KENEGARAAN topik 7 (1)

26/10/2015 KENEGARAAN TOPIK 7 Dr Murni Wan Mohd Nor SISTEM PERSEKUTUAN • Konsep asas persekutuan • Pembahagian kuasa a...

0 downloads 137 Views 429KB Size
26/10/2015

KENEGARAAN TOPIK 7 Dr Murni Wan Mohd Nor

SISTEM PERSEKUTUAN • Konsep asas persekutuan • Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan

negeri • Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

HASIL PEMBELAJARAN  Menerangkan konsep persekutuan  Menghuraikan pelaksanaan sistem persekutuan di Malaysia  Menjelaskan struktur kerajaan persekutuan dan kerajaan

negeri  Membincangkan isu dan masalah dalam hubungan antara

kerajaan persekutuan dan negeri  Menyedari kepentingan peranan kerajaan tempatan

1

26/10/2015

JENIS SISTEM PEMERINTAHAN 1. Kerajaan Persekutuan  satu bentuk pembahagian kuasa di antara dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.  Contoh: Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Australia 2. Kerajaan Kesatuan(unitary): satu bentuk penyusunan politik dengan segala kuasa tertumpu kepada kerajaan pusat.  Kerajaan Pusat berkuasa penuh dalam undang-undang  Negeri atau kerajaan tempatan tiada kuasa besar  Contoh: UK, New Zealand, Sweden, China, Indonesia, Perancis 3. Kerajaan Gabungan/konfederasi  kebanyakan kuasa tertumpu kepada kerajaan-kerajaan negeri/Kebanyakan kuasa pada Kerajaan negeri  Ikatan yang longgar antara kerajaan. Contoh: Empayar Jerman abad ke 19, Kesatuan Eropah, PBB, OIC

KONSEP PERSEKUTUAN  (LATIN) Fides

: ikatan atau perjanjian sukarela di antara pihak yang terlibat dalam membentuk negara : perjanjian, persetujuan atau perikatan

 Foedus

 K.C. Wheare - sistem persekutuan merujuk kepada satu

penyusunan politik dalam mana wujudnya dua peringkat kerajaan iaitu sebuah kerajaan pusat dengan dua atau lebih kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini dihadkan bidang kuasa masing-masing, dan dalam pada itu mempunyai sifat sedarjat (coequal) serta bebas daripada campur tangan antara satu sama lain.

KONSEP PERSEKUTUAN  Sistem yang merujuk kepada satu penyusunan politik dengan

kewujudan dua peringkat kerajaan – sebuah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri  Kerajaan Negeri mempunyai sebahagian besar kuasa yang bersifat tempatan seperti pengurusan sumber (tanah, air , perparitan)  Kerajaan Persekutuan/Pusat mempunyai kuasa untuk perkaraperkara yang berkepentingan luas dan bersifat umum seperti menyediakan kemudahan am dan kebajikan serta menjaga keselamatan; Pertahanan, Pendidikan, Keselamatan, Dasar Luar dll

2

26/10/2015

CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN  Kebiasaannya - pembahagian kuasa berdasarkan

perlembagaan bertulis :  fungsi kerajaan – sekurang-kurangnya satu bidang perkara bagi

satu kerajaan – perlembagaan rigid bagi memastikan kedua-dua kerajaan pusat dan negeri tidak berpeluang mengambil kuasa antara satu sama lain.  Sempadan negeri dan persekutuan ditentukan dengan

jelas  Sebuah kerajaan mempunyai bidang kuasa yang tinggi ke

atas bidang yang diagihkan kepadanya

CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN  Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung

dengan rakyatnya  Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus

dari rakyat  Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan yang

ditentukan oleh perlembagaan dengan sendiri  Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa sendiri -

wilayah persekutuan – kawasan pentadbiran atau ibu kota

 Wujud kecenderungan untuk berlaku ketidakseimbangan

pembangunan dan kemajuan antara negeri-negeri

KELEBIHAN SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN 





  

Negeri yang kecil boleh bergabung dengan negeri yang besar tanpa kehilangan kebebasan dan hak untuk membuat ketetapan sendiri. Apabila berlaku gabungan negeri, negara persekutuan akan menjadi lebih kuat dari segi kedudukan ekonomi, penduduk dan politik. Corak pemerintahan persekutuan membolehkan kepentingan tempatan disuarakan dan disalurkan kepada peringkat kerajaan pusat untuk penyelesaian. Boleh memudahkan keseragaman dasar bagi seluruh negara Membolehkan kepentingan tempatan diselesaikan. Dapat mengawal kerajaan pusat supaya tidak terlalu kuat dan menjejas kepentingan kerajaan negeri (“check and balance”).

3

26/10/2015

KELEMAHAN CORAK PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN 

 



Mudah wujud masalah persaingan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, misalnya isu sumbangan kewangan kepada kerajaan pusat. Kemungkinan negeri-negeri berkenaan akan mengamalkan dasar tertentu untuk melindungi kepentingan negerinya. Pemerintahan persekutuan dianggap sebagai satu corak pemerintahan yang mahal dan rumit untuk dikendalikan, kerana institusi pentadbiran yang sama/cawangan perlu diwujudkan di setiap negeri persekutuan. Sering wujud rasa kurang berpuas hati dalam kalangan anggota negeri menyertai persekutuan.

SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA 1. Fasa konfederasi (sebelum 1895)  Pulau Pinang, Melaka dan Singapura – Gabenor Inggeris  Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang – sistem Residen 2. Fasa persekutuan (1895 – 1946)  NNMB  NNMTB Fasa kesatuan • NNS • Kesatuan Malaya (Januari 1946 – Julai 1946) 4. Fasa persekutuan  PTM 1948  Persekutuan Malaya 1957  Persekutuan Malaysia 1963 hingga kini

SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN  Malaysia mempunyai kecondongan pusat (central bias) kepada

Kerajaan Pusat

 Suruhanjaya Reid (sebelum Merdeka) berpendapat bahawa

Persekutuan Malaya (pada masa itu) memerlukan kerajaan pusat yang kuat  Penting untuk  menyatupadukan negeri-negeri  Megatasi masalah perebutan kuasa  Mengatasi masalah pentadbiran  Meningkatkan dan menyelaraskan sistem pertahanan (Jepun

dapat menyusup masuk ke Tanah Melayu kerana sistem pertahanan yang lemah)

4

26/10/2015

PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA TIGA ASPEK UTAMA:  Pengagihan bidang kuasa : Kuasa perundangan dan kuasa eksekutif  Bidang kuasa kewangan (kuasa kerajaan pusat)  Kedudukan perlembagaan kerajaan persekutuan

PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA  Wujud pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan

kerajaan negeri

 Pembahagian kuasa kerajaan berdasarkan peruntukan

Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 73 :  “Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, manakala Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja.  Kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan peruntukan perlembagaan

PEMBAHAGIAN KUASA 1. KUASA PERUNDANGAN (kuasa Parlimen dan DUN :  Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan; Senarai Pertama (Persekutuan), Kedua (Negeri) dan Ketiga (Bersama)  Senarai Tambahan : Kuasa kerajaan Sabah & Sarawak  diberi kuasa kuasa tambahan meliputi undang-undang dan adat Bumiputera, Mahkamah Bumiputera dan kereta api Sabah di Sabah.  Dibawah Akta Imigresen 1963 – kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa – untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri-negeri itu.  Kuasa baki perundangan/residual (Perkara 77) : Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk meluluskan undang-undang bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama – dikenali sebagai Kuasa-kuasa Baki.

5

26/10/2015

Senarai (I) Persekutuan

Senarai (II) Negeri

Senarai (III) Bersama)

• • • • • • • • •

Hal-Ehwal Luar Negara Keselamatan Dalam Negeri Pertahanan Kewangan Kewarganegaraan Buruh dan Keselamatan Sosial Pelajaran Pengangkutan dan Perkapalan Kerja Raya Persekutuan dan Tenaga Penerbitan dan Penapisan



Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Pertanian dan Perhutanan Tanah Kerajaan Tempatan Perkhidmatan Tempatan Kerja Raya Negeri dan Bekalan Air Hari Kelepasan Negeri Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri

• • • •

Ukur Undang-undang Jenayah dan Sivil Perdagangan dan Perusahaan Ubat dan Kesihatan Pilihanraya Persekutuan Hari Kelepasan Persekutuan Panggung Wayang dan Tempat Hiburan Kebajikan Orang Asli Perumahan Persekutuan Syarikat Kerjasama

• •

Penyiasatan untuk maksud Negeri Penyu dan Penangkapan Ikan di Sungai





• • • • • • • • • •

• • • • • • •

• • • • • •



Biasiswa Kebajikan Masyarakat Kesihatan Awam Perancangan Bandar dan Kampung Perparitan dan Pengairan Pengembaraan Pemulihan Tanah Lombong Kebudayaan dan Sukan Ternakan Haiwan Kutu Rayau dan Penjaja

Perlindungan Binatang Negeri dan Burung Liar Pengurusan Air

PENGAGIHAN KUASA 2. KUASA EKSEKUTIF

 Kuasa kerajaan Persekutuan tertumpu kepada Senarai Persekutuan.  Kuasa kerajaan negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai

Bersama.

 Perkara 94 –memperuntukkan kerajaan persekutuan mempunyai kuasa

eksekutif meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu iaitu:  mengumpulkan perangkaan  menjalankan penyiasatan dan kajian  menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat  menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan mana-mana jabatan kerajaan negeri dengan tujuan untuk membuat laporan kepada kerajaan persekutuan

PENGAGIHAN KUASA Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri. (1) Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa menjalankan penyelidikan, mengadakan dan menyenggarakan stesen percubaan dan stesen tunjuk cara, memberikan nasihat dan bantuan teknikal kepada Kerajaan mana-mana Negeri, dan mengadakan pendidikan, publisiti dan tunjuk cara bagi penduduk mana-mana Negeri, berkenaan dengan mana-mana perkara yang mengenainya Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang; dan pegawai pertanian dan pegawai perhutanan mana-mana Negeri hendaklah menerima apa-apa nasihat profesional yang diberikan kepada Kerajaan Negeri itu di bawah Fasal ini. (3) Tiada apa-apa jua dalam Perlembangan ini boleh menghalang Kerajaan Persekutuan daripada menubuhkan Kementerian atau Jabatan Kerajaan untuk menjalankan fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 93 dan Perkara ini berhubung dengan perkara yang termasuk dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri, dan perkara yang sedemikian bolehlah termasuk pemuliharaan tanah, kerajaan tempatan dan perancangan bandar dan desa.

6

26/10/2015

PENGAGIHAN KUASA KUASA KEWANGAN  Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua

sumber hasil yang utama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan – kerajaan negeri bergantung pada sumber kewangan daripada kerajaan persekutuan  Satu perempat daripada hasil kerajaan negeri diperoleh daripada pemberian kerajaan persekutuan  2 jenis pemberian wajib persekutuan kepada negeri  

Perkara 109 (1a) – „pemberian mengikut bilangan orang‟ di sesebuah negeri Perkara 109 (1b) „ pemberian jalan negeri‟ - berasaskan kepanjangan jalan negeri yang berkenaan

PENGAGIHAN KUASA KUASA KEWANGAN  Segala wang dan hasil kerajaan negeri hendaklah dimasukkan ke

dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan

 Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak dibenarkan

mengenakan sebarang cukai, kecuali mengikut kuasa undangundang  Negeri Sabah dan Sarawak diberi pemberian khas tambahan yang tertentu.  Kerajaan negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman, kecuali kerajaan persekutuan atau daripada sesebuah bank yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan – tempoh pinjaman adalah tidak melebihi lima tahun.

Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri Peruntukan berikut menunjukkan bahawa kuasa kerajaan Persekutuan mengatasi kuasa kerajaan negeri i. mengubah undang-undang sempadan negeri (Per. 2b) ii. perlembagaan persekutuan undang-undang utama (Per. 4 fasal 1) iii. undang-undang negeri akan terbatal jika didapati bercanggah dengan undang-undang persekutuan (Per. 75) iv. kuasa persekutuan membuat undang-undang (Per. 73) v. kuasa persekutuan ke atas Senarai Negeri (Per. 76)

7

26/10/2015

Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri Perkara 111. Sekatan untuk meminjam. (1) Persekutuan tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang persekutuan. (2) Sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri, dan undang-undang Negeri tidak boleh memberi kuasa sesuatu Negeri untuk meminjam kecuali daripada Persekutuan atau, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun, daripada suatu bank atau sumber kewangan lain yang diluluskan bagi maksud itu oleh Kerajaan Persekutuan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. 3) Sesuatu Negeri tidak boleh memberikan apa-apa jaminan kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri, dan jaminan itu tidak boleh diberikan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.

Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri Kes-kes mahkamah untuk diteliti dan dibincangkan:The Government of State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya And Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj [1963] MLJ 355 :- mahkamah memutuskan bahawa persetujuan negeri tidak diperlukan untuk membolehkan negeri lain memasuki Persekutuan. Government of Malaysia v Government of the State of Kelantan [1968] 1 MLJ 129 :-Kerajaan Negeri membuat persetujuan kewangan dengan Timbermine Industrial Corp. Co. Ltd. Kerajaan Pusat tidak bersetuju dan mendakwa persetujuan Kerajaan Pusat diperlukan sebelum Kerajaan Negeri membuat pinjaman kewangan. Mahkamah Persekutuan memutuskan persetujuan kewangan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Timbermine untuk menjana dana sbyk rm2.5milion bukan “pinjaman,” maka tidak bertentangan dgn Perkara 111(2).

PENTADBIRAN NEGERI  Sejarah pentadbiran negeri  Sistem dan struktur pentadbiran negeri    

Jentera pentadbiran negeri

 a. b.    



Perkhidmatan Awam Negeri Jabatan Kerajaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pejabat Kewangan Negeri Penasihat Undang-Undang Negeri Unit Perancangan Ekonomi Negeri

Peringkat Pentadbiran Negeri   



Kuasa Pemerintahan Badan Eksekutif Negeri Badan Perundangan Negeri Penyelarasan Pentadbiran

Pentadbiran Daerah Pentadbiran Mukim Pentadbiran Kampung

Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

8

26/10/2015

PELAKSANAAN PERSEKUTUAN DI MALAYSIA Kuasa diagihkan mengikut bidang kuasa PERLEMBAGAAN

Kerajaan persekutuan /pusat

Kerajaan negeri

Kerajaan tempatan

SEJARAH PENTADBIRAN NEGERI: Pentadbiran Inggeris Negerinegeri Selat 1826

Perjanjian Pangkor 1874

NNMB 1895

NNMTB 1909

Inggeris menguasai pentadbiran negeri kecuali hal ehwal agama Islam dan adat Melayu Rakyat tempatan tiada peluang untuk mentadbir

PTM 1948

Bentuk pemerintahan setiap negeri sama kecuali Singapura - Setiap negeri ada perlembagaan sendiri - Kuasa pemerintahan pada sultan negeri masing-masing dan dibantu Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri

- Struktur pentadbiran di N9 berbeza

PENTADBIRAN NEGERI Kuasa pemerintahan negeri (berdasarkan perlembagaan) -Senarai Negeri -Senarai Bersama -Kuasa Residual

9

26/10/2015

Jaminan Persekutuan ke atas perlembagaan negeri  Perkara 71 - Parlimen mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan

peruntukan perlu di negeri jika negeri tidak melaksanakan atau mempunyai peruntukan yang berlawanan  Jadual Kelapan Perkara 71 (peruntukan perlu)  Bahagian I: Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan  Bahagian II: Peruntukan sementara  Bahagian II: Berkaitan dengan Melaka dan Pulau Pinang  Contoh Peruntukan tetap:  Raja atau Yang Di Pertua Negeri (YDN)  Pemerintahan – YDN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan  Perundangan – YDN dan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Kewangan – Berdasarkan peraturan persekutuan

PENTADBIRAN NEGERI Badan Eksekutif/Pemerintahan:  Diketuai oleh Raja/YDPN  Kuasa dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau

MMK (peranan hampir sama kabinet di peringkat pusat) yang di ketuai oleh MB/KM  Ahli MMK  MB/KM sebagai ketua  Empat hingga 12 orang yang dilantik dari kalangan ahli DUN  3 orang pegawai kerajaan (SUK, Penasihat Undang-undang Negeri dab

Penasihat Kewangan)

PENTADBIRAN NEGERI: Sistem badan eksekutif/kabinet negeri Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa  MMK terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa tertentu  Jawatankuasa diketuai/dipengerusikan oleh ahli MMK/Exco dan setiausaha adalah pegawai kerajaan (dari SUK)  Setiap jawatankuasa akan mengawasi pelaksanaan dasar oleh agensi di negeri

Sistem Pentadbiran Bermenteri

 MMK berbentuk

   

kementerian dan menyerupai sistem kabinet pusat Sabah-kabinet negeri Sarawak-Majlis Tertinggi Seorang menteri bertanggungjawab ke atas satu kementerian dibantu oleh menteri muda

10

26/10/2015

PENTADBIRAN NEGERI: Badan perundangan negeri Dewan Undangan Negeri  membuat undang-undang negeri  bidang tugas, kuasa & keanggotaan ditentukan oleh perlembagaan negeri  satu dewan sahaja  ahli dari pilihanraya DUN  3 orang ahli dari kerajaan negeri(ex-officio): Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri

Jabatan Kerajaan Negeri  Pej. SUK  Pej. Kewangan Negeri  Penasihat Undang-undang Negeri  Unit Perancang Ekonomi Negeri  Perkhidmatan Awam Negeri/Personel Awam Negeri

PENYELARASAN PENTADBIRAN KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri disalurkan melalui:  Majlis Raja-raja  Majlis Kewangan Kebangsaan  Majlis Tanah Kebangsaan  Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan  Dewan Negara  Mesyuarat Menteri-menteri/Ketua-ketua Menteri

11

26/10/2015

Struktur Jentera Pentadbiran Negeri (ringkas) Pejabat MB/KM

Pejabat SUK

Pentadbiran Bahagian (Sarawak)

Pejabat Daerah

Pentadbiran Mukim Pentadbiran Kampung

Pentadbiran Daerah  cara pentadbiran kawasan / wilayah yang jauh dari pusat

bandar  sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa

(disentralisasi kuasa) Devolusi (penurunan kuasa) kuasa membuat keputusan dalam daerah/wilayah diserahkan kepada badan yang mentadbir wilayah tersebut spt pihak berkuasa tempatan

Dikonsentrasi (perkongsian kuasa) Kuasa membuat keputusan pentadbiran diberikan kepada suatu unit atau organisasi dengan izin pentadbiran pusat spt pentadbiran daerah

Kerajaan Tempatan

Pentadbiran Daerah

KERAJAAN TEMPATAN  Tujuan penubuhan kerajaan tempatan - Memberi

  

 

autonomi/peluang kepada penduduk tempatan untuk mentadbir wilayah sendiri Membantu peningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan Memberi peluang penyertaan rakyat tempatan dalam pengurusan hal ehwal dan kepentingan mereka Berfungsi - Memberikan kemudahan sosial dan perkhidmatan perbandaran seperti; penjagaan kebersihan awam, memungut sampah, kesihatan am, menyediakan sistem pembentungan dll. Badan yang menyediakan perkhidmatan ini – PENGUASA TEMPATAN/PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) Bidang kuasa kecil: punyai kuasa untuk membuat undang-undang (by laws), mendakwa, memiliki harta, membuat kontrak, mengutip sewa dan cukai dll Kawalan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

12

26/10/2015

KERAJAAN TEMPATAN Selepas Akta 1976 / Diluluskan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60 pada 3 Jun 2008

PBT

Lokasi

Ketua Eksekutif

Kriteria

1.Majlis Bandar Raya

Bandar raya

Datuk Bandar

Penduduk: lebih 500 ribu orang Hasil tahunan: lebih RM100 juta

2.Majlis Perbandaran

Bandar

Yang di Pertua Majlis Perbandaran

Penduduk: lebih 150 ribu orang Hasil tahunan: lebih RM20 juta

3.Majlis Daerah

Luar bandar

Yang diPertua Majlis Daerah

Penduduk: Kurang 150 ribu orang Hasil tahunan: Kurang RM20 juta

PENGUASA TEMPATAN/PBT Fungsi penguasa tempatan berdasarkan prinsip 1. ultra-vires – penguasa tempatan hanya berfungsi mengikut tugas dan tanggungjawab yang ditetapka undang-undang 2. general competence – memberi kuasa kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat mampu untuk membiayai kegiatan tersebut. FUNGSI UTAMA PBT DI MALAYSIA  Mengawal pembangunan tanah dan bangunan dalam kawasan pentadbirannya  Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti mengutip sampah  Menjaga dan mengawal kesihatan awam, mengurus pasar dan gerai serta mengutip cukai seperti cukai pintu  Membina dan menyelenggarakan kemudahan awam dan rekreasi seperti taman awam  Membina, menyelenggarakan dan membaiki jalan-jalan awam, pembentungan, parit dan saluran air

PENGUASA TEMPATAN/PBT Sumber pendapatan PBT  Sumber utama – cukai taksiran yang dikenakan atas harta dalam kawasan pentadbiran masing-masing  Punca lain :  Sewa dan bayaran lesen serta lain-lain caj yang dibayar kepada PBT

Contoh: lesen perniagaan.  Caj atau keuntungan daripada apa-apa perdagangan, perkhidmatan

atau perusahaan yang dikendalikan oleh PBT  Bunga terhadap wang yang dilaburkan oleh PBT dan semua

pendapatan yang dikutip daripada harta tak alih dan harta alih PBT  Semua hasil PBT daripada kerajaan persekutuan

13

26/10/2015

Contoh undang-undang Kecil yang digubal mengikut Akta Kerajaan Tempatan Undang-undang Kecil :  Pasar  Penjaja  Kedai Gunting Rambut  Iklan  Kolam  Pembuangan pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah  Tandas awam  Pelesenan dan tempat letak kereta  Anjing  Kolam renang

Contoh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor  Majlis Bandaraya Shah Alam  MP Ampang Jaya  MP Kajang  MP Klang  MP Petaling Jaya  MP Selayang  MP Subang Jaya  MD Hulu Selangor  MD Kuala Langat  MD Kuala Selangor  MD Sabak Bernam  MD Sepang

Isu Dalam Pentadbiran Negeri  Isu penyelarasan  Maklumat tidak sampai/sistematik

 Kelemahan perancangan ekonomi negeri  Tenaga kerja berkemahiran  Penyelarasan projek pembangunan

 Masalah pentadbiran tanah  Prosedur dan peraturan/Birokrasi yang lemah  Kerjasama

MASALAH/ISU UTAMA DALAM HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI a. Isu keluar dari persekutuan b. Isu darurat c. Perbezaan ideologi politik- Kerajaan negeri

dipimpin parti pembangkang d. Isu kewangan e. Kemajuan yang tidak seimbang?

14

26/10/2015

FIKIRKAN…  Bagaimanakah sistem Persekutuan dilaksanakan di Malaysia?  Adakah Malaysia mengamalkan satu sistem persekutuan yang

baik?  Sejauhmanakah sistem persekutuan di Malaysia memberi

kebaikan kepada kedua-dua pihak (kerajaan pusat dan negeri)?  Apakah isu-isu semasa mengenai sistem persekutuan Malaysia

masa kini?

15