KULIAH MINGGU 5

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 METODOLOGI PENYELIDIKAN SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI KULIAH MINGGU 5 PENYELIDIKAN SAINS...

2 downloads 168 Views 1MB Size
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 METODOLOGI PENYELIDIKAN SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI KULIAH MINGGU 5

PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL • Sosiologi dan antropologi sosial adalah sains. • Ilmunya diperolehi melalui kaedah saintifik

• Sosiologi dan Antropologi Sosial (AS) menyumbang dalam menambahkan ilmu yang berkaitan dengan sosial (kehidupan manusia), melalui kajian. • Maka kajian adalah perlu untuk hasilkan maklumat (ilmu-sains) • Kaedah saintifik diperlukan untuk memastikan ilmu yang diperolehi itu benar-benar ilmu. • Untuk mendapatkan data yang tepat • Untuk memperihal data dengan objektif

MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak etnosentrik • Tidak melibatkan sentimen, nilai diri/masyarakat sendiri dalam mengkaji budaya lain (asing) • Laporan yang objektif, berasaskan penemuan kajian • Kajian menampakkan fakta • Kajian menampakkan bukti (empirikal evidence) • Kajian itu tepat/persis (bukan agakan, telahan etc.)

• Kaedah kajian Sosiologi/AS itu saintifik. • Kaedah saintifik ada ciri-cirinya yang tertentu, dan tujuan-tujuan yang tertentu.

PROSES PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 1. Kenalpasti bidang dan permasalahan yang akan dikaji. 2. Buat bacaan (literature review) yang berkaitan dengan bidang kajian yang sedia ada. 3. Bentuk andaian-andaian awal kajian (hipotesis kajian). 4. Pilih kaedah kajian (metod), cara bagaimana data akan dikumpul dan dianalisis. 5. Kumpul data (maklumat) dengan menggunakan kaedah yang telah ditentukan. 6. Analisis dan tafsirkan data atau hasil kajian. 7. Buat kesimpulan yang berkaitan dengan hasil kajian.

8. Sebarkan maklumat kajian kepada umum (dalam bentuk penulisan, seminar, laporan).

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL •



Ada pelbagai kaedah penyelidikan yang dapat digunakan bagi mengkaji dan memahami fenomena yang meliputi segala aspek interaksi manusia di sekeliling kita. Lazimnya ada dua kaedah yang sering dirujuk sebagai pendekatan dalam penyelidikan sains sosial:

PENDEKATAN KUALITATIF

PENDEKATAN KUANTITATIF

(Etnografi, kajian kes)

(eksperimen, survei)

KUALITATIF – KAEDAH ETNOGRAFI •

Penting dalam penyelidikan antropologi untuk – mengambarkan tingkah laku, – pemikiran dan budaya sesuatu komuniti dengan sebenar.



melibatkan kerja lapangan yang memerlukan pengkaji hidup berdamping dengan anggota masyarakat yang dikaji.



Ada dua teknik pengumpulan data, – pemerhatian (ikut serta/tanpa ikut serta) – temubual



Tertumpu dalam kawasan atau komuniti yang khusus dan kecil – Kajian kes



Dalam pemerhatian terpisah, pengkaji memerhatikan fenomena-fenomena yang dikaji dengan tanpa disedari oleh orang yang dikaji dan di waktu yang sama pengkaji tidak terlibat dalam fenomena atau kegiatan yang dikaji.



Pemerhatian ikut serta pula pengkaji terlibat sama dalam aktiviti atau kehidupan komuniti yang dikaji.



Teknik temubual juga penting dalam kaedah etnografi.

KUALITATIF – KAEDAH ETNOGRAFI • Bailey (1984) menyenaraikan beberapa langkah utama dalam kaedah pemerhatian seperti berikut: – Menentukan matlamat kajian – Menentukan kelompok subjek yang hendak diperhatikan – Memasuki kelompok itu – Mendapatkan kerjasama daripada subjek (informan) yang dikaji – Melakukan kajian dengan cara memerhati dan membuat catatan luar yang meliputi tempoh munggu, bulan atau tahun – Mengatasi krisis yang berlaku seperti konfrontasi dengan subjeksubjek yang berpendapat pengkaji seolah-olah seorang pengintip – Menamatkan kajian pemerhatian – Menganalisis data – Menulis laporan dan mengemukakan penemuan kajian

KUALITATIF – KAJIAN KES •

Pengkaji cuba menerangkan fenomena yang sedang berlaku – kajian berbentuk deskriptif.



Penyelidikan dijalankan ke atas anggota masyarakat dengan mengkaji pemboleh ubah-pemboleh ubah (variables) yang menyebabkan sesuatu fenomena itu terjadi – membuat kesimpulan ke atasnya.



Kajian kes perlu dijalankan secara terperinci dan mendalam: – mengetahui dan mengenal pasti sebab berlakunya sesuatu fenomena – mencari cara penyelesaian bagi mengatasinya.



Boleh dijalankan ke atas satu unit sosial (individu, keluarga, masyarakat, sekolah, persatuan, organisasi, negara dan sebagainya)



Penting untuk meneliti sesuatu kes kerana maklumatnya dapat dikaji dan diurus dengan sempurna.



Kajian yang dibuat ke atas kes dapat menyelesaikan masalah dengan baik tanpa mendatangkan kesan sampingan.



Perlu ditegaskan, dalam kehidupan seharian, wujud kes yang berbeza dalam kalangan individu dan masyarakat. Oleh itu, penyelidik harus mengkaji setiap kes yang wujud secara teliti dan berintegriti.

KUANTITATIF – KAEDAH EKSPERIMEN • Tujuannya untuk mengenal pasti kesan sesuatu variabel ke atas tingkah laku.

• Menggunakan kelompok eksperimen dan kelompok kawalan. • Pengenaan / intervensi variabel kepada kelompok eksperimen. • Kaedah ini tidak lazim digunakan dalam Sosiologi dan AS; lebih kepada bidang Psikologi.

KUANTITATIF – KAEDAH SURVEI • Kaedah yang lazim digunakan dalam Sosiologi. • Menggunakan sampel untuk mewakili populasi

• Menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. • Analisis menggunakan SPSS, AMOS dll

• Masalah berkaitan: – Masalah masa – Perbelanjaan – Kualiti penemubual/responden – Kualiti data,etc.

ISU-ISU SEMASA MENJALANKAN KERJA LAPANGAN

Hubungan (rapport)

ISU-ISU PENYELIDIKAN

Penggunaan alat teknologi moden

Etika penyelidikan

RUMUSAN • Sains sosial adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji masyarakat dan budaya. • Memahami kaedah utama dalam penyelidikan sains sosial boleh membantu kita menjalankan kajian secara sistematik dan saintifik. • Kesesuaian sesuatu kaedah kajian penting dan ia banyak bergantung pada minat seseorang pengkaji untuk meneroka permasalahan kajian secara kritis dan wibawa.

Terima Kasih