Nota Kuliah BBM3402 1

NOTA KULIAH BBM3402: MINGGU PERTAMA STJ hlm. 1-7 SEJARAH TULISAN JAWI ASAL-USUL PERKATAAN JAWI • Berdasarkan catatan ped...

4 downloads 204 Views 31KB Size
NOTA KULIAH BBM3402: MINGGU PERTAMA STJ hlm. 1-7 SEJARAH TULISAN JAWI ASAL-USUL PERKATAAN JAWI • Berdasarkan catatan pedagang Arab seperti Yaqut (Mu’jam Al-Buldan), Abu alFida, (Taqwin Al-Buldan) dan Ibn Battutha (Rihlat Ibn Battutha), perkataan Jawi berasal daripada perkataan: o Al-Jawi yang dinisbahkan kepada pulau Jawa, atau o Al-Jawah yang merujuk kepada penduduk Melayu-Islam di Kepulauan Melayu. DEFINISI JAWI • G.H.Werndly berpendapat bahawa Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawa seperti yang disebut oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi Pulau Sumatera. • Raffles pula berpendapat bahawa perkataan Jawi bagi orang Melayu bermaksud kacukan seperti dalam ungkapan Anak Jawi iaitu kacukan daripada bapa ‘India’ dan ibu Melayu. Dengan yang demikian timbul istilah Jawi Peranakan. • Wilkinson pula mensinonimkan Jawi dengan Melayu. • Dalam kitab Seribu Masalah perkataan Jawi juga merujuk kepada Melayu. PENGGUNAAN PERKATAAN JAWI “Jawi” adalah nama yang diberikan kepada: • Kepulauan Melayu (Tanah Jawi, turun ke Jawi) • Seluruh bangsa di Kepulauan Melayu (bangsa Jawi, ulama Jawi, orang Jawi, masuk Jawi, padi Jawi (padi biasa, bukan pulut)). • Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu (bahasa Jawi, kitab Jawi) • Tulisan yang digunakan oleh mereka (tulisan Jawi, kitab Jawi) SEJARAH TULISAN JAWI • Skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama kedatangan Islam. • Antara inskripsi Arab yang terdapat di kepulauan Melayu ialah inskripsi pada batu nisan sultan Malik al-Saleh di Pasai, Sumatera bertarikh 1297 M. • Inskripsi Arab/Jawi berbahasa Melayu tertua ialah Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M. • Dua jenis skrip Kawi/Melayu dan Arab/Jawi pada batu nisan Sheikh Ahmad Majnun, bertarikh 1467/68 M menunjukkan hubungan kerajaan Melaka dengan kerajaan Majapahit. NOTA TAMBAHAN Sila rujuk: • Mohd Hussein Baharudin, 2002. Sistem Tulisan Jawi. Batu Caves: Pustaka Wira, hlm. 8-22, atau • Mohd Hussein Baharudin, 2002. Sistem Tulisan Jawi. Modul PJJ, Ideal, UPM, hlm. 8-22, atau • Mana-mana rujukan yang berkaitan.