MODUL DCE3418

KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) (DCE3418) MODUL PEMBELAJARAN Assoc. Prof. Dr. ...

43 downloads 239 Views 485KB Size
KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) (DCE3418)

MODUL PEMBELAJARAN

Assoc. Prof. Dr. Azizan Asmuni Department of Professional Development & Continuing Education (JPPPL) Faculty of Educational Studies, Tel: office: 03-89471194 hp:019-2196581 [email protected] [email protected]

FEBRUARY 2015

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

NAMA KURSUS

:

KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization)

KOD KURSUS

:

DCE 3418

KREDIT

:

3 (3+0)

JUMLAH JAM : PEMBELAJARAN PELAJAR

120

PRASYARAT

Tiada

:

HASIL : PEMBELAJARAN

Pelajar dapat: 1. menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian budaya (C4) 2. memberikan respons terhadap pengaruh kepelbagaian budaya dalam organisasi (P3) 3. mencadangkan penyelesaian masalah kepelbagaian budaya secara beretika di dalam organisasi (A5, EM) 4. memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan (TS)

SINOPSIS

:

Kursus ini merangkumi konsep dan peranan budaya dan kepelbagaian budaya, dimensi budaya, persamaan dan perbezaan antara budaya, pengaruh kepelbagaian budaya dalam organisasi, dan senario kepelbagaian budaya dalam organisasi di Malaysia. (This course encompasses concepts and roles of culture and multiculturalism, dimensions of culture, similarities and differences between cultures, multiculturalism influences in organization, and scenario of multiculturalism in organizations in Malaysia).

2

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

KANDUNGAN KURSUS UNIT

:

1. Konsep dan peranan kepelbagaian budaya - Konsep dan definisi budaya - Peranan budaya - Konsep kepelbagaian budaya 2. Dimensi budaya - Dimensi simbol dan amalan - Dimensi wira - Dimensi nilai dan andaian tersirat 3. Budaya dalam masyarakat - Kepelbagaian budaya dalam masyarakat - Masyarakat Kolektivisma - Masyarakat Individualisma 4. Orientasi budaya antara manusia -

Orientasi perhubungan Orientasi kuasa dan status Orientasi kawalan dan masa

5. Budaya dalam Organisasi - Dimensi budaya dalam organisasi - Dimensi nilai dan andaian tersirat - Persamaan dan perbezaan antara budaya 6. Jenis kepelbagaian budaya organisasi - Jenis intra budaya - Jenis antara budaya - Jenis silang budaya 7. Amalan pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian budaya - Amalan memimpin dam membuat keputusan - Amalan perhubungan dan motivasi - Amalan penyelesaian masalah dan konflik 8. Pengaruh silang budaya dalam Organisasi - Nilai and andaian tersirat budaya silang - pembangunan sumber manusia dan

3

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

-

PJJ,UPMET/ UPM

organisasi berteraskan silang budaya Persamaan dan perbezaan antara budaya

9. Isu dan cabaran pelbagai budaya dalam organisasi - Globlisasi dan Permodenan - Pembangunan ekonomi dan Perindustrian - Produktiviti dan Keharmonian 10. Strategi pelbagai budaya dalam organisasi - Nilai budaya kerja cemerlang - Kompetensi pelbagai budaya - Strategi dan pendekatan pelbagai budaya PENILAIAN

:

Kerja Kursus Penilaian Akhir

60% 40%

RUJUKAN

:

1. Bhagat, R. S., & Steers, R. M. (2009). Cambridge handbook of culture, organizations, and work. New York: Cambridge University Press. 2. Dresser, N. (2005). Multicultural manners: Essential rules of etiquette for the 21st century. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc. 3. McGuire, J. B., & Rhodes, G. (2009). Transforming your leadership culture. San Francisco: John Wiley & Sons, Inc. 4. Morgan, G. (2006). Images of organization (Updated edition). Thousand Oaks: Sage Publications, Inc. 5. Vijver, J. A., Hemert, D. A., & Poortinga, Y. H. (2008). Multilevel analysis of individuals and cultures. New York: Taylor & Francis Group.

4

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

RUJUKAN PENTING BAGI KURSUS INI 1. Asma Abdullah (2006). Ke arah glokal : dimensi budaya dalam pengurusan Malaysia. Penterjemah Zol Azlan Hamidin. Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur 2. Asma Abdullah “FACILITATING HARMONY IN DIVERSITY: USING DELIGHTS, PUZZLES AND IRRITATIONS TO MEET THE CHALLENGE OF DIVERSITY” – Sila rujuk fail disertakan atau boleh di akses di www.amauta-international.com/iaf2000/Abdullah2.PDF) RUJUKAN PENTING PILIHAN 3. Asma Abdullah and Azizan Asmuni (2005). ”Understanding Multiculturalism in The Malaysian Society” in Muhammad Kamarul Kabilan, Zaharah Hassan (Eds.), Reading on Ethnic Relations in a Multicultural Society, Serdang: UPM (ISBN983-42512-0-3) 4. Asma Abdullah (1996). Going Glocal. Malaysian Institute of Management. Shah Alam. Malaysia 5. Asma Abdullah And Aric Low (2001). Understanding the Malaysian Workforce. Guidelines for Managers. Malaysian Institute of Management. Shah Alam. Malaysia. 6. Hofstede, G.H. and Hoftede, G.J. (2005). Cultures and Organizations: Software of the Mind. Revised and Expanded 2nd edition, UK: McGraw Hill.

5

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

PENILAIAN & TUGASAN KURSUS Penilaian Dan Taburan Markah Sepanjang anda mengikuti kursus ini, anda akan dinilai melalui: A. Satu Tugasan Kumpulan (30 % ) B. Penilaian Pertengahan (30% ) C. Peperiksaan Akhir (40% )

A. SATU TUGASAN BERKUMPULAN

Tajuk Tugasan: Pengaruh pelbagai budaya dalam aktiviti Pembangunan Sumber Manusia dalam organisasi . - Kumpulan (Projek - Pembelajaran Berasaskan Projek dan Masalah – POBL) - Pelajar diwajibkan menghantar satu Projek berkumpulan (3-5 orang/kumpulan). - Tarikh akhir hantar : Dua minggu sebelum peperiksaan akhir - Perbincangan lanjut akan dibuat semasa Perjumpaan Bersemuka Kedua - Kumpulan

anda

dikehendaki

memilih

SATU

aktiviti

Pembangunan Sumber Manusia dalam sesebuah organisasi, yang mempunyai masalah atau isu sebenar dalam organisasi tersebut. - Berasaskan kepada SATU aktiviti yang dipilih ini, kumpulan anda dikehendaki menjawab kepada persoalan berikut: o Bagaimana pengurus Malaysia menguruskan organisasi dari perspektif pelbagai budaya? (organisasi intrabudaya atau interbudaya atau silang budaya (intra, inter, cross)? o

Tugasan ini boleh sama ada berdasarkan pengalaman salah seorang dari ahli kumpulan anda atau temu duga pengurus organisasi lain.

6

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

- Analisa perlu dibuat berasaskan kepada perspektif kepelbagaian budaya dengan menggunakan kelima-lima dimensi budaya (simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar) - Contoh

aktiviti

pengambilan pekerja,

Pembangunan kakitangan,

komunikasi,

Sumber

latihan,

kepimpinan,

Manusia

ialah

mesyuarat,

hubungan

membuat

keputusan,

penilaian prestasi, motivasi dan sebagainya, B. PENILAIAN PERTENGAHAN  Peperiksaan pertengahan adalah berbentuk subjektif dan objektif meliputi Unit 1 – 3.  Latihan bagi Unit 1-3 dalam Modul DCE3418 dapat membantu pelajar.

C. PEPERIKSAAN AKHIR 

Peperiksaan akhir pada dasarnya adalah berbentuk subjektif dan objektif. Asas kepada peperiksaan ini ialah kefahaman pengaruh pelbagai budaya dalam aktiviti dalam organisasi.



Meliputi semua unit.



Tugasan Kumpulan dan latihan-latihan dalam Modul DCE3418 dapat membantu pelajar. Sila baca tugasan anda.

7

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

KANDUNGAN MODUL

UNIT 1 KONSEP DAN PERANAN KEPELBAGAIAN BUDAYA UNIT 2 DIMENSI BUDAYA UNIT 3 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM MASYARAKAT UNIT 4 CIRI-CIRI MASYARAKAT KOLEKTIVISME DAN MASYARAKAT INDIVIDUALISME UNIT 5 DEFINASI DAN KEPENTINGAN BUDAYA ORGANISASI UNIT 6 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PENGARUH BUDAYA UNIT 7 DIMENSI ANGGAPAN DASAR DAN NILAI DALAM KEPELBAGAIAN UNIT 8 AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI DI MALAYSIA

8

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 1 Konsep dan peranan kepelbagaian budaya

Objektif: Pelajar dapat menjelaskan makna budaya dan kepelgaian budaya kepentingan dalam Pembangunan Sumber Manusia.

-

Secara amnya, budaya adalah apa yang kita ketahui dan apa yang orang lain ketahui tentang nilai dan amalan yang dikongsikan bersama oleh sesuatu kumpulan atau masyarakat.

-

Kepentingan memahami budaya dan bagaimana budaya boleh mempengaruhi tingkah laku dan tindakan manusia dalam sesebuah masyarakat kepelbagaian budaya (multiculturallsm)

-

Kefahaman ini bukan setakat toleransi dan keharmonian, tetapi perlu diteliti dan dipelajari supaya kita dapat memberikan respons dan mencadangkan penyelesaian masalah terhadap pengaruh kepelbagaian budaya dalam organisasi.

-

Sebagai pengamal Pembangunan Sumber Manusia sama ada sebagai pengurus, pentadbir, pemimpin, pekerja dan ahli masyarakat perlu mempunyai celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy)

-

Celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy) adalah merupakan kebolehan menganalisa persamaan dan perbezaan budaya antara kumpulan etnik, menyatakan buah fikiran dan perasaan dengan jelas serta menghayati kepelbagaian tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan perhubungan dengan rakan kongsi sama ada di peringkat tempatan mahupun luar negara.

-

Kita perlu mempunyai kebolehan untuk menganalisa makna budaya, kepelbagaian budaya dan dimensi budaya (simbol, amalan, wira, nilai dan anggapan dasar)

9

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

Definisi Budaya •

Kompleks dan pelbagai 161 definisi (2001, Dewan Budaya)



Dari perspektif Sociologists, Anthropologists, Humanities



Budaya ditakrifkan sebagai cara kehidupan anggota masyarakat atau kumpulan dalam masyarakat (Asma, 2001, ms 35)

Definition of Culture …the collective programming of the body, mind and spirit which distinguishes members of one group (nation, ethnic group, company or category) of people from another (HOFSTEDE, 2010).



Satu pemprograman minda secara kolektif (keseluruhan pola pemfikiran, perasaan dan tindakan/perbuatan ) yang membezakan antara ahli dalam sesebuah masyarakat atau kelompok manusia dengan sesebuah masyarakat atau kumpulan manusia yang lain.



Pemprograman minda ialah keseluruhan pola kajian bidaya (pemfikiran, perasaan dan tindakan/perbuatan oleh ahli sesebuah masyarakat), budaya suatu kelompok atau collective mental programming terbentuk melalui proses: 1. Environmen/persekitaran sosial (peringkat negara, daerah, tempat kerja, organisasi, sekolah, rumah tangga, jiran tetangga dsbnya. ) 2. Peristiwa atau kejadian yang dialami dalam kehidupan ahli dalam kelompok/masyarakat yang berkaitan.



Budaya boleh dikasifikasikan: nasional, daerah, gender, generasi, kelas sosial, organisasion dan sebagainya

Definisi Kepelbagaian Budaya -

Kepelbagaian budaya (Multiculturalism) ialah satu keadaan di mana dalam sesuatu masyarakat atau organisasi terdapat kepelbagaian budaya dan ahli masyarakat atau organisasi, menerima akan terdapatnya kepelbagaian budaya tersebut.

-

Mereka memahami, menghargai dan menilai akan kepelbagaian budaya tersebut.

10

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

Malaysia dan Kepelbagaian Budaya

-

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ciri keistimewaan sebagai negara yang mempunyai pelbagai budaya.

-

Kepelbagaian budaya dari segi budaya, bahasa dan agama.

-

Rakyat daripada pelbagai etnik hidup bersama tetapi masing-masing mengamalkan budaya masing-masing dan terus kekal dengan indentiti sesebuah etnik tersebut.

-

Malaysia sebenarnya mengamalkan konsep kepelbagaian budaya.

-

Malaysia terdiri darpadai pelbagai etnik termasuk Melayu, China, India, Dayak, Iban, Bidayuh,Orang Ulu, Kadazandusun, Murut, Bajau, Semai, Temiar, Bugis, Jawa, Minangkabau, dan sebagainya

-

Seiring dengan polisi keterbukaan negara dalam bidang ekonomi, terdapat ramai orang asing menetap di Malaysia seperti rakyat dari negara AngloSaxons (orang Amerika, Australia, British dan Kanada), Rusia, negara Arab, Afrika, Amerika Latin dan sebagainya.

-

Oleh itu adalah penting bagi kita mempunyai mempunyai celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy) agar kita dapat mencapai status Negara maju dalam tahun 2020 dengan kehidupan yang penuh kedamaian, keharmonian dan kegembiraan bukan sahaja dalam organisasi tetapi di peringkat peringkat negara, masyarakat. daerah, rumah tangga, jiran tetangga dan seterusnya.

-

11

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

LATIHAN 1 Makna budaya dan kepelbagaian budaya i.

Budaya

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ii.

Kepelbagaian Budaya

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

12

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 2 Dimensi budaya

Objektif: Pelajar dapat menerangkan lima dimensi utama budya dan menceritakan ciri-ciri budya diri masing-masing.

Isi Penting:

Kita dapat mengenal sesuatu budaya adalah melalui lima dimensi iaitu: 1. Simbol (Symbol) 2. Ritual/Amalan (ritual) 3. Wira/Peranan Ketua Sosial (Hero) 4. Nilai (Values) 5. Anggapan Dasar/Andaian Tersirat (Underlying assumption) Dimensi budaya boleh dilihat – Simbol, Ritual/amal dan Wira Dimensi budaya tidak boleh dilihat – Nilai dan Anggapan Dasar

1. SIMBOL -

Simbol ialah benda fizikal yang boleh dilihat, objek, pergerakan, gerak isyarat badan, pakaian yang dipakai, dan cara menegur antara satu sama lain.

-

Sesuatu yang boleh kita lihat dan dengar

-

Mengenali simbol dapat membantu kita meningkatkan komitmen dan mematuhi budaya sesuatu masyarakat

-

Contoh: Baju Melayu, Cium tangan orang tua, Baju Cheong Sam, Tarian Naga, Ang Pau, Daun pisang (makanan)

2. RITUAL/Upacara Amal -

Bagaimana kita melaksanakan sesuatu perkara.

-

Aktiviti kehidupan yang dilakukan setiap hari secara tersusun dan telah diatur

-

Ritual bertindak sebagai standard kesopanan yang perlu dipatuhi dan diamalkan

-

Ritual akan menjadi rujukan kepada ahli masyarakat luar supaya mereka mematuhi sesuatu ritual tersebut.

13

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

-

PJJ,UPMET/ UPM

Contoh: Gotong Royong, Protokol, Tarian Singa, Rewang, Majlis Bangle, majlis perkahwinan,

3. WIRA -

Siapakah wira yang kita sanjung

-

Wira merupakan role model (model peranan) kepada sesuatu masyarakat.

-

Wira akan melambangkan nilai yang ada pada sesuatu masyarakat.

-

Mereka menjadi rujukan dalam sesuatu tindakan atau masalah.

-

Mereka menjadi ikutan ahli dalam sesuatu masyarakat

-

Contoh: Ketua kampung, Pahlawan Rentap, Pahlawan Mat Salleh, ilmuan, usahawan, guru, raja, bintang filem

4. NILAI -

Nilai merupakan dimensi penting yang perlu difahami dan dipelajari lebih mendalam oleh semua ahli masyarakat.

-

Nilai tidak dapat dilihat

-

Nilai adalah apa yang kita percaya akan ‘apa yang harus’, ‘apa yang patut’ dan ‘apa yang mesti’ di pegang.

-

Nilai diterapkan dari kecil lagi oleh keluarga dan masyarakat

-

Nilai yang dipegang oleh seseorang itu akan membentuk tingkah laku (perangai) individu tersebut

-

Dimensi Anggapan Dasar masyarakat tersebut merupakan asas kepada nilainilai yang dipegang

-

Nilai mengawal segala tindakan yang dilakukan dalam sesebuah masyarakat

-

Contoh: Sopan santun, Bekerja kuat, Saling menghormati, jujur, suka ambil risiko, semangat kekeluargaan

5. ANGGAPAN DASAR -

Anggapan dasar ialah kepercayaan yang dianuti oleh ahli dalam sesebuah masyarakat dan mereka tidak menyedarinya.

-

Anggapan dasar akan membentuk bagaimana ahli dalam masyarakat melihat persekitaran, berfikir dan menilai dunia di sekeliling mereka.

14

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

-

PJJ,UPMET/ UPM

Seperti Dimensi Nilai, Dimensi Anggapan dasar amat penting dipelajari dan dikaji kerana ia sangat mempengaruhi nilai serta tindakan yang akan mereka ambil

-

Contoh: masyarakat hierarki, malu, perhubungan, komunikasi konteks tinggi, spiritual, kolektivisme, rasa bersalah

Semua dimensi ini saling berkait antara satu sama lain. Anggapan Dasar membentuk nilai yang akan dipegang dan seterusnya memacu mengenai ritual yang akan diamalkan, simbol yang digunakan dan wira yang akan disanjung. LATIHAN 2 Budaya dalam sesebuah masyarakat boleh dikenal pasti melalui lima dimensi budaya ia itu simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar. Sila jawab soalan ini. i.

Simbol (Symbol)

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ii.

Amalan (ritual)

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________

15

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

____________________________________________________________________

iii.

Wira (Hero)

a) Definisi _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

iv.

Nilai (Values)

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

v.

Anggapan Dasar (Underlying assumption)

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

16

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 3 Kepelbagaian budaya dalam masyarakat

Objektif: Pelajar dapat membandingkan perbezaan dan persamaan antara kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dan luar negara (Masyarakat Kolektivisme dan Masyarakat Individualisme)

Isi Penting:

a) ANGGAPAN DASAR -

Secara amnya, terdapat dua kategori dimensi Anggapan Dasar yang ketara ia itu o Masyarakat Kolektivisme o Masyarakat Individualisme

-

Perbezaan ciri Masyarakat Kolektivisme dengan Masyarakat Individualisme Definisi

Masyarakat

Masyarakat

Kolektivisme

Individualisme

(Malaysia dan Asia

(Barat/Anglo-

amnya)

Saxons (orang Amerika, Australia, British dan Kanada)

Ukuran hubungan manusia dengan alam

Harmoni (Harmony)

semula jadi

Kawalan (Control/Mastery)

Ukuran kepentingan diberi kepada

Hubungan

Tugas (Task)

pencapaian hubungan daripada kerja/tugas

(Relationship)

Ukuran keutamaan diberi kepada pangkat

Hierarki (Hierarchy)

Sama rata (Equality)

Malu (Shame)

Rasa Bersalah (Guilt)

Komunikasi berkonteks

Komunikasi

dan status daripada isu sama rata/persamaan Prinsip yang digunakan dalam mengawal tingkah laku samada di kawal oleh faktor luran (Shame) atau dalam diri masingmasing (guilt)

Ukuran sejauh mana komunikasi

17

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

bergantung kepada faktor luaran, perbezaan

tinggi (High context

berkonteks rendah

situasi dn konteks, isyarat non-verbal

communication)

(Low context communication)

Prinsip yang digunakan dalam mengawal

Masa berorientasi

Masa berorientasi

tingkah laku sama ada secara circular

polikronik (Polychronic

monokronik

(berliku-liku) or sequential (berturutan)

time orientation)

(Monochronic time orientation)

Ukuran keutamaan saling kebergantungan

Kami/Kita (We )

Saya (I)

Keagamaan (Religious)

Sekular (Secular)

dengan orang lain Darjah pengaruh keagamaan berbanding sekularisme dalam melakukan kerja/tindakan

b) Perbezaan dan persamaan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia

-

Berasaskan kepada lima dimensi tersebut pelajar dimnta menceritakan budaya diri sendiri.

-

Pelajar juga diminta untuk menerangkan budaya lain yang ada di Malaysia (Melayu, China, India, Dayak, Iban, Bidayuh,Orang Ulu, Kadazandusun, Murut, Bajau, Semai, Temiar, Bugis, Jawa, Minangkabau, Kantonis, Hakka, Malayalis, Punjabis dan sebagainya)

-

Berasaskan kepada lima dimensi budaya (simbol, amalan, wira, nilai dan anggapan dasar), sila buat analisa tentang perbezaan dan persamaan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia

-

Pelajar boleh merujuk kepada buku rujukan termasuk oleh Asma Abdulah serta laman sesawang seperti http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3242kaum-kaum-di-malaysia.html atau http://www.tourism.gov.my/id-id/my/aboutmalaysia/culture-n-heritage

18

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

LATIHAN 3 Secara berkumpulan sila bincang dan beri keterangan mengenai istilah berikut dan berikan contoh i.

Malu

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ii.

Hormat orang tua

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

iii.

Masyarakat Kolektivisme

a) Definisi _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________

19

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

____________________________________________________________________

iv.

Komunikasi berkonteks tinggi

a) Definisi ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b) Contoh _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

LATIHAN 4 Setiap budaya sesuatu masyarakat mempunyai kekuatan dan keistimewaan. Sila bincangkan apakah keistimewaan budaya masyarakat anda. ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

20

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 4 CIRI-CIRI MASYARAKAT KOLEKTIVISME DAN MASYARAKAT INDIVIDUALISME

Objektif: Pelajar dapat: 1. mengenalpasti dan membezakan persamaan dan perbezaan masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme. 2. Menghuraikan ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme.

Isi Penting:

Bagi memahami sesuatu budaya dengan lebih jelas, kita perlu mengkaji anggapan dasar dan nilai yang mereka percaya dan pegangi.

Anggapan

dasar selalunya tidak jelas dan tidak boleh nampak tetapi dimensi inilah yang menjadi asas kepada cara mereka melihat, berfikir, merasa dan bertindak. Pemahaman yang baik terhadap dimensi anggapan dasar kita sendiri dan juga yang lain boleh membantu kita meningkatkan kemahiran kepelbagaian budaya di mana kita boleh mengenalpasti persamaan dan perbezaan budaya. Pertembungan konflik boleh berlaku sekiranya sesorang tidak memahami anggapan dasar masing-masing. Oleh itu, berasaskan kepada dimensi anggapan dasar, masyarakat dunia boleh dibahagikan dengan ketara kepada dua kategori klasifikasi iaitu Masyarakat Kolektivisme dan Masyarakat Individualisme

a) Masyarakat Kolektivisme -

Masyarakat Kolektivisme adalah sepeti masyarakat Malaysia, India, China, Jepun dan Asia amnya

-

Masyarakat Kolektivisme mempunyai ikatan sosial yang kuat di mana individu mengharap orang lain dalam kumpulan mereka untuk menjaga dan melindungi mereka seperti dalam sebuah keluarga.

-

Seseorang individu itu sama ada tergolong dalam satu atau lebih kumpulan yang terdekat di mana kumpulan itu dicipta dan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang seterusnya (Hofstede,1983).

21

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

-

Penglibatan individu dalam kumpulan/masyarakat adalah lebih mesra

-

Matlamat kumpulan lebih dipentingkan atau diutamakan berbanding matlamat individu

-

Mereka mempercayai arahan dari dalam kumpulan.

-

Identiti mereka berpandukan kepada sistem sosial masing-masing

-

Kebebasan perasaan hanya berlaku dalam konteks kumpulan atau masyarakat.

-

Kumpulan yang akan membekalkan kemahiran, arahan, tanggungjawab dan keselamatan kepada ahli bukannya individu masing-masing.

b) Masyarakat Individualisme -

Masyarakat Individualisme adalah seperti masayarakat Barat/AngloSaxons seperti Amerika, Australia, England dan Kanada)

-

Masyarakat lebih suka bertindak sebagai individu daripada sebagai secara berkumpulan. Masyarakat tidak disandarkan untuk menjaga dan melindungi individu

-

individu akan lebih menjaga kepentingan diri sendiri terlebih dahulu serta keinginan anggota keluarga mereka yang terdekat

-

menjaga kepentingan diri sendiri serta lebih ingin mencapai matlamat sendiri daripada matlamat kumpulan.

-

Setiap individu mempunyai hak keatas kehidupan persendirian dan mengambil berat tentang diri sendiri serta mempunya arah tuju yang tersendiri, tidak dikawal oleh ahli kumpulan masyarakat.

-

Individu mempunyai kebebasan perasaan untuk berusaha sendirian, mengutamakan hak persendirian, autonomi dan keputusan sendiri.

c) Ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme.

-

Ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme akan dihuraikan berdasarkan kepada lapan perkara dalam dimensi anggapan tersirat seperti diterangkan dalam Unit 3.

-

Lapan

perkara

tersebut

Hierarki/Samarata,

ialah

Malu/Rasa

22

Harmoni/Kawalan, Bersalah,

Hubungan/Tugas,

Komunikasi

berkonteks

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

tinggi/Komunikasi berkonteks rendah, Masa berorientasi polikronik/Masa berorientasi monokronik, Kami&Kita/Saya, dan Keugamaan/Sekular. -

Berikut adalah ciri-ciri masyarakat Kolektivisme:1. Harmoni adalah lebih penting daripada kawalan 2. Pentingkan berorientasi hubungan daripada berorientasi tugas 3. Pentingkan konsep hierarki daripada samarata. 4. Pengaruh malu melebihi dari rasa bersalah 5. Komunikasi berdasarkan kepada konteks yang tinggi 6. Penekanan kepada masa polikronik daripada masa monokronik 7. Pentingkan semangat kekitaan (kita & kami) (kolektivisme) berbanding saya (diri sendiri) 8. Keagamaan lebih penting dari sekular

Seperti diketahui dimensi anggapan dasar akan membentuk nilai yang akan dipegang dan seterusnya memacu mengenai ritual yang akan diamalkan, simbol yang digunakan dan wira yang akan disanjung. Oleh itu, untuk menghuraikan siri-ciri kedua-dua masyarakat, berikut diterangkan bangaimana kelapan perkara tersebut dapat menentukan anggapan dasar dan seterusnya nilai-nilai yang berkaitan dengan anggapan dasar tersebut.

23

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 5 DEFINASI DAN KEPENTINGAN BUDAYA ORGANISASI

Objektif: Pelajar dapat menjelaskan makna budaya organisasi dan dimensi budaya

Isi Penting:

a) Definasi budaya organisasi

Beberapa definasi budaya organisasi telah diberikan oleh beberapa pakar pembangunan sumber manusia. Schein (1997) mendefinasikan budaya organisasi merupakan andaian dan kepercayaan asas yang dikongsi oleh ahli dalam organisasi. Ia merupakan satu set corak andaian asas yang direkacipta, ditemui dan dibangunkan oleh sesebuah organisasi semasa menghadapi masalah pengubahsuaian luaran dan pengintegrasi atau adaptasi dalaman. Hofstede (2005) mendefinasikan budaya organisasi sebagai satu pemprograman minda

secara

kolektif

(keseluruhan

pola

pemfikiran,

tindakan/perbuatan) yang membezakan antara ahli dalam

perasaan

dan

sesebuah organisasi

dengan organisasi yang lain. Hofstede telah mengenalpasti empat dimensi iaitu Jarak Kekuasaan, Pengelakan Keadaan Yang Tidak Menentu, Individualisme dan Kolektivisme, dan Kejantanan dan Kewanitaan. Asma (2006) pula mendefinasikan budaya organisasi sebagai penyataan suatu set anggapan dasar/asas dan nilai yang berakar umbi yang dicipta, ditemui ataupun dibangunkan oleh sesuatu kumpulan dalam mempelajari bagaimana untuk menangani dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Definasi budaya organisasi oleh Asma (2006) inilah yang digunakan dalam modul ini untuk menerangkan dan membuat penialain terhadapa pengaruh kepelbagaian buadaya dalam organisasi. Setiap organisasi mempunyai nilai, kepercayaan, norma, dan tradisi yang tersendiri dibentuk sejak penubuhannya. Semua pemegang taruh organisasi termasuk pengasas, pengurus, ketua dan pemegang saham telah menenerima baik budaya organisasi tersebut. Mereka semua membawa budaya masyarakat masing-masing untuk membentuk budaya organisasi.

24

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

Oleh itu, budaya organisasi yang dibentuk adalah berasaskan kepada budaya masyarakat masing-masing. Ini bermakna lima dimensi budaya masyarakat (simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar)

juga di dapati dalam budaya

organisasi. Dimensi nilai dalam organisasi adalah penting sebagai panduan utama dalam mempengaruhi perilaku pekerja dan kaedah mereka menjalankan kerja. Andaian dasar dan nilai menjadi panduan untuk membentuk struktur organisasi, sistem pentadbiran, etika kerja, budaya kerja, tindakan, dasar, prosedur dan sebagainya yang diamalkan setiap masa. Semua pekerja akan belajar untuk menghayati dan mengamalkan budaya organisasi berkenaan.

b) Dimensi budaya organisasi

Budaya organisasi terdiri dari lima dimensi iaitu simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar seperti dimensi budaya dalam masyarakat (Asma, 2006).

-

Anggapan Dasar

Setiap organisasi mempunyai elemen-elemen dimensi anggapan dasar yang akan menentukan nilai dan amalan pengurusan yang dijalankan bersama oleh semua pekerja. Anggapan dasar dalam organisasi terdiri dari environmen luaran organisasi termasuk harapan oleh semua pemegang taruh terhadap kepentingan wujudnya sesebuah organisasi. Visi dan misi organisasi serta kecekapan asas tenaga pekerja juga merupakan anggapan dasar organisasi.

-

NILAI

Nilai yang terdapat di organisasi adalah dibentuk berasaskan kepada anggapan asas organisasi tersebut. Nilai ini menjadi panduan atau piawaian supaya perkerja patuh dan dapat menjalankan kerja selaras dengan visi dan misi organisasi. Nilai akan membentuk ritual/amalan pengurusan organisasi.

25

dalam

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

Nilai dalam organisasi boleh wujud dalam bentuk bertulis atau pun tidak di mana semua pekerja sedar dan faham akan kewujudannya.

Contoh nilai: -

Bekerja kuat, jujur, semangat berpasukan, ketetapan masa

-

Tonggak Dua Belas Kakitangan Awam 1. Menghargai Masa 2. Ketekunan Membawa Kejayaan 3. Keseronokan Bekerja 4. Kemulian Kesederhanaan 5. Ketinggian Peribadi 6. Kekuatan Sifat Baik Hati 7. Pengaruh Teladan 8. Kewajipan Menjalankan Tugas 9. Kebijaksanaan Berhemat 10. Keutamaan Kesabaran 11. Peningkatan Bakat 12. Nikmat Mencipta

-

RITUAL/AMALAN

Ritual ialah aktiviti yang berlaku dalam organisasi pada setiap hari secara tersusun dan telah diatur. Ritual juga merujuk kepada segala aktiviti atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan. Ritual bertindak sebagai standard kesopanan yang perlu dipatuhi dan diamalkan dalam organisasi. Segala ritual yang dibentuk dengan tersusun dan sistematik akan dapat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan pencapaian objektif organisasi. Setiap pekerja perlu mengetahui dan menghayati segala ritual yang diamalkan dalam organisasi supaya dapat memainkan peranan lebih berkesan.

Contoh ritual: pengambilan kakitangan, latihan, komunikasi, mesyuarat, hubungan email, pengurusan konflik, kaunseling, motivasi.

26

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

-

PJJ,UPMET/ UPM

WIRA

Wira merupakan role model (model peranan) kepada sesuatu organisasi yang merupakan simbol ‘hidup’ mengenai tingkah laku yang dapat diterima oleh pekerja dan untuk diikuti. Wira melambangkan nilai yang ada pada sesuatu organisasi dimana meraka akan mewujudkan dan membentuk nilai organisasi. Pada kebiasaannya, pengerusi, pengurus, pentadbir, atau penyelia merupakan wira

kepada

organisasi

dan

juga

pemimpin

kepada

organisasi. Wira

melambangkan kekuatan organisasi berdasarkan pencapaian mereka dalam aktiviti kerja. Kelakuan dan tingkah laku wira amatlah penting yang akan menjadi ikutan kepada pekerja.

Contoh wira: Penagarah Urusan, Pengerusi, Ketua Pengarah, Pengarah, dan Ketua Unit.

-

SIMBOL

Simbol ialah sesuatu yang boleh kita lihat dan dengar seperti benda fizikal, artifaks, objek, pergerakan, pakaian, peralatan, logo, slogan. Simbol dapat membangkitkan semangat dan motivasi untuk pekerja menjalakan tugas masingmasing seperti pakaian seragam dapat meningkatakan semangat kekitaan selain membantu pekerja mendapatkan pakaian percuma.

Contoh: Piagam pelanggan, logo syarikat, susunan pejabat, gambar pekerja cemerlang.

27

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 6 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PENGARUH BUDAYA

Objektif: Pelajar dapat: Mengenalpasti organisasi pelbagai budaya (intra, inter dan silang budaya)

Isi Penting:

a) Jenis organisasi pelbagai budaya (intra, inter dan silang budaya)

Organisasi Malaysia amat dipengaruhi oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai

kaum

Kadazandusun

pelbagai dan

etnik

sebagainya.

termasuk Keadaan

Melayu, ini

China,

India,

membuatkan

Iban,

organisasi

mempunyai pekerja dari pelbagai etnik. Memahami dimensi budaya bagi setiap etnik amat penting untuk meningkatkan pembangunan sumber manusia dengan lebih cekap dan mampan. Persamaan dan perbezaan dalam anggapan dasar dan nilai serta amalan pengurusan pekerja yang terdiri pelbagai etnik perlu diteliti supaya strategi yang berkesan dapat diadakan untuk menangani kepelbagaian budaya ini. Semua individu pekerja samada di peringkat atasan atau bawahan, akan membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi. Istilah ini dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage).

Bagasi Budaya (cultural baggage). Bagasi budaya ialah kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan amalan budaya masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan membawa bersama budaya masyarakat mereka kepada organisasi. Kecenderungan ini meresapi pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut. Kecenderungan ini menjadi faktor penting apabila seseorang dari satu budaya menemui seseorang dari budaya yang lain. Konflik boleh berlaku apabila terjadi pertembungan budaya yang berbeza termasuk salah faham, tidak mengetahui rasional sesuatu amalan atau simbol yang digunakan.

28

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

Contoh: 1. Pengurus Melayu akan membawa budaya Melayu apabila mengurus syarikat yang dimilkinya. 2. Pekerja Jawa akan membawa budaya jawa apabila bekerja di syarikat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. 3. Pengarah etnik China akan meletakan simbol naga ditempat kerja. 4. Pengurus dari Jepun (contoh,Sony Corporation) akan membawa membawa nilai-nilai budaya Jepun dalam bentuk sistem, prosedur dan sebagainya (seperti 5S, Genba, kebersihan, patuh) apabila bekerja di Malaysia

Organisasi pelbagai budaya di Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu intra, inter dan silang budaya. Ketua atau pemimpin organisasi perlu mewujudkan budaya kerja yang berdasarkan kepada suatu set nilai dan ritual yang dapat diterima bersama dan akan terus berkembang dalam persekitraan pelbagai budaya.,

Berikut adalah keterangan menganai setiap jenis pelbagai organisasi: . Organisasi Intra Budaya

Organisasi Intra Budaya adalah organisasi yang mempunyai pekerja hanya satu etnik samada Melayu atau China atau India atau Iban atau Kadazandusun. Di dalam organisasi ini nilai dan ritual/amalan amatlah jelas difahami oleh pekerja oleh kerana terdiri dari satu etnik sahaja. Suasana tempat kerja adalah suka berjenaka, hubungan erat, sopan santun,tenang, semangat kekitaan, ramah mesra, kesederhanan, tidak secara terus (berliku) Sebagai contoh: -

Jabatan Agama Islam Kelantan (nilai dan amalan Melayu)

-

Persatuan Penanam Sayur China (nilai dan amalan China)

-

Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (nilai dan amalan India)

29

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

Organisasi Inter Budaya

Organisasi Inter Budaya ialah adalah organisasi yang mempunyai pekerja terdiri dari dua atau lebih etnik Malaysia samada Melayu dengan China,

atau

Melayu, China dan India, atau Melayu dengan China atau Iban. Kesefahaman tentang dimensi budaya masing-masing amatlah perlu. Komunikasi perlu diterima oleh kesemua pekerja dari pelbagai etnik. Code switching merupakan strategi yang selalu diamalkan dalam kalangan pelbagai etnik. Suasana tempat kerja adalah membina hubungan baik, Code switching , persamaan, berkongsi pengalaman, toleransi, hormat ketua, more (majlis makan). Sebagai contoh: -

TNB (nilai dan amalan pelbagai etnik Malaysia)

-

Sekolah (nilai dan amalan pelbagai etnik Mal`aysia)

-

Persatuan Badminton Malaysia (nilai dan amalan pelbagai etnik Malaysia)

Organisasi Silang Budaya (Cross-Cultural).

Organisasi Silang Budaya ialah adalah organisasi yang mempunyai pekerja terdiri dari etnik Malaysia dengan etnik luar negara. Budaya organisasi terdedah kepada budaya masyarakat luar negara yang boleh jadi bersesuaaian atau pun berbeza dengan budaya Malaysia. Perbezaan persepsi boleh berlaku yang menyebabkan ketegangan atau konflik antara pekerja. Suasana tempat kerja adalah ketepatan masa, Kepentingan Bahasa Inggeris, kejelasan, terus terang, tidak formal dan objektiviti. Sebagai contoh: -

Sony Malaysia (nilai dan amalan Jepun dan Malaysia)

-

Shell Malaysia ((nilai dan amalan Eropah dan Malaysia)

-

TECH MAHENDRA ((nilai dan amalan India dan Malaysia)

30

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

UNIT 7

PJJ,UPMET/ UPM

DIMENSI ANGGAPAN DASAR DAN NILAI DALAM KEPELBAGAIAN

BUDAYA ORGANISASI

Objektif: Pelajar dapat: Menghuraikan dimensi anggapan dasar dan nilai dalam organisasi pelbagai budaya Malaysia.

Isi Penting:

Bagi memahami budaya organisasi Malaysia dengan lebih jelas, kita perlu mengkaji anggapan dasar dan nilai yang organisasi percaya dan pegangi. Anggapan dasar selalunya tidak jelas dan tidak boleh nampak tetapi dimensi inilah yang menjadi asas kepada cara mereka melihat, berfikir, merasa dan bertindak. Pemahaman terhadap dimensi anggapan dasar organisasi dan nilai boleh membantu kita meningkatkan kemahiran kepelbagaian budaya di mana kita boleh mempertingkatkan produktivitii organisasi dengan kurangnya salah faham dan pertembungan konflik. Oleh itu, berasaskan kepada lapan ciri-ciri Masyarakat Malaysia (Kolektivisme), maka dimensi anggapan dasar dan nilai akan diterangkan bersama dengan pengaruhnya kepada organisasi. Berikut adalah keterangan terperinci: 1. Harmoni adalah lebih penting daripada kawalan Nilai: -

Status quo/suka keadaan sedia ada

-

Luwes/Fleksibel

-

Mengelak Konflik

-

Kerjasama

-

Ketenteraman

2. Pentingkan berorientasi hubungan daripada berorientasi tugas Nilai: Peribadi, Toleransi, Kemesraan , Berkompromi

3. Pentingkan konsep hierarki daripada sama rata. Nilai: Menghormati orang tua, Status dan Kuasa, Protokol dan keraian, Sopan santun

31

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

4. Pengaruh malu melebihi dari rasa bersalah Nilai: menjaga maruah/air muka, malu, akuntabiliti kumpulan

5. Komunikasi berdasarkan kepada konteks yang tinggi Nilai: Hubungan tidak terus (indirect) , tidak spesifik, membuang masa, persetujuan secara kolektif

6. Penekanan kepada masa polikronik daripada masa monokronik Nilai: Multitasking, fleksibel,

7. Pentingkan semangat kekitaan (kita & kami) (kolektivisme) berbanding saya (diri sendiri) Nilai: Perihatin terhadap kesejahteraan orang lain, salain kebergantungan, patuh dan taat, sanggup berkorban

8. Keagamaan lebih penting dari sekular Nilai: Keagamaan, kerja sebagai satu ibadah

32

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 8 AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI DI MALAYSIA Objektif: Pelajar dapat: 1. mengenalpasti dan menganalisa amalan pengurusan dalam organisasi di Malaysia Isi Penting:

Setiap organisasi mempunyai nilai, kepercayaan, norma, dan tradisi yang tersendiri dibentuk sejak penubuhannya. Pemimpin dalam organisasi seperti pengurus, ketua bahagian pembangunan sumber manusia, pentadbir dan pengarah perlu memainkan peranan sebagai penggalak atau pemankin untuk menggalakkan suasana tempat kerja yang kondusif di mana pekerja boleh memberi sumbangan terbaik dalam setiap amalan pengurusan. Amalan pengurusan yang biasa diamalkan dan amat dipenagruhi oleh pelbagai budaya adalah seperti komunikasi, memimpin, memberi motivasi, membuat keputusan, pengambilan pekerja baharu, bimbingan kaunseling, pengagihan kerja, pengurusan konflik, membina kumpulan kerja, pengurusan mesyuarat, pengurusan perubahan, latihan, penilaian prestasi dan sebagainya.

Secara amnya segala amalan pengurusan organisasi perkara berikut amatlah dititikberatkan

ia

itu

Jaga

Maruah

(Preserving

Face),

Budi

Bahasa

(Language of Character), Mesyuwarah dan Gotong Royong (Consensus-seeking and Cooperation),Tolong Satu Sama Lain (To Help One Another) dan Sistem Kawan (Member System).

Berikut diterangkan beberapa amalan pengurusan yang penting di organisasi di Malaysia.

1) Komunikasi Komunikasi amatlah bergantung kepada tata susila kesopanan samada dalam bentuk lisan dan bukan lisan (non-verbal). Di dalam lisan, penggunan kata–kata hormat dan kata-kata yang berlapik/tidak terus seperti peribahasa dan pantun adalah perlu dititikberatkan. Manakala dalam bukan lisan, gaya isyarat yang tidak

33

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

menonjol, terkawal, intonasi yang betul, dan pergerakan yang perlahan dan lembut adalah sesuai. Di dalam berkomunikasi dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah penting aitu: a) Sopan santun- cakap lemah lembut dan berbudi bahasa, cuba fahami apa niat atau tujuan bagi komunikasi bukan lisan. b) Menjaga maruah – guna komunikasi tidak langsung dalam memberi maklumbalas negatif, guna orang ketiga, elakkan perbalahan terbuka. c) Kerjasama – gunakan kata ganti nama mengikut pangkat atau orang lebih tua/senior, elak komen secara terbuka, tundukan sedikit kepala bila berbicara.

Contoh perkaitan dimensi budaya mengenai komunikasi: •

simbol: Bahasa Melayu (Bahasa Melayu dan lain-lain), mimik muka (non verbal), menunjuk dengan ibu jari.



ritual: Berdiam diri/tidak menjawab sekiranya jawapannya tidak atas sesuatu perminta.



wira - Ibu bapa, Pengurus, Perdana Menteri



nilai: Sopan santun, berbudi bahasa, hormati orang tua, Halus



Aggapan dasar: Gaya komunikasi –hierachy

2) Kepiminan Pemimpin pada dasarnya bergantung kepada status yang diberikan dan juga dari keluarga mana dia dilahirkan. Pemimpian yang dihormati terutamanya dalam budaya Melayu sekiranya Individu berasal dari status sosial yang tinggi, datang dari keluarga bangsawan, faham adat dan resam, mempunyai kepribadian yang tinggi serta dikagumi oleh pengikutnya. Ciri-ciri kepimpinan yang dikagumi termasuk lah Yang mulia, Berbudi bahasa, Baik tutur bahasa, Murah hati, Berusaha, Tajam pemikiran, gigih, rendah diri, perihatin dan warak alim. Contoh kata–kata tentang kepimpinanadalah seperti ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, Cakap mestilah serupa bikin (you have to "walk your talk"). .Pengurus dalam organisasi perlu memainkan peranan sebagai wira atau model peranan untuk menyampaikan tindakan dengan kata-kata yang wajar.

34

DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

PJJ,UPMET/ UPM

Mereka perlu mengaitkan bukan sahaja bidang kuasa atau pangkat yang mereka tetapi juga keperibadian yang baik.

Di dalam kepimpinan dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah penting aitu: a) Menjaga maruah – Sopan santun- cakap lemah lembut dan berbudi bahasa, elak komen di kalayak ramai b) Mendidik – tunjukan keperihatinn kepada pekerja dan keluarga mereka, didik pekerja seperti ibu bapa, benarkan pengikut memberi idea dengan bimbingan pegawai senior c) Rendah diri – ikhlas dalam pertuturan dan perbuatan, dengan pandangan pengikut, mohon maaf sekiaranya tersilap d) Semangat berkumpulan – benarkan rakan membantu ketika sibuk, ambil berat keluarga dan kawan-kawan pengikut. e) Hubungan yang erat – bina kemahiran berkomunkiasi secara harmoni dalam kumpulan, sopan santun bila bercakap lemah lembut dan berbudi bahasa

3) Motivasi Motivasi pekerja adalah didorong oleh hubungan mereka dengan kumpulan, keluarga dan individu. Mereka akan bertindak balas lebih baik jika mereka dapat melihat manfaat bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada keluarga, masyarakat, Negara dan ugama. Di dalam memberi motivasi dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah penting aitu: a) Menjaga maruah – sopan santun, cakap lemah lembut dan berbudi bahasa, b) Semangat berkumpulan c) Ganjaran yang konkrit dan boleh nampak sebagai simbol kejayaan seperti tambang menunaikan umrah, kereta, tanah d) Hubungan yang erat e) Kepentingan pengaruh rakat sepejabat dan pengikut

35