PJJ F2F1 SKP2204 sem2 20162017

JABATAN : Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan NAMA KURSUS : Hubungan Etnik (HE) KOD : SKP 2204 JAM KONTAK : 2 (2+0) H...

197 downloads 549 Views 4MB Size
JABATAN

:

Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan NAMA KURSUS : Hubungan Etnik (HE) KOD : SKP 2204 JAM KONTAK : 2 (2+0) HASIL PEMBELAJARAN: pelajar akan dapat: 1. menghubungkait konsep asas hubungan etnik dan bentuk interaksi antara etnik (C4) 2. menghuraikan cabaran pluraliti budaya dan hubungan antara etnik (LL) 3. mempamerkan sikap menghargai kepentingan nilai toleransi dan kerjasama antara etnik (A3, EM)

SINOPSIS

• Kursus ini merangkum latar belakang hubungan etnik di Malaysia dan konsep serta teori asas dalam hubungan etnik. Pengaruh dan peranan ekonomi, perlembagaan, politik, agama dan pendidikan terhadap hubungan etnik serta usaha dari pelbagai pihak ke arah kesepaduan sosial juga ditekankan. • (This course encompasses the background of ethnic relation in Malaysia and the basic concepts as well as theories in ethnic relations. The influence and role of economy, constitution, politics, religion and education towards ethnic relations and efforts of various parties towards social cohesion are also emphasised.)

Bab

Tajuk

1

Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian

2

Potret Hubungan Etnik

3

Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

4

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

5

Pemuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Catatan

Ujian (tarikh akan dimaklumkan kemudian) (Bab 2,3,4,5)

Bab

Tajuk

6

Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

7

Dari Segregasi ke Integrasi

8

Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian Kesimpulan

9 10

Catatan

Peperiksaan akhir (tarikh akan dimaklumkan kemudian) Bab 6,7,8,9,10 & isu semasa)

*Tajuk-tajuk kuliah adalah berdasar kandungan Modul Hubungan Etnik (edisi kedua). 2012. Ketua Editor Shamsul Amri Baharuddin. Terbitan Insitut Kajian Etnik, UKM Bangi.

Penilaian Kursus 1. Kuiz

10%

(Berdasarkan 5 aktiviti daripada Topik 1 &2 openlearning/MOOC HE)

2. Ujian (40 soalan objektif) (Bab 2,3,4,5)

20%

3. Tugasan – Proposal (Poster) – Tugasan bertulis

40% 10% 30%

4. Peperiksaan Akhir 30% (Bab 6-10&isu semasa) (esei-jwb 3 drp 6@7 soalan)

Modul Hubungan Etnik

Modul ini (RM25) boleh dibeli dari kedai buku utama/koperasi buku IPT atau boleh datang ke Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

• www.openlearning.com • Semua pelajar perlu menyertai mooc/openlearning HE bagi membolehkan pelajar menyertai kuiz & mendapatkan info tambahan. • Search “Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia” & click “join course”

www.edmodo.com Pelajar perlu sertai group edmodo untuk menghantar kuiz & mendapatkan maklumat berkaitan kursus. Join group : SKP2204PJJSem2Sesi20162017

Group code : trta2n

Panduan kuiz 10% • Pelajar perlu join course & ikuti topik dalam openlearning/MOOC (Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia). • Di bawah setiap topik ada beberapa aktiviti. • Pilih 5 aktiviti (Topik 1 - 2 aktiviti & Topik 2 – 3 aktiviti). Printscreen/ screencapture/ screenshot aktiviti yang disertai dibahagian soalan/arahan aktiviti & komen pelajar berserta maklumat diri. • Save dlm bentuk file word & hantar ke turned in disediakan dalam edmodo.

Format Tugasan (30%) 1. Tugasan boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan (34 orang) atau secara individu. 2. Tema tugasan – tentang satu etnik/kaum dan keunikan budaya yang ingin ditonjolkan. 3. Buat tajuk yang simple, pilih satu etnik/kaum & keunikan budaya mereka :- pakaian, perayaan,makanan. 4. Digalakkan kajian tentang aspek tertentu etnik minoriti :- Serani, Siam, Banjar, Jawa, Rawa, Punjabi. 5. Perlu laksanakan satu kajian lapangan dan temubual sendiri etnik yang dikaji untuk dapatkan maklumat. 6. Rakamkan gambar semasa proses kajian sedang dijalankan & sertakan dalam tugasan (sebaik-baiknya dalam perbincangan).

Panduan Proposal /Poster (10%) 7. Minggu ke-5 setiap kumpulan perlu turned in ke edmodo proposal tugasan dalam bentuk poster (boleh dalam bentuk soft copy) tentang etnik yang dipilih. 8. Poster (proposal tugasan) perlu mengandungi; i.

Info berkaitan latar belakang & keunikan tentang etnik yang dipilih & gambar berkaitan. ii. Objektif kajian yang akan dijalankan, metodologi & lokasi dipilih.

9. Markah diberikan berdasarkan kreativiti dan info yang terkandung dalam poster.

10. Kandungan tugasan (10-15 halaman, arial 11, 1.5 spacing); I. Muka hadapan/cover II. Senarai kandungan III. Bab 1 – Pengenalan (tentang tajuk:- kajian etnik Siam). Contoh:- sejarah latar belakang kedatangan etnik Siam ke Tanah Melayu. Perlu ada rujukan sumber daripada bahan ilmiah/rasmi. Sumber dari internet hanya daripada laman web rasmi kerajaan. Perlu berikan pengenalan juga tentang dimana kajian akan dijalankan & aspek budaya yang dikaji. IV. Bab 2 – Perbincangan yang merangkumi keunikan etnik yang dikaji, gambar berkaitan. Adakan keunikan akibat percampuran budaya? Adakan masih kekal sehingga kini? V. Bab 3 – Kesimpulan (apa info menarik diperolehi mengenai topik kajian yang dipilih). VI. Senarai rujukan/lampiran berkaitan. – Penghantaran tugasan: sila ikut arahan diberikan oleh pihak UPMET atau hantar terus kepada seya semasa F2F ke-2.

Pengajar:

Dr. Normala Othman Bilik C2-07, Blok C Jab. Peng. Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia,UPM 03-89467123 [email protected]

Selepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep perpaduan dalam kepelbagaian. 2. Menerangkan konsep kesepaduan sosial. 3. Menghuraikan dinamika sejarah hubungan etnik di Malaysia.

Tumpuan modul kepada;  Bentuk, tahap, tingkat intensiti hubungan antara kumpulan etnik.  Mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia.  Hubungan individual dalam masyarakat tidak hanya dipengaruhi oleh unsur-unsur etnik; dipengaruhi juga oleh unsur-unsur sosial yang lain seperti kelas, status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi politik dan wilayah.

Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara Perpaduan atau Kesepaduan Definisi Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan ialah KeSAMAan atau keSATUan 1 bangsa, 1 agama, 1 bahasa dan 1 negara.

Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masingmasing. Jalinan hubungan terjelma dalam putaran ekonomi dan pasaran yang menyebabkan saling kebergantungan melalui kegiatan ekonomi seharian.

3. Konsep ‘kesepaduan sosial’ adalah fenomena praperpaduan dan difahami menerusi konsep ‘takrifan harian’ (everyday define) dan ‘takrifan autoriti’ (authority define).  Justeru setiap anggota masyarakat bebas bertindak dan berperilaku demi survival diri, keluarga dan kelompok sosial.

Contoh Takrifan  Autoriti  Cenderung bersifat tetap  Contoh: Melayu-menganut agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu  Harian  Takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian. Contoh: Melayu-sebahagian bertutur dalam bahasa Inggeris. Adakah layak dipanggil Melayu? Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan ia menjadi pelekat sosial dalam konteks hubungan etnik tanpa campur tangan daripada pihak negara.

Dinamika Hubungan Etnik di Malaysia A. ERA KONFLIK (1945-1960)  Pasca Perang Dunia Kedua (PD2) ◦ Rusuhan etnik ◦ Huru-hara Buruh ◦ Darurat dan Pengganas ◦ Perubahan governans: Unitari ke Federalisme  Tiang seri pembinaan semula ◦ Keselamatan ◦ Pembangunan Lima Tahun ◦ Perundingan Etnik  A | ERA KONFLIK (1945 – 60) A | ERA

KONFLIK

(1945 – 60)

 Rumusan Era Konflik (1945-1960) di Malaya sebenarnya era cukup kritikal dari semua aspek antaranya: o Asas pembentukan negara Malaysia o Sistem pemerintahan o Pengagihan kuasa o Sistem perundangan o Tadbir Urus o Penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi

B. ERA STABIL TAPI TEGANG (1961 – 1970) Pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial. Pembentukan Malaysia 16 Sept 1963: Kesan positif & negatif  Konfrontasi melibatkan Indonesia dan Malaysiasebab konsep M’sia tidak diterima oleh Indonesia.  Konflik etnik terbuka 1964 & 1969 ◦ 21 Julai & 3 September 1964, Singapura (masih dalam Malaysia) ◦ 13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain  Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965

Selepas 13 Mei 1969 – pelbagai usaha pihak kerajaan (top down) dilaksanakan seperti:  Majlis Perundingan Rakyat  JPNIN  Rukun Negara  Dasar Ekonomi Baru  Ranc. M’sia Kedua (RMK2) – Bermulalah perpaduan dijadikan sebagai harapan nasional rakyat M’sia.

C. ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011) Lebih 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2001 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial. Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada: 1Malaysia Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia??? Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran = M+N+Pmeskipun sewaktu krisis global.

Masyarakat Malaysia yang matang: ◦ Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan ◦ Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan ◦ Keterbukaan rakyat M’sia menyuarakan pandangan/tidak puas hati

 Rumusan ekonomi pesat & politik stabil paksi kepada KESEPADUAN SOSIAL.

Potret Hubungan Etnik di Malaysia Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik. Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting.

Hubungan Saling Terkait & Saling Bergantungan Jalinan hubungan sosial terbina secara berterusan…Contoh cerita sepinggan nasi  Dari manakah datangnya sepinggan nasi yang anda makan pada tengahari ini?  Siapakah yang terlibat untuk memastikan anda dapat menjamah sepinggan nasi sebentar tadi?  Di manakah anda membeli makanan tengahari anda tadi?

Kesimpulan • “Kesepaduan dalam kepelbagaian”, bukan “perpaduan dalam kepelbagaian”. • Perpaduan adalah ‘work in progress’ . • Kesepaduan sosial sedia ada perlu dikekalkan dan dipertahankan. • Hubungan etnik di M’sia perlu dilihat dari dimensi KESEPADUAN SOSIAL –formula kesejahteraan masyarakat pelbagai etnik.

BAB 2 POTRET HUBUNGAN ETNIK

32

Kandungan Slide 1) Hasil pembelajaran 2) Kesultanan Melayu Melaka – lambang pertemuan masyarakat pelbagai etnik 3) Pembentukan masyarakat majmuk era kolonialisme Inggeris 4) Kerangka teoritikal 5) Kerangka konseptual 6) Konsep-konsep hubungan etnik

33

Hasil Pembelajaran 1) Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara. 2) Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat pelbagai etnik di negara ini. 1) Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena sosial dan masalah hubungan etnik negara ini. 34

Pengenalan • Masyarakat dalam negara yang berlatar belakangkan pelbagai etnik cenderung untuk mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan pemahaman sendiri selain terpengaruh oleh pelbagai faktor termasuk melalui perspektif budaya majoriti atau budaya tersendiri. • Justeru perlunya pemahaman mendalam dan tepat tentang teori dan definisi tentang budaya, ras, dan etnik bagi mengelakkan konflik antara etnik.

35

Kesultanan Melayu Melaka – Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik • Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia. • Pemerintahan - Hukum Kanun Melaka; Undang-undang Laut Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka; mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai istana meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. • Perdagangan - Undang-undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka berteraskan Islam. Bertujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari ancaman perompak dan lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap oleh Laksamana Melaka. 36

• Kependudukan - Zaman Pluraliti akibat penghijrahan pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas berdagang dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan amalgamasi. • Kepelbagaian Budaya - Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada interaksi pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah - Portugis, Sepanyol, Belanda dan British dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 masihi. 37

Budaya Masyarakat Baba & Nyonya

Pengaruh Dlm Majlis Perkahwinan

Pembentukan Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme Inggeris • Dasar pemisahan agama dengan negara diteruskan oleh British di Tanah Melayu dengan British menguasai pentadbiran negara, manakala Sultan menjaga hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan pengenalan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan. • Pertembungan "Islam sebagai agama dan para penganutnya" dan "negara kolonial sekular". 41

• Penghijrahan etnik Cina dan India secara besarbesaran pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke20 di Tanah Melayu akibat daripada perusahaan lombong bijih timah dan getah mengakibatkan terbentuknya masyarakat majmuk pelbagai etnik, namun tetap mengekalkan kebudayaan masingmasing dari segi agama, bahasa dan cara hidup.

• Penghijrahan etnik Cina di Sabah untuk bekerja di ladang getah dan tembakau, manakala di Sarawak bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. 42

• Kesan migrasi dan faktor migrasi massa golongan migran Cina dan India demi memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi penjajahan Barat telah mewujudkan masyarakat pelbagai etnik yang bersegmen mengikut kegiatan ekonomi. • Pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, namun wujud persefahaman dan keharmonian yang erat. 43

Kerangka Teori • Geertz (1963) menyatakan setiap etnik terikat kepada sentimen primordial mereka yang menguatkan kesetiaan dan ikatan kepada kelompok sendiri dan menyebabkan mereka bersikap stereotaip dan prejudis terhadap etnik lain. • Kajian hubungan etnik menumpu kepada persoalan asas dalam hubungan etnik, memahami dan menjelaskan bentuk hubungan antara manusia yang dikenalpasti melalui bekerjasama, penyesuaian, persaingan dan konflik.

44

Kerangka Teori T.Freudian

Struktur Fungsionalisme

T.Kelas

T.Pilihan Rasional Ttg HE

T.Masyarakat Majmuk

T.Pertukaran Sosial

T.Ekologi

T.Sistem Ekologikal Bronfenbrenner

T.Pasaran Buruh Terpisah 45

Etnosentrisme

Ras

Rasisme

Etnik

KERANGKA KONSEPTUAL

Budaya

Stereotaip

Prejudis

Diskriminasi

46

Konsep Ras dan Etnik di Malaysia • Konsep ras merujuk kepada warisan fizikal, manakala etnik merujuk kepada warisan kebudayaan. Namun, batas atau sempadan dalam kumpulan etnik dan ras tidak jelas dan tetap kerana dua konsep ini sering bertindih dan maknanya kabur. • Seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-ciri fizikalnya atau warisan kebudayaan dan nenek moyangnya. • Percampuran ras disebabkan perkahwinan campur menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal berubah seperti warna kulit. Contohnya perkahwinan antara etnik Cina dan India melahirkan anak menyerupai etnik Melayu.

47

• Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas etnik dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti material, status dan sosial. Aktiviti harian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia tidak dipengaruhi semata-mata oleh pengiraan etnik atau batas etnik yang sedia ada. Hubungan simbiosis atau saling bergantungan wujud dan menipiskan batas etnik sehingga membentuk satu sistem sosial yang kompleks. • Pengkategorian kumpulan memang wujud tetapi masyarakat mempunyai pilihan sama ada menebalkan, menipiskan atau melenyapkan batas-batas etnik dengan mengenali dan mengakui kelebihan dan kekuatan setiap kumpulan etnik. • Tanpa mengira ketulenan batas fizikal dan etnik, manusia akan bertindak berlainan berbanding dengan ahli-ahli daripada kumpulan sosialnya atas sebab kepentingan dan perkiraan sosial dalam masyarakat itu sendiri. 48

Integrasi • “Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang berbeza latar belakang menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama”

• “Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, pekerjaan dan lokasi.”

49

Segregasi • Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara • Contoh, Dasar Apartheid di Afrika Selatan (1948-1994)

50

• de Jure (didasari undang-undang): Dasar Apartheid 1948-1994

• de Facto (tidak didasari undang-undang): Pengasingan tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam

51

A+B+C

=

A+B+C

AKOMODASI  Proses mempertahankan budaya masing-masing.  Bebas mengamalkan budaya masing-masing.  Perbezaan kebudayaan adalah lazim & tidak dapat dielakkan serta kekal dengan identiti masing-masing. Menerima;  Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan.  Menyedari & menghormati budaya etnik lain. 55

• Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

• Contoh – Malaysia dan Switzerland

56

Ai + B + C

=

Ai + Bi + Ci

AKULTURASI • Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan kelompok lain. • Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok dominan. • Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. • Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok menerima.

57

A+B+C

=

A

ASIMILASI  Cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat (biasanya migran dan minoriti) telah diserap oleh kebudayaan dominan tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerap.  Kelompok B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya, bahasa dan agama kelompok A. 58

• Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama • Asimilasi mutlak – penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti 59

• Contoh – Melayu di Thailand; masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya di Malaysia. (tetapi tidak melibatkan anutan agama) • Proses yang panjang dan kesanggupan etnik minoriti

60

A+B+C

=

D

AMALGAMASI Percampuran budaya mewujudkan budaya baru. Asimilasi biologi. • Jenis 1: Percantuman budaya sahaja. • Contoh

1: Masyarakat Portugis (Melaka).

• Kaedah

1: Budaya Portugis + Budaya Melayu

• Implikasi

1: Percantuman 2 budaya menghasilkan budaya baru.

61

• Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru • Cara utama – perkahwinan campur

62

Kesimpulan • Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual • Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayan kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana ia berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini 63

• Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak meminggirkan kebudayaan lain • Sebaliknya meraikan kepelbagaian yang ada di Malaysia 64



Perpaduan merupakan cabaran besar kerana kejayaan mewujudkan perpaduan akan menjamin keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.



Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang berjaya mewujudkan perpaduan nasional kerana sikap kesederhanaan, bertolak ansur dan bekerjasama terhadap kepelbagaian.

“KESEPADUAN SOSIAL” 65

BAB 3 LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK 3.1 Pengenalan 3.2 Isu Sosioekonomi pada Awal Kemerdekaan 3.3 Ekonomi menjadi Isu Etnik 3.4 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 3.5 Kejayaan Ekonomi Malaysia 3.6 Isu dan Cabaran 3.7 Kesimpulan

3.1 Pengenalan • Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara. • Kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmati faedah pembangunan. • Falsafah panduan kerajaan untuk capai perpaduan: “pertumbuhan dengan agihan”

Antara Pertumbuhan dan Agihan Antara Pertumbuhan Dan Agihan • Isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik. Beberapa isu penting : – Antara Pertumbuhan dan Agihan – Antara Equality dan Equity • Isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut, – antara kelas sosial yang berbeza. – antara kelompok etnik yang berbeza. • Untuk atasi masalah, DEB dilancarkan.

Isu Sosioekonomi pada Awal Kemerdekaan

Melayu Etnik (65.9%)

India (40.2%) Cina

(27.5%) Isu kemiskinan (1970)

India (1.1%)

Cina (27.2%)

Melayu (2.4%) Isu hak milik kekayaan (1970)

• Penerusan dasar ekonomi bebas penjajah telah mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai etnik. • Isu guna tenaga dan pekerjaan : pada 1970, hampir 2/3 guna tenaga dalam sektor pertama (pertanian dan perikanan) terdiri dari etnik Melayu.

Sektor-sektor Pekerjaan Berasaskan Etnik

Ekonomi menjadi Isu Etnik • Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerajaan termasuk: Perbezaan pendapatan isi rumah

Perbezaan golongan kaya dan miskin Pendapatan golongan bandar dan golongan luar bandar

– Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan di kalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun 1957-1970.

Bandar & Luar Bandar

Ekonomi menjadi Isu Etnik  Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerjaan termasuk: -isu perbezaan pendapatan isi rumah -isu jurang berbezaan golongan kaya dan miskin. -isu jurang pendapatan golongan bandar dan luar bandar. – Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan dikalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun 1957-1970.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) • DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990. • Ia merupakan sebuah usaha kerajaan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi 13 Mei 1969 dan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional. • Agenda “serampang dua mata” DEB merangkumi dua objektif iaitu: a. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. b. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi dihapuskan.

• Sasaran dan objektif DEB Kadar kemiskinan: Kemiskinan

1970 (dalam %)

Keseluruhan

49.3

Sasaran pada 1990 (dalam %) 16.7

Luar bandar

58.7

23

Bandar

21.3

9.1

(Sumber: Malaysia (1991) -Semenajung Malaysia sahaja)

Pemilikan ekuiti korporat: Pemilikan

1970 (dalam %)

Sasaran pada 1990 (dalam %)

Bumiputera

2.4

30

Bukan Bumiputera

34.3

40

Pemodal asing

63.3

30

(Sumber: Malaysia (1991) -Semenajung Malaysia sahaja)

• Industrial Coordination Act (ICA) 1975 – digubal bertujuan mewujud penstrukturan ekuiti dan pemilikan; Formula pemilikan 30:30:40 Melayu:bangsa asing:etnik Cina

• Bagi mencapai objektif di atas, beberapa institusi dan agensi baru telah diwujudkan seperti:

FELDA

MARA

FAMA

MARDI

RISDA

PERNAS

 DEB diteruskan di dalam kerangka Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (20012010).

Kejayaan Ekonomi Malaysia • Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi Malaysia sebagai salah sebuah negara “keajaiban ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993). • Selain itu, kejayaan ini dapat dikategorikan kepada tiga perspektif iaitu:

Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat

Pembangunan manusia dan pengurangan kadar kemiskinan

Kualiti hidup yang meningkat

3.7 Kesimpulan  Kerajaan berperanan penting di dalam mencari titik keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil.  DEB adalah dasar negara yang dibentuk untuk mewujudkan perpaduan nasional.  Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat membanggakan.  Namun, kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan bijjak agar jurang antara kaya dan miskin serta ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani.

BAB 4 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

Hasil Pembelajaran: 1. Menjelaskan sikap akomodatif yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan. 2. Membahaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 3. Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

PENGENALAN  Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British.  Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

Definisi dan Konsep Perlembagaan  Perlembagaan : dokumen yang mengandungi semua undang undang tertinggi.  Perlembagaan - sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan.  Semua undang undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan jika bertentangan, maka undang undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang undang yang lebih utama.

• Keperluan perlembagaan ~ –Menjamin kestabilan politik –Sistem pemerintahan negara > cekap & adil –Perpaduan nasional & pembangunan negara –Melindungi kepentingan semua kumpulan etnik

• Perlembagaan Msia telah menelusuri banyak pengalaman sejarah negara ~ – Dijajah selama 446 tahun – Siri-siri peperangan dgn kuasa yg menjajah (cth ~ Peperangan dgn Siam, British, Jepun) – Siri-siri perundingan (cth ~ kekalahan Jepun 1945 & kedatangan British semula ke Tanah Melayu) – Malayan Union & tentangan rakyat terhadapnya

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN • • i. ii. iii.

Malayan Union – diistihar pada 1 April 1946. Mendapat tentangan kerana; Kuasa Raja-raja Melayu Pemberian hak kerakyatan yang sama - prinsip jus soli. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa; penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. iv. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu. • Akhirnya MU telah digantikan dgn Persekutuan Tanah Melayu (1 Feb 1948)

Kerjasama Antara Etnik dalam Menuju Kemerdekaan  Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu -kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu mula terjalin :-penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik  PRU1955, Parti Perikatan telah bertanding dalam pilihan raya dengan meletakkan calon bagi semua 52 kerusi iaitu Parti Negara sebanyak 33 kerusi danPAS sebanyak11 kerusi.

Jadua l 4.1: Kedudukan Calon Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 PARTI

PERUNTUKAN KERUSI

PERATUSAN KERUSI

PERATUSAN PENGUNDI

UMNO

35

69

84.2 (Melayu)

MCA

15

28

11.2 (Cina)

MIC

2

3

3.9 (India)

• PRU1955 – memperlihatkan penolakan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu • Jan 1956 ~ rombongan kemerdekaan yg diketuai oleh Tunku Abdul Rahman & 8 wakil (Raja-raja Melayu & wakil Perikatan) telah berangkat ke London utk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu • Perundingan berlangsung pd 18 Jan hingga 8 Feb 1956 dgn pihak British ~ telah menghasilkan ‘Perjanjian London’

 Perjanjian London telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat. ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja raja Melayu. iii. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong. iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. v. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

• Penting utk mewujudkan identiti Malaysia • Unsur tradisi ini menstabilkan sistem politik negara • Satu bentuk prasyarat & pemuafakatan yg diterima oleh orang Melayu & bukan Melayu • Pembentukan Msia pada 1963 ~ – Kemasukan Sabah & Sarawak, bumiputera diberikan status sama spt orang Melayu – Sabah & Sarawak t.tangan Perjanjian 20 Perkara & Perjanjian 18 Perkara ~ utk melindungi kepentingan & autonomi rakyat Sabah & Sarawak

(Dua) Teras utama Kontrak Sosial

Penerimaan orang Melayu Penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap sebilangan besar terhadap pengiktirafan penduduk bukan hak istimewa serta Melayu sebagai kepentingan rakyat ‘jus soli’ kaum Melayu dalam negara.

94

4 UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

PEMERINTAHAN BERAJA

Sistem raja mutlak kepada raja berperlembagaan

AGAMA ISLAM

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU

BAHASA MELAYU

Agama rasmi Persekutuan

Dijamin perlembagaan dan dipelihara oleh YDPA

Bahasa kebangsaan

Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian Perkara 18 bagi Sarawak  Perjanjian Malaysia (1963) merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak.  Antara tuntutannya adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak.  Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan.

Kesimpulan  Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia.  Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu.  Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik.

BAB 5 PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sub-topik Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia. 2. Menghuraikan usaha yang diambil untuk mengukuhkan kesepaduan sosial melalui politik. 3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi etnik di negara ini dalam konteks politik.

1) Politik Tradisi - melaka

POLITIK DI MALAYSIA S1

2) Implikasi Penjajahan British -hakis kuasa sultan -ns/nnmb/nnmtb -mu

3)Kesedaran Politik -umno -perikatan --ncp -bn 100

8) Politik Sarawak -tiada majoriti etnik supp/sca/panas/snap/pb/da p/pbds

POLITIK DI MALAYSIA S2

7) Politik Sabah -usno/pbs -unko+usno+sca -bn

4)Pembangunan Politik dan Modenisasi -negara bangsa

5)Muafakat Politik -clc -umno dibuka

6) Demografi Politik -komposisi dan taburan penduduk

101

9)Tsunami Politik -pr2008

POLITIK DI MALAYSIA S3

11) Kesimpulan -konflik -politik semakin matang prinsip muafakat politik

10)Perubahan Trend dan Corak Pengundian -gaya politik baru -pemimpin berintegriti

102

Pengenalan Sejarah Politik Malaysia • Pentadbiran feudalisme Kesultanan Melayu Melaka: - sultan dibantu oleh 4 pembesar Melayu. - kerajaan Melayu Melaka memiliki undang-undang kanun Melaka. - sistem politik tidak membenarkan persaingan kuasa secara bebas. - sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan raja. • Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu: - pengenalan sistem residen melalui penjanjian Pangkor 1874 dan negeri-negeri Melayu dipaksa menerima residen.

Sejarah Politik Malaysia (samb) • Implikasi pelaksanaan sistem residen menghakiskan kuasa institusi kesultanan Melayu; - kuasa memungut cukai terhakis. - bertanggungjawab terhadap soal kedudukan agama Islam dan hal ehwal berkaitan dengan adat resam orang Melayu sahaja. • British meneruskan usaha menguasai negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan unit pentadbiran NNMB DAN NNMBTB. • Kemuncak penguasaan British dengan memperkenalkan Malayan Union.

Sejarah Politik Malaysia (Samb) • Penubuhan UMNO reaksi penentangan terhadap Malayan Union sehingga diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, 1948. • 1950, UMNO bergabung dengan MCA bagi mewujudkan parti Perikatan walaupun memperjuangkan kepentingan mengikut etnik. • Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia pada awal kemerdekaan mempunyai pelbagai parti politik yang pada dasarnya mewakili pelbagai kaum. • Akhirnya, asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai kaum adalah menjurus kepada permuafakatan.

Sejarah Politik Malaysia (Samb) • Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan membawa pembangunan. • Kini, di peringkat kerajaan persekutuan, BN kini dianggotai oleh 14 buah parti (UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP dan PRS) dan Pakatan Rakyat dianggotai 8 buah parti (PKR, DAP, PAS, SNAP, PRM, PSM, MDP dan SAPP)

Pembangunan Politik • Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan politik. • Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan. - penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat nasionalisme. • Usaha mewujudkan negara bangsa bukan suatu yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira.

Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik • Semasa pelaksanaan MU tahun 1946, secara tersirat memperlihatkan pihak British ingin memperkenalkan corak pemerintahan unitary yang berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British dan rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa. • Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti Perikatan mengamalkan konsep perkongsian kuasa atau pakatan politik. • Pada tahun 1960-an, satu lagi parti berbilang etnik yang wujud ialah National Convention Party (NCP) pimpinan Abdul Aziz Ishak.

Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik (Samb) • Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar dengan penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Gerakan dari Semenanjung dan parti politik lain dari Sabah dan Sarawak. - Pengabungan ini bagi kestabilan politik bagi mengelak tragedi 13 mei berulang kembali. - Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani sebagai tanda persetujuan antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Demografi dan Politik • Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya. - Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu atau Bumiputera mempunyai 125 kerusi, iaitu etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan. - Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau bumiputera dalam politik negara adalah 156 atau bersamaan 71.2 peratus kerusi. (Analisa Pilihan raya 1995, 1999 dan 2004)

Demografi dan Politik (Samb) • Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik. • Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan masa depan negara.

• Kerjasama UMNO-MCA-MIC melalui Parti Perikatan

Kerjasama UMNO -MCA Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952 12 kerusi

Pembentukan Parti Perikatan

Pilihanraya Umum 1955 (MIC)

Manifesto Perikatan

52 kerusi

• Suasana pilihanraya pada 27 Julai 1955 di Mersing, Johor

Parti komponen BN UMNO

MCA

MIC

PPP

GERAKAN

SUPP

PBB

LDP

PBRS

PBS

SAPP

UPKO

SPDP

PRS

Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak • Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili etnik masing-masing, terutamanya menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia. • Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada di Semenanjung. • Gabungan sedemikian penting untuk menjamin kestabilan dan memastikan suara semua etnik diwakili.

Pakatan Politik di Sabah • Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz penduduk. • Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak memperlihatkan pola yang hampir sama. • Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama UMNOMCA-MIC, UNKO, USNO dan SCA di Sabah bergabung untuk menubuhkan parti Perikatan. • Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri daripada USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan dan majoriti ahlinya menyertai USNO.

Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun merupakan TYT Negeri Sabah yg pertama Ketua Menteri Sabah yg ketiga (1967-1975) Tun Mohd. Fuad Stephens merupakan Ketua Menteri Sabah yg pertama (1963-1964) & Ke-5 (April-Jun 1976)

Pakatan Politik di Sabah (Samb) • Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun 1976 sehingga tahun 1985 merupakan sebuah parti berbilang etnik dianggotai oleh bumiputera Islam dan bukan Islam yang ditubuhkan pada Julai 1975 meskipun pucuk pimpinannya dimonopoli oleh bumiputera Islam. • Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS, krisis dan ketegangan berlaku antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. • PBS yang merupakan sebuah parti pelbagai etnik dimonopoli bumiputera bukan Islam dari segi kepemimpinan.

Pakatan Politik di Sabah (samb) • Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti berikut dalam politik di Sabah: 1. UMNO berjanji sekiranya parti tersebut berjaya merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran 2. UMNO berjaya menyatukan pelbagai etnik 3. Lahirkan beberapa buah parti baharu

Pakatan Politik di Sarawak • Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti. • Pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. • SUPP - menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti masing-masing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera. • Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan beberapa parti etnik • Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.

• Tan Sri Temenggong Jugah - pemimpin Parti Perikatan Sarawak

• Tan Sri Ong Kee Hui - pemimpin SUPP

Parti-Parti Politik di Sarawak Etnik Melayu

Etnik Dayak

Etnik Cina

& Melanau ∞ BERJASA ∞ PANAS

∞ SNAP

∞ SCA

∞ PESAKA

∞ DAP

∞ SPDP

∞ SUPP

∞ PBB ∞ PBDS PRS Parti yang gabung dalam perikatan

Pakatan Politik di Sarawak • Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai kerajaan campuran BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971. • Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau. • Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik, sama ada BN atau parti pembangkang. • Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami masalah dalaman

Tsunami Politik: Politik Perkauman Semakin Mengendur • Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20 parti politik yang menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. • Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai 140 atau memperoleh 63 peratus kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala pembangkang memenangi 82 kerusi bersamaan 37 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. • Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada 25 kerusi manakala di Sarawak 27 daripada 28 kerusi.

Perubahan Trend dan Corak Pengundian • Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan corak pengundian yang berbeza daripada pilihan raya sebelumnya, iaitu BN menguasai majoriti kerusi tanpa banyak cabaran, kecuali bagi pilihan raya 1969. • Terdapat pemimpin dan parti politik yang memanipulasi isu perkauman untuk meraih undi kerana strategi sedemikian mudah memancing emosi pengundi kaum terbabit, apatah lagi jika yang disentuh itu membabitkan hak dan kepentingan kaum berkenaan seperti agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan.

Perubahan Trend dan Corak Pengundian (Samb) • Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar dan utama membabitkan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan seumpamanya. • Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan perubahan dari segi kematangan demokrasi dan berpolitik dalam kalangan rakyat.

Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin • Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat lebih memihak kepada pembangkang dan menolak BN yang disifatkan sebagai tsunami politik. • Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum. • Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang satusatu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian merupakan kubu kuat BN.

Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin (Samb)

• Bagi kawasan yang didominasi kaum Cina pula, sokongan terhadap BN adalah rendah. • Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum. • Semakin ramai orang Cina dan India di sesuatu kawasan, semakin rendah pula sokongan mereka terhadap BN. • Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Melayu. • Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga dan kejayaan Sarawak dan Sabah menjadi kubu kuat.

Kesimpulan • Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik. • Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang. • Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara ini.