skp2101 pjj

SKP 2101 KENEGARAAN MALAYSIA Garis Panduan Tugasan untuk Pelajar PJJ/ UPMET 1.0 Kumpulan Pelajar Semua pelajar PJJ (UPME...

5 downloads 187 Views 146KB Size
SKP 2101 KENEGARAAN MALAYSIA Garis Panduan Tugasan untuk Pelajar PJJ/ UPMET 1.0 Kumpulan Pelajar Semua pelajar PJJ (UPMET) wajib membentuk kumpulan tugasan yang terdiri dari 4 atau 5 orang pelajar sahaja. Ahli yang ke-enam dan seterusnya tidak akan diberi markah!

2.0 Tajuk Tugasan 2.1

Semua kumpulan tugasan diminta memilih tajuk yang disenaraikan pada bahagian 5.0 Tajuk Tugasan berasaskan siapa dulu, dia dapat.

2.2

Satu senarai kumpulan dan tajuk yang dipilih akan dipapar untuk makluman di Bahagian 6.0 di bawah.

2.3

Tajuk yang sama tidak boleh dibuat oleh dua kumpulan pelajar dari pusat pembelajaran yang sama. Jika ini berlaku, markah akan dipotong bagi kumpulan kedua dan seterusnya yang memilih tajuk yang sudah diambil oleh kumpulan terdahulu.

3.0 Panduan Penulisan 3.1

Tugasan ditulis menggunakan ayat sendiri kecuali petikan yang perlu untuk menegaskan ide/ hujah dan ianya mesti diberikan sumber/ rujukan dengan cara/ kaedah yang betul.

3.2

Semua esei mesti ada pembahagian jelas yang terdiri daripada: (Klik disini untuk melihat contoh/ cadangan) 3.2.1

Pengelalan: memperkenalkan susunan ide/ esei [organisasi esei];

3.2.2

Isi: terdiri daripada beberapa tajuk kecil mengikut perancangan persembahan/ organisasi maklumat/ fakta dll.

3.2.3

Kesimpulan: (tonjolkan ide/ perkara utama/penting yang telah dibincangkan).

3.2.4

Bibliografi: semua esei mesti ada senarai bahan yang telah digunakan untuk menyediakan esei/ tugsan (Nota: Pastikan buku teks SPM/ STPM tidak ada dalam senarai tugasan tugasan ini. Sekiranya ada, anda akan digagalkan terus untuk tugsan ini!).

3.2.5

Penulisan rujukan: Penggunaan petikan, notakaki dan bibliografi adalah wajib dan cara menulisnya dengan betul juga diwajibkan.

3.2.6

Panjang: Di antara 25-30 mukasurat. Mukasurat yang kurang daripada minima akan dipotong markah, dan tugasan yang melebihi 25 mukasurat, mukasurat ke 30 dan seterusnya TIDAK akan dibaca. (Nota: Satu mukasurat bersamaan secara kasar 350 patah perkataan)

3.2.7

Taip: Semua tugasan mesti ditaip menggunakan fon Times New Roman bersaiz 12 atau setara, jarak 1.5 di atas kertas berukuran A4 (tinggakan garis 1.5 inci dari sudut kiri, dan 1.0 inci dari atas, bawah dan kanan).

4.0 Penyerahan 4.1

Minggu ke 10 kuliah/ pembelajaran. Tugasan yang dihantar lewat akan didenda dengan potongan markah.

4.2

Serahkan kepada Pejabat UPM ET Serdang, dan pastikan anda mendapat pengeshaan penghantaran/ penerimaan untuk mengelakkan sebarang kesulitan kemudian.

4.3

Bagi pelajar dan kumpulan yang berada di luar Serdang, pastikan anda memberi cukup

masa untuk pusat pembelajaran anda menghantar tugasan anda ke Serdang 4.4

Mohon hantar “soft copy“ tugasan anda kepada emel ini: jayum (at) upm.edu.my.

5.0

Tajuk Tugasan

Nota: Abjad roma (I, II ... XIV: Tema/ tajuk kuliah; (2) Angka (1 2, 3 ...21) tajuk yang boleh dipilih dari setiap tema/tajuk kuliah. I.

II.

III.

IV

Sejarah Awal: 1.

Bincangkan kemunculan Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

2.

Bincangkan Kemunculan Kerajaan Brooke di Sarawak.

Perjuangan Mencapai Kemerdekaan: 3.

Pemberontakan Cina terhadap Kerajaan Brooke.

4.

Kontrak Sosial.

Penubuhanh Persekutuan Malaysia: 5.

Pilih salah seorang tokoh Penubuha Malaysia dan bincanglan peranan dan sumbangan nya (seperti Tun Dr. Ismali/ Tan Sri Ghazali Shafie; Tun Jugah/ Datuk Stephen Kaong Ningkan/ Datuk Bandar Abang Mustapha/ Tun Mohd Fuad Stephen; Tun Datuk Mustapha Harun; kecuali Tunku Abdul Rahman)

6.

Suruhan Penyiasat Diraja Sabah

7.

Insiden Lahad Datu

Badan Pemerintahan I: Perlembagaan Malaysia: 8.

V.

Badan Pemerintahan II: Raja berperlembagaan: 9.

VI.

Politik dan Istana.

Sistem Pemerintahan III: Demokrasi berparlimen: 10.

VII.

Ordinan Kecemasan: Keperluan menghidupkannya semula.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem piliha raya.

Badan Pemerintahan I: Eksekutif 11.

Bincangkan peranan Perdana Menteri dalam proses pemerintahan negara.

12.

Kabinet Bayangan: Peranannya dalam sistem demokrais berparlimen.

VIII. Badan Pemerintahan II: Perundangan. 13. IX.

Badan Pemerintahan III: Kehakiman. 14.

X.

Kehakiman Malaysia adalah bebas. Bincangkan.

Federalism: Hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan: 15.

XI.

Bincangkan proses penggubalan undang-undang.

Bincangkan perlaksaan sistem federalism di Malaysia.

Pentadbiran Negeri & Daerah: 16.

Pilih satu:

XII.

a.

Kerajaan Negeri PKR di Selangor

b.

Kerajaan Negeri DAP di Penang.

c.

Kerajaan PAS di Kelantan.

d.

Kerajaan BN di Kedah

Dasar Sosial: Pilih dan bincangkan perlaksaan dan keberkesanan dasar berikut: 17.

PLKN: Perlaksanaan dan keberkesanannya.

18.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2020.

XIII. Dasar Pembangunan Negara: 19.

Model Ekonomi Baru

XIV. Perpaduan & Integrasi Nasional: 20.

1Malaysia dan perpaduan.

Nota: Kumpulan pelajar boleh mencadangkan tajuk dan emel kepada saya untuk persetujuan (jayum at upm.edu.my). Tajuk di luar senarai di atas dan yang tidak mendapat persetujuan terlebi dahulu akan diturunkan satui tangga gred. Mohon maklum. Dikemaskini: 8 Sept 2013/ Semester 01, 2013-2014