KAD KUASA

Download Kad Kuasa adalah dokumen rasmi kerajaan dan dikeluarkan kepada pegawai- pegawai kerajaan bagi memperakui kuasa-...

0 downloads 233 Views 567KB Size
KAD KUASA (AUTHORITY CARD)

Kad Kuasa adalah dokumen rasmi kerajaan dan dikeluarkan kepada pegawai-pegawai

kerajaan

bagi

memperakui

kuasa-kuasanya

berhubung dengan tugas-tugas rasminya sebagaimana yang tercatit di dalam mana-mana Undang-undang. Kad Kuasa dikeluarkan mengikut peruntukan di bawah Bab IV, perenggan 24 Arahan Keselamatan mengenai Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Kad Kuasa dan Kad Perlantikan. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan adalah menjadi kuasa pusat mengenai dasar dan pengeluaran Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Kad Kuasa dan Kad Perlantikan. Jabatan hanya boleh menggunakan Kad Kuasa mengikut kesesuaian yang ditetapkan dan dipersetujui oleh Pegawai Keselamatan Kerajaan.

Sebelum

sesuatu Kad

Kuasa

diluluskan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk dicetak, Jabatan perlu mengemukakan spesifikasi sebanyak dua kali untuk tujuan pengesahan. Tujuan Kad Kuasa dikeluarkan adalah sebagai pengenalan diri seseorang pegawai penguatkuasa kepada orang awam apabila bertindak melaksanakan kuasanya terhadap orang awam. Kad Kuasa dikeluarkan hanya kepada seseorang yang dilantik sebagai pegawai imigresen di bawah seksyen 3(1), 3(1A) dan 3(1B) Akta Imigresen 1959/63.

SEJARAH KAD KUASA IMIGRESEN

Kad Kuasa Imigresen telah melalui proses pertukaran beberapa kali semenjak mula digunakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sebelum tahun 1970-an Kad Kuasa menggunakan kaedah kad laminate dengan bertulisan tangan. Mulai tahun 1970-an ciri-ciri keselamatan Kad Kuasa Imigresen dipertingkatkan menggunakan kad yang dilipat dua dengan kulit berwarna hijau. Kad ini digunakan sehingga tahun 1982 sebelum digantikan.

Dari 1970an hingga 1982

Pada tahun 1982 Kad Kuasa Imigresen ditukar kepada kad yang menggunakan kaedah laminate. Kad ini digunakan sehingga tahun 1992 sebelum digantikan dengan kad berbentuk dua lipatan.

Dari 1982 hingga 1992

Pada tahun 1992 sekali lagi Jabatan menukar Kad Kuasa kepada bentuk two fold dengan ciri keselamatan lebih baik dan ditingkatkan. Kulit Kad Kuasa berwarna maroon dengan butir-butir pemegang kad dimasukkan ke bahagian sebelam dalam lipatan kad. Kad Kuasa digunakan sehingga tahun 2002 sebelum digantikan dengan kad yang memiliki lebih ciri keselamatan.

Dari 1992 hingga 2002

Pada tahun 1992 Jabatan telah menukar Kad Kuasa kepada bentuk baharu menggunakan kad pre-printed yang lebih berkualiti dan tidak mudah rosak dengan ciri-ciri keselamatan lebih tinggi. Kad dicetak oleh Percetakan Keselamatan Nasional Bhd. (PKN). Kad Kuasa baharu ini turut dibekalkan bersama dompet kad kuasa yang mempunyai lencana ‘logo Imigresen’ berwarna emas. Kad Kuasa ini digunakan sehingga tahun 2016 iaitu lebih kurang 14 tahun sebelum ditukarkan kepada Kad Kuasa bentuk baharu yang lebih memfokuskan kepada ciri-ciri keselamatan berdasarkan kepada ciri-ciri dan bentuk seperti ditetapkan oleh

Pejabat

Penggantian

Ketua Kad

Pegawai

Kuasa perlu

Keselamatan dilaksanakan

Kerajaan atas

(CGSO).

sebab-sebab

keselamatan serta pencerobohan dan penyamaran menggunakan kad kuasa sedia ada. Berdasarkan nasihat CGSO, Kad Kuasa sewajarnya dikaji setiap lima tahun bagi mengekalkan integritinya.

Dari 2002 hingga 2016