PJJ SKP2501 Tugasan SEM1 SESI 2014 2015

JABATAN SAINS KEMASYARAKATAN DAN PEMBANGUNAN FAKULTI EKOLOGI MANUSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PJJ-PROGRAM (PELBAGAI) TU...

1 downloads 164 Views 321KB Size
JABATAN SAINS KEMASYARAKATAN DAN PEMBANGUNAN FAKULTI EKOLOGI MANUSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PJJ-PROGRAM (PELBAGAI) TUGASAN SKP2501: PENGANTAR PSIKOLOGI SEMESTER 1, 2014-2015 Arahan 1. Pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan mengenai salah satu dari tajuk yang diberikan dibawah. 2. Tugasan ini adalah tugasan INDIVIDU SAHAJA (setiap pelajar satu tugasan). 3. Tugasan adalah dalam bentuk VIDEO (yang boleh diterbitkan melalui laman sesawang YouTube), dalam format fail .avi (platform MS Windows) dan mp4 (platform Mac), disediakan dalam 2 (DUA) cakera padat yang berasingan. Tempoh jangkamasa video adalah 3 (TIGA) minit sahaja. Kandungan video hendaklah terdiri daripada audio (suara naratif, lagu-lagu latar, mana-mana audio yang bersesuaian dll.), teks, animasi (lakonan dan/atau rakaman pembentangan perseorangan/kumpulan) dan grafik yang bersesuaian dengan tajuk tugasan (berkaitan topik psikologi yang dipilih). 4. Tugasan dalam bentuk 2 (DUA) cakera padat yang berasingan perlu dihantar sebelum atau selewatlewatnya pada minggu ke 12 semester. Pastikan setiap cakera padat mempunyai kulit (skin) yang dicetak maklumat berikut: SKP2501-PJJ, nama pelajar, no. matrik, dan tajuk tugasan masingmasing. 5. Sumber rujukan adalah tidak terbatas, boleh diperolehi melalui internet, buku, artikel, majalah dan seumpamanya. Namun, mana-mana video dari laman YouTube atau mana-mana laman hos video yang berkaitan, TIDAK DIBENARKAN digunakan semula untuk tugasan ini. Hasil tugasan hendaklah dalam bentuk ASLI atau ORGINAL tanpa menggunakan semula penerbitan video yang sedia ada dari internet. Sumber rujukan perlu dipaparkan pada segmen terakhir video. Setiap rujukan harus diperakukan dengan sewajarnya dan mengikut format APA style penulisan akademik. 6. Pemarkahan (markah penuh = 30 markah) adalah didasarkan kepada kreativiti, grafik, kandungan akademik, format, bahasa, persembahan dan lain-lain. Tajuk (pilih salah satu tajuk sahaja) Tajuk 1 - Konsep psikologi Tajuk 2 - Psikologi sebagai satu sains Tajuk 3 - Neuropsikologi Tajuk 4 - Pertumbuhan dan perkembangan individu Tajuk 5 - Pembelajaran Tajuk 6 - Persepsi Tajuk 7 - Motivasi dan emosi Tajuk 8 - Personaliti Tajuk 9 - Konflik dan ketegangan Tajuk 10 - Psikologi bilazim Tajuk 11 - Kaedah terapi Tajuk 12 - Psikologi dan masyarakat Tajuk 13 – Psikologi dan industri ( mana-mana industri yang difikirkan sesuai) Tajuk 14 – Psikologi dan perpaduan nasional