FCE3204 Arahan Tugasan

NAMA KURSUS: KOD KURSUS: SEMESTER : Kemahiran Berfikir FCE3204 Kedua 2014/2015 Markah : 40% - Tugasan Individu Arahan ...

1 downloads 207 Views 75KB Size
NAMA KURSUS: KOD KURSUS: SEMESTER :

Kemahiran Berfikir FCE3204 Kedua 2014/2015

Markah : 40% - Tugasan Individu Arahan Tugasan 1. Setiap pelajar dikehendaki mencari 4 artikel dari jurnal antarabangsa yang ternama berkaitan dengan kemahiran berfikir. 2. Binakan peta minda bagi setiap artikel berkenaan 3. Keempat-empat artikel tersebut perlu membincangkan konsep kemahiran berfikir yang dapat dikaitkan dalam suatu peta minda keseluruhan 4. Binakan peta minda keseluruhan yang dapat menunjukkan perkaitan keduadua peta minda tersebut 5. Huraikan konsep yang telah anda tunjukkan dalam peta minda keseluruhan. Di samping itu, anda juga dikehendaki untuk menambah dengan menganalisa dan mengupas peta minda ini dengan menggunakan huraian anda sendiri. Huraian anda adalah berkenaan dengan berfikir, kemahiran berfikir, atau aspek berfikir yang lain. 6. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk soft copy dan hard copy. 7. Kedua-dua artikel tersebut juga perlu disertakan dalam tugasan yang akan dihantar. 8. Tugasan ditulis dalam Bahasa Malayu atau Bahasa Inggeris. 9. Penulisan perlu mantap disertakan rujukan mengikut format yang betul dari penulisan ilmiah yang diterima pakai. Sila semak, umpamanya tesis-tesis Master dan PhD di perpustakaan untuk melihat cara rujukan digunakan dalam penulisan. 10. Tugasan hendaklah ditaip dengan menggunakan ‘font’ Times New Roman, saiz 12, jarak langkau antara baris adalah 1.5. 11. Panjang tugasan antara di antara 8-12 halaman (tidak termasuk senarai rujukan dan artikel-artikel yang disertakan tersebut. 12. Anda TIDAK dibenarkan menciplak (meniru) ayat-ayat dari artikel tersebut, dari rakan-rakan anda yang membuat tugasan ini, dan dari mana-mana sumber rujukan lain. Sebarang ciplak yang dilakukan dan berjaya dikenalpasti akan menyebabkan tugasan ini boleh diberikan markah 0. 13. Bagi tujuan penyerahan, pastikan pada muka hadapan setiap tugasan dicatatkan dengan jelas nama anda, no. matrik, dan tajuk tugasan (beri sendiri). 14. Penilaian Tugasan ini adalah berdasarkan: a. kematangan huraian secara kritikal dan analitikal. b. merumuskan maklumat yang diperolehi, keaslian (originality), kreativiti menyusun dan mengolah idea atau isi penting, c. sejauh mana anda mampu mengolah penulisan itu mengenai berfikir, kemahiran berfikir, atau falsafah berfikir, dan lain-lain. d. mematuhi sepenuhnya kehendak arahan 1-13 yang disenaraikan di atas.