KULIAH MINGGU 13

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 INSTITUSI AGAMA KULIAH MINGGU 13 KONSEP AGAMA • Agama merupakan set kepercayaan dan...

1 downloads 193 Views 894KB Size
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 INSTITUSI AGAMA

KULIAH MINGGU 13

KONSEP AGAMA • Agama merupakan set kepercayaan dan pandang dunia (worldview), iaitu idea-idea tentang sifat kewujudan (nature of existence), matlamat kewujudan, masalah kewujudan dan cara mengatasi masalah tersebut. • Pandang dunia sesuatu agama mencerminkan perkara yang dihargai dan sebaliknya – nilai-nilai berkaitan persoalan rohaniah, akhlak dan sosial yang didokong oleh agama berkenaan. • Agama mempunyai lambang-lambang teras (core symbols) yang merupakan embodiment dan pengucapan kepercayaan dan nilai-nilai utama yang ingin diterapkan ke dalam masyarakat (Sharifah Zaleha, 2012). • Sosiologis mengertikan agama sebagai set kepercayaan, simbol dan amalan yang dihubungkaitkan dengan sesuatu yang kudus (sacred), yang dianggap sangat penting. • Ia dipercayai mempunyai kuasa luar biasa, bermakna dan diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat (Abdul Halin, 2003).

KONSEP AGAMA • Bagi masyarakat yang bertamadun tinggi, agama merupakan sebuah struktur institusi penting sehingga agama dikatakan sebagai seluruh sistem sosial. • Persoalan yang berkaitan dengan agama adalah berbeza dengan persoalan bukan agama seperti ekonomi, politik, kenegaraan kerana ke semuanya bersifat material (benda) • Agama bersifat abstrak, ia adalah `dunia luar’, pengalaman transenden atau the beyond.

• Agama merangkumi sistem kepercayaan dan amalannya sekali. • Setiap amalan agama mempunyai fungsinya (peranan) tersendiri yang kebanyakannya dikaitkan dengan pandangan dunia masyarakatnya.

• Pengkaji antropologi keagamaan telah menekankan kajian mereka kepada sistem kepercayaan masyarakat yang mengandungi perasaan berani, hormat dan takut yang dianggap oleh manusia terhadap alam ini selain daripada objek dan pengalaman secara langsung (Abdullah Taib, 1985).

KONSEP AGAMA •

Pendapat ini, banyak memberikan sumbangan ke atas pembentukan teori keagamaan yang dikemukakan oleh Emile Durkheim dalam karyanya, The Elementary Forms of the Religious Life pada 1912.



Durkheim menghujah bahawa penganut agama tidak bertanya bagaimana agama wujud, akan tetapi ialah bagaimana cara melakukan sesuatu dengan cara yang betul.



Agama juga dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti penghalang kemajuan dan agama sebagai sesuatu yang bersifat reaksional.



Agama juga dikaitkan sebagai pencetus atau punca fanatisme, fundalmentalisme, radikalisasi, anti-rasional dan pelbagai label negatif.



Malah atas nama agama juga berlaku pergaduhan, peperangan, kemusnahan harta benda dan nyawa.



Malah ada juga individu atau kelompok yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.



Kefahaman mengenai asas agama amat penting agar manusia tidak memberikan label dan persepsi yang negatif mengenai agama dalam masyarakat.

PERANAN AGAMA •

Para sosiologis cuba memahami agama dari segi peranannya dalam mengesani kehidupan ahlinya dan juga bagaimana ahli masyarakat tersebut sendiri pula mempengaruhinya.



Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama itu, atau sama ada Tuhan wujud atau tidak.



Agama berperanan dan berpotensi dalam mempengaruhi jati diri dan identiti seseorang atau kelompok.



Agama boleh melakukan empat perkara. – Agama boleh mendorong manusia menubuhkan komuniti iman (faith community) yang berbeza dari segi amalan dan tingkah lakunya daripada kumpulan lain. – Agama boleh menentukan dengan siapa ahli komuniti tersebut boleh atau tidak boleh berinteraksi dan berhubungan. – Agama boleh menggalak manusia membandingkan komuniti yang mereka anggotai dengan kumpulan atau komuniti lain; – Agama boleh menanam keinginan mendalam dalam kalangan ahli kelompok untuk memberi pernyataan kepada keyakinan mereka.

PERANAN AGAMA • Agama juga dikenali sebagai tenaga penyatu (unifying force) terhadap aspirasi manusia yang paling murni sehingga membentuk idealisme • Agama dianggap sebagai sejumlah himpunan nilai-nilai moral

• Agama dianggap sebagai benteng ketahanan masyarakat dan kedamaian individu yang menjadi asas penting untuk menegakkan keagungan peradaban dan tamadun manusia. • Tanpa agama, sudah tentu manusia akan mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka. • Secara ringkas, agama berperanan dalam mengikat penganutnya ke dalam satu kesatuan yang kukuh dan kemampuannya mewujudkan kestabilan dalam masyarakat.

PERSPEKTIF SOSIOLOGI TERHADAP AGAMA

PERSPEKTIF FUNGSIONALIS •

Perspektif fungsionalis ini berdasarkan pandangan sosiologis Durkheim yang melihat agama dari segi fungsinya dalam memenuhi keperluan masyarakat.



Bagi Durkheim, agama merupakan satu sistem kepercayaan dan ritual berhubung dengan sesuatu yang suci atau kudus, bukan sesuatu yang bersifat duniawi (profane).



Durkheim menjelaskan agama berfungsi kerana ia mengikat (menyatukan) orang bersama sebagai kelompok penganut.



Perkara tersebut boleh dicapai kerana pengikut agama berkongsi nilai dan kepercayaan moral yang serupa yang membentuk satu kesedaran kolektif (collective consciousness).



Kesedaran kelompok seperti ini menjadi asas kepada keteraturan sosial, pengawalan tindakan dan kerjasama serta perpaduan kelompok.



Penyembahan keagamaan secara kolektif, misalnya berfungsi mengukuhkan hubungan sesama ahli masyarakat, kerana masing-masing sebenarnya berkongsi kepercayaan dan juga simbol yang disembah.



Durkheim juga melihat agama sebagai memberi makna dan tujuan kepada hidup dalam kalangan pengikutnya (Macionis, 1999).

PERSPEKTIF INTERAKSIONISME SIMBOLIK •

Perspektif interaksionisme simbolik menjelaskan bahawa agama berkuasa dan mempunyai pengaruh pada kehidupan masyarakat.



Hal ini kerana adanya komitmen ahli masyarakat sendiri kepada kepercayaan keagamaan.



Juga kerana kesediaan mereka untuk sentiasa menghubungkaitkan segala tindakan mereka dengan kepercayaan tersebut (Macionis, 1999; Turner, 1985).



Agama mempunyai simbol-simbol tertentu yang dianggap kudus, luar biasa dan mulia oleh komuniti penganutnya.



Lambang (simbol) tersebut memberi identiti tersendiri kepada komuniti penganut berkenaan serta berperanan besar dalam mewujudkan perpaduan penganut (Henslin, 2001).



Dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai agama, misalnya institusi masjid, gereja, kuil, gurdwara merupakan simbol perpaduan yang jelas dan berfungsi.



Sebenarnya ritual agama juga merupakan simbol yang mengikat penganut ke dalam satu komuniti



Komuniti yang terbentuk oleh ikatan kepercayaan agama, yang diadun dengan nilai-nilai mulia dan suci, serta simbol-simbol agama merupakan entiti yang berkuasa dan berpengaruh.



Dari sudut perspektif interaksionisme simbolik, komuniti mampu mengawal tindakan ahlinya sehingga ke tahap menyisihkan ahli yang bersalah daripada kumpulan.

PERSPEKTIF KONFLIK •

Perspektif konflik memperlihatkan pandangan sosiologis Karl Marx tentang rol agama dalam menyokong dan mengekalkan hierarki sosial (Macionis, 1999).



Menurut Marx agama memuliakan kumpulan elit yang memerintah, mengesahkan kedudukan mereka dan menekankan kewajaran golongan bawahan untuk mentaati mereka.



Menurut Marx agama adalah candu masyarakat, iaitu sesuatu yang mengkhayalkan masyarakat sehingga menerima susun lapis sosial, ketaksamaan ekonomi dan kuasa serta perbezaan status dan kelas sosial sebagai kehendak Tuhan (Browne, 1992).



Marx juga menghujah bahawa apabila wujud pengagihan sumber yang tidak adil dalam masyarakat, akan berlaku penindasan dan alienasi (pengasingan) kelompok tertentu.



Marx menegaskan akan berlaku penindasan dan peminggiran pekerja oleh golongan pemodal (borjuis) sehingga agama menjadi alat yang meredakan derita penindasan dan penekanan.



Agama menjadi seperti pelindung agar orang menjadi lebih sabar dan tahan keperitan apabila teringatkan agama.



Agama juga merupakan satu mekanisme kawalan sosial yang menghalang berlakunya konflik antara penindas dengan golongan yang ditindas.



Namun, ia terus menjadi pengekal stratifikasi sosial dan penindasan dalam masyarakat.

IDENTITI BERKAITAN AGAMA • Identiti sesuatu masyarakat amat berkait dengan agama dan budaya. • Agama dan identiti tidak dapat dipisahkan kerana setiap penganut mempunyai identiti agama yang tersendiri.

• Pentingnya identiti kerana ia melambangkan hubungan individu serta keakuran (kepatuhan) dengan agamanya. • Setiap kumpulan etnik mempunyai ciri budaya dan agama yang melambangkan identiti dan menentukan sempadan etnik mereka. • Seseorang yang menganggap dirinya sebagai ahli etnik tertentu mengidentifikasikan dirinya sebagai ahli kumpulan tersebut, berkongsi nilai agama dan budaya yang sama dan mempunyai keahlian yang boleh dikenal pasti oleh orang lain.

IDENTITI BERKAITAN AGAMA • Menurut Shamsul (1996) setiap realiti sosial sebagai terbentuk daripada dua pendekatan yang saling melengkapi, iaitu pendekatan tafsiran autoriti (authority-defined) dan tafsiran harian (everydaydefined). • Realiti sosial tafsiran autoriti adalah pendekatan yang melihat sesuatu fenomena sosial menerusi kaca mata ahli-ahli yang mempunyai kedudukan yang berautoritatif, tetapi tidak terbabit dalam fenomena sosial tersebut secara langsung.

• Kepelbagaian etnik dalam masyarakat, apabila dilihat melalui pendekatan ini, cenderung digambarkan sebagai umum, seragam dan statik. • Gambaran mengenai sesebuah kategori etnik misalnya, dibina berdasarkan identiti kolektif yang menekankan penanda-penanda identiti etnik yang paling menyerlah untuk membezakannya dengan kategori etnik lain.

IDENTITI BERKAITAN AGAMA • Akibatnya, pendekatan tafsiran autoriti tidak mampu memberikan gambaran kepelbagaian etnik dalam masyarakat yang dinamik lagi pelbagai yang wujud dalam kehidupan harian. • Kepelbagaian etnik dalam kehidupan seharian hanya dapat diserlah atau dilihat menerusi satu lagi pendekatan yang lebih mikro, iaitu tafsiran harian. • Melalui pendekatan ini, identiti etnik digambarkan sebagai ‘artikulasi pengalaman peribadi’ di mana gambaran tentang siapa diri pelaku sebagai ahli kumpulan etnik, terbit dan dipengaruhi oleh pengalaman yang dilalui mereka dalam kehidupan seharian (Shamsul 1996). • Wacana identiti yang dibahas oleh Shamsul (1996) berasaskan dua pendekatan, iaitu authority-defined dan everyday-defined penting dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya. • Perlu ditegaskan, identiti seseorang dalam sesuatu keadaan tidak mutlak. Identiti adalah sesuatu ciptaan sejarah dan bersifat dinamik.

KEAKURAN AGAMA •

Setiap agama mempunyai matlamat, tanpa mengira agama masyarakat mudah (simple) atau kompleks.



Keakuran agama bermaksud kepatuhan individu dalam ajaran agama masingmasing.



Keakuran juga boleh diertikan sebagai kesetiaan individu dalam menjalani kehidupan sebagai penganut agama masing-masing.



Setiap penganut apa juga agama, sosiologis perhatikan, mempunyai matlamat “mendapatkan keselamatan” di dunia ini atau di kedua-dua dunia, yang sekarang dan yang akan datang (Johnson, 1996).



Bezanya adalah dari segi cara keselamatan itu diperoleh serta bentuk keselamatan yang diharapkan oleh pengikut sesuatu agama. Cth Rukun Islam



Norma keagamaan atau cara yang diakui dan dipatuhi masyarakat untuk memperoleh keselamatan, sebenarnya berfungsi menstabilkan keadaan masyarakat itu sendiri (Abdul Halin, 2003).

MASALAH RADIKALISASI AGAMA • Konsep radikalisasi adalah kepercayaan pada sebuah gagasan atau prinsip radikal dalam melakukan perubahan secara ekstrem terhadap institusi politik dan sosial. • Dalam pengertian politik, gagasan ini muncul pertama kali dari Charles James Fox (1749-1806), yang menginginkan suatu reformasi radikal untuk membela kebebasan dan penghapusan perdagangan kanak-kanak. • Sejak itu, gagasan radikalisasi ini telah meluas dalam pelbagai bidang seperti sosiologi dan sains politik. • Radikalisasi dapat dibezakan dalam dua peringkat, iaitu peringkat pemikiran dan peringkat tindakan. • Pada peringkat pemikiran, radikalisasi masih berupa wacana, konsep dan gagasan (idea) yang masih dalam perbincangan mengenai aspek penggunaan cara-cara kekerasan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. • Manakala pada peringkat tindakan pula, radikalisasi wujud dalam aspek sosio-politik dan agama.

MASALAH RADIKALISASI AGAMA • Dalam aspek politik, fahaman radikalisasi ini kelihatan daripada tindakan memaksakan pendapatnya dengan cara-cara yang bertentangan dengan undang-undang (perlembagaan). • Dalam peringkat tindakan, kelompok ini dapat mengerakkan (mobilise) pengikutnya untuk memenuhi kepentingan politik tertentu dan situasi ini seterusnya berakhir dengan konflik sosial dalam masyarakat. • Dalam bidang keagamaan pula, fenomena radikalisasi agama dapat dilihat daripada tindakan yang bersifat destruktif dan huru hara (anarki) atas nama agama dari sekelompok orang terhadap kelompok pemeluk agama lain (external) atau kelompok seagama (internal) yang berbeza dan dianggap sesat. • Termasuk dalam tindakan radikalisasi agama adalah aktiviti untuk memaksakan pendapat, keinginan, dan cita-cita keagamaan dengan jalan kekerasan yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama sebenar. • Radikalisasi agama ini boleh menjangkiti semua penganut agama.

MASALAH RADIKALISASI AGAMA •

Radikalisasi dalam sebuah ideologi dan agama biasanya berlaku kerana beberapa faktor, seperti kegagalan individu/kelompok memahami mesej agama secara bersepadu (integral) dan menyeluruh (comprehensive), sehingga ada yang memilih melakukan tindakan ekstrem.



Ada juga radikalisasi diciptakan oleh golongan elit untuk kepentingan politik.



Perkara tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan hubungan antara penganut agama bukan sahaja di negara yang mengalami masalah dalam menguruskan radikalisasi agama malah juga di seluruh dunia.



Penyebaran fahaman radikalisasi agama telah berubah daripada sebaran majalah dan buku kepada penggunaan bahan melalui internet.



Selain menggunakan media cetak, kelompok radikal juga memanfaatkan dunia maya untuk menyebarluaskan informasi, misalnya mengenai konsep jihad.



Radikalisasi agama ini memerlukan perhatian semua pihak terutama kerajaan dan institusi sosial dalam membendung fenomena ini agar tidak menjejaskan kestabilan masyarakat dan keselamatan serta ketahanan negara.

TERIMA KASIH