Penilaian Minggu 8 12 Tugasan 1 BBM3206 Sem 2 2013 2014 PJJ

UPMH/UPMET/TUGASAN/BBM3206/ SEMESTER KEDUA 2013/2014/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH Penilaian II (Minggu 8-1...

0 downloads 84 Views 25KB Size
UPMH/UPMET/TUGASAN/BBM3206/ SEMESTER KEDUA 2013/2014/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH

Penilaian II (Minggu 8-12 - Tugasan 1) Tugasan 1 akan menyumbangkan 10 % markah kepada kursus BBM3206

ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi TUJUH soalan. Jawab SATU (1) soalan sahaja. 2. Jawapan anda hendaklah ditaip. Panjang tugasan tidak melebihi 10 halaman. Senarai rujukan hendaklah ditulis menggunakan format APA. 3. Tugasan 1 hendaklah diserahkan sebelum atau pada 29 Mac 2014. Tugasan yang diterima selepas 29 Mac 2014 TIDAK akan dipertimbangkan. 4. Tugasan 1 hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH Amaran : Tugasan yang diserahkan akan disemak untuk memastikan tiada persamaan atau penyalinan secara langsung. Jika didapati ada unsur plagiarisme, markah akan dipotong seperti berikut:  Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 10% daripada jumlah markah yang diperoleh.  Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 30% daripada jumlah markah yang diperoleh.  Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah minima 3 akan diberikan.

SOALAN TUGASAN 1

SOALAN

1. Semantik ialah bidang yang mengkaji makna. Dengan merujuk pendapat sarjana dari dalam dan luar negara, huraian lima pengertian semantik dan lima pengertian pragamatik.

UPMH/UPMET/TUGASAN/BBM3206/ SEMESTER KEDUA 2013/2014/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH

2. Pragmatik ialah pengkajian bahasa yang berkaitan dengan konteks ujaran. Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan cara makna ujaran diperoleh menggunakan pendekatan pragmatik.

3 Teori Imej

merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang

digunakan secara meluas oleh pengkaji linguistik tradisional. Namun teori Imej mempunyai beberapa kelemahan. Nyatakan kelemahan-kelemahan teori Imej dalam mentafsir makna ujaran seseorang penutur.

4. Teori Analisis Komponen ditimbulkan berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam menentukan istilah-istilah yang menunjukkan hubungan kekeluargaan. Berikan kelebihan- kelebihan teori analisis komponen dalam makna bagi sesuatu perkataan.

5. Jelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk meningkatkan penguasaan semantik dalam kalangan murid-murid di sekolah.

6. Huraikan aspek semantik dan pragmatik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah.

__________________________________________________________________________ MUKA SURAT TAMAT