PANDUAN MENYEDIAKAN LAPORAN LI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PANDUAN MENYEDIAKAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI KOD KURSUS : DCE4955B NAMA KURSUS : LATIHAN INDU...

67 downloads 125 Views 58KB Size
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN MENYEDIAKAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI KOD KURSUS : DCE4955B NAMA KURSUS : LATIHAN INDUSTRI

DI SEDIAKAN OLEH DR. ZOHARAH OMAR JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

1. FORMAT LAPORAN

a)

Pelajar wajib menyediakan laporan latihan industri. Penyediaan laporan ini perlu dilakukan sepanjang pelajar mula menjalani latihan industri. Sila rujuk lampiran 1 untuk contoh format laporan

b)

Format Laporan adalah seperti berikut:  Ditaip atas kertas putih saiz A4 langkau 1.5 baris.  Font: Times New Roman atau Arial (Saiz Font: 12)  Laporan boleh ditulis sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya.

c)

Ruang Penulisan dan Nombor Muka surat  Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format sepertimana yang ditetapkan seperti berikut (Rujuk Lampiran B): 

40 sm dari tepi kiri kertas



2.5 sm dari tepi kanan kertas



2.5 sm dari tepi atas kertas



2.5 sm dari tepi bawah kertas

 Nombor muka surat diletakkan di tengah-tengah.  Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan penomboran roman seperti i, ii, iii, iv,v dan lain-lain. Manakala nombor muka surat bagi BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa.

2

d)

Isi kandung laporan latihan industri pelajar adalah seperti berikut:

FORMAT PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

1. Muka Hadapan Contoh muka depan laporan yang bercetak adalah seperti di Lampiran. 2. Judul 3. Kandungan 4. Biodata Pelajar 5. Senarai Jadual 6. Senarai Rajah 7. Penghargaan 8. Bab 1 - Latar belakang agensi 8.1.

Nyatakan jenis industri, jumlah pekerja, misi & visi industri.

8.2.

Nyatakan tentang struktur dan fungsi jabatan atau mana-mana bahagian di mana pelajar menjalani latihan industri di agensi.

9. Bab 2 - Aktiviti yang dijalankan 9.1.

Pelajar PJJ yang menjalani Latihan Industri sepenuhnya. 9.1.1. Nyatakan aktiviti yang anda lakukan serta jelaskan penggunaan teknik, kaedah dan strategi PSM yang sesuai oleh pelajar dalam tugasan yang diberi.

9.2.

Pelajar PJJ yang menjalani Latihan Industri selama 14 hari. 9.2.1. Jelaskan pemerhatian yang dilakukan dari temubual/soalselidik/analisis dokumen. Nyatakan apa yang dilakukan. 9.2.2. Jelaskan lima aktiviti yang berkaitan dengan bidang PSM yang diperhatikan di agensi berkenaan. Berikut adalah contoh aktiviti yang berkaitan dengan PSM. 

Membina model kompetensi

9.3.



Membina soal selidik dan menjalankan soal selidik



Membina borang exit interviews dan analisis exit intreviews



Penglibatan dalam program latihan – merancang, mengendalikan program latihan



Terlibat dalam penyediaan polisi syarikat



Mengemaskini polisi dan buku panduan sumber manusia



Membina dan melaksanakan program penilaian prestasi atau terlibat dalam pengendalian program penilaian prestasi.



Mengemaskini dan menyediakan deskripsi tugas



Penglibatan dalam sistem maklumat sumber manusia HRIS



Penglibatan dalam aktiviti pengambilan kakitangan, membina soalan temuduga



Menjalankan temubual



Terlibat dalam projek-projek berkaitan dengan sumber manusia seperti perubahan struktur, tugas, proses dll.



proses kerja & sistem kerja,



hubungan antara staf atau dengan ketua, kepimpinan



aspek motivasi pekerja & komunikasi



pengurusan perubahan



latihan dan pembangunan

Bandingkan teori, prinsip & amalan yang dipelajari dengan pengalaman/tugas atau pemerhatian yang dilaksanakan semasa menjalani latihan industri. Ini merangkumi ke lima-lima aktiviti yang diperhatikan.

10. Bab 3 - Tren dan cabaran dalam amalan sumber manusia yang dihadapi oleh agensi. 10.1. Dapatkan maklumbalas daripada agensi tentang tren dan cabaran dalam amalan sumber manusia yang dihadapi dan tindakan agensi dalam menghadapi cabaran tersebut. 4

10.2. Kaitkan dengan tren dan cabaran dalam amalan sumber manusia yang dibincangkan dalam literatur. 11. Bab 4 – Pengetahuan dan Kemahiran yang diperolehi 11.1. Nyatakan apa yang telah anda pelajari (sesuatu yang tidak mereka ketahui sebelum menjalani latihan industri) hasil dari pengalaman menjalani latihan industri. 11.2. Nyatakan kemahiran yang diperolehi yang berkaitan dengan profesion PSM. 11.3. Nyatakan kemahiran peribadi yang diperolehi. 11.4. Hasil dari pengalaman latihan industri, bincangkan ciri penting yang perlu ada dalam diri pengamal sumber manusia – dari segi sikap, profesionalisme, etika kerja serta sumbangan kepada masyarakat. 11.5. Kaitkan dengan ciri-ciri penting pengamal PSM yang dinyatakan dalam literatur.

12. Bab 5 - Cadangan 12.1. Nyatakan cadangan penambahbaikan untuk agensi 13. Rujukan 13.1. Nyatakan bahan rujukan yang digunakan untuk menguatkan lagi hujah yang ditulis. Format yang digunakan perlu mengikut paiwaian sepertimana American Psychological Association (APA). 13.2. Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan rujukan, pelajar boleh melayari laman sesawang http://www.apastyle.org 14. Jadual/Rajah 14.1.

Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi selain dari Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan dinyatakan sebagai Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan seperti berikut:  Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3 ................  Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3 ............

14.2.

Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang dimasukkan dengan menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-perkara penting tentang jadual/rajah tersebut. Sebagai contoh ianya perlu ditulis seperti berikut: “Sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 6, penilaian kebekesanan latihan adalah berpandukan kepada .....” atau “Jadual 3 menunjukkan bilangan kakitangan di bahagian Sumber Manusia....”

14.3.

Sebarang jadual yang di ambil dari sumber lain, perlu nyatakan sumber dari mana jadual itu diambil atau disesuaikan di bahagian bawah jadual tersebut.

15. Lampiran 15.1. Pelajar boleh melampirkan dokumen dan/atau yang perlu ke dalam Laporan. Contoh: carta organisasi, borang-borang dan sebagainya. 15.2. Pastikan pelajar meminta kebenaran agensi untuk melampirkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan agensi. 15.3. Dokumen-dokumen yang dilampirkan perlu dilabelkan dan dinyatakan dalam kandungan laporan.

e)

Penyerahan Laporan 

Laporan perlu dijilidkan hardcover binding [merah maroon]



Serahkan laporan hardcover binding [merah maroon] kepada PPL untuk tujuan penggredan SATU minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir

f)

Penilaian laporan adalah berdasarkan: 

Format [30%] - susunan, ilustrasi dan penggunaan bahasa.



Kandungan [70%] - semua aspek yang berkaitan dengan latihan yang dijalani.

6

LAMPIRAN 8 Format Kulit Depan Laporan Akhir Latihan Industri (Hard Cover Binding – Warna MAROON)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

NAMA TEMPAT DAN ALAMAT AGENSI

NAMA PELAJAR No. Matrik

SEMESTER _______________

JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Format JUDUL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NAMA PELAJAR (NOMBOR MATRIK)

DI

NAMA AGENSI ALAMAT AGENSI

JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

8

Format Isi Kandungan KANDUNGAN

Hala man KANDUNGAN Judul

i

Penghargaan

ii

Isi Kandungan

iii

Senarai Jadual

iv

Senarai Rajah

v

Senarai Lampiran

vi

BAB 1 - PENGENALAN 1. LATARBELAKANG AGENSI

1

1.1. Sejarah Penubuhan

1

1.2. Misi dan Visi

3

1.3. Maklumat tenaga kerja

4

i [Mukasurat dalam nombor Roman]

Format Senarai Jadual

SENARAI JADUAL

Nombor Jadual

Tajuk

Mukasura t

1

Jumlah kakitangan mengikut jantina

3

2

Jumlah pusingganti tenagakerja mengikut jabatan

15

ii [Mukasurat dalam nombor Roman]

10

Format - Senarai Rajah

SENARAI RAJAH

Nombor Rajah

Tajuk

Mukasura t

1

Model Penilaian Kirkpatrik

16

2

Model Kompetensi ASTD

23

iii [Mukasurat dalam nombor Roman]

Format - Senarai Lampiran

SENARAI LAMPIRAN

Nombor Lampiran

Tajuk

1

Carta Organisasi Syarikat ABC Sdn Bhd

2

Borang Penilaian Latihan

3

Borang Penilaian Prestasi

4

Borang Pengesahan jawatan

iv [Mukasurat Roman]

12

dalam

nombor

Format Penulisan Bagi Muka surat PERMULAAN SETIAP BAB.

2.5 sm

BAB 1

PENGENALAN

4 sm

1. LATARBELAKANG AGENSI

1.1. Sejarah latarbelakang penubuhan agensi

2.5 sm

1.2. Struktur organisasi

1 [Nombor mukasurat di bahagian tengah]

2.5 sm

Format Rujukan dan Penulisan Rujukan dalam Teks (Gaya American Psychological Association [APA]) 1. Buku yang ditulis oleh seorang penulis Gore, A. (2006). An inconvenient truth: The planetary emergency of global warming and what we can do about it. Emmaus, PA: Rodale. Penulisan rujukan dalam teks: (Gore, 2006) 2. Buku yang ditulis oleh dua orang penulis Michaels, P. J., & Balling, R. C., Jr. (2000). The satanic gases: Clearing the air about global warming. Washington, DC: Cato Institute. Penulisan rujukan dalam teks: (Michaels & Balling, 2000) 3. Buku dengan Editor sebagau Penulis: Galley. K. E. (Ed.). (2004). Global climate change and wildlife in North America. Bethesda, MD: Wildlife Society. Penulisan rujukan dalam teks: (Galley, 2004) 4. Brosur atau Pamplet New York State Department of Health. (2002). After a sexual assault. [Brochure]. Albany, NY: Author. Penulisan rujukan dalam teks: (New York, 2002) 5. Buku yang tiada nama penulis Environmental resource handbook. (2001). Millerton, NY: Grey House. Penulisan rujukan dalam teks: (Environmental Resource Handbook, 2001) 14

6. Artikel dalam Buku Rujukan Greenhouse effect. (2005). American heritage science dictionary. Boston, MA: Houghton Mifflin. Schneider, S. H. (2000). Greenhouse effect. World book encyclopedia (Millennium ed. Vol. 8, pp. 382-383). Chicago, IL: World Book. Penulisan rujukan dalam tekss: (Greenhouse effect, 2005) (Schneider, 2000) 7. Artikel Majalah Allen, L. (2004, August). Will Tuvalu disappear beneath the sea? Global warming threatens to swamp a small island nation. Smithsonian, 35(5), 44-52. Begley, S., & Murr, A. (2007, July 2). Which of these is not causing global warming? A. Sport utility vehicles; B. Rice fields; C. Increased solar output. Newsweek, 150(2), 48-50. Penulisan rujukan dalam tekss: (Allen, 2004) (Begley, 2007) 8. Artikel daripada akhbar (dengan nama penulis dan tanpa nama penulis) College officials agree to cut greenhouse gases. (2007, June 13). Albany Times Union, p. A4. Landler, M. (2007, June 2). Bush’s Greenhouse Gas Plan Throws Europe Off Guard. New York Times, p. A7. Penulisan rujukan dalam tekss: (“College Officials”, 2007) (Landler, 2007) 9. Jurnal Artikel Miller-Rushing, A. J., Primack, R. B., Primack, D., & Mukunda, S. (2006). Photographs and herbarium specimens as tools to document phonological changes in response to global warming. American Journal of Botany, 93, 16671674. Penulisan rujukan dalam teks: (Miller-Rushing, Primack, Primack, & Mukunda, 2006)

10. Jurnal Artikel yang diperolehi daripada pengkalan data yang dilanggan oleh pepustakaan. Mora, C., & Maya, M. F. (2006). Effect of the rate of temperature increase of the dynamic method on the heat tolerance of fishes. Journal of Thermal Biology, 31, 337-341. doi: 10.101b/jtherbio.2006.01.055 Penulisan rujukan dalam teks: (Mora & Maya, 2006) 11. Website: United States Environmental Protection Agency. (2007, May 4). Climate Change. Retrieved From the Environmental Protection Agency website: http://www.epa.gov/climatechange Penulisan rujukan dalam teks: (United States Environmental, 2007) Gelspan, R. (2007). The Heat Is Online. Lake Oswego, OR: Green House Network. Retrieved from The Heat Is Online website: http://www.heatisonline.org Penulisan rujukan dalam teks: (Gelspan, 2007)

Dipetik daripada: Finger Lakes Community College, Charles J. Merder Library. APA List Examples. http://library.flcc.edu/APA_FLCC.pdf

16