PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN

pembinaan perisian multimedia bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lukisan kejuruteraan topik unjuran ortogra...

2 downloads 353 Views 2MB Size
PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TOPIK UNJURAN ORTOGRAFIK SUDUT KETIGA

MOHMMAD HELME BIN SUPAAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TOPIK UNJURAN ORTOGRAFIK SUDUT KETIGA

MOHMMAD HELME BIN SUPAAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

iii

DEDIKASI

Ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Illahi. Rahmat serta limpah kurniaNya membawa daku ke jalan ini. Ku kalungkan kejayaan ini khas buat isteri tercinta, Azaraha Binti Ali. Pengorbanan, kesabaran dan ketabahanmu umpama api pembakar semangatku. Ku titipkan impian buat putera harapan kesayanganku, Muhammad Aqil Semoga suatu hari kau kan tiba jua ke destinasi ayahmu ini. Ku hidangkan nikmat kejayaan ini buat kedua ayah dan bonda yang dikasihi. Doamu yang tak kenal jemu telah berjaya membawa daku sampai kemari. Rakan-rakan seperjuanganku sekalian, Tongkat yang kalian berikan ketika daku kepincangan akan ku simpan sebagai kenangan di hari muka. Buat semua insan di sekelilingku, Tiada yang lebih mulia disisi Allah melainkan insan yang berilmu dan beramal dengannya. Semoga kita semua mendapat rahamt dariNya......Amin

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ucapan selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Berkat doa dan kesabaran, maka pada hari ini sempurnalah juga projek pembinaan perisian ini. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Widad bt. Othman selaku pensyarah pembimbing. Tunjuk ajar, nasihat serta buah fikirannya yang membina membantu saya dalam proses penghasilan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada Profesor Madya Dr. Rio Sumarni bt. Shariffudin selaku pensyarah yang menyelia projek ini. Ternyata beliau tidak keberatan untuk mencurahkan segala kepakaran beliau di dalam bidang multimedia untuk memastikan projek ini terlaksana dengan jayanya. Mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak di dalam projek ini. Jasa baik semua pihak hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

v

ABSTRAK

Pendidikan menjadi teras kemajuan sesebuah negara. Manakala Teknologi Maklumat (IT) pula menjadi pemangkin kemajuan pendidikan negara masa kini. Salah satu cabang IT yang semakin diberikan perhatian adalah Bidang Multimedia. Pembangunan perisian merupakan sebahagian komponen yang penting dalam bidang multimedia. Perisian sememangnya mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai alat bantu mengajar (ABM) terbaik memandangkan ciri-cirinya yang menggabungkan elemen-elemen media seperti teks, grafik, animasi, video dan audio. Untuk itu, projek ini telah memilih salah satu topik di dalam sukatan Lukisan Kejuruteraan iaitu Unjuran Ortografik Sudut Ketiga untuk dibangunkan sebagai sebuah perisian yang sesuai digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi membantu pembina dalam pembangunan perisian ini, penggunaan perisian alat pengarangan telah digunakan terdiri daripada Micromedia Flash MX sebagai tapak utama perisian, Adobe Photoshop 6.0 dan ACDsee sebagai perisian pemanipulasian gambar serta AutoCAD 2000. Perisian ini bersifat interaktif dimana ianya membenarkan pengguna untuk meneroka ke mana-mana bahagian dengan bebas. Ini bagi memastikan pengguna berminat serta tidak bosan untuk mengikuti pakej perisian. Semoga pembinaan perisian ini mendatangkan manfaat yang berguna kepada bidang pendidikan di negara ini. Beberapa cadangan juga telah diutarakan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti mewujudkan sebuah unit pembangunan perisian di dalam Kementerian Pendidikan bagi mempertingkat lagi mutu pendidikan yang diberikan kepada rakyat. Disamping itu guru-guru juga perlulah melakukan tranformasi secara berani dengan menghasilkan perisian-perisian berkaitan bidang kepakaran masing-masing bagi menggantikan penghasilah bukubuku ilmiah seperti yang lazimnya dilakukan sebelum ini.

vi

ABSTRACT

Education plays an important role in the development of any country, while Information Technology (IT) is the catalyst. One of the popular IT applications is Multimedia. Software development is one of the important components in multimedia. Software has the potential to be used as the best teaching aid combining media elements such as text, graphic, animation, video, and audio. Therefore, one of the topics in Engineering Drawing the Third Angle Projection is selected for this project. To develop the software, authoring tools such as Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop 6.0, ACDsee and AutoCAD 2000 were used. This software has an interactive characteristic where user can get in any part of its contents freely. This is to make sure that user will be interest and not bored with the software. It is hoped that software development will be beneficially to the education system. Suggestions include the establishment of a software development unit in the Ministry of Education that will produce software, which will upgrade the education level of the people. Beside, teachers should be courageous enough to make a change from writing academic books to producing software.

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB I

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI SINGKATAN

xv

PENGENALAN

1

1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

5

1.4

Rasional Pemilihan Tajuk

6

1.5

Oblektif Pembinaan Perisian

7

1.6

Kepentingan Projek

7

1.7

Skop Projek

8

viii BAB II

BAB III

SOROTAN PENULISAN

9

2.1

Pengenalan

9

2.2

Proses Pembelajaran

10

2.3

Teori Pembelajaran

11

2.3.1

11

Teori Konstruktif

2.4

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

12

2.5

Unjuran Ortografik

14

2.6

Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan

14

2.7

Takrif Mengenai Multimedia

15

2.7.1

Elemen-elemen dalam multimedia

16

2.7.1.1 Teks

17

2.7.1.2 Grafik

17

2.7.1.3 Bunyi (Audio)

18

2.7.1.4 Animasi

19

REKABENTUK PERISIAN

20

3.1

Pengenalan

20

3.2

Model Rekabentuk Pengajaran

20

3.2.1

Menganalisa Pelajar

22

3.2.2

Menyatakan Objektif

22

3.2.3

Memilih Kaedah, Media dan Bahan Pengajaran

3.2.4

3.2.5 3.2.6

22

Menggunakan Media dan Bahan Pengajaran

23

3.2.4.1 Teks

23

3.2.4.2 Grafik

24

3.2.4.3 Animasi

24

3.2.4.4 Audio

25

Penglibatan Pelajar dalam Pembelajaran

25

Kaedah Penilaian Perisian

26

ix 3.3

BAB IV

Perkakasan Pembinaan dan Alat Pengarangan (Authoring Tool)

27

3.3.1

Perkakasan Pembinaan

27

3.3.2

Alat Pengarangan

28

3.4

Carta Alir

28

3.5

Carta Alir Perisian

30

3.5.1

Bahagian Permulaan

30

3.5.2

Bahagian Isi Kandungan

30

3.5.2.1 Pengenalan

31

3.5.2.2 Bimbingan

31

3.5.2.3 Binaan

31

3.5.2.4 Latihan

31

3.5.2.5 Aplikasi

32

3.5.2.6 Bantuan

32

3.5.2.7 Keluar

32

PERISIAN MULTIMEDIA LUKISAN KEJURUTERAAN (UNJURAN ORTOGRAFIK SUDUT KETIGA)

34

4.1

Pengenalan

34

4.2

Kaedah Pempakejan Perisian

34

4.3

Daftar

35

4.4

Loading

36

4.5

Montaj

36

4.6

Menu Utama

37

4.7

Pengenalan

38

4.7.1

Lukisan Ortografik

39

4.7.2

Objektif

40

4.7.3

Tujuan

41

4.8

Bimbingan

41

4.8.1

Konsep Unjuran

42

4.8.2

Konsep Unjuran Berpusat

42

4.8.3

Konsep Unjuran Selari

43

x

4.9

BAB V

4.8.4

Jenis-Jenis Satah

44

4.8.5

Konsep Sudut Ketiga

45

Binaan 4.9.1

Binaan Piramid

47

4.9.2

Binaan Prisma Segitiga

49

4.9.3

Binaan Prisma Heksagon

49

4.10

Aplikasi

50

4.11

Latihan

51

4.12

Bantuan

53

4.13

Keluar

53

4.14

Analisis Penilaian Pakar

54

4.14.1 Bahagian A

55

4.14.2 Analisis Penilaian Bahagian B

56

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

59

5.1

Pengenalan

59

5.2

Perbincangan

59

5.3

Rumusan

60

5.4

Cadangan

61

5.5

Penutup

63

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

47

64 A

68

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

3.1

Pemeringkatan Peratusan Skala Binari

3.2

Perwakilan bagi simbol-simbol dalam

MUKA SURAT

27

carta alir

29

4.1

Pemeringkatan Peratusan Skala Binari

55

4.2

Latar belakang penilai

55

4.3

Peratusan penilaian dari segi Reka Bentuk Informasi : Strategi Pengajaran

4.4

Peratusan penilaian dari segi Reka Bentuk Persembahan

4.5

56 57

Peratusan penilaian dari segi Reka Bentuk Interaksi

58

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

3.1

Model ASSURE

3.2

Carta alir perisian unjuran ortografik sudut

MUKA SURAT

21

ketiga

33

4.1(a)

Paparan pertama skrin Pendaftaran

35

4.1(b)

Paparan kedua skrin Pendaftaran

35

4.2

Paparan skrin loading

36

4.3

Paparan skrin Montaj

37

4.4

Paparan skrin Menu Utama

38

4.5

Paparan skrin Menu Pengenalan

39

4.6(a)

Paparan skrin menu Konsep

40

4.6(b)

Paparan skrin bentangan serta nama satah unjuran

40

4.7

Paparan skrin Menu Objektif

40

4.8

Paparan skrin Menu Tujuan

41

4.9

Paparan skrin Menu Konsep Unjuran

42

4.10(a)

Paparan pertama bagi Menu Konsep Unjuran Berpusat

4.10(b)

Paparan kedua Menu Konsep Unjuran Berpusat

4.11(a)

43 43

Paparan pertama Menu Konsep Unjuran Selari

43

xiii 4.11(b)

Paparan kedua Menu Konsep Unjuran Selari

4.12(a)

Paparan bahagian pertama Menu Jenis Satah

4.12(b)

43 44

Paparan menunjukkan nama bagi setiap jenis sukuan yang muncul sebail sahaja pointer tetikus dilalukan pada ikon hotspot

4.12(c)

Paparan bahagian kedua bagi Menu Jenis Satah

4.12(d)

44 45

Salah satu paparan animasi bentuk sukuan satah unjuran iaitu sukuan bagi satah sudut ketiga.

4.13(a)

Paparan pertama Menu Konsep unjuran belum dibuat

4.13(b)

46

Animasi ketiga menu Konsep, Pandangan Atas (Plan)

4.13(e)

46

Animasi kedua menu Konsep, Pandangan Sisi Kanan

4.13(d)

46

Animasi pertama Menu Konsep Pandangan Sisi Kanan

4.13(c)

45

46

Paparan terakhir untuk menu Konsep Objek yang telah diunjurkan

46

4.14

Paparan menu Binaan

47

4.15(a)

Skrin utama menu Binaan Piramid

48

4.15(b)

Paparan menunjukkan unjuran sudut ketiga bagi Piramid

4.15(c)

Paparan menunjukkan kaedah penerangan kedua Binaan Piramid sedang berjalan

4.15(d)

48 48

Pandangan unjuran sudut ketiga bagi Piramid yang terhasil

48

4.16

Paparan utama Menu Binaan Prisma Segitiga

49

4.17

Paparan utama Menu Binaan Prisma Heksagon

50

4.18(a)

Paparan utama Menu Aplikasi

51

xiv 4.18(b)

Salah satu paparan yang terdapat dalam Menu Aplikasi

51

4.19(a)

Paparan Menu Latihan

52

4.19(b)

Keputusan bagi latihanyang dibuat oleh pengguna.

52

4.19(c)

Respon bagi setiap jawapan yang betul

52

4.19(d)

Respon bagi setiap jawapan yang salah

52

4.20

Paparan Menu Bantuan

53

4.21(a)

Paparan menunjukkan butang keluar yang

4.21(b)

sedang aktif

54

Paparan skrin Menu Keluar

54

xv

SENARAI SINGKATAN

ABM

: Alat Bantu Mengajar

CAI

: Computer Assisted Instruction

CD

: Compact Disk

CD-ROM

: Compact Disk-Read Only Memory

CIE

: Computer in Education

CLPP

: Computer Literacy Pilot Project

CPU

: Computer Processor Unit

IT

: Information Technology

JPEG

: Joint Photographic Experts Groups

KBSM

: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MB

: Megabyte

MSC

: Multimedia Super Corridor

NITA

: National IT Agenda

NITC

: National IT Council

PBK

: Pembelajaran Berbantukan Komputer

R&D

: Research and Development

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Bidang pendidikan adalah nadi kepada kemajuan sesebuah negara. Tanpa sistem pendidikan yang kukuh, adalah sukar untuk sesebuah negara itu membangun seterusnya mencapai kemajuan. Pada tahun 2003, Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah membocorkan rahsia pembangunan negara ini. Beliau berkata, pendidikan adalah asas yang paling penting dalam pembangunan negara dan dasar itu menjadikan negara ini maju dan berjaya. “ Malaysia memperuntukan lebih 20 peratus daripada bajetnya untuk pendidikan sedangkan kebanyakan negara lain membelanjakan untuk angkatan tentera mereka. Tapi kami percaya hanya menerusi pendidikan kita boleh maju dan seiring dengan negara lain,” katanya. (Harian Metro, Jumaat 11 Julai 2003) Hampir keseluruhan bidang yang berkaitan dengan kehidupan manusia kini memerlukan bantuan komputer bagi tujuan memudahkan segala urusan serta menjimatkan masa. Perubahan dunia sekarang berlaku dengan begitu mendadak dan secara ledakan. Proses ini menyulitkan mereka yang tidak berubah bersamanya.

2 Menurut Alvin Toffler (1991), era baru ini adalah sebagai Ombak Ketiga atau The Third Wave. lanya disifatkan oleh Toffler sebagai ledakan maklumat atau era Teknologi Maklumat (IT). Untuk itu sistem pendidikan bagi sesebuah negara haruslah bersifat dinamik seiring dengan perkembangan semasa dunia. Perubahan yang hendak dilakukan haruslah meliputi semua aspek, samada dari aspek kurikulum, prasarana, bahan pengajaran dan pembelajaran serta kaedah pengajaran. Kaedah pengajaran konvensional banyak bergantung kepada papan tulis disamping berpusatkan guru. Pelajar bergantung sepenuhnya kepada guru didalam memahami maksud yang tepat bagi sesuatu teori. Penggunaan pelbagai jenis bahan media membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran berbantukan komputer masih merupakan sesuatu yang baru dalam senario pendidikan negara ini. Namun demikian, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan telah mengorak langkah dengan memperkenalkan pembelajaran komputer secara sistematik kepada pelajar dengan bermulanya Sekolah Bestari. Terkini Berita Harian, dalam ruangan ‘Komputer’ melaporkan kerajaan juga merancang memperkenalkan satu program akses internet baru, SchoolNet, untuk kegunaan semua sekolah di seluruh negara termasuk di sekolah rendah dan menengah dalam usaha merapatkan jurang digital dikalangan sekolah di negara ini. Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie berkata SchoolNet ini juga merealisasikan usaha kerajaan mempercepatkan pengembangan pelaksanaan program Sekolah Bestari ke seluruh negara (Berita Harian, Selasa 6 Mei 2003).

3 1.2

Latar Belakang Masalah

Kepesatan perkembangan teknologi mengheret sistem pendidikan negara ke arah perubahan drastik. Pelbagai rancangan dan tindakan dilakukan bagi memastikan pendidikan negara tidak ketinggalan dalam mengejar arus semasa. Bagi negaranegara maju, mereka telah lama mengaplikasikan penggunaan komputer didalam sistem pendidikan mereka. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi merapatkan jurang yang besar ini. Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam acara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1996). Secara keseluruhannya sistem pendidikan negara ini masih mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional. Kaedah ini tidak mampu lagi menarik minat pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajaran guru mereka. Lebih-lebih lagi pelajarpelajar kini telah terdedah dengan pelbagai bentuk teknologi multimedia seperti internet dan merasakan suasana sekolah menjemukan mereka. Menurut Atan Long (1988), salah satu sifat penting yang perlu ada pada seseorang guru ialah menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya. Menurut Zoraini (1993) pula, minat yang timbul dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi pembelajarannya. Apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukan, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai kejayaan. Ini bermakna proses pembelajaran pelajar akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Di samping itu, kaedah tradisional juga menumpukan kepada penggunaan buku teks. Kelemahan yang terdapat dalam teknik atau cara belajar adalah cuba memahami semua perkataan dalam buku teks dan kesannya pelajar mengambil masa yang lama untuk memahami isi pelajaran. (Siti Hawa Munji, 1993).

4 Bagi meransang minat serta meningkatkan tahap kefahaman para pelajar sekaligus membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah Pernbelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan antara jalan penyelesaian yang terbaik.. Menurut Zoraini (1993) lagi, komputer dapat menghasilkan pembelajaran yang menggunakan semua pancaindera kita. Komputer juga tidak mempunyai emosi seperti manusia, oleh itu keadaan ini boleh menarik minat pelajar kerana seperti mana yang kita ketahui, pelajar tidak suka dimarahi. Mereka bebas mengaplikasi komputer mengikut kemahiran yang tersendiri. Ini juga dapat membantu proses pembelajaran mereka. Menurut Sezali (1995), komputer mempunyai pelbagai peranan dalam bidang pendidikan. Antaranya, komputer menyenangkan proses pembelajaran dan meningkatkan mutu pengajaran. Bantuan pelbagai warna grafik dapat dihasilkan di samping kesan bunyi yang dapat menarik perhatian pelajar. Persembahan sesuatu konsep tajuk dalam bentuk multimedia dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih segar. Disamping itu, guru serta pelajar mempunyai lebih pilihan dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan pendidikan negara berada diambang perubahan kepada sains dan teknologi, pembinaan perisian multimedia perlulah dilakukan dari sekarang. Ketidaksangupan serta kekurangan ilmu multimedia menyebabkan kurangnya pembabitan guru dalam pembinaan perisian multimedia untuk pendidikan.

5 1.3

Pernyataan Masalah

Minat serta kefahaman pelajar merupakan sesuatu yang sukar untuk diterbitkan. Bagi mata pelajaran yang abstrak seperti lukisan kejuruteraan, guru-guru terpaksa mengerah segala daya kreativiti dan imaginasinya agar apa yang diterangkan sampai kepada pelajarnya. Bagi tajuk Unjuran Ortografik umpamanya, pelajar perlu memahami konsep pembinaan sesuatu bentuk atau objek. Untuk mengatasi masalah ini, guru terpaksa membina objek sebenar agar pelajar dapat gambaran konsep yang ingin disampaikan. Cara ini memerlukan kos yang agak besar serta masa yang agak panjang untuk penyediaannya. Terdapat juga kaedah dimana guru menggunakan ilustrasi ataupun gambar statik namun ianya masih belum dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pelajar. Menurut Raja Azman Shah (1999), pernyataan ahli psikologi menunjukkan bahawa seseorang guru harus mencipta suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsangkan minat murid, disamping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan mereka. Biasanya guru-guru akan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti alat visual untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Jika untuk tajuk-tajuk lain, alat-alat visual ini akan hilang kesannya jika selalu digunakan kerana pelajar tidak dapat berinteraksi secara terus dengannya. Oleh itu penggunaan komputer perlu kerana pelajar dapat berinteraksi dengannya disamping masih mempunyai alat audio-visual. Zoraini (1993), dalam zaman teknologi maklumat kini, kita perlu cekap menjalankan tugas seberapa baik yang mungkin. Komputer merupakan alat teknologi yang canggih yang boleh membantu kita dalam pendidikan. Ianya dapat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan dalam sistem pendidikan negara. Masa yang paling sesuai untuk semua golongan pendidik tahu mengguna serta mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

6 Oleh yang demikian, adalah difikirkan wajar untuk membangunkan perisian berbantukan komputer multimedia di bawah tajuk “Unjuran Ortografik Sudut Ketiga” dalam sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 sekolah menengah teknik ini. Pembinaannya dibuat dengan memastikan perisian ini menepati ciri-ciri berunsurkan kehendak tempatan, bersifat interaktif, serta memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara.