Tugasan PJJ

FEM3335 PEMBANGUNAN DAN KELESTARIAN (Development and Sustainability) TUGASAN Tugasan 1: Dengan mengambil contoh-contoh ...

0 downloads 313 Views 152KB Size
FEM3335 PEMBANGUNAN DAN KELESTARIAN (Development and Sustainability) TUGASAN

Tugasan 1: Dengan mengambil contoh-contoh yang relevan, bincangkan kesan positif dan negatif pembangunan, kemajuan dan pemodenan sains dan teknologi ke atas dunia dan kehidupan manusia sejagat. Tugasan 2: Bincangkan bentuk-bentuk protokol yang telah dibangunkan oleh masyarakat dunia dan langkah perlaksanaan yang telah di ambil untuk melestarikan pembangunan secara terperinci. Bincangkan isu dan cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan protokol-protokol ini. Tugasan 3: Apakah yang dimaksudkan dengan komuniti lestari? Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana sesebuah komuniti berpotensi menjadi komuniti yang lestari. Tugasan 4: Terdapat banyak contoh amalan penggunaan dan pengeluaran lestari yang telah dilaksanakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Senaraikan amalan-amalan ini serta bincangkan bagaimana setiap amalan ini boleh memberi kesan ke atas kesejahteraan manusia dan persekitarannya. Tugasan 5: Pilih sekurang-kurangnya 2 bandar di dunia yang digazetkan sebagai “Bandar Bestari”. Bincangkan secara terperinci/kajian kes terhadap ciri-ciri dan keistimewaan Bandar-bandar tersebut sebagai sebuah Bandar yang lestari. Tugasan 6: Apakah yang dimaksudkan dengan ciri urus tadbir yang baik (Good Governance)?. Berdasarkan kajian lapangan di salah sebuah jabatan Pihak Berkuasa Tempatan/Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya, Cth: Majlis Perbandaran Kajang), laporkan bagaimana aplikasi good governance dilaksanakan ke arah melestarikan pembandaran di Malaysia. Tugasan 7: Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan peranan Negara maju dan membangun dalam usaha melestarikan kehidupan manusia sejagat.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TUGASAN DAN PEMBENTANGAN 1. 2. 3.

4. 5.

Pilih satu tajuk tugasan sahaja. Tugasan boleh dilaksanakan secara berkumpulan maksimum 3 orang. Tugasan individu digalakkan. Penulisan tugasan perlu mengikut format seperti berikut: a. Font 12, Times New Roman b. Jarak langkau 1.5 c. Tidak kurang daripada 10 mukasurat. d. Muka depan mengandungi: i. Tajuk tugasan ii. Maklumat kursus (nama dan kod kursus, semester dan nama pensyarah) iii. Maklumat pelajar (nama, nombor matrik) Laporan bertulis tugasan perlu dihantar kepada pensyarah pada minggu ke 10. Plagiarisme adalah tidak dibenarkan sama sekali. Meskipun kebanyakan kandungan tugasan mungkin diambil dari sumber Internet, pelajar perlu mengolah semula isi kandungan mengikut keperluan tajuk dan arahan tugasan.