiri sebagai persediaan berkerajaan sendiri

• Pilihan Raya Umum Pertama, 1955 – 52 buah kerusi yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan – Parti Perikatan memenangi 51 kerusi dan PAS satu kerusi 37

RUNDINGAN KEMERDEKAAN • Rundingan Kemerdekaan ke London  Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957  Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komanwel dengan sistem pemerintahan demokrasi  Rakyat tempatan akan mengambil alih semua jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dll  Pihak British dibenarkan menempatkan tenteranya di Tanah Melayu  Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid 38

SURUHANJAYA REID • Ditubuhkan Jun 1959 - untuk merangka satu Perlembagaan yang merdeka bagi Tanah Melayu • Dipengerusikan oleh Sir Lord Reid (London) • Ahli-ahlinya Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) • Menerima memorandum daripada pelbagai pihak (131 memorandum) 39

ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 1. Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan rajaraja sebagai ketua di negeri masing-masing 2. Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa mereka dijamin oleh perlembagaan (Perkara 153) 3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan; walaubagaimanapun bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka. 4. Pemberian kerakyatan berdasarkan beberapa kaedah. 5. Islam dijadikan agama rasmi tetapi kebebasan beragama bagi orang bukan Islam akan tetap terjamin. 40