Kenegaraan topik 4 handout

29/9/2015 KENEGARAAN TOPIK 4 Dr Murni Wan Mohd Nor Sinopsis Tajuk 4 • Konsep Perlembagaan • Asas Perlembagaan Persekut...

0 downloads 141 Views 355KB Size
29/9/2015

KENEGARAAN TOPIK 4 Dr Murni Wan Mohd Nor

Sinopsis Tajuk 4 • Konsep Perlembagaan • Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia • Kandungan Perlembagaan • Unsur tradisi dalam Perlembagaan • Contoh peruntukan : Hak asasi manusia dan

kewarganegaraan • Perlembagaan Negeri • Pindaan Perlembagaan

HASIL PEMBELAJARAN • Menerangkan konsep asas perlembagaan • Mengetahui latar belakang sejarah Perlembagaan

Persekutuan Malaysia • Menjelaskan peruntukan utama perlembagaan • Menghuraikan kepentingan Perlembagaan Persekutuan

Malaysia

1

29/9/2015

KONSEP PERLEMBAGAAN Definisi: • Satu dokumen yang mengandungi himpunan/susunan peraturan, undang-undang dan prinsip asas bagi pemerintahan dan pentadbiran sebuah negara moden • Mengandungi satu set peraturan mengenai hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal atau memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga di antara autoriti dengan rakyat awam

KONSEP PERLEMBAGAAN • Undang-undang tertinggi negara • Menjelaskan bidang kuasa semua institusi yang terlibat

dengan pemerintahan dan pentadbiran negara • Mengandungi prinsip-prinsip tentang perkaitan antara

satu badan pemerintah dengan badan pemerintah yang lain seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman • Panduan corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara serta jaminan perlindungan rakyat

Perlembagaan Perlembagaan bertulis prinsip-prinsip perlembagaan yang disusun dan dikumpulkan menjadi satu dokumen

Perlembagaan tidak bertulis • prinsip-prinsip / undangundang yang tidak terkumpul dalam satu dokumen

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN BERTULIS • ‘rigid’ / kukuh - sukar dipinda • peranan dan kuasa parlimen tertakluk kepada perlembagaan (membuat undang-undang) • mahkamah sebagai penjaga perlembagaan (mentafsir dan melindungi perlembagaan)

2

29/9/2015

LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Sejarah perlembagaan Malaysia dipengaruhi oleh perkembangan berikut: • Kedatangan Islam pada abad ke 15 • Kedatangan Inggeris abad ke 19 Sistem Inggeris • Sistem Residen/penasihat Inggeris - kesan kepada bidang kuasa raja di negeri • kedudukan Islam dan kuasa kerajaan negeri dalam persekutuan Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union) • Pengaruh Inggeris - Kedudukan raja Melayu - Kewarganegaraan jus soli Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 • Pesuruhjaya Tinggi British - Majlis Mesyuarat dan Majlis Perundangan. • Kedudukan raja Melayu - Kewarganegaraan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 • Masyarakat majmuk - Hasil laporan Suruhanjaya Reid dan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan Malaysia 1963 • Kemasukan Sabah dan Sarawak • Akta Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Perlembagaan bertulis Konsep ketinggian Perlembagaan : Perkara 4(1) • Undang-undang tertinggi/utama dalam persekutuan • Semua undang-undang yang digubal atau bakal digubal tidak boleh bercanggah dengan peruntukan perlembagaan • Jika berlaku percanggahan undang-undang itu akan terbatal setakat ia bercanggahan Kandungan Perlembagaan • 15 bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual

Istilah • “Perkara” (Article) = peruntukan perlembagaan • “Fasal” (Clause) = peruntukan kecil yang menjadi

sebahagian daripada “Perkara” • “Seksyen” = peruntukan dalam Jadual Perlembagaan

3

29/9/2015

ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA • negara persekutuan • raja berperlembagaan • demokrasi berparlimen • Islam agama rasmi dan tetapi wujud jaminan kebebasan

beragama • ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang • doktrin pengasingan kuasa

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual • Bah 1: Nama persekutuan, agama Islam dan

perlembagaan undang-undang tertinggi • Bah 2: Kebebasan Asasi • Bah 3: Kewarganegaraan • Bah 4: Unsur Persekutuan (YDPA, MRR, Eksekutif,

Parlimen dsb) • Bah 5: Negeri-negeri dalam persekutuan • Bah 6: Perhubungan Negeri dan Persekutuan • Bah 7: Kewangan Persekutuan

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN • Bah 8: Pilihan Raya • Bah 9: Kehakiman • Bah 10: Perkhidmatan awam • Bah 11: Kuasa-kuasa khas bagi menangani anasir

subversif dan darurat • Bah 12: Peruntukan am dan pelbagai (termasuk

kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak) • Bah 13: Peruntukan sementara dan tambahan • Bah 14: Kedaulatan raja-raja • Bah 15: Prosiding terhadap YDPA dan raja-raja

4

29/9/2015

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Pemerintahan beraja • legasi sistem feudalisme Unsur tradisi = ciri Agama Islam kemelayuan • Di anuti lebih 600 tahun Bahasa Melayu • Menjadi lingua franca sejak Kesultanan Melaka Kedudukan istimewa orang Melayu • Kuota & kemudahan • Definisi Melayu- “beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu” (Per. 160)

PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan [Per 152 (1)] • Bahasa rasmi dan bahasa penyatuan pelbagai kaum

Islam agama Persekutuan – Islam [Per 3(1)] • Pembangunan masyarakat Islam • Kebebasan beragama

Kewarganegaraan (Bah. 3 Perkara 14 – 22) (lihat contoh) • Kedudukan istimewa orang Melayu (Per.153) • YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan ini berserta kaum

Bumiputera yang lain

Hak kebebasan asasi (Per. 5 – 13) (lihat contoh)

CONTOH PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN: KEBEBASAN ASASI Bahagian 2: Perkara 5 hingga 13 • Per. 9: Larangan buang • Per. 5: Kebebasan diri • Per. 6: Keabdian dan

kerja paksa dilarang • Per 7: Perlindungan

daripada undangundang jenayah yang berkuatkuasa kebelakang dan pembicaraan berulang • Per. 8: Sama rata

negeri, dan kebebasan bergerak • Per. 10: Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan • Per. 11: Kebebasan beragama • Per. 12: Hak berkenaan dengan pelajaran • Per. 13: Hak terhadap harta

5

29/9/2015

CONTOH PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN: KEBEBASAN ASASI

PERSOALAN: SEJAUH MANAKAH PELAJAR UNIVERSITI MEMPUNYAI KEBEBASAN BERSUARA DAN BERKUMPUL?

CONTOH HAK KEBEBASAN ASASI (BERCAKAP, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN) Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)— (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

CONTOH HAK KEBEBASAN ASASI (BERCAKAP, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN) (2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan— (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan; (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

6

29/9/2015

CONTOH HAK KEBEBASAN ASASI (BERCAKAP, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN)

PERSOALAN: ADAKAH PELAJAR UNIVERSITI DIBENARKAN MENUNJUKKAN SOKONGAN TERHADAP MANA-MANA PARTI POLITIK/ MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN POLITIK?

Alasan Penghakiman Kes Hilman Now, reverting to the facts of the present case and the issue before this Court, in my judgment, I fail to see in what manner that section 15(5)(a) of the UUCA) relates to public order or public morality. I also do not find the restriction to be reasonable. I am at a loss to understand in what manner a student, who expresses support for, or opposition against, a political party, could harm or bring about an adverse effect on public order or public morality? Are not political parties legal entities carrying out legitimate political activities? Are not 12 political leaders, including Ministers and members of the federal and state legislatures, members of political parties? I read intensely the affidavits of the respondents and the written submissions of the learned counsel for the respondents, searching for a clear explanation on the nexus between the exercise of the right of a university student to express support for (or opposition against) a political party and public order or public morality: but with respect, not surprisingly, I find none.

Alasan Penghakiman Kes Hilman The impugned provision is irrational. Most university students are of the age of majority. They can enter into contracts. They can sue and be sued. They can marry, becomes parents and undertake parental responsibilities. They can vote in general elections if they are 21 years old. They can become directors of company. They can be office bearers of societies. Yet – and herein lies the irony – they are told that legally they cannot say anything that can be construed as supporting or opposing a political party. In my opinion such a provision as section 15(5)(a) of the UUCA impedes the healthy development of the critical mind and original 13 thoughts of students – objectives that seats of higher learning should strive to achieve. Universities should be the breeding ground of reformers and thinkers, and not institutions to produce students trained as robots. Clearly the provision is not only counter-productive but repressive in nature.

7

29/9/2015

PINDAAN KEPADA S.15 AUKU 15) Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik. (2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh(a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; atau (c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.

BINCANGKAN: APAKAH KESAN DARIPADA KES HILMAN KEPADA HAK KEBEBASAN ASASI PELAJAR UNIVERSITI?

CONTOH PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN:KEWARGANEGARAAN Pemerolehan kewarganegaraan - Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 4 cara: • Kuatkuasa undang-undang (Per. 14) • Pendaftaran (Per 15) • Kemasukan (Per 16) • Percantuman wilayah (Per. 22)

Kehilangan kewarganegaraan - Perkara 23 - 28

8

29/9/2015

PERLEMBAGAAN NEGERI • Setiap negeri mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab

tersendiri mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan negeri-negeri. • Perlembagaan negeri tidak boleh bercanggah dan bertentangan dengan peruntukan perlembagaan persekutuan. • Perkara 71 : Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri – menjamin hak dan peruntukan yang perlu untuk negeri • Berdasarkan Perkara 71(4) • setiap Perlembagaan Negeri perlu mempunyai peruntukan seperti

yang terkandung dalam Jadual 8 Bahagian 1 yang dinamakan “Peruntukan Perlu”. • Parlimen mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan perlu

di negeri jika negeri tidak melaksanakan atau mempunyai peruntukan yang berlawanan.

PERLEMBAGAAN NEGERI Jadual 8 Bahagian 1 mengandungi: Peruntukan Tetap • Di antara peruntukan: Raja bertindak mengikut nasihat, Prosiding

terhadap raja, Majlis Mesyuarat Kerajaaan, Badan Perundangan Negeri, Keanggotaan , prosedur dan kuasa perundangan Badan Perundangan Negeri, Yang di-Pertua Negeri

Peruntukan Kewangan • Cukai atau levi yang telah ditetapkan sahaja, Kumpulan Wang

Yang Disatukan, Penyata Kewangan Tahun

Jadual 8 Bahagian 2 mengandungi: Peruntukan sementara • peruntukan sementara sebagai alternatif kepada peruntukan dalam

Bahagian 1 – alternatif kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan keanggotaan Dewan Negeri.

PERLEMBAGAAN NEGERI Perkara 73-95E – Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri: • Pengagihan kuasa perundangan • Pengagihan kuasa pemerintahan • Pengagihan kuasa kewangan • Tanah • Pembangunan negara • Tinjauan persekutuan, agihan persekutuan kepada negeri, dan pemeriksaan persekutuan mengenai kegiatan negeri

9

29/9/2015

PINDAAN PERLEMBAGAAN Tujuan pindaan perlembagaan • Perubahan-perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik perlu diambil kira oleh perlembagaan • Penyemakan terhadap perlembagaan diperlukan untuk mencapai tujuan-tujuan demokrasi Perkara 159 – terdapat 4 kaedah pindaan Perlembagaan

PINDAAN PERLEMBAGAAN Pindaan berdasarkan kepada suara lebih 2 per 3 dalam tiap-tiap sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja. • Perkara 10(4) – Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. • Perkara 38 – Majlis Raja-Raja • Perkara 63(4) – Keistimewaan-keistimewaan Parlimen • Perkara 70 – Keutamaan YDPA, Raja-Raja dan Yang diPertua Negeri • Perkara 71(1) – Jaminan persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri • Perkara 72(4) – Keistimewaan Dewan Negeri • Perkara 152 – Bahasa Kebangsaan • Perkara 153 – Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak • Perkara 159 – Pindaan Perlembagaan Persekutuan • Perkara 181 – Perkecualian bagi kedaulatan Raja-Raja dsb. • Undang-undang yang berkaitan dengan perubahan sempadan negeri

PINDAAN PERLEMBAGAAN Pindaan berdasarkan suara lebih 2 per 3 dalam tiap-tiap sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Sabah & Sarawak. • Melibatkan perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak seperti Perkara 161E(2); dan jika ianya akan menyentuh perkara berikut • Hak warganegara • Keanggotaan dan bidangkuasa Mahkamah Tinggi • Badan perundangan • Agama dalam negeri tersebut • Peruntukan bagi negeri tersebut

10

29/9/2015

PINDAAN PERLEMBAGAAN Pindaan berdasarkan suara lebih 2 per 3 dalam tiaptiap Dewan Parlimen tanpa berkehendakkan persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen (Per. 159 (4)) Perkara yang tidak dinyatakan dalam mana-mana perkara

PINDAAN PERLEMBAGAAN Pindaan yang berasaskan kelebihan suara biasa (sekurangkurang 1 undi) dalam setiap sidang Parlimen. • Pindaan berhubung kemasukan atau gabungan negeri-negeri dalam Persekutuan • Pindaan Jadual Kedua (Bahagian Tiga) Perlembagaan Persekutuan (berhubung peruntukan tambahan tentang kewarganegaraan) • Pindaan berkenaan bentuk-bentuk sumpah dan ikrar taat setia (jadual Keenam). • Pindaan pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara (jadual Ketujuh) • Perkara-perkara yang berkaitan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukkan, kecuali Perkara 74 (melibatkan undang-undang Persekutuan dan Negeri) dan Perkara 76 (kuasa Parlimen membuat undang-undang untuk negeri dalam hal-hal tertentu).

RENUNGKAN… Sejauhmanakah anda: • mengenal perlembagaan negara? • mengetahui hak anda sebagai rakyat malaysia? Apakah kepentingan Perlembagaan kepada rakyat dan negara? Bagaimanakah perlembagaan memberikan kesan kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia?

11