KULIAH MINGGU 7

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 INSTITUSI KELUARGA DAN PERKAHWINAN KULIAH MINGGU 7 PENGENALAN • Unit terkecil masya...

1 downloads 116 Views 2MB Size
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 INSTITUSI KELUARGA DAN PERKAHWINAN

KULIAH MINGGU 7

PENGENALAN • Unit terkecil masyarakat ialah individu, dan kelompok asas yang terdekat ialah keluarga. • Keluarga penting: kontak terawal, pengaruh yang kuat dalam personaliti. • Fungsi keluarga penuhi: – Keperluan biologi, – Keperluan kasih sayang, – Keperluan mendapatkan zuriat, – Keperluan ekonomi. • Keluarga terbentuk melalui institusi perkahwinan.

KONSEP FAMILI • Banyak definisi tentang keluarga.

• Kelompok bio-sosial yang telah dilembagakan / diinstitusikan. – Bio – kelompok haiwan biologi (hubungan biologi) – Sosial – hubungan antara manusia (bapa, isteri, anak) yang diakui sah oleh masyarakat; dan ada status dan rol. – Diinstitusikan – pembentukan melalui cara yang disahkan oleh masyarakat. (contoh: dalam masyarakat Melayu, bagaimana prosesnya yang diterima umum - nikah?) • Bagaimana pula dalam masyarakat di mana ada lelaki dan perempuan yang tinggal bersama dan melahirkan anak – adakah ianya dikonsepkan sebagai keluarga? Di Malaysia, adakah ianya dianggap keluarga? • Terdapat definisi: kelompok manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan anak-anak yang ditinggal di bawah satu bumbung.

FUNGSI FAMILI PEMBIAKAN

PEWARISAN

PENJAGAAN

FUNGSI KELUARGA

KASIH SAYANG

SOSIALISASI

SKP2102 DR SARJIT SINGH

HUBUNGAN DALAM KALANGAN AHLI FAMILI •

Hubungan konjugal (perkelaminan) – Hubungan Suami isteri – Hubungan darah (Ibu-anak; cucu-datuk; anak saudara – mak cik)



Hubungan afinal (semenda) – Hubungan bisan; hubungan biras; hubungan mertua dengan menantu; adik dengan kakak ipar.



Cuba huraikan/senaraikan gelaran-gelaran dalam hubungan tersebut, seperti pak cik, pak teh, pak lang….

SKP2102 DR SARJIT SINGH

SKP2102 DR SARJIT SINGH

JENIS KELOMPOK FAMILI 1. FAMILI ASAS (NUKLEAR)



Suami dan isteri serta anak-anak (yang belum berkahwin) tinggal di bawah satu bumbung.



Seseorang yang telah berkahwin adalah mempunyai dua famili:





Famili orientasi – famili asal di mana beliau dilahirkan/dioreintasikan. Anggotanya ibu bapanya dan adik beradik yang lain.



Famili prokreasi – famili yang beliau bentuk melalui perkahwinannya. Anggotanya, isteri/suami serta anak-anaknya.

Jenis yang biasa terdapat dalam masyarakat moden.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

JENIS KELOMPOK FAMILI 2.

FAMILI GABUNGAN

• Terdiri dua atau lebih famili asas yang tinggal di bawah satu bumbung. • Ibu bapa asal famili-famili ini sudah tiada lagi. • Salah satu daripadanya mengetuai keluarganya (lelaki atau perempuan). –

Famili bergabung fraternal – kedua-dua (atau lebih) lelaki/suami adalah adik beradik



Famili bergabung sororal – kedua-dua (atau lebih) perempuan adalah lelaki.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

JENIS KELOMPOK FAMILI 3.

FAMILI LUASAN

• Sepasang suami isteri serta anak/anak-anak yang telah berkahwin tinggal di bawah satu bumbung. – dalam sebuah rumah terdapat beberapa famili asas. • Biasa terdapat dalam masyarakat pertanian, tradisi.

• Faktor: ekonomi (elak pembahagian harta); sosial (keperluan orang tua untuk jaga anak etc.). Jelaskan faktor lain lagi.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

JENIS KELOMPOK FAMILI 4.

FAMILI POLIGAMI SEKEDIAMAN



Wujud akibat perkahwinan poligami.



Famili poligami sekediaman Poligini – seorang lelaki kahwin dua atau lebih perempuan dan mereka (isteri-isteri) dan anakanak tinggal sebumbung.



Famili poligami sekediaman poliandri – seorang perempuan kahwin dua atau lebih lelaki, dan mereka (suami-suami) dan anak-anak tinggal sebumbung. SKP2102 DR SARJIT SINGH

PERKAHWINAN

Konsep: merujuk kepada satu bentuk hubungan secara realtifnya setabil antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, yang dibenarkan (sahkan) oleh masyarakat.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

BAGAIMANA UPACARA PERKAHWINAN DIADAKAN? • Berbeza dari masyarakat ke masyarakat, melibatkan kewangan, masa dan tenaga. • Melibatkan adat resam dan upacara tertentu, dan upacara keagamaan.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

UPACARA PERKAHWINAN • Perkahwinan melibatkan upacara amal (rituals), dan berbeza-beza mengikut masyarakat.

• Masyarakat Melayu? Cina? India? • Masyarakat Taramiut? Masyarakat Trobriand? Masyarakat Kwoma?

SKP2102 DR SARJIT SINGH

ASPEK EKONOMI DALAM PERKAHWINAN • Hubungan sosial kadang kala diikuti juga oleh hubungan/transaksi kewangan (barangan). – Harga pengantin perempuan – hadiah berbentuk barangan diberi kepada pihak perempuan. – Perkhidmatan untuk bakal mertua – bakal pengantin lelaki dikehendaki berkhidmat dengan bakal mertuanya. – Pertukaran hadiah – antara keluarga bakal pasangan pengantin. – Mas kawin (dowri) – pemberian barangan/wang keluarga pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

KESEJAGATAN SUMBANG MAHRAM (INCEST TABOO) • Larangan perkahwinan antara mereka yang ada ikatan darah (adik beradik; datuk cucu) (incest taboo). Mengapa? – Teori kebiasaan zaman kanak-kanak. – Teori psikoanalisis Freud. – Teori kehancuran famili. – Teori kerjasama.

– Teori pembiakan dalaman.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

PERATURAN PEMILIHAN PASANGAN •

Siapakah yang menjadi pilihan untuk pasangan isteri/suami?



Sesetengah masyarakat telah menentukan siapa yang boleh menjadi isteri/suami seseorang.

A. Perkahwinan diatur: diatur sejak kecil, adat Hindu di India, Cina dan Jepun (untuk pastikan hubungan kedua keluarga terjalin erat) B. Eksogami dan endogamy i. Eksogami – pasangan di luar daripada kerabat sendiri ii. Endogami – pasangan daripada dalam kerabat sendiri C. Perkahwinan pupu i. Perkahwinan pupu-silang – emak dan ayah adik beradik ii. Perkahwinan pupu-selari – bapa dan bapa, atau emak dan emak adik beradik. SKP2102 DR SARJIT SINGH

PERATURAN PEMILIHAN PASANGAN D. Perkahwinan Levirat dan Sororat i.

Perkahwinan levirat – lelaki dikehendaki berkahwin dengan janda mendiang abangnya.

ii.

Perkahwinan sororat – seorang perempuan dikehendaki berkahwin dengan bekas suami mendiang kakaknya. (Melayu – salin tikar).

SKP2102 DR SARJIT SINGH

BENTUK-BENTUK PERKAHWINAN 1. Monogami – seorang suami berkahwin dengan seorang isteri. 2. Poligami – poligini dan poliandri. i.

Poligini – seorang lelaki berkahwinan dengan lebih seorang perempuan secara serentak. Faktor: tanda status, mengumpul istedri yang ramai; bilangan wanita yang ramai. ➢

Poligini sororal – isteri-isteri terdiri daripada adik beradik.

ii. Poliandri – seorang perempuan berkahwin dengan beberapa orang lelaki secara serentak. Faktor: kurang wanita; harta tidak berpecah. ➢

Poliandri adelfik – suami-suami itu terdiri daripada adik beradik.

3. Cenogami – perkahwinan kelompok, dinama sekumpulan lelaki berkahwin dengan sekumpulan perempuan; isteri-isteri dan suami-suami dikongsi bersama.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

SKP2102 DR SARJIT SINGH

PERATURAN TEMPAT TINGGAL SELEPAS KAHWIN ❖ Patrilokal – pasangan tinggal dengan famili sebelah suami. ❖ Matrilokal – pasangan tinggal dengan famili sebelah isteri. ❖ Neolokal – pasangan tinggal berasingan daripada kedua-dua famili isteri atau suami. ❖ Avunkolokal – pasangan tinggal bersama dengan keluarga bapa saudara sebelah isteri. SKP2102 DR SARJIT SINGH

NISAB KETURUNAN DAN KEPUSAKAAN ➢ Patrilineal – keturunan melalui nisab bapa. ➢ Matrilineal – keturunan melalui nisab ibu. ➢ Bilateral/ambilateral – keturunan daripada kedua-dua nisab.

SKP2102 DR SARJIT SINGH

PERUBAHAN DALAM INSTITUSI FAMILI/PERKAHWINAN • Akibat daripada pemodenan – Fungsi famili semakin lemah – Famili luasan semakin berkurangan (lebih kepada nuklear famili) – Pemilihan jodoh lebih bersifat eksogami – Love marriage dan bukan arrange marriage lebih dominasi – Wanita lebih menumpu kepada kerjaya dan bukan perkahwinan (nilai berubah).

SKP2102 DR SARJIT SINGH

SKP2102 DR SARJIT SINGH

MASALAH INSTITUSI FAMILI DAN PERKAHWINAN 1. Pembubaran famili – caranya berbeza (bercerai). Sebabnya: ➢ Pengikatan fahaman individualistik. ➢ Cinta romatik menurun ➢ Wanita kurang bergantung kepada lelaki ➢ Banyak masa di luar rumah – hidup lebih menekan.

➢ Perceraian menjadi lebih lumrah – diterima sosial ➢ Prosedur cerai mudah, melalui undang-undang. 2. Keganasan famili – sekarang sudah menjadi urusan negara bukan lagi peribadi (dalam rumah tangga). 3. Alternatif bentuk famili ➢ Sudah ramai ibu/bapa tunggal ➢ Meningkatnya fenomena lelaki dan perempuan tinggal bersama bersedudukan (cohabitation) ➢ Meningkatnya homaseksual (gays dan lesbian) ➢ Ramai yang tidak mahu berkahwin. SKP2102 DR SARJIT SINGH

Terima Kasih