TAJUK 8

TAJUK 8 EKSEKUTIF •Eksekutif •Perdana Menteri •Kabinet •Kabinet Malaysia •Konsep Kabinet Bayangan •Kementerian dan Perk...

172 downloads 385 Views 118KB Size
TAJUK 8 EKSEKUTIF •Eksekutif •Perdana Menteri •Kabinet •Kabinet Malaysia •Konsep Kabinet Bayangan

•Kementerian dan Perkhidmatan Awam •Suruhanjaya •Perbadanan Awam

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF • Membuat keputusan mengenai polisi dan menguatkuasakan undang-undang • Menjaga hal ehwal hubungan luar negara • Melantik pegawai-pegawai kerajaan • Penyiasatan dan keselamatan dalam dan luar negara • Pengeluaran lesen • Membuat instrumen perundangan dan undang-undang kecil • Membuat pembangunan infrastruktur • Menggubal dan menjalankan dasar tertinggi nagara

Yang di-Pertuan Agong Bahagian yang Memberi Dasar atau arahan

Perdana Menteri dan Menteri Kabinet

Jabatan Perdana Menteri Bahagian yang melaksanakan dasar Atau arahan

Kementerian2

Jabatan2

Badan2 Berkanun

STRUKTUR BADAN EKSEKUTIF DI MALAYSIA

Perlantikan Ahli Kabinet dan Perdana Menteri • PERLANTIKAN KABINET KINI • Perkara 43(1)  Jemaah Menteri dilantik oleh YDPA utk menasihati baginda dalam menjalankan tugas-tugasnya • Perkara 43(3)  Jemaah Menteri bertanggung jawab terus kepada Parlimen. • KUASA YDPA UNTUK MELANTIK PERDANA MENTERI • Perkara 43(2)(a)  Melantik terlebih dahulu seorang P.M yg pada pendapat baginda akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen (Dewan Rakyat). • Perkara 43(2)(b)  YDPA akan melantik Menteri2 dr kedua2 Dewan (Negara & Rakyat) atas nasihat PM.

PERDANA MENTERI • Ketua kerajaan • Dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet Bidang tugas a. Penasihat kepada YDPA hal pemerintahan negara  hal berkaitan dengan perkhidmatan para menteri ; perlantikan dan penamatan jawatan  nasihat untuk perlantikan jawatan utama seperti Ketua Hakim Negara  pembubaran Parlimen b. Menamakan senarai barisan jemaah Menteri untuk dilantik oleh YDPA c. Mempengerusikan mesyuarat Kabinet d. Memastikan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dijalankan e. Menyelesaikan pertikaian kerajaan persekutuan dan negeri

KABINET/JEMAAH MENTERI • Badan yang berkuasa melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). • Badan Tertinggi yang bertanggungjawab membentuk dasar-dasar pemerintahan negara • Dasar atau polisi Kabinet adalah tugas yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan • Diketuai oleh Perdana Menteri (PM) dan ahlinya Menteri-Menteri yang memegang portfolio tertentu – Bertanggungjawab secara kolektif mengenai semua keputusan yang dibuat oleh Kabinet

KABINET/JEMAAH MENTERI • Beberapa buah Jawatankuasa Tetap Kabinet ditubuhkan dipengerusikan dan dianggotai oleh Menteri-Menteri • Jawatankuasa ini bertanggungjawab membantu Kabinet khususnya dalam usaha menggubal sesebuah dasar yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan • Perkara 43B(1) setiausaha parlimen dilantik oleh PM – tugasnya ialah membantu menteri dan timbalan menteri dan semasa menjalankan tugas ini beliau mempunyai kuasa penuh sebagaimana menteri • Ketua Setiausaha Negara (KSN) menjadi setiausaha Kabinet dan pegawai perkhidmatan awam yang tertinggi

KONSEP KABINET BAYANGAN Sistem yang berlaku di negara-negara maju Di Malaysia – tidak berlaku

Diketuai oleh Ketua Pembangkang di Parlimen

Di anggap jawatan tidak rasmi

“Check & balance” – pihak parti pemerintah

Kabinet Bayangan

Ahli jamaah dikalangan ahli parti pembangkang yang dilantik oleh PM bayangan.

Menyelaras portfolio dengan pihak kerajaan

KEMENTERIAN • Agensi kerajaan yang tertinggi dalam jentera pentadbiran kerajaan persekutuan • Ditubuhkan untuk melaksanakan tugas-tugas eksekutif • Terdapat dua jenis kementerian : – Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan – Kem. Hal Ehwal Luar, Kem. Pertahanan, Kem. Kewangan – Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan dan negeri – Kem. Pelajaran, Kem. Kesihatan, Kem. Kerja Raya • Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaras pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial yang diletakkan di bawah portfolio sesebuah kementerian • Pegawai Tadbir Utama Kementerian ialah Ketua Setiausaha Kementerian

JABATAN • Agensi peringkat pelaksanaan yang kedua tertinggi selepas kementerian. • Jabatan-jabatan kerajaan ditubuhkan untuk membantu kementerian bagi melaksanakan tanggungjawabnya • Mempunyai cawangan di peringkat negeri dan daerah • Dketuai oleh seorang Ketua Pengarah • Terdapat beberapa buah jabatan yang diketuai oleh gelaran jawatan yang berlainan seperti Jabatan Audit diketuai oleh Ketua Audit Negara, Jabatan Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Ketua Polis Negara • Cawangan di peringkat negeri dan daerah pula diketuai oleh Pengarah-pengarah Negeri dan Pengarah-pengarah Daerah • Jabatan yang diwujudkan oleh kementerian mempunyai peranan bagi melaksanakan sebahagian daripada perkara dan dasar-dasar yang terletak di bawah sesebuah kementerian tersebut

SURUHANJAYA • Badan yang menjalankan tugas secara bebas, objektif, adil dan saksama • Dua jenis suruhanjaya – Suruhanjaya tetap – Suruhanjaya sementara

• Perlantikan mengenai anggota suruhanjaya -Perkara 142 – Pengerusi dan ahli dilantik oleh YDPA

• Perlembagaan memperuntukan secara khusus mengenai suruhanjaya pilihanraya dan beberapa suruhanjaya perkhidmatan seperti: – – – – –

Kehakiman dan undang-undang Perkhidmatan Awam Pasukan Polis Perkhidmatan Pelajaran Hak asasi manusia (SUHAKAM)

PERBADANAN AWAM • Perbadanan-perbadanan Awam atau Agensi-agensi Separa Kerajaan adalah ditubuhkan di bawah undang-undang, sama ada diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. • Agensi separa kerajaan yang diwujudkan bagi mengambilalih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan kerajaan • Terdapat beberapa buah perbadanan awam yang ditubuhkan untuk melaksanakan beberapa bidang tugas yang baharu • Perbadanan awam ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu : – Badan Berkanun – Badan Tidak Berkanun

PERBADANAN AWAM Badan Berkanun • Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri untuk menjalankan tugas dengan bebas • Memiliki peruntukan kewangan sendiri dan kuasa autonomi tertentu, tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan • Diketuai oleh Pengurus Besar yang dilantik oleh YDPA • Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan mesti dirujuk sebelum mengubah bilangan pekerja • Contoh Badan Berkanun : • Badan-badan Berkanun - peringkat Persekutuan ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). • Di peringkat Negeri -Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan Lembaga Bekalan Air Negeri.

PERBADANAN AWAM Badan Tidak Berkanun • Badan-badan yang berbentuk syarikat induk yang ditubuhkan untuk sesuatu maksud yang luas • Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 • Pengurus Besar sebagai ketua eksekutif yang dilantik oleh YDPA • Badan ini menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara • Anak-anak syarikat ditubuhkan dengan tujuan yang terhad • Contoh : • Perbadanan Nasional (PERNAS) • Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) • Syarikat Industri Makanan Malaysia (FIMA) • Pertroleum Nasional Berhad (PETRONAS)

MAJLIS

• Beberapa majlis telah dibentuk bertujuan untuk menyelaraskan urusan pentadbiran negara. • Majlis Perundangan: – Majlis Tanah Negara (MTN) – Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) – Majlis Kewangan Negara (MKEN) • MTN dan MNKT dipengerusikan oleh seorang Menteri kecuali MKN dipengerusikan oleh PM sendiri. • MKN bertanggungjawab dalam membentuk forum rundingan bagi hal kewangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. • Majlis-majlis lain yang diwujudkan bertujuan khusus membantu Kabinet menyelaraskan fungsi-fungsi kementerian seperti berikut: – Majlis Pembangunan Negara (Majlis Tindakan Negara) – Majlis Perancangan Negara (Majlis Ekonomi Negara) – Majlis Keselamatan Negara

MAJLIS • Majlis Pembangunan Negara - majlis pentadbiran yang tertinggi Bertujuan menyelaras pelaksanaan semua rancangan dan projek pembangunan kerajaan • Semua Menteri Kabinet akan hadir dalam persidangan majlis ini • Majlis Perancangan Negara bertanggungjawab secara khusus dalam pembangunan ekonomi negara • Majlis Keselamatan Negara bertindak menyelaras tugas-tugas yang berkaitan dengan keselamatan negara • Majlis Perancangan Negara dan Majlis Keselamatan Negara hanya dihadiri oleh Menteri-Menteri yang berkaitan sahaja • Peranan dan tugas majlis-majlis ini disempurnakan menerusi kaedah dengan meminta ketua-ketua agensi kerajaan yang terlibat memberi taklimat tentang pencapaian dan kemajuan agensi masing-masing • Ketiga-tiga majlis ini dipengerusikan oleh PM