Nota Kuliah 1 BBM3202 Pengenalan Fonetik

Nota Kuliah 1 BBM3202 Definisi Fonetik  Fonetik ialah ilmu linguistik yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa  Merup...

0 downloads 170 Views 355KB Size
Nota Kuliah 1 BBM3202

Definisi Fonetik  Fonetik ialah ilmu linguistik yang mengkaji

penghasilan bunyi bahasa  Merupakan ilmu yang paling asas dalam aras kajian linguistik sebelum fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.

Kedudukan Fonetik dalam Linguistik semantik (sistem makna)  sintaksis (sistem ayat)  morfologi (sistem kata)  fonologi (sistem bunyi)  fonetik (penghasilan bunyi)

Cabang ilmu Fonetik  Artikulasi – mengkaji penghasilan bunyi menerusi alat

ujaran  Akustik - mengkaji penghasilan bunyi menerusi gelombang udara  Auditori - mengkaji penghasilan bunyi menerusi alat pendengaran dan otak

Alat Kajian dalam Fonetik Artikulasi  Perakam x-ray – digunakan untuk merakam pergerakan alat ujaran  Laryngoscopic/laryngeal fiberscope – digunakan untuk memerhati dan/atau mengambil gambar pita suara melalui cermin.  Electromyography - digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang

digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran.

Alat Kajian dalam Fonetik Akustik  Spektrogram – digunakan untuk melihat

kekerapan/frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu.

Kesimpulan  Ilmu fonetik sangat penting kerana ia merupakan asas

kajian lingusitik.  Ia mengkaji ilmu penghasilan bunyi menerusi alat ujaran, gelombang bunyi, pendengaran dan otak.