Nota Kuliah 6 BBM3202 Dialektologi Generatif

PENDAHULUAN Dialektologi generatif ialah cabang teori nahu transformasi generatif yang menghuraikan dan membandingkan k...

7 downloads 182 Views 1MB Size
PENDAHULUAN Dialektologi generatif ialah cabang teori nahu transformasi generatif yang menghuraikan dan membandingkan kelainan yang wujud antara dialek. Aspek fonologi merupakan aspek yang paling banyak perbezaan antara dialek

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

2

Teori Transformasi Generatif  Mula diperkenalkan pada tahun 1957 oleh pelopornya NoamChomsky melalui bukunya Syntactic Structures.  Nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya.  Nahu dibahagikan kepada 3 komponen:  sintaksis;  semantik; dan

 fonologi.

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

3

Fonologi generatif  Fonologi generatif adalah sebahagian daripada teori

transformasi generatif.  Dipopularkan pada tahun 1968 oleh Chomsky dan Halle melalui karya the Sound Pattern of English (SPE).  Menganggap struktur bunyi sebagai satu sistem rumus yang mencerminkan kecekapan fonologi penutur natif yang ideal.  Tujuan FG ialah menformalisasikan kecekapan fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjawab melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis. 10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

4

Representasi Fonetik 

Terbahagi kepada 2: 

Bersifat idiosinkratik (kebiasaan)  



Ketetapan yang sistematik  

10-Sep-12

senarai representasi leksikal dalam leksikon – representasi dalaman; mengandungi maklumat idiosinkratik tentang sebutan morfem dalam ujaran rumus fonologi dalam komponen fonologi – representasi permukaan; Mengandungi maklumat idiosinkratik serta maklumat yang boleh diramal. Adi Yasran, UPM

5

Peranan Rumus Fonologi  Menukarkan bentuk dasar dalam representasi dalaman ke bentuk fonetik dalam representasi permukaan.  Rumus fonologi bukan sahaja dinyatakan dalam bentuk segmen, tetapi diformalisasikan dalam bentuk fitur distingtif.  Proses fonologi terlaksana ke atas sekumpulan segmen yang berada dalam satu kelas alamiah. Misalnya [m, n, , ] berada dalam kelas alamiah [+nasal]  Rumus dilaksanakan mengikut aturan rumus. 10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

6

Hubungan antara Dialek dan Bahasa  Bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek, dan

penutur dialek saling faham-memahami antara satu sama lain.

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

7

Dialektologi Generatif dan Kepelbagaian Dialek Melayu  Semua dialek bagi sesuatu bahasa mempunyai bentuk dalaman yang sama.  Bahasa asal/induk adalah representasi dalaman, manakala dialek turunannya adalah representasi permukaan.  Representasi dalaman boleh dibuat dengan cara:  Memilih salah satu dialek.

 Memilih bentuk abstrak berdasarkan kriteria tertentu.

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

8

Faktor Kewujudan Dialek  Penambahan Rumus  Penghilangan Rumus  Perbezaan Atur Rumus  Simplifikasi Rumus

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

9

Penambahan Rumus  Satu perubahan bunyi melibatkan pertambahan satu

rumus  Pertambahan rumus yang banyak boleh menyebabkan dialek menjadi bahasa kerabat/sukuan, iaitu apabila sudah wujud keadaan saling tidak memahami antara satu sama lain.  Perubahan bunyi yang berlaku adalah disebabkan oleh proses fonologi yang terdiri daripada proses:  Pengguguran

 Perubahan  Penyisipan

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

10

Formulasi Rumus  Rumus asas: A  B / __ C  Rumus asas di atas menyatakan bahawa A berubah

menjadi B apabila berada pada lingkungan C.  A ialah bentuk dalaman   proses fonologi  B ialah bentuk luaran  / memisahkan antara proses dan syarat lingkungan.  C ialah syarat lingkungan di mana proses itu berlaku.  __ ialah tempat di mana proses itu berlaku. 10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

11

Data Dialek Melayu  /kambi/ direalisasikan sebagai:  [kam.be]  [kam.ben]  [kam.bin]

 [ka.min]  [ka.me]  [ka.m]  [ka.me]  [kam.bia]  [kambie] 10-Sep-12

– Johor/Selangor – Bota – Kedah Pesisiran – Kedah Utara/Perlis/Langkawi – Raub – Temuan – Pasir Mas – Minang – Dialek Rawa (Perak) Adi Yasran, UPM

12

Proses Fonologi  Perendahan Vokal

i  e / __K#  Pendepanan Nasal   n / V __# [-bel.]  Pengguguran Nasal    / __#

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

13

Proses Fonologi (samb.)  Pengguguran Hentian Bersuara

K   / [+nas.] __ -son DA -kont +suara DA  Penyisipan Vokal

  [a, e] / i __ #

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

14

Penghilangan Rumus  Apabila sesuatu rumus dimanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumus tersebut dianggap sebagai rumus asal dalam bahasa induk/sumber.  Misalnya, rumus pembentukan glotal (PGT) yang merealisasikan /k/ sebagai [] di posisi akhir kata dan rumus pengguguran getaran (PGR) yang menggugurkan /r/ juga di akhir kata dalam kebanyakan dialek Melayu. 10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

15

Penghilangan Rumus (Samb.)  Rumus pembentukan glotal k   / __#  Rumus Pengguguran getaran r   / __#  Contoh data bagi kebanyakan dialek Melayu: [ka.ka] [ka.k] [b.sa] [b.s] 10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

16

Penghilangan Rumus (Samb.)  Dialek Melayu yang tidak menggunakan rumus

tersebut dianggap telah melakukan penghilangan rumus.  Misalnya dialek Melayu Sarawak yang tidak merealisasikan /k/ sebagai [] dan tidak menggugurkan /r/ di akhir kata seperti dalam contoh [kakak] dan [b.sa].

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

17

Perbezaan Atur Rumus  Rumus fonologi dilaksanakan secara beraturan, iaitu satu rumus hendaklah mendahului rumus yang lain.  Selain rumus, atur rumus juga menyumbang kepada kewujudan dialek.  Antara atur rumus yang banyak terdapat dalam dialek Melayu ialah PGR dan rumus pembundaran

vokal (PV) yang merealisasikan /a/ sebagai [] di akhir kata. 10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

18

Perbezaan Atur Rumus (Samb.)  Pembundaran vokal

a   / __#  Dalam dialek Kelantan dan Negeri Sembilan rumus PV dilaksanakan sebelum rumus PGR, manakala dalam dialek Perak (Kuala Kangsar), Ulu Terengganu, dan Johor rumus PGR mendahului rumus PV. Dialek Perak (KK), Dialek Kelantan, NS Ulu Trg, Johor /bakar/ /bakar/ PGR baka PV PV bak PGR baka [ba.k] [ba.ka] 10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

19

Simplifikasi Rumus  Simplifikasi rumus ialah proses mempermudahkan rumus

daripada bunyi atau lingkungan tertentu kepada bunyi atau lingkungan yang lebih luas.  Misalnya daripada rumus PGT yang merealisasikan /k/ sebagai [] kepada rumus PGT yang merealisasikan /p, t, k/ sebagai [] seperti dalam contoh [t.ta], [da.pa], dan [ba.e] dalam dialek Kelantan.  Simplifikasi rumus PGT di atas ialah: /p, t, k/   / __#  Rumus PGT di atas boleh diformalisasikan seperti berikut: -son.  [+sesak] / __# -kont. 10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

20

Penutup  Bentuk dalaman semua dialek bagi sesuatu bahasa

adalah sama, iaitu bentuk luaran bahasa induk/asal/sumber.  Kepelbagaian bentuk permukaan dalam dialek adalah akibat pelaksanaan rumus fonologi, iaitu penambahan rumus, penghilangan rumus, perbezaan atur rumus, dan simplifikasi rumus.

10-Sep-12

Adi Yasran, UPM

21