TAJUK 13

TAJUK 13 HUBUNGAN DAN DASAR LUAR NEGARA •Jenis hubungan luar •Dasar luar negara: prinsip dan pertimbangan •Kerjasama ser...

180 downloads 136 Views 115KB Size
TAJUK 13 HUBUNGAN DAN DASAR LUAR NEGARA •Jenis hubungan luar •Dasar luar negara: prinsip dan pertimbangan •Kerjasama serantau •Kerjasama antarabangsa

DASAR DAN HUBUNGAN LUAR • Jenis hubungan luar – Hubungan dua hala (bilateral) • Asas hubungan diplomatik antara dua negara

– Hubungan pelbagai hala (multi-lateral) • Hubungan serantau. Contoh: ASEAN, Kesatuan Eropah (EU) • Hubungan antara organisasi antarabangsa. Contoh: PBB, OIC

• Dasar luar – Lanjutan kepada dasar dalaman sesebuah negara – Bagaimana sesebuah negara berhubungan dengan negara lain

DASAR LUAR MALAYSIA • Matlamat utama dasar luar Malaysia – menjamin dan melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa • Kementerian yang bertanggungjawab Kementerian Luar atau dikenali sebagai“Wisma Putra”. • Sejak merdeka, dasar luar melalui beberapa perubahan dan fokus. • Setiap Perdana Menteri perbezaan fokus dan pertimbangan dasar luar.

PRINSIP ASAS DASAR LUAR MALAYSIA • Saling menghormati kedaulatan semua negara • Menjalin hubungan secara diplomasi • Mengamalkan hubungan baik dengan semua negara • Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan Piagam PBB • Menekankan hubungan serantau • Memelihara kepentingan dan keselamatan serta kesejahteraan hidup rakyat • Mengamalkan prinsip hidup bersama

FAKTOR YANG MEPENGARUHI DASAR LUAR MALAYSIA 1. Faktor persejarahan a. Elemen tetap negara seperti pengalaman sejarah, budaya, geografi dan sumber semulajadi 2. Faktor dalaman a. Pengaruh dan situasi dalam negara Contoh: Sistem politik Malaysia, struktur demografik, sistem/faktor ekonomi dan sistem sosial masyarakat 3. Faktor luaran a. Persekitaran luar negara Contoh: Sistem politik dan ekonomi antarabangsa, undangundang antarabangsa dan organisasi antarabangsa 4. Faktor individu atau idiosinkratik a. Personaliti dan imej individu yang merumuskan dasar luar ; Perdana Menteri

DASAR LUAR MALAYSIA: Pendekatan Perdana Menteri 1. Tunku Abdul Rahman : 1957-1970 Pendekatan Pro-Barat dan Anti-Komunis 2. Tun Abdul Razak : 1970-1976 Pendekatan Dasar Berkecuali (Non-alignment policy) 3. Tun Hussein : 1976-1981 Pendekatan Dasar Berkecuali dan ASEAN.

DASAR LUAR MALAYSIA: Pendekatan Perdana Menteri 4. Tun Dr.Mahathir : 1981-2003 Perubahan orientasi - penekanan terhadap kepentingan ekonomi, hubungan politik dan ekonomi yang lebih luas serta aktif. Buy British Last, Dasar Pandang ke Timur, PBB, isu Palestin, Apartheid, Antartika dan isu hak asasi manusia 5. Tun Abdullah : 2003-2009 Kesinambungan dasar aktif dalam arena antarabangsa terutama ASEAN dan OIC 6. Dato’ Seri Najib Tun Razak: 2009 – kini Kesinambungan dasar aktif di arena antarabanga. Penekanan kepada hubungan dua hala (rakan dagangan) – seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dll.

MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU • Kerjasama serantau penting untuk meningkatkan kemajuan ekonomi dan sosial rantau • Usaha ke arah kerjasama serantau sebelum penubuhan ASEAN – Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (SEAFAT) – Persatuan Asia Tenggara (ASA) – Maphilindo

• Contoh kerjasama serantau; ASEAN, EAEC, AFTA, FTA,

ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara) • 8 Ogos 1967 – Deklarasi Bangkok • Matlamat:  Mempercepat pertumbuhan ekonomi kalangan negara anggota.  Menggalakkan keamanan dan kestabilan kalangan serantau  Menggalak kerjasama dan saling membantu dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, sains dan teknologi serta pentadbiran.  Menggalakan pertumbuhan perindustrian, dan perdagangan.  Meningkatkan kerjasama dalam bentuk latihan dan kemudahan penyelidikan dalam bidang pelajaran, profesional, teknikal dan pentadbiran  Memperluas perdagangan

ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara) Peranan Malaysia dalam ASEAN • Perisytiharan Kuala Lumpur 1971 – ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) – Konsep ZOPFAN – mengiktiraf hak setiap negara tanpa sebarang campurtangan kuasa besar • ZOPFAN - menyeru kuasa besar sewaktu perang Dingin untuk menghormati Kedaulatan negara-negara kecil seperti ASEAN. • 1976 di Bali – ASEAN menubuhkan “Treaty of Amity and Cooperation (TAC)” sebagai blueprint untuk Zone Bebas seperti yang dikehendaki oleh negara-negara ASEAN. • ASEAN Free Trade Area (AFTA) menguatkan kerjasama dalam bidang ekonomi.

ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara) Peranan Malaysia dalam ASEAN • Masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea. • Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. • Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. • Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear

Perundingan Ekonomi Asia Tenggara (EAEC) • 1990 – Kerjasama ekonomi antara negara ASEAN dan 3 negara Asia Timur; Korea Selatan, China dan Jepun • Tujuan – meningkatkan tahap kerjasama ekonomi antara ASEAN dan rantau Asia Timur – Melindungi/menganjurkan dasar perdaganagan bebas, – menggalakkan kerjasama ekonomi serantau, – menyumbang sistem perdagangan pelbagai hala

KERJASAMA ANTARABANGSA • Malaysia aktif dalam hubungan antarabangsa • Kerjasama antarabangsa Malaysia : – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) – Komanwel (bekas jajahan Inggeris) – Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (Nonalignment Movement) – Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNITED NATIONS) • Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945 • 2002- 189 buah – • Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa • 4 matlamat Piagam PBB – Menjamin keamanan dan keselamatan dunia – Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota – Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit – Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negaranegara anggota

PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) • Ditubuhkan 1945. 2002- keahlian 189 negara • Negara ahli tertakluk kepada Piagam PBB - satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa • 4 matlamat Piagam PBB – Menjamin keamanan dan keselamatan dunia – Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota – Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit – Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNITED NATIONS) • Malaysia menyertai PBB 17 Sept 1957 – memelihara prinsip dan piagam PBB • Memainkan peranan yang penting sejak menyertai PBB terutama apabila ianya melibatkan kepentingan negara dan juga kepentingan negara dunia ketiga. • Antara penglibatan dalam isu berkaitan dengan negara Islam terutama Palestin, Isu Antartika, pencerobohan hak asasi dan penindasan kuasa besar. • Penyertaan misi pengaman PBB seperti di Bosnia, Angola, Somalia dan Timur Leste. • Pernah dipilih sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB tiga kali

KOMANWEL • Dibentuk pada tahun 1931 - Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 beribu pejabat di London • Anggotanya – negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka - 54 negara maju dan negara sedang membangun • Komitmen menyertai Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama(setiap dua tahun) • 1960an-1970an - hubungan rapat melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA). • Semasa Konfrontasi Indonesia dan darurat - Komanwel membantu Malaysia • Selepas 1970an – kurang perhatian terhadap Komanwel.

KOMANWEL • Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989)- Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat • Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap • dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia • Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarik balik selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU) • Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan • Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

PERGERAKKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) • Ditubuhkan pada 1956 melalui Deklarasi Bandung • Ditubuhkan atas dasar tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa Besar terutama waktu Perang Dingin (Blok Barat vs Blok Timur) • Disertai oleh negara-negara dunia ketiga atau negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan sekitar tahun 1940-60-an. • Penyertaan Malaysia berdasarkan: – Menyelesaikan secara aman terhadap apa bentuk pertikaian – Menghormati keutuhan dan kedaulatan wilayah lain – Mengamalkan prinsip hidup secara mana – Tidak campurtangan dalam urusan negara lain

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) • Penglibatan melalui NAM terhadap isu seperti Kerjasama Selatan-selatan, isu Aparteid, isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika • Malaysia menjadi pengerusi NAM dari tahun 2003-2006 • Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade • Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. • Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003. • Membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM • Deklarasi Kuala Lumpur – usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

PERSIDANGAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC) • OIC pertubuhan negara-negara Islam terbesar di dunia. • Dianggotai lebih daripada 50 buah negara majoriti Islam. • Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi • Idea Tunku Abdul Rahman • Matlamat OIC : – Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang – Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam – Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam – Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari

PERSIDANGAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC) • Tabung Perpaduan Islam – membantu negara anggota • Bank Pembangunan Islam (IDB) • Tunku Abdul Rahman – Setiausaha Agung Sekretariat Islam OIC yang pertama • Malaysia aktif melalui OIC dalam isu: Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003 Perdamaian di Timur Tengah Perjuangan rakyat Palestin Penubuhan UIAM - Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di UIAM – Perang Iran-Iraq – Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam 2002 – Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi – – – –