UPMH/UPMET/TUGASAN/BBM3206/ SEMESTER PERTAMA 2014/2015/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH
PENILAIAN BERTERUSAN (TUGASAN II)
Tugasan II akan menyumbangkan 20 % markah kepada kursus BBM3206
ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Pilih salah satu daripada tajuk yang disenaraikan, kemudian buat satu analisis tentang aspek yang dipilih mengikut format yang ditetapkan. 2. Tugasan anda hendaklah ditaip. Panjang tugasan adalah melebihi 15 halaman. Senarai rujukan hendaklah ditulis menggunakan format APA. 3. Tugasan II hendaklah diserahkan sebelum atau pada 14 November 2014. Tugasan yang diterima selepas 14 November 2014 TIDAK akan dipertimbangkan. 4. Tugasan II hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH Amaran : Tugasan yang diserahkan akan disemak untuk memastikan tiada persamaan atau penyalinan secara langsung. Jika didapati ada unsur plagiarisme, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 10% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 30% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah minima 5 akan diberikan.
UPMH/UPMET/TUGASAN/BBM3206/ SEMESTER PERTAMA 2014/2015/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM 3206 Sem 1 2014/2015
Bil
Tajuk
1.
Makna Perkataan– Sinonim (kata nama)
2.
Makna Perkataan– Sinonim (kata kerja)
3.
Makna Perkataan– Sinonim (kata adjektif)
4.
Makna perkataan- Antonim (kata nama)
5.
Makna perkataan- Antonim (kata kerja)
6.
Makna perkataan- Antonim (kata adjektif)
7.
Nilai pengajaran dalam Peribahasa Melayu
8.
Nilai ekonomi dalam Peribahasa Melayu
9.
Aspek kepimpinan dalam Peribahasa Melayu
10.
Nilai alam dan pekerjaan dalam Peribahasa Melayu
11.
Nilai sains dan matematik dalam Peribahasa Melayu
12.
Nilai kemasyarakatan dalam Peribahasa Melayu
13.
Nilai keagamaan dalam Peribahasa Melayu
14.
Unsur pertanian dalam Peribahasa Melayu
15.
Perubahan Makna dalam Bahasa Melayu
16.
Kata-kata lama dalam bahasa Melayu dari aspek semantik.
17.
Bahasa Kiasan dalam bahasa Melayu
18.
Homofon dan homograf
19.
Homonim dan Polisemi
20.
Kepentingan Konteks dalam Menentukan Makna
21.
Makna Gramatikal- Satu Analisis Semantik
22.
Makna Berimbuhan ‘ PeN’
23.
Makna Berimbuhan ‘ MeN’
24.
Makna Berimbuhan ‘ BeR’
25.
Makna Berimbuhan ‘ TeR’
26.
Makna Leksikal dan Makna Ayat
UPMH/UPMET/TUGASAN/BBM3206/ SEMESTER PERTAMA 2014/2015/ PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH
27.
Medan Makna
28.
Makna kebudayaan
29.
Kepentingan Semantik dan pragmatik dalam Terjemahan
30.
Penguasaan semantik dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah
31.
Aspek Semantik dalam cerpen
32.
Aspek Semantik dalam Iklan Radio
33.
Unsur Semantik dalam Lagu Melayu Asli
34.
Unsur Semantik dalam Lagu Melayu Moden
35.
Aspek Semantik dalam Soalan Ujian dan Peperiksaan
36.
Aspek Semantik dalam Puisi Tradisional
37.
Aspek Semantik dalam Puisi Moden
38.
Aspek Semantik dalam Penulisan Minit Mesyuarat
39.
Aspek Semantik dalam Iklan Papan Tanda
40.
Aspek Semantik dalam Lagu Patriotik
41.
Unsur Semantik dalam perbualan remaja
42.
Semantik/pragmatik dalam teks klasik Nota: Pilih salah satu tajuk sahaja.
Format Penulisan Tugasan BBM 3206
1. Pendahuluan : Konsep tajuk yang dibahas 2. Sorotan kajian lepas yang berkaitan (sekurang-kurangnya 3) 3. Persembahan isi tugasan (mengikut objektif ) a. Perbincangan – mesti kritis dan argumentif serta diberikan contoh yang sesuai b. Implikasi 4. Kesimpulan 5. Bibliografi
Tarikh Hantar : Pada atau sebelum 14 November 2014.