skp2101 pjj tugasan

SKP 2101: KENEGARAAN MALAYSIA Garis Panduan Tugasan PJJ Sem 2, 2012-2013 1.0 Kumpulan Tugasan 1.1 Semua pelajar wajib m...

12 downloads 282 Views 88KB Size
SKP 2101: KENEGARAAN MALAYSIA Garis Panduan Tugasan PJJ Sem 2, 2012-2013 1.0 Kumpulan Tugasan 1.1

Semua pelajar wajib membentuk kumpulan tugasan yang terdiri di antara 4 sehingga 8 orang.

2.0 Tajuk 2.1

Setiap kumpulan boleh memilih tajuk sendiri berasaskan: 2.1.1 sinopsis kursus (Nota: jangan jadikan tajuk kuliah mingguan tajuk tugasan anda!) 2.1.2 Tajuk tugasan berasakan isu, seperti contoh di bahagian 2.2 di bawah. 2.1.3 Tajuk di bawah boileh juga dipilh.

2.2

Contoh tajuk: A

Kontrak Sosial: Masih Relevan?

B

Perjanjian Malaysia

C

Duapuloh Perkara

D

Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah/ Sarawak: Masih diperlukan?

E

Politik dan Istana

F

Kerajaan Sementara (Caretaker Government)

G

Hubungan Kerajaan Pusat- Kerajaan Negeri

H

Suruhanjaya Sasatan Diraja Sabah 2012.

I

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah bebas. Bincangkan

J

Badan Pemerintah: Cara Memperkasakan

K

Undi Pos bagi Rakyat di Luar Negara

L

Pelan Pembangunan Pendidikan 2012: Satu Penilaian

M

Perpaduan dan Integrasi: Pencapaian 50 tahun dan cabaran

N

Hubungan Malaysia-Indonesia

O

Dasar Luar Malaysia: Semasa Mahathir

P

Belia dan Politik

Q

Mahasiswa dan Politik

3.0 Panduan Penulisan 3.1

Tugasan ditulis menggunakan ayat sendiri kecuali petikan yang perlu untuk menegaskan ide/ hujah dan ianya mesti diberikan sumber/ rujukan.

3.2

Semua esei mesti ada pembahagian jelas yang terdiri daripada: (Klik disini untuk melihat contoh/ cadangan)

3.2.1

Pengelalan: memperkenalkan esei [organisasi esei];

3.2.2

Isi: terdiri daripada beberapa tajuk kecil mengikut perancangan persembahan/ organisasi maklumat/ fakta dll.

3.2.3

Kesimpulan: (tonjolkan ide/ perkara utama/penting yang telah dibincangkan).

3.2.4

Bibliografi: semua esei mesti ada senarai bahan yang telah digunakan untuk menyediakan esei/ tugsan (Nota: Pastikan buku teks SPM/ STPM tidak ada dalam senarai tugasan tugasan ini. Sekiranya ada, anda akan digagalkan terus untuk tugsan ini!).

3.2.5

Penulisan rujukan: Penggunaan petikan, notakaki dan bibliografi adalah wajib dan cara menulisnya dengan betul juga diwajibkan.

3.2.6

Panjang: Di antara 20-25 mukasurat. Mukasurat yang kurang daripada minima akan dipotong markah, dan tugasan yang melebihi 25 mukasurat, mukasurat ke 26 dan seterusnya TIDAK akan dibaca.

3.2.7

Taip: Semua tugasan mesti ditaip jarak 1.5 di atas kertas berukuran A4 (tinggakan garis 1.5 inci dari sudut kiri, dan 1.0 inci dari atas, bawah dan kanan).

4.0 Penyerahan 4.1

Tarikh: Semua esei mesti diserahkan dalam bentuk bercetak kepada UPMET, Serdang pada atau sebelum Jumaat minggu ke 10 pengajaran. Dapatkan bukti penyerahan untuk semakan sekiranya berlaku sebarang masalah kemudian.

4.2

Salinan Lembut: Semua kumpulan wajib menghantar “softt copy“ tugasan masing2 dalam bentuk MSword sahaja sebaik sahaja mereka menyerahkan tugsan itu kepada UPMET. Mohon emel “softcopy“ kepada saya: [email protected].

4.2

Semua tugasan yang dihantar lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dinilai. Dikemaskini: 19 Februari 2013/ Semester 02, 2012-2013