Nota Kuliah BBM3402 2

NOTA KULIAH BBM3402: MINGGU KEDUA PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI Tahap Perkembangan • Perkembangan sistem tul...

43 downloads 163 Views 115KB Size
NOTA KULIAH BBM3402: MINGGU KEDUA PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

Tahap Perkembangan • Perkembangan sistem tulisan Jawi boleh dibahagikan kepada empat tahap seperti berikut: Tahap Cth. Tahap IV Tahap III Tahap II Tahap I Perkataan Jadi ‫جادي‬ ‫جاد‬ ‫ج ّد‬ ‫َج ﱢد‬ ّ Halus ْ‫ھَ ﱡلس‬ ‫ھالوس‬ ‫ھالس‬ ‫ھلس‬ Kuda ‫كودا‬ ‫كود‬ ‫ك ّد‬ ‫ُك ﱠد‬ Segala ‫سڬاال‬ ‫سڬال‬ ‫سڬ ّل‬ ‫َس َڬ ﱠل‬ Kami ‫كامي‬ ‫كام‬ ‫ك ّم‬ ‫َك ﱢم‬ Maka ّ ‫م‬ ‫َم ﱠ‬ ‫مك‬ ‫ماك‬ ‫ك‬ ‫ك‬ • •

Tahap I dan II adalah di bawah pengaruh Arab, manakala tahap III dan IV di bawah pengaruh Melayu. Contoh tulisan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu. Agama Bagi Laki-laki Raja Berbuat

‫اڬاما‬ ‫بڬي‬ ‫الكي‬-‫الكي‬ ‫راجا‬ ‫بربوت‬

o Senarai di atas menunjukkan tiada penggunaan angka dua bagi kata ganda seperti pada perkataan laki-laki (‫الكي‬-‫ )الكي‬sedangkan dalam ejaan sekarang perkataan ini ditulis dengan menggunakan angka dua seperti ini (٢‫)الكي‬. o Huruf alif terakhir sudah digunakan pada masa itu, seperti: ‫اڬاما‬, ‫مرديكا‬, ‫فرتاما‬, dan lain-lainnya. o Selain kata-kata di atas, terdapat beberapa perkataan yang sama bentuk ejaannya dengan ejaan sekarang seperti ‫ھمبا‬. •

Contoh tulisan Jawi pada surat Raja Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1602M): Fahamkan Inglitir Kapten Kamu Manusia Sejahtera

‫فَھَ ْم َك ْن‬ ْ‫اِ ْڠلِيتﱢر‬ ‫كڤتن‬ ‫كام‬ ‫مانشي‬ ‫سجھتّر‬

Samudra Suka Takluk •



‫َس ﱡم َد َر‬ ّ ‫س‬ ‫ك‬ ‫تعلّق‬

Selain daripada surat di atas terdapat satu lagi surat daripada Sultan Alauddin Acheh yang ditujukan kepada Kapten Harry Middleton yang ditulis pada tahun yang sama (1602 M). Contoh tulisan Jawi yang terdapat dalam kitab Siratul Mustaqim yang bertarikh 1645 M: Aku Beroleh Bagi Dijadikannya Lagi Tulus Tatkala

‫اك‬ ‫بروله‬ ‫بڬ‬ ‫دجديكنث‬ ‫الگ‬ ‫تولس‬ ‫تتكال‬

o Bentuk ‫( تتكال‬tatkala) ini telah berkembang kepada bentuk yang digunakan sekarang, iaitu ‫ تتكاال‬. o Sistem ejaan yang lebih maju itu telah berjaya menggantikan bentuk asal yang kurang berkembang. Gejala seperti ini sering berlaku dalam perkembangan tulisan Jawi sehingga bentuk asalnya semakin berkurangan. o Fenomena yang sama berlaku pada perkataan “bagi” (‫ )بڬ‬yang berkembang menjadi ‫ باڬ‬dan akhirnya ‫ باڬي‬. • • •

Warkah Melayu tertua bertulisan Jawi yang dijumpai setakat ini surat Raja Sultan Abu Hayat Ternate kepada Raja Portugal yang dianggarkan bertarikh 1521 M. Kitab Melayu tertua bertulisan Jawi pula ialah Aqa’id al-Nasafi yang dianggarkan bertarikh 1590 M. Akhbar Melayu bertulisan Jawi yang tertua ialah Alamat Langkapuri yang diterbitkan pada tahun 1869 di Sri Lanka.

Penyebaran Tulisan Jawi • Tulisan Jawi telah tersebar melalui penggunaannya pada duit syiling sejak zaman pemerintahan Sultan Muzzafar Shah, Melaka (1455-1459M). • Kemudian ia digunakan oleh ulama dan pengarang Islam untuk menulis kitab agama spt kitab Sirat al-Mustaqim, Sabil al-Muhtadin, Hidayat al-Salikin, karya sastera spt Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dll yang telah tersebar ke seluruh Nusantara. • Bermula abad ke-19 pula muncul akhbar dan majalah seperti Nujum al-Fajar (1872), Jawi Peranakan (1876), Sekolah Melayu (1888) dan Majalah al-Munir (1911). Sistem Ejaan Jawi Za’ba Pada dasarnya, sistem ejaan Za’ba ini berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu:

i. Ekonomi Ejaan ini menggunakan seminimum bilangan huruf seperti perkataan maka, pada, daripada, kepada dan sebagainya. ii. Kepastian Ejaan yang menimbulkan kesamaran sebutan, hendaklah diubah suai ejaannya seperti menambah huruf saksi supaya lebih jelas bunyinya serta dapat mengurangkan kesamarannya. iii. Ramai Pengguna Jika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramai penggunanya serta tidak menimbulkan sebarang kesamaran, kedua-dua ejaan tersebut boleh diterima pakai. Antara karya Za’ba tentang tulisan Jawi ialah: i. Jawi spelling ii. Rahsia Tulisan Jawi iii. Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi Kemerosotan Jawi •

Kemerosotan tulisan Jawi dikatakan bermula selepas perang dunia kedua, akibat kemajuan sains dan teknologi di negara Barat yang menggunakan bahasa Inggeris dan tulisan Rumi. Anak-anak Melayu yang memasuki sekolah Inggeris banyak yang tidak tahu membaca dan menulis Jawi.



Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 mengiktiraf tulisan Rumi sebagai tulisan Rasmi bagi bahasa Melayu. Antara lain, akta ini menyebut: “…tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi dengan syarat bahasa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang juga lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi….”

Kesimpulan • •

Tahap perkembangan sistem ejaan Jawi boleh dibahagikan kepada 2 tahap pengaruh Arab yang diikuti oleh dua tahap pengaruh Melayu. Tulisan Jawi telah tersebar keseluruh dunia terutama Nusantara sejak awal abad ke-14M hingga abad ke-20M melalui penggunaannya pada batu bersurat, duit syiling, surat-menyurat, kitab-kitab agama dll.