TAJUK 11

TAJUK 11 DASAR-DASAR SOSIAL •Dasar-dasar sosial •Dasar Pendidikan Negara •Dasar Kebudayaan Kebangsaan •Dasar Pembangunan...

93 downloads 303 Views 159KB Size
TAJUK 11 DASAR-DASAR SOSIAL •Dasar-dasar sosial •Dasar Pendidikan Negara •Dasar Kebudayaan Kebangsaan •Dasar Pembangunan Belia Negara •Dasar Wanita Negara •Dasar Warga Emas

DASAR-DASAR SOSIAL Dasar sosial ialah dasar yang memberikan prioriti kepada; nilai-nilai sosial yang berlandaskan keadilan, kerohanian dan kemanusiaan

DASAR SOSIAL NEGARA • Penyataan Dasar – DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mapan

• Rasional – Pembangunan ekonomi adalah prasyarat pembangunan negara tetapi pembangunan holistik dapat mengimbangi kehidupan manusia

DASAR SOSIAL NEGARA • Penyataan Dasar – DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mapan

• Rasional – Pembangunan ekonomi adalah prasyarat pembangunan negara tetapi pembangunan holistik dapat mengimbangi kehidupan manusia

JENTERA PELAKSANA DSN • Majlis Sosial Malaysia (MSN) • Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara • Jawankuasa Kerja Pembangunan Sosial Peringkat Kementerian • Majlis Pembangunan Negeri • Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri • Jawatankuasa Pembangunan Daerah dan Bahagian • Peringkat akar umbi dan komuniti

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN • •





Falsafah Pendidikan Negara menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran dan perpaduan • usaha untuk melahirkan insan kebangsaan yang berilmu, berakhlak mulia, memperluaskan serta mengubahsuai seimbang dan harmonis rancangan-rancangan pelajaran dan latihan bagi memenuhi keperluan• untuk melahirkan satu keperluan tenaga kerja masyarakat yang berilmu, memperbaiki mutu pelajaran bagi berdaya saing yang tinggi dan membina suatu masyarakat yang mengamalkan ilmu nilai-nilai progresif berlandaskan sains dan murni untuk kesejahteraan dan teknologi moden keharmonian negara melalui memperbaiki kemudahan-kemudahan perpaduan yang erat di penyelidikan, perancangan dan kalangan pelbagai kaum pelaksanaan untuk mencapai objektif di atas.

PERKEMBANGAN DASAR PENDIDIKAN Laporan Razak 1956 Laporan Rahman Talib 1960 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 (mengkaji semula dasar pendidikan • Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Laporan Aminuddin Baki) • Dasar Pendidikan yang terkini • • • • •

– – – –

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) Dasar E-Pendidikan

PENYATA RAZAK 1956 • Tujuan utama : – Menyediakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu – Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan – Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, berteloransi, liberal dan progresif

PENYATA RAHMAN TALIB 1960 • Bahasa Kebangsaan – Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi – Semua peperiksaan awam diadakan dalam bahasa Melayu – Calon wajib lulus Bahasa Melayu untuk masuk ke sekolah menengah

• Pelajaran Agama dan Moral – Pengajaran agama Islam diwajibkan di sekolah yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar – Pelajar bukan Islam diajar mata pelajaran Pendidikan Moral

• Kenaikan Kelas – Kenaikan secara automatik ke sekolah menengah – Peluang pendidikan secara automatik selama 9 tahun – Pelajaran sekolah rendah diberi secara percuma tanpa mengira bahasa pengantar

• Kelas Peralihan – Kelas peralihan setahun bagi pelajar aliran Cina dan Tamil sebelum ke Tingkatan Satu – Peperiksaan SRP dan LCE dalam bahasa Melayu dan Inggeris

• Pendidikan Teknik dan Vokasional – Penting untuk meyediakan pelajar menghadapi perkembangan ekonomi negara – Melibatkan beberapa institusi teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1974 • Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) • Kenaikan darjah secara automatik • Penekanan kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan • Penekanan terhadap sekolah vokasional • Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan • Memperkenalkan sukatan pelajaran sekolah swasta

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Objektif DKK • mengukuhkan perpaduan bangsa dan rakyat melalui kebudayaan kebangsaan • memupuk, memperkaya dan memelihara keperibadian kebangsaan, mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan membentuk kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi Strategi DKK – pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah mengukuhkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya – meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat serta mendukung dan menggerakkan kebudayaan seluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan – mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia – memenuhi keperluan sosiobudaya – meningkatkan taraf dan mutu kesenian

OBJEKTIF DPK • Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara • Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara

STRATEGI PELAKSANAAN DPK • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama • Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua • Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan • Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhan dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu • Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun • Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan saksama

STRATEGI PELAKSANAAN DPK • Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) • Meluaskan pendidikan teknik dan vokasional melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional • Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat IPTA • Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin • Menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah • Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti kadet tentera dan polis

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN • Kebudayaan merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia • Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum memerlukan satu dasar dalam proses pembentukan kebudayaan nasional ke arah melahirkan cara hidup yang bersifat ke-Malaysiaan • DKK menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa

PRINSIP UTAMA DKK • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini – Rantau yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Kampuchea dan Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)

• Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar – Unsur budaya Cina, India, Arab, Parsi, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

• Islam menjadi unsur yang penting – Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak emosi dan fizikal manusia

OBJEKTIF DKK • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan • Memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

STRATEGI PELEKSANAAN DKK • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya • Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluasluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan • Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia • Memenuhi keperluan sosiobudaya • Meninggikan taraf dan mutu kesenian

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA • Digubal 1985 sempena perayaan Tahun Belia Antarabangsa Pertama – Dasar Belia Negara • Dikaji semula pada 1997 dan dinamakan Dasar Pembangunan Belia Negara • Umur belia - berumur antara 15 hingga 40 tahun. • Dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun. MATLAMAT DASAR: • Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA- Strategi • Pembangunan Ilmu • Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia. • Pembentukan Sikap • Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang. • Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan • Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA - Strategi • Pemupukan Gaya Hidup Sihat • Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti. • Kemudahan Interaksi Sosial • Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan masyarakat. • Perkongsian Dalam Pembangunan • Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia. • Jaringan Hubungan Antarabangsa • Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.

DASAR WANITA NEGARA • DWN 1 – 1989 • DWN 2 – 2009 (kesinambungan) • HAWA → Jab. Pembangunan Wanita

DASAR WANITA NEGARA 2 1.

2.

3. 4. 5.

6.

OBJEKTIF: Membangun potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara; Menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian; Membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor; Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat; Mencapai perkongsian saksama antara wanita dengan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan; dan Meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.

DASAR WANITA NEGARA 2: Strategi Pelaksanaan Dasar 1. Mengarusperdanakan perspektif gender dalam penggubalan dasar dan perundangan, perancangan, pelaksanaan dan penilaian program, projek dan penyediaan bajet untuk pembangunan. 2. Meningkatkan komitmen di kalangan badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman, termasuk penggubal dasar, pembuat keputusan dan pihak penguat kuasa di sektor awam dan swasta serta masyarakat sivil, bagi menghormati dan memelihara martabat wanita. 3. Mengkaji semula undang-undang dan peraturan sedia ada dan menggubal perundangan dan peraturan baru bagi menjamin tiada diskriminasi berasaskan gender, perlindungan, keselamatan, hak-hak dan maruah wanita terpelihara dan mengambil langkah-langkah supaya penguatkuasaan undangundang berkenaan berkesan.

DASAR WANITA NEGARA 2: Strategi Pelaksanaan Dasar 4. Menjalankan penyelidikan mengenai aspek gender bagi menjana pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan perancangan serta pelaksanaan program. 5. Melaksanakan sepenuhnya pengumpulan, penganalisaan dan pengaplikasian data dan maklumat oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengikut pecahan jantina untuk tujuan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program.

DASAR WANITA NEGARA 2 PELAKSANAAN STRATEGI • Ekonomi • Kemiskinan • Undang-undang • Keganasan terhadap wanita • Kesihatan • Pendidikan dan latihan • Sains dan teknologi • Pembuat keputusan • Mekanisme, jentera dan institusi pembangunan wanita • Media • Alam sekitar • Sukan • Kebudayaan, kesenian dan warisan.

DASAR WARGA EMAS NEGARA • Warga Emas - mereka yang berumur 60 tahun ke atas –takrifan “World Assembly On Aging in 1982” Vienna. • Mewujudkan masyarakat warga emas yang sejahtera, bermaruah, mempunyai martabat diri yang tinggi, dengan mengoptimumkan potensi dlri mereka dan menentukan mereka menikmati semua peluang dlsamping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara.

DASAR WARGA EMAS NEGARA Objektif • Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga emas dalam keluarga, masyarakat dan negara. • Memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari. • Menggalakkan pengwujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga emas ke arah kesejahteraan hidup mereka.

DASAR WARGA EMAS NEGARA Strategi a)Kehormatan dan Martabat Diri • Membolehkan warga emas hidup dengan penuh kehormatan dan martabat diri serta selamat dan bebas daripada penindasan dan penganiayaan • Menentukan warga emas mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur, jantina, keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan sumbangan mereka • Membolehkan warga emas menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka • Memudahkan warga emas mendapatkan akses kepada sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan rekreasi yang ada dalam masyarakat.

DASAR WARGA EMAS NEGARA Strategi b).Keupayaan Berdikari • Memastikan warga emas dapat memenuhi keperluan asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga dan masyarakat serta usaha sendiri • Memudahkan warga emas mendapat peluang untuk terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada kepada negara • Memastikan warga emas dapat menikmati persekitaran yang selamat dan mudah diubahsuaikan selari dengan keupayaan yang berubah • Membolehkan warga emas terus tinggal bersama dengan keluarga dan masyarakat selama mungkin • Memberi persediaan awal kepada warga emas untuk menentukan perancangan sumbangan berasas kepada kepakaran dan keupayaan yang dimiliki secara berterusan ke arah pembangunan negara.

DASAR WARGA EMAS NEGARA Strategi c). Penyataan • Membolehkan warga emas memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda • Memberi peluang kepada warga emas untuk menyumbang kepada masyarakat secara sukarela sesuai dengan keupayaan dan minat mereka • Menggalakkan warga emas menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka.

DASAR WARGA EMAS NEGARA Strategi

d).Penjagaan dan Perlindungan

• Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini • Memudahkan warga emas mendapat jagaan kesihatan untuk membantu mereka mengekal atau memulihkan tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke peringkat optimum serta mencegah daripada jangkitan penyakit • Membolehkan warga emas memanfaatkan perkhidmatan institusi yang menyediakan jagaan, perlindungan dan stimulasi sosial serta mental dalam suasana yang selamat dan selesa • Memudahkan warga emas mendapat perkhidmatan sosial dan perundangan bagi memajukan hak autonomi individu, perlindungan dan jagaan mereka • Menjamin warga emas menikmati hak asasi individu semasa dalam jagaan dan rawatan dengan mengambilkira kehormatan diri, kepercayaan dan keperluan yang sesuai bagi mereka • Mewujudkan Sistem Keselamatan Sosial yang komprehensif bagi menjamin pendapatan dan kebajikan yang stabil dikalangan warga emas.

DASAR WARGA EMAS NEGARA Strategi e).Penyelidikan dan Pembangunan • Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian mengenai warga emas bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk kegunaan perancangan program pembangunan warga emas. • Mewujudkan satu Badan Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Kebangsaan membantu menyelaraskan dan mengenalpasti keperluankeperluan membuat, mengenai aktiviti bagi warga emas.

DASAR WARGA EMAS NEGARA Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara • Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan warga emas oleh setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan pihak swasta berpandukan kepada Dasar Warga Emas Negara. • Bagi menjayakan perlaksanaan Dasar Warga Emas Negara maka usahausaha bersepadu dan menyeluruh perlu diambil oleh Agensi-agensi yang berkenaan, antaranya :-

Pendidikan Pekerjaan Penyertaan dalam masyarakat Riadah Pengangkutan Perumahan Sistem sokongan bagi keluarga Kesihatan Keselamatan sosial Media Penyelidikan dan Pembangunan