TAJUK 10

TAJUK 10 KEHAKIMAN Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim Perlantikan Hakim Tribunal Kod E...

167 downloads 256 Views 237KB Size
TAJUK 10 KEHAKIMAN Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG Tujuan undang-undang diwujudkan : 1. mencapai keadilan dalam masyarakat 2. menggalakkan ahli masyakat melakukan sesuatu yang baik & adil dalam apa jua keadaan Undang-undang : proses interaksi sosial – menggambarkan masyarakat itu sendiri dari aspek ekonomi, politik, sosial, nilai-nilai moral

Peranan undang-undang dan kehakiman di Malaysia •







Undang-undang : keadilan dan kesamarataan dalam masyarakat menggalakkan ahli masyakat melakukan sesuatu yang baik & adil dalam apa jua keadaan berkhidmat untuk masyarakat sebahagian proses interaksi sosial menggambarkan kehidupan masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial dan nilai-nilai moral masyarakat heterogenous





Kehakiman : Memastikan undangundang dilaksanakan dan dihormati keadilan dan kesamarataan dijalankan oleh badan yang bertanggungjawab

FUNGSI DAN PERANAN BADAN KEHAKIMAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif, pihak-pihak tertentu, mahupun orang perseorangan Mentafsir plembagaan & undang-undang. Menyemak undang-undang Palimen, DUN dan pertubuhan Mengisytiharkn sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu sebagai tidak sah jika diminta Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan setakat mana ia bercanggah Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes sivil dan jenayah di Malaysia Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia (walaupun kapal terbang itu berada di ruang atau lautan antarabangsa)

Bidang Kuasa Kehakiman Dalam Bidang Perundangan Dan Eksekutif • Kuasa mentafsir perlembagaan dan undangundang. • Kuasa mengisytiharkan sesuatu undangundang persekutuan dan undang-undang negeri tidak sah dan batal. • Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal di sisi undangundang.

KUASA KEHAKIMAN • Kuasa kehakiman terletak pada: a) 2 buah Mahkamah Tinggi (Malaya & Borneo) yang sama taraf. b) beberapa buah mahkamah rendah. • Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1988: Kuasa kehakiman tidak lagi berada secara eksklusif kepada pihak mahkamah tapi tertakluk kepada peruntukan dalam undang-undang persekutuan. • Kuasa untuk menetapkan tempat atau mahkamah bagi perbicaraan terletak pada Peguam Negara.

Hierarki Mahkamah Awam Mahkamah Persekutuan Semenanjung Malaysia

Mahkamah Rayuan

Sabah & Sarawak

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi Borneo

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Penghulu 7

Mahkamah Persekutuan • Mahkamah tertinggi dan mahkamah rayuan yang muktamad di Malaysia. • Sebelum 24 Jun 1994, dikenali sebagai Mahkamah Agong • Ditubuh mengikut peruntukan Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan. • Dianggotai oleh Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta 7 orang hakim lain. • Bersidang dalam panel yg mengandungi 3 orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara. • Kes yg melibatkan kepentingan awam, mahkamah akan bersidang dalam panel yg terdiri daripada 5 orang hakim. • Keputusan prosiding perbicaraan dibuat berdasarkan pendapat majoriti hakim yg menganggotai panel itu. Semua keputusan mahkamah ini yang berkaitan sivil mahupun jenayah perlu dipatuhi oleh mahkamah lain. 8

Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan • Mendengar & menentukan rayuan kes-kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. • Menentukan rayuan perkara undang-undang yg mempunyai kepentingan umum dlm kes-kes jenayah daripada Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi. • Menentukan hujah undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi bagi menjalankan kuasa pengadilan jenayah asalnya. • Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. • Memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pertikaian antara kerajaan negeri. • Menasihati YDPA dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. 9

MAHKAMAH RAYUAN • Ditubuh pada 24 Jun 1994 utk mengendalikan kes rayuan yg dibuat selepas keputusan perbicaraan di Mahkamah Tinggi. • Mahkamah ini memberi satu lagi peluang pihak tertuduh untuk membuat rayuan bagi kes jenayah selain rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. • Terdiri daripada Presiden/ Yang Dipertua serta 10 orang hakim lain yang dilantik oleh YDPA. • Presiden bertanggungjawab menentukan prosiding serta jumlah hakim bagi mendengar dan memutuskan sesuatu kes. • Jumlah panel mestilah sekurang-kurangnya 3 orang hakim atau lebih. • Prosiding Mahkamah Rayuan diputuskan mengikut keputusan pendapat majoriti hakim yg menganggotai panel itu. • Seseorang hakim mahkamah terbabit juga turut bersidang sebagai 10 hakim Mahkamah Persekutuan atas arahan Ketua Hakim Negara.

Bidang Kuasa Mahkamah Rayuan • Menjadi perantaraan antara Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Tinggi. •Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes sivil dan jenayah. •Bagi rayuan kes sivil, jumlah atau nilai perkara yang terlibat mestilah tidak kurang daripada RM250 000.00. •Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa asal.

11

Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Malaya • 1 orang Hakim Besar • 47 orang hakim

Mahkamah Tinggi Borneo

• 1 orang Hakim Besar • 10 orang hakim

Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi  Ada bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes sivil dan jenayah. Mendengar & menetukan rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Mengawasi & menyemak keputusan semua kes sivil dan jenayah Mahkamah Rendah.

12

Mahkamah Sesyen Bidang Kuasa Mahkamah Sesyen Bidang kuasa meliputi pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati. •

• Mempunyai kuasa untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang selain hukuman mati. • Kes sivil: Jumlah nilai wang atau nilai pokok yang dituntut tidak melebihi RM250 000.00. • Mempunyai kuasa menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

13

Mahkamah Sesyen • Bidang kuasa mahkamah ini tidak terhad utk mendengar & memutuskan sebarang tindakan atau tuntutan untuk:

a) Mendapatkan semula harta tak alih. b) Mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah untuk mengembali atau merampas harta daripada pemilik. c) Membicarakan kemalangan kenderaan bermotor. d) Tuan tanah dan penyewa tanah. e) Mengeluarkan writ atau waran dan saman. Mahkamah ini tidak berkuasa untuk mendengar dan membicarakan sebarang kes rayuan.

14

Mahkamah Majistret Kelas 1 • Mahkamah ini diadili oleh Majistret Kelas 1 yg dilantik oleh: a. YDPA : Wilayah Persekutuan. b. Sultan/ Yang Dipertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat : Negeri2 lain. •

Seorang Majistret Kelas 1 mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan rayuan daripada Mahkamah Penghulu tapi segala rayuan dari Mahkamah Majistret Kelas 1 dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Majistret Kelas 1 (Semenanjung M’sia) Mahkamah Penghulu – sudah tiada

Mahkamah Tinggi 15

Bidang Kuasa Mahkamah Majistret Kelas 1 Membicarakan kesalahan yang hukumannnya tidak melebihi 10 tahun penjara serta kesalahan2 di bawah Seksyen 392 dan 457, Kanun Keseksaan. • Hukuman maksimum yg boleh dikenakan oleh mahkamah ini ialah 5 tahun penjara, sebatan rotan 12 kali, denda RM 10 000.00 atau gabungan ketiga-tiganya. • Kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya, 1952, Akta Keseksaan 1953 dan Akta Kastam, 1967, majistret boleh mengenakan denda yang tinggi daripada RM10 000.00. • Diberi kuasa untuk menyelenggarakan siasatan permulaan bagi tuduhan2 yang berat dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan . (Jika mahkamah ini mendapati tedapat bukti yang cukup, tertuduh akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika tidak, tertuduh akan dibebaskan) • Kes-kes sivil, nilai jumlah pertikaian tidak melebihi RM 25 000.00 SETAHUN.



16

Mahkamah Tuntutan Kecil • Turut dikenali sebagai Mahkamah Majistret Kelas 2. • Bidang kuasa kurang daripada Mahkamah Majistret Kelas 1. • Diketuai oleh Majistret Kelas 2 dan diadili oleh para pegawai kehakiman yang berpengalaman. • Mahkamah ini bertujuan untuk memblehkan seseorang memperoleh kembali hutang atau tuntutan yang tidak melebihi RM 3000.00. • Segala rayuan dari mahkamah ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi

17

Mahkamah-Mahkamah Khas • Ditubuhkan untuk membicarakan kesalahan2 oleh pihak tertentu sahaja. • Biasanya mahkamah tertutup tidak di buka kepada semua orang kecuali mahkamah syariah.

18

Mahkamah-Mahkamah Khas Jenis-Jenis Mahkamah

Kes Perbicaraan

Mahkamah Khas Raja-Raja

Kesalahan yang dilakukan oleh YDPA dan sultan-sultan atas sifat peribadi

Mahkamah Kanak-kanak

Kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun

Mahkamah Syariah

Kesalahan yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam dari segi undang-undang Islam

Mahkamah Tentera

Kesalahan yang dilakukan oleh anggota tentera

Mahkamah Bumiputera

Kesalahan yang dilakukan dari segi adat resam kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak

Mahkamah Perusahaan

Perkara yang melibatkan pertelingkahan pihak majikan, para pekerja dan kesatuan sekerja 19

Mahkamah Khas Raja-Raja • Ditubuhkan pada 29 Mac 1993 • Tujuan ditubuhkan untuk membicarakan kesalahankesalahan yang di lakukan oleh Yang diPertuan Agong atau Sultan/RaJa mana-mana negeri • Dipengerusikaan oleh Ketua Hakim Negara • Mempunyai bidang kuasa yang sama dengan mahkamah awam yang lain dan segala keputusan adalah muktamad. • Perkara 183,Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiada sebarang tindakan sivil atau jenayah boleh dimulakan ke atas YDPA atau sultan tanpa persetujuan Peguam Negara. 20

Mahkamah Kanak-kanak  Mahkamah yang membicarakan individu yang berusia 10 hingga 18 tahun yang melakukan kesalahan jenayah.  Mahkamah ini diberikan kuasa untuk membicarakan semua kesalahan,kecuali yang boleh dijatuhkan hukuman mati.  Ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Juvenil,1947.  Diketuai oleh Majisterit Kelas 1 dan dibantu oleh dua orang penasihat awam.  Diadakan secara tertutup, orang yang di benarkan hadir ialah pegawai mahkamah dan orang-orang yang berkaitan dengan kes seperti ibu bapa,penjaga, peguam, saksi-saksi dan pihak-pihak lain yang dibenarkan secara khusus oleh mahkamah.

21

Mahkamah Kanak-kanak • Perkataan “sabitan” dan “hukuman” tidak digunakan • Di bawah Seksyen 97,Akta Kanak-Kanak 2002,pihak mahkamah tidak dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas kanak-kanak atau juvenil. • Pesalah pada kebiasaannya dihantar ke pusat pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun. Jika kesalahan yang dilakukan tidak melibatkan pembunuhan,mahkamah boleh membebaskan pesalah dengan ikat jamin supaya berkelakuan baik.

22

Mahkamah Syariah • Ditubuhkan di bawah Enekmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia. • Hanya mengadili kesalahan-kesalahan sivil dan jenayah yang dilakukan oleh mereka yang beragam islam. • Membicarakan kes-kes yang melibatkan pentadbiran dan undang-undang keluarga islam seperti nikah kahwin,nafkah,perceraian,fitrah,zakat dan warisan harta. • Bagi kes jenayah,kesalahannya meliputi khalwat,berzina,minum minuman keras,mengamalkan ajaran sesat,berjudi,tidak sembahyang,tidak berpuasa dan seumpamanya. 23

Mahkamah Syariah Mahkamah Kadi/ Mahkamah Rendah Syariah -Membicarakan kes-kes kecil

Mahkamah Kadi Besar / Mahkamah Tinggi Syariah -Kes-kes berat di peringkat negeri

Mahkamah Lembaga Rayuan / Mahkamah Rayuan Syariah -dengar segala rayuan dari Mahkamah Syariah. 24

Mahkamah Tentera • Ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Tentera, 1972 – utk mengendalikan masalah disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia. • Mahkamah ini tidak berkuasa mengendalikan kes sivil dan jenayah yang membabitkan para pegawai dan anggota tentera • Antaranya: mengingkari perintah pihak atasan, tidak hadir bekerja tanpa cuti dan meninggalkan perkhidmatan tanpa kebenaran. • Mahkamah tentera boleh menjatuhkan sebarang hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang kecuali hukuman mati. Hukuman mati hanya boleh dijatuhkan setelah mendapat pengesahan daripada 25 YDPA.

HIERARKI MAHKAMAH TENTERA

Mahkamah Tinggi Tentera • Membicarakan kes para pegawai yang berpangkat Staf Sarjan ke atas. • Diadili seorang Yang Dipertua berpangkat Leftenan Kolonel ke atas dengan dibantu oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli lain berpangkat Kapten atau Mejar

Mahkamah Rendah Tentera • Membicarakan kes anggota yang berpangkat lebih rendah daripada Staf Sarjan. • Diadili seorang Yang Dipertua berpangkat Mejar dan dibantu oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli lain berpangkat Kapten.

26

Mahkamah Bumiputera • Juga dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri yg ditubuh di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera Sabah, 1954 dan Ordinan Mahkamah Bumiputera Sarawak,1955. • Mentadbir undang-undang adat di Sabah & Sarawak merangkumi pelanggaran adat suku kaum di sana seperti adat perkahwinan, adat keagamaan, tidak mematuhi undangundang adat, adat pemilikan tanah dan amalan adat suku kaum.

27

Mahkamah Bumiputera Sabah

Mahkamah Rayuan Bumiputera Sabah (diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi)

Mahkamah Pegawai Daerah (diketuai oleh Pegawai Daerah)

Mahkamah Bumiputera (diketuai oelh Ketua Bumiputera / Ketua Kampung)

• Dikendalikan oleh Ketua Bumiputera dan Ketua Kampung yang mempunyai kuasa menghukum. Dibantu oleh dua orang atau lebih ahli. (Sekiranya kes dibicarakan kesalahan melanggar undang2 adat, salah seorang ahli itu mestilah terdiri daripada anggota masyarakat Bumiputera yg terlibat. • Ketua Daerah ada kuasa utk meneliti, membatal atau mengubah keputusan sesuatu perbicaraan dan mengarahkan perbicaraan semula, jika perbicaraan didapati tidak dilaksanakan dgn betul dan munasabah. 28

Mahkamah Bumiputera Sarawak Mahkamah Rayuan Bumiputera Sarawak (diketuai Oleh Hakim Mahkamah Tinggi) Mahkamah Bumiputera Residen (diketuai oleh Residen) Mahkamah Daerah Bumiputera (diketuai oleh Majistret Kelas 1) Mahkamah Pegawai atau Ketua Bumiputera (diketua oleh Pegawai atau Ketua Bumiputera) Mahkamah Ketua Kampung (diketuai oleh Ketua Kampung)

29

• Mahkamah Daerah Bumiputera dianggotai Majistret Kelas 1, seorang pegawai Bumiputera dan dua orang pengapit – boleh jatuhkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM200.00. • Mahkamah Pegawai & Ketua Bumiputera dibantu dua orang pengapit – boleh jatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan dan denda tidak melebihi RM100.00. • Mahkamah Ketua Kampung dibantu dua orang pengapit – berkuasa mengenakan denda tidak melebihi RM50.00. • Mahkamah Rayuan Bumiputera dianggotai 3,5 atau 7 orang termasuk seorang Hakim Mahkamah Tinggi. 30

Mahkamah Perusahaan • Ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, 1967- menjaga kepentingan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja. • Ditubuh untuk menyelesaikan pertikaian perusahaan antara majikan dan pekerja. • Pertikaian perusahaan : sebarang pertikaian antara dua pihak tersebut yang berkaitan dgn pekerjaan atau bukan pekerjaan, syarat-syarat pekerjaan atau keadaan pekerjaan para pekerja itu. (Pertikaian tersebut tidak boleh dirujuk mahkamah ini tetapi perlu melalui Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu)

31

Bidang Kuasa Mahkamah Perusahaan Bidang kuasa terhad kepada pertikaian perusahaan antara pihak majikan dengan pekerja yg melibatkan syarat2 pekerjaan, keadaan pekerjaandan pembuangan pekerja. •

• Dianggotai oleh seorang Presiden (dilantik oleh YDPA) + sebuah panel (dilantik oleh Menteri Sumber Manusia) • Keputusan perbicaraan dibuat berdasarkan suara majoriti dan dianggap sebagai muktamad. – Rayuan hanya boleh dibuat kepada MahkamahTinggi jika : • pihak2 yg terlibat ingkar mematuhi keputusan itu ATAU • Perkara yang diputuskan itu didapati berada di luar bidang kuasanya.

32

Badan Pengadilan Yang Lain • Lembaga Disiplin perkhidmatan Awam • Tribunal Timbang Tara (Mahkamah Tuntutan kecil) • Persatuan perubatan Malaysia • Pesuruhjaya Khas Cukai pendapatan • Majlis Peguam • Tribunal Tuntutan Pengguna • Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

HAKIM TANGGUNGJAWAB • Menjadi pengadil dalam kes-kes yang dibicarakanmenentukan kaedah, acara dan isu yang ditumbulkan oleh pihak yang terbabit • menentukan makna peruntukan undang-undang itu dalam hubungannya dengan keadaan-keadaan tertentu • menerima undang-undang itu ke dalam badan undang-undang yang sedia ada, iaitu common law dan statut 34

HAK KEISTIMEWAAN HAKIM  Mempunyai hak keistimewaan supaya dapat melaksanakan tugas kehakiman dengan adil tanpa berat sebelah.  Buktinya  Kelakuan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali disokong ¼ ahli Dewan Parlimen.  tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam Dewan Undangan Negeri.  Hakim mahkamah tidak boleh dilucutkan jawatannya oleh YDA sebelum 66 thn kecuali atas syor tribunal : Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan.  Termaktub dlm perlembagaan bahawa badan kehakiman tidak dikenakan kawalan oleh badan perundangan & eksekutif

PERLANTIKAN HAKIM • Ketua Hakim Negara (KHN): Ketua Badan Kehakiman Malaysia. • KHN, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakimhakim Besar Mahkamah Tinggi & hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan & Tinggi dilantik oleh YDPA atas nasihat PM.

36

Perlantikan Hakim Jenis Mahkamah

Pengadil/Jawatan yang Dilantik

Berunding dengan

Mahkamah Persekutuan

Hakim-hakim

Ketua Hakim Negara

Mahkamah Rayuan

Presiden

Ketua Hakim Negara

Mahkamah Tinggi Malaya

Hakim Besar

Hakim Besar/ Bekas Hakim Besar

Mahkamah Tinggi Borneo

Hakim Besar

Ketua Menteri Sabah dan Sarawak 37

PERLANTIKAN HAKIM • YDPA atas nasihat KHN juga melantik jawatan pesuruhjaya kehakiman sepenuh masa atau sambilan yg mempunyai kuasa yang sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi – untuk meringankan beban kuasa Mahkamah Tinggi. • Hakim-hakim memegang jawatan sehingga mencapai umur persaraan 66 tahun. • Tempoh ini boleh dilanjutkan, tetapi tidak melebihi 6 bulan selepas seseorang hakim itu mencapai umur 66 tahun. • Walau bagaimanapun sebelum mencapai umur tersebut, seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya secara sukarela. 38

PERLUCUTAN JAWATAN HAKIM • Seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya, kecuali atas perakuan sebuah tribunal yang ditubuhkan oleh Yang diPertuan Agong.  Tribunal itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan  dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim Malaysia atau negara-negara Komanwel yang akan menjalankan siasatan dan membuat laporan serta saranan tentang perlucutan jawatan itu.

39

PERLUCUTAN JAWATAN HAKIM • Perlucutan jawatan seseorang hakim boleh dilakukan atas sebab-sebab berikut: – – – –

Berkelakuan tidak baik dan tidak berupaya Atas alasan kelemahan tubuh badan atau otak Melanggar Kod Etika Hakim Apa-apa sebab lain yang boleh menjejaskan mereka untuk menjalankan tugas dengan sempurna

 Perlucutan jawatan hakim tidak boleh dilakukan dengan mudah – bergantung kepada laporan tribunal 40

Personel Kehakiman Berdasarkan Perlembagaan: 1. Mahkamah Persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, tujuh orang hakim Mahkamah persekutuan, pendaftar, jurubahasa, bailif dsbg. 2. Mahkamah Tinggi Malaya pula terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 47 orang hakim yang lain serta kakitangan masingmasing 3. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mengandungi seorang Hakim Besar dan 10 orang hakim yang lain serta kakitangan masing-masing 4. Bilangan hakim ditentukan oleh YDPA 5. Mahkamah Sesyen terdiri daripada hakim Mahkamah Sesyen dan pegawai-pegawainya 6. Mahkamah Magistret terdiri daripada majistret sebagai hakim dan pegawai-pegawainya 7. Mahkamah Penghulu terdiri daripada Penghulu sebagai hakim tanpa pegawai lain

KOD ETIKA HAKIM • Kod ini bertujuan untuk menetapkan standard asas untuk mengawal kelakuan semua hakim dan panduan kepada hakim-hakim dalam mewujudkan dan mengekalkan sifat dan tingkah laku kehakiman yang lebih tinggi. • Kod Etika Hakim 1994 dibatalkan - terbaru Kod Etika Hakim 2009

KOD ETIKA HAKIM 2009 • Terdapat 6 bahagian termasuk tatakelakuan hakim dan tatacara perlanggaran kod. • Di antara kandungan dibawah Tatakelakuan, hakim perlu:  Mendukung integriti badan kehakiman  Mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman o Seseorang hakim tidak boleh: o Membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya o Menggunakan prestij jawatan kehakimannya untuk memajukan kepentingan peribadinya o Memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya  Melaksanakan tugas-tugas hakim dengan adil  Mengurangkan risiko percanggahan dengan tanggungjawab kehakiman hakim semasa menjalankan aktiviti luar kehakimannya