Nota Kuliah 7 BBM3202 Analisis Sempadan

Nota Kuliah 7 BBM3202 Pengenalan  Analisis sempadan ini penting kerana analisis yang hanya bergantung pada lingkunga...

2 downloads 142 Views 781KB Size
Nota Kuliah 7 BBM3202

Pengenalan  Analisis sempadan ini penting kerana analisis yang

hanya bergantung pada lingkungan segmen sahaja tidak dapat menjelaskan semua proses fonologi. Misalnya: /dia/  [di.ja] /di+ambil/  [di.am.bel]  Contoh di atas menunjukkan lingkungan segmen yang sama tetapi sempadan yang berbeza melaksanakan rumus fonologi yang berbeza.

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

2

Sempadan dalam Fonologi  Kaedah yang digunakan bagi menentukan jenis

sempadan di dalam kata terbitan biasanya berdasarkan maklumat morfologi dan sintaksis.  Antaranya ialah sempadan awalan, sempadan akhiran, sempadan kata, sempadan frasa, dan sempadan ayat.  Sempadan biasanya tidak mempunyai manifestasi fonetik tetapi dapat dikesan melalui manifestasi fonologi akibat perubahan yang berlaku pada segmen.

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

3

Sempadan dalam Fonologi (Samb.)  Rumus fonologi paling banyak berlaku pada peringkat

perkataan.  Biasanya rumus fonologi yang berlaku dalam kata tunggal berlaku juga dalam kata terbitan. Misalnya, rumus penyisipan geluncuran (PG). Contoh perkataan: Kata Tunggal Kata Terbitan /buah/  [bu.wah] /ganggu-an/  [ga.gu.wan] /tiap/  [ti.jap] /lari-an/  [la.ri.jan]  Lambang (-) menunjukkan sempadan akhiran.

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

4

Sempadan dalam Fonologi (Samb.)  Rumus Penyisipan Geluncuran (PG)

Formula   j / i __ V w u  Formal   -kons. / +sil. __ [+sil.] -sil. +ting +ting. bel. bel. Rumus di atas bermaksud [j] disisipkan di antara rangkap vokal yang bermula dengan /i/, dan [w] di antara deretan vokal yang bermula dengan /u/.

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

5

Sempadan dalam Fonologi (Samb.)  Penyisipan geluncuran tidak berlaku dalam sempadan

yang lebih besar daripada kata terbitan, misalnya dalam frasa seperti contoh di bawah: /kaki#ayam/  [ka.ki a.jam] *[ka.ki.ja.jam] /bulu#ayam/  [bu.lu a.jam] *[bu.lu.wa.jam]  Sempadan yang memisahkan morfem terikat dengan morfem bebas, atau morfem terikat dengan morfem terikat dikenali sebagai sempadan morfem.  Proses fonologi yang berlaku pada sempadan yang berlainan biasanya berbeza. 12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

6

Sempadan dalam Fonologi (Samb.)  Rumus PG tidak berlaku apabila rangkap vokal tinggi dipisahkan oleh sempadan awalan (+). Misalnya: /di+angkat/  [di.a.kat] *[di.ja.kat] /di+umpan/  [di.um.pan] *[di.jum.pan] /di+olah/  [di.o.lah] *[di.jo.lah]  Rumus fonologi yang berlaku dalam contoh di atas ialah rumus penyisipan glotis (PGL).    / i__ + V ‘+’ adalah sempadan awalan  Rumus di atas menunjukkan bahawa [] disisipkan di antara rangkap vokal yang bermula dengan /i/, dan dipisahkan oleh sempadan awalan. 12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

7

Fungsi Sempadan dalam Rumus Fonologi Ada 2 fungsi sempadan, iaitu sebagai penghalang dan penentu lingkungan.  Penghalang - sempadan yang berada di antara C dan A atau A dan D tidak membenarkan pelaksanaan rumus A  B / C__D (CBD) di dalam untaian CAD. Sempadan ini dianggap kuat dan menjadi rank bagi rumus berkenaan. Misalnya rumus penyisipan geluncuran (PG) dan rumus asimilasi nasal (AN) dalam contoh berikut: PG /kaki # ayam/  [ka.ki a.jam] *[ka.ki,ja.jam] /bulu # ayam/  [bu.lu a.jam] *[bu.lu.wa.jam] AN /tekan-kan/  [te.kan.kan] *[te.ka.kan] /pada # bola/  [pa.da bo.la] *[pa.dam.bo.la] # adalah sempadan kata

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

8

Fungsi Sempadan dalam Rumus Fonologi Penghalang  Rumus Asimilasi Nasal [+nas.]   D.A / __ [+kons.]  D.A D.A = daerah artikulasi

Rumus di atas bermaksud bunyi nasal akan berasimilasi dengan bunyi konsonan yang mengikutinya pada semua lingkungan di dalam kata.  Bagaimanapun rumus ini tidak dilaksanakan jika rangkap nasal-oral tersebut dipisahkan oleh sempadan akhiran. 12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

9

Fungsi Sempadan dalam Rumus Fonologi – Penentu Lingkungan  Penentu lingkungan – Sempadan yang membenarkan pelaksanaan  

 

rumus fonologi hanya apabila C, A, atau D berada di sempadan khusus itu. Sempadan ini dianggap lemah. Dalam BM terdapat proses pengguguran obstruen tak bersuara (POTB) apabila segmen tersebut berada di sempadan awalan. Misalnya: /m+pakai/  [m.ma.kaj] /m+tolo/  [m.no.lo] /m+kira/  [m.i.ra] Sebelum rumus POTB ini berlaku, rumus asimilasi nasal dilaksanakan terlebih dahulu, misalnya, /m+pakai/  [mm. pa.kaj]  [m.ma.kaj]. POTB hanya terlaksana pada kata asli bahasa Melayu dan kata pinjaman yang sudah lama terserap dalam BM.

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

10

Fungsi Sempadan dalam Rumus Fonologi – Penentu Lingkungan  Fenomena di atas perlu dinyatakan dalam deskripsi

struktural rumus POTB dan diformalisasikan seperti berikut: -son.   / [+nas.] + __ -sua. ‘+’ adalah sempadan awalan  Rumus di atas bermaksud bunyi obstruen tak bersuara akan digugurkan jika didahului oleh bunyi nasal yang dipisahkan oleh sempadan awalan.  Bunyi obstruen tak bersuara dalam rangkap nasal-obstruen tak bersuara tidak digugurkan apabila dipisahkan oleh sempadan akhiran. Misalnya: /pasa-kan/  [pa.sa.kan] *[pa.sa.an] 12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

11

Fungsi Sempadan dalam Rumus Fonologi – Penentu Lingkungan  Rumus Penyisipan Glotis    / i__+V

‘+’ adalah sempadan awalan  Rumus ini menyatakan bahawa hentian glotis akan disisipkan di antara rangkap vokal yang didahului oleh vokal [i] dan dipisahkan oleh sempadan awalan. Misalnya: /di+angkat/  [di.a.kat] /di+umpan/  [di.um.pan] /di+olah/  [di.o.lah] 12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

12

Fungsi Sempadan dalam Rumus Fonologi – Penentu Lingkungan  Rumus Pembentukan Glotis

k   / __# # adalah sempadan kata  Rumus di atas menunjukkan bahawa /k/ direalisasikan sebagai [] apabila berada di akhir kata. Misalnya: /kakak/  [kaka]

/katak/  [ka.ta] /pkak/  [pka]

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

13

Jenis-jenis Sempadan dalam Bahasa Melayu  3 jenis sempadan yang telah dibincangkan di atas, iaitu sempadan kata

(#), sempadan awalan (+), dan sempadan akhiran (-), belum memadai untuk menjelaskan kesemua proses fonologi yang berlaku di sempadan kata bahasa Melayu.  Ini kerana terdapat perbezaan proses fonologi apabila kata dasar digabungkan dengan dua atau lebih morfem terikat yang dikenali sebagai imbuhan kompleks. Misalnya: /m+k+tahu-i/  [m..ta.hu.wi] /m=pr+hamba/  [mm.pr.ham.ba]  Dalam contoh di atas bunyi /k/ pada awalan /k/ telah mengalami pengguguran, sedangkan bunyi /p/ pada awalan /pr/ tidak digugurkan.

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

14

Jenis-jenis Sempadan dalam Bahasa Melayu  Contoh di atas menunjukkan sempadan yang memisahkan awalan /m/ dengan /k/ tidak sama dengan sempadan yang memisahkan /m/ dengan /pr/.  Sempadan awalan kompleks /m/ yang diikuti oleh /pr/ melaksanakan rumus AN tetapi tidak melaksanakan rumus POTB seperti dalam sempadan awalan (+).  Sempadan ini juga berbeza dengan sempadan akhiran (-) kerana sempadan akhiran (-) tidak membenarkan rumus AN daripada berlaku. 12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

15

Jenis-jenis Sempadan dalam Bahasa Melayu  Oleh sebab sempadan yang memisahkan awalan

/m/ dengan /k/ diberikan simbol (+), maka

simbol yang lain perlu diberikan kepada sempadan yang memisahkan /m/ dengan /pr/.  Dalam hal ini, Zaharani (1993) telah

mencadangkan simbol (=) diberikan kepada sempadan tersebut.

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

16

Kesimpulan  Terdapat sekurang-kurangnya 4 jenis sempadan

dalam BM, iaitu sempadan kata (#), sempadan awalan (+), sempadan akhiran (-), dan sempadan awalan kompleks (=).

12-Sep-12

Adi Yasran, UPM

17