skp2101 2014 tugasan upmet

SKP 2101: KENEGARAAN MALAYSIA Garis Panduan Tugasan UPMET Sem 1, 2014-2015 1.0 Kumpulan Tugasan 1.1 Semua pelajar disar...

0 downloads 92 Views 101KB Size
SKP 2101: KENEGARAAN MALAYSIA Garis Panduan Tugasan UPMET Sem 1, 2014-2015 1.0 Kumpulan Tugasan 1.1

Semua pelajar disarankan membentuk kumpulan tugasan yang terdiri di antara 4 atau 5 orang. Setiap kumpulan digalakkan terdiri dari pelajar pelbagai etnik.

1.2

Semua kumpulan yang memenuhi syarat di atas akan diberi markah bonus 3 markah. Ini tidak menjejaskan markah penuh yang boleh diperolehi berasaskan markah maksima bagi tugasan ini (40%).

1.3

Kumpulan boleh juga terdiri dari 1, 2 atau 3 pelajar dan kumpulan tugasan yang terdiri dari 3 atau kurang ahli tidak layak diberi markah bonus.

2.0 Tajuk 2.1

Semua kumpulan/ pelajar disarakan memilih tajuk sendiri berasaskan: 2.1.1 sukatan kurikulum (lihat tajuk kuliah mengikut minggu); 2.1.2 Tajuk tugasan membincangkan isu dan/ atau masalah semasa dalam skop politik, sosial dan ekonomi.

3.0 Panduan Penulisan 3.1

Tugasan ditulis menggunakan ayat sendiri kecuali petikan yang perlu untuk menegaskan ide/ hujah dan ianya mesti diberikan sumber/ rujukan.

3.2

Semua esei mesti ada pembahagian jelas yang terdiri daripada: (Klik disini untuk melihat contoh/ cadangan) 3.2.1

Pengelalan: memperkenalkan esei [organisasi esei];

3.2.2

Isi: terdiri daripada beberapa tajuk kecil mengikut perancangan persembahan/ organisasi maklumat/ fakta dll.

3.2.3

Kesimpulan: (tonjolkan ide/ perkara utama/penting yang telah dibincangkan).

3.2.4

Bibliografi: semua esei mesti ada senarai bahan yang telah digunakan untuk menyediakan esei/ tugsan (Nota: Pastikan buku teks SPM/ STPM tidak ada dalam senarai tugasan tugasan ini. Sekiranya ada, anda akan digagalkan terus untuk tugsan ini!).

3.2.5

Penulisan rujukan: Penggunaan petikan, notakaki dan bibliografi adalah wajib dan cara menulisnya dengan betul juga diwajibkan.

3.2.6

Panjang: Tidak melebih 20 mukasurat, termasuk rujukan dan lampiran. Mukasurat ke 21 dan seterusnya TIDAK akan dibaca.

3.2.7

Taip: Semua tugasan mesti ditaip jarak 2 di atas kertas berukuran A4 (tinggakan garis 1.5 inci dari sudut kiri, dan 1.0 inci dari atas, bawah dan kanan).

4.0 Penyerahan 4.1

Tarikh: Semua esei mesti diserahkan pada minggu ke 10 ke UPMET. Dikemaskini: 6 Sept 2014 / Semester 01, 2014-2015