skp2204 tajuk tugasan

SKP 2204: HUBUNGAN ETNIK PJJ Garis Panduan Menyediakan Tugasan 1. KUMPULAN TUGASAN 1.1 1.2. Kumpulan: a. Satu kumpula...

1 downloads 364 Views 79KB Size
SKP 2204: HUBUNGAN ETNIK PJJ Garis Panduan Menyediakan Tugasan 1. KUMPULAN TUGASAN 1.1

1.2.

Kumpulan: a.

Satu kumpulan terdiri daripada 3-5 orang pelajar (minima 3 dan maksima 5). Pelajar dari latar belakang etnik berlainan digalakkan untuk membentuk satu kumpulan.

b.

Jangan jadikan kekurangan bilangan pelajar di suatu pusat pembelajaran sebagai alasan tidak dapat membentuk kumpulan yang terdiri daripada minima 3. Seorang pelajar dari Sabah, seorang dari Sarawak, seorang dari Penang, seorang dari Melaka dan seorang dari Johor masih boleh mengusahakan satu tajuk dalam satu kumpulan tanpa bertemu. Ini zaman internet! Membuat tugasan berseorangan tidak membawa kepada sebarang pertimbangan khas dalam permarkahan.

Tajuk: a.

Setiap kumpulan akan memilih tajuk sendiri dengan menghantar tajuk bersama sinopsis ringkas (lebih kurang 100 perkataan) untuk diteliti dan diluluskan, ke emel berikut: [email protected] faks.: 03-89467899

b.

Tajuk yang dicadangkan mestilah berkaitan dengan kursus iaitu Hubungan Etnik. Rujuk modul kursus untuk mendapat gambaran tajuk.

c.

Pendaftaran kumpulan dan tajuk mesti dilakukan pada atau sebelum 9 Januari 2011.

2. PANDUAN PENULISAN 2.1.

Penulisan: Setiap tugasan akan dinilai berasaskan perkara seperti: (a) analisis (terhadap suatu masalah/ isu), (b) penilaian (contoh: baik/buruk), (c) hujah (contoh: mempertahankan suatu pandangan atau kedudukan ide) dan BUKAN bercerita!

2.2.

Panjang: Lebih kurang 20-25 mukasurat, tidak termasuk gambarajah/ ukiran/ lampiran (di mana berkaitan).

2.3.

Taip: Semua tugasan mesti ditaip jarak dua (double spacing) di atas kertas berukuran A4 sahaja. Tinggakan ruang 1.5” dari sudut kiri kertas A4 berkenaan dan 1.0” dari atas, bawah dan kanan kertas berkenaan.

2.4.

Piawai Ilmiah: (a) Semua penggunaan / penulisan petikan, notakaki dan rujukan dgn kaedah yang betul adalah wajib; (b) Penulisan tugasan wajib ada pembahagian yang jelas: (i) Pengenalan (memperkenalkan \esei dan strukturnya); (ii) isi (membincangkan dengan teliti perkara-perkara asas dalam esei seperti sudah dinyatakan dalam pengenalan); dan (iii) kesimpulan (menarik perhatian kepada perkara penting berkaitan perkara atau isu yang telah dibincangkan); ini bukan rumusan (not a summary).

2.5

Bahagian-bahagian tugasan: semua tugasan mesti ada: (a) kulit depan (cover page), (b) Senarai Gambarajan/ Jadual/ Sinonim, (c) kandungan (content), (d) esei (Pengenalan, Isi & kesimpoulan), (d) Rujukan dan (e) Lampiran (jika berkaitan).

2.6

Rujukan: Disarankan setiap esei menggunakan tidak kurang 10 bahan rujukan, sama ada buku, artikel dalam jurnal, artikel dalam suratkhabar dan seumpamanya.

3. PENYERAHAN 3.1.

Satu kumpulan akan menyerahkan satu tugasan sahaja. Pastikan nama semua ahli ditaip pada kulit depan tugasan kerana sebarang keciciran perlu dibetulkan dengan pengakuan semua ahli terlibat.

3.2.

Semua tugasan mesti diserahkan kepada PPL (UPM Education & Training Sdn Bhd) melalui pusat pembelajaran di negeri berkenaan. Semua penyerahan mesti ada “post mark“ atau “cop terima“ pada atau sebelum Jumaat 2 minggu sebelum Peperiksaan Akhir semester).

3.3.

Semua tugasan yang dihantar lewat (iaitu selepas peperiksaan akhir semester) TIDAK akan diterima dan markah sifar akan diberikan bagi tugasan/ kumpulan berkenaan.

3.4.

Permintaan masa tambahan TIDAK akan dilayan kerana tempoh yang diberi untuk menghasil tugasan berkumpulan lebih daripada cukup. Rancang sekarang untuk menyiapkan tugasan anda pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan. 18 Disember 2010