TAJUK 14

TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan ca...

245 downloads 560 Views 164KB Size
TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa perpaduan: PATRIOTISME

KONSEP NEGARA BANGSA (nation building) • “Negara” + “Bangsa” • Negara: – Unit Politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab dan kuasa menjalankan pentadbiran sendiri. – Negara berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah dengan masyarakat. • Bangsa – 3 takrifan utama: 1. Dari perspektif perundangan = status kewarganegaraan menurut Perlembagaan 2. Dari perspektif keturunan = berdasarkan ciri fizikal (biologi) dan budaya (ras, kaum & etnik) 3. Dari perspektif politik = komuniti politik dalam wilayah tertentu; identiti sepunya pembentukan negara berdasarkan sejarah

KONSEP NEGARA BANGSA • Diasaskan atas bangsa yang disusun dalam satu organisasi negara (Perjanjian Versailles 1919) • Sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit • Rakyat mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut • Rakyat menerima nila-nilai kebangsaan/universal yang sama untuk dikongsi bersama dan ini mengikat semua dalam satu bangsa yang bersatu. • Nilai-nilai kebangsaan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bendera kebangsaan, lagu kebangsaan, ideologi atau dasardasar negara tertentu yang bertujuan menyatukan rakyat seperti dasar pendidikan atau dasar kebudayaan kebangsaan

KONSEP NEGARA BANGSA • Proses pembinaan negara bangsa – satu proses yang panjang • Melibatkan proses pemupukan nilai seperti; setia pada negara, keharmonian dan tolak ansur • Di Malaysia – konsep “bangsa Malaysia” oleh Tun Mahathir – tidak menghapuskan identiti kaum tetapi kesepaduan dalam kepelbagaian • Negara bangsa mengikut Tun Mahathir - “dibina dan dibangunkan dengan rakyat yang menyanjung masa depan yang dikongsi bersama, berintegrasi seluruh wilayah dan kelompoknya, menikmati kehidupan bersama berasaskan persamaan hak & keadilan, menumpukan taat setia dan pengabdian tidak berbelah-bahagi terhadap bangsa & negara mereka.”

FAKTOR PEMBINAAN NEGARA BANGSA • • • • •

Lingua Franca Integrasi Kewarganegaraan Patriotisme Demokrasi

PEMBINAAN NEGARA BANGSA: KONTEKS DI MALAYSIA • “Perpaduan dalam kepelbagaian” • Usaha/proses ke arah pembinaan negara bangsa: Perlembagaan Persekutuan • Hasil tolak ansur antara kaum – Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – Islam agama Persekutuan – Kebebasan beragama

Rukun Negara = ideologi negara • Falsafah menghormati dan meraikan kepelbagaian

Wawasan 2020 • Matlamat mewujudkan “Bangsa Malaysia” • Sistem pendidikan kebangsaan

PEMBINAAN NEGARA BANGSA: KONTEKS DI MALAYSIA Peranan/Faktor yang membawa kepada pembinaan negara bangsa: Pemimpin politik Sistem perkongsian kuasa dalam kerajaan Bahasa kebangsaan Sistem pendidikan kebangsaan

FOKUS DAN STRATEGI UNTUK PEMBINAAN NEGARA BANGSA • Memperkasakan Bahasa Kebangsaan • Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional • Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa • Membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri individu

RUKUN NEGARA • Latar belakang pembentukan Rukun Negara • Objektif • Prinsip

PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA Tarikh

Peristiwa

13 Mei 1969

Rusuhan Kaum

16 Mei 1969

Darurat diisytiharkan (Ordinan No.2 Kuasa-kuasa Perlu) oleh Yang Di Pertuan Agong (atas nasihat PM): - perintah berkurung - larangan berkumpul - kawalan keselamatan Sistem dan fungsi Parlimen digantung Pilihanraya umum 1969 ditangguhkan

17 Mei 1969

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan Pengarah - Tun Abdul Razak  mengembalikan keamanan  menegakkan semula kepatuhan pada undang-undang  memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai (sukar dilaksanakan)

PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA Tarikh

Peristiwa

Ogos – Disember 1969

Majlis Muhibbah Negara dan Jabatan Perpaduan ditubuhkan - mengendalikan usaha dan aktiviti bercorak muhibbah antara kaum - ditukar menjadi Kem. Perpaduan Negara (Kem. Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat)

29 Januari 1970 MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) di bawah undang-undang Darurat - penasihat MAGERAN - membincang dan meneliti isu-isu perpaduan dan mencari jalan penyelesaian masalah berbilang kaum - membentuk rukunegara 31 Ogos 1970

Rukunegara diisytiharkan oleh YDA

RUKUN NEGARA • Ideologi kebangsaan • Susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek kehidupan bernegara seperti keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan

OBJEKTIF RUKUN NEGARA 1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat; 2. Memelihara hidup yang demokratik; 3. Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; 4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; 5. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden

PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • Kepentingan individu mempunyai nilai dan kepercayaan agama • Teras dan asas keperibadian individu, bangsa dan negara • Benteng diri dari melakukan perkara-perkara negatif (perbuatan-perbuatan anti sosial)

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RAKYAT PERLU • Menghormati: – harta awam – simbol-simbol kedaulatan negara

• mematuhi undang-undang • produktif • meningkatkan nama baik negara (aktiviti sosial, ekonomi dan politik) • sanggup sumbang masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan negara • setia, sanggup dan berani mempertahankan negara • bersifat altruistik

PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN • Kedudukan: – raja berperlembagaan – kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam pembangunan sosioekonomi

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • Perlembagaan Malaysia • Undang-undang penting untuk mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur

• Bahasa Melayu sebagai bahasa KESOPANAN DAN KESUSILAAN kebangsaan sementara perkembangan bahasa lain tidak Membentuk warganegara: dihalang • bersopan (beradab, ikut peraturan, • Agama Islam sebagai agama tertib dan bermaruah) rasmi tetapi kebebasan beragama dijamin • bersusila (berakhlak dan berhemah mulia) • Hak asasi rakyat dijamin • Soal kerakyatan dan soal sistem • Individu beradab dan berakhlak mulia pemerintahan

MASYARAKAT MAJMUK Ciri utama masyarakat majmuk oleh J. S. Furnival (1956) : (Berdasarkan gambaran keadaan di Malaysia sehingga 1960an) • Pelbagai kaum dan keturunan – Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan penduduk asli (bumiputera) • Mereka bercampur tetapi tidak bersatu • Berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik – Bertemu ketika membeli belah, kemudian pulang ke kelompok masing-masing • Berpegang kepada kebudayaan, cara hidup, agama, bahasa, idea, kepercayaan dan kaedah tersendiri • Terdapat pembahagian tenaga buruh yang berdasarkan perkauman

Masyarakat Majmuk Di Malaysia: Latar belakang • Di peringkat awal sebelum penjajahan – migrasi kecilan melalui aktiviti seperti perdagangan dan misi keagamaan • Sehingga awal abad ke 19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. • Pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar terbuka Inggeris untuk kepentingan ekonomi – membentuk masyarakat majmuk – • Dasar pecah dan perintah Inggeris – kumpulan etnik - dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. – Kesan - perasaan perkauman yang tinggi – tragedi 13 Mei

• Selepas 13 Mei – kerajaan melaksanakan pelbagai dasar yang bermatlamatkan untuk perpaduan kaum – KESEPADUAN SOSIAL

PROSES DAN TAHAP UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL • Terdapat beberapa tahap dan proses yang mungkin dilalui oleh negara yang mempunyai pelbagai kaum ke arah mencapai perpaduan dan integrasi nasional seperti: Akomodasi Proses asimilasi kecil  Asimilasi budaya /Akulturasi  Asimilasi strutur

Asimilasi Amalgamasi

PERPADUAN • “Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air” • Penyatuan dalam semua aspek: fizikal, ekonomi, politik dan sosial • Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian – Ras etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan • Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian sosial – Wujud kestabilan politik – Tingkatkan pertumbuhan ekonomi

INTEGRASI • “Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik” • Identiti nasional = hubungan kaum lebih erat; wujud perasaan hidup bersama • Integrasi juga = proses penyatuan semua aspek fizikal, ekonomi, politik, sosial termasuklah biologikal (kahwin campur) – Memadai terdapat beberapa wakil sanggup hidup bersama – Penerimaan oleh masyarakat = wujud integrasi • Integrasi lebih kepada ikatan batin iaitu ikatan perasaan, hati dan pemikiran

AKOMODASI • Proses awal • Kumpulan etnik menyedari perbezaan norma dan nilai antara etnik, tetapi masih mempertahankan nilai dan budaya masingmasing • Hidup secara harmoni • Di Malaysia – ini proses yang dilalui semasa zaman penjajahan Inggeris

ASIMILASI BUDAYA / AKULTURASI • Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti – budaya sahaja; tidak pada keseluruhan aspek – pelajari cuma ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat resam dan lain2 kemahiran – Masih berpegang kpd ajaran agama asal; identiti asal tidak hilang • Kaum Cina dan India banyak mengamalkan budaya tempatan – berbaju kurung, guna dialek bahasa Melayu, makan dgn tangan, duduk bersila, pelajari tarian dll. – membezakan kaum Cina Malaysia dan India Malaysia dengan kaum Cina dari China dan kaum India dari India – mereka telah mengalami asimilasi budaya atau akulturasi – masih boleh dilabelkan sebagai kaum Cina atau India kerana identiti asal belum terhakis

ASIMILASI STRUKTUR • Proses kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama kumpulan majoriti – Pendidikan, petempatan, ekonomi, politik dan sosial • Kumpulan minoriti tidak hilang ciri dan identiti asal cuma mengalami sedikit perubahan – DEB – kumpulan etnik disatukan dengan penyusunan semula masyarakat; wujud kerjasama dan hubungan erat dlm pelbagai bidang – Politik – kewujudan parti Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional memudahkan proses ini berlaku • Boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana ia melibatkan dimensi sosialisasi dalam masyarakat

ASIMILASI • Satu proses percampuran kumpulan2 minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar – proses integrasi 1 hala • Kumpulan minoriti akan hilang pegangan asal, agama, budaya, bahasa – Pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti – Akhir proses: 1 kelompok yang sama & seragam • Satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia – banyak jurang perbezaan – Tidak mudah kump. minoriti tinggalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan mereka – Terpaksa amalkan cara hidup majoriti • Cth: masyarakat Cina di Indonesia

AMALGAMASI • Proses percantuman menyeluruh dalam aspek kehidupan & merupakan dimensi yang tertinggi dalam integrasi • Kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu = satu budaya baru – Kepelbagaian etnik > amalgamasi > kelompok baru – Tercapai melalui perkahwinan campur secara besarbesaran – Etnik Melayu + Etnik Cina = budaya baru • Sukar dicapai di Malaysia

PLURALISME • Konsep mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik • Dibahagi kepada: 1. Pluralisme Kebudayaan • Pengekalan ciri-ciri kebudayaan dan identiti pelbagai kelompok • Tidak perlu ubah, amal dan sertai cara hidup kumpulan lain • Mudah diterima; tidak jejaskan kepentingan • Dilihat sebagai kekuatan

2. Pluralisme Ubahsuaian • Kumpulan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain = sedikit perubahan • Kekal kepelbagaian etnik tetapi menerima sedikit unsurunsur kumpulan lain hasil dari pergaulan, interaksi sosial dan perhubungan • Penerimaan ini dikatakan sebagai mengalami ubahsuaian

LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN POLITIK - Politik permuafakatan – perkongsian kuasa dalam kerajaan SOSIAL - Rukunegara - Dasar Pelajaran Kebangsaan - Dasar Kebudayaan Kebangsaan - 1Malaysia EKONOMI • Dasar-dasar pembangunan – matlamat utama : perpaduan kaum – Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dll

Isu dan Cabaran Perpaduan di Malaysia • Pengalaman Malaysia – Konsep Malaysia Malaysian oleh Lee Kuan Yew semasa konflik Malaysia-Singapura (1965) – Tragedi 13 Mei 1969 – Isu-isu pendidikan – Isu bahasa kebangsaan

• Patriotisme – penting dalam mempertahankan “perpaduan dalam kepelbagaian”

PATRIOTISME Patriotisme didefinisikan sebagai perasaan bangga dan cinta kepada negara serta kesediaan untuk berkorban apa saja demi kepentingan negara 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') mungkin suatu bandar atau rantau, namun dlm konteks ini bermaksud bangsa dan/atau negara Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti:





• –

bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam rumpun bangsa

PATRIOTISME • Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. • Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu yang mudah. • Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.

Patriotisme merosot? • Kehidupan semakin mewah dan mudah – gaya hidup masyarakat berubah

• Kekurangan pengetahuan sejarah • Pengaruh budaya global – luntur budaya ketimuran – pengaruh budaya asing hasil globalisasi

• Nilai-nilai kebersamaan berkurangan – kurang bercampur gaul, persepsi mind your own business

Isu Patriotisme di Malaysia • Pengetahuan sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa semakin dilupakan. • Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu aset intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilai perdagangan. • Oleh itu ia tidak dipentingkan dan dianggap sekadar satu pengetahuan am. • Patriotisme tidak sekadar kepada penyertaan fizikal atau luaranseperti : – beruniform kemas serta aksi berkawat yang tersusun rapi dengan gaya segak dan wajah yang serius. – mengibar bendera semasa menyambut ulang tahun Kemerdekaan.

Isu Patriotisme di Malaysia • Peristiwa atau contoh sikap tidak cintakan negara: – perbuatan memperlekehkan bendera dan lagu Negaraku (Namawee) – sekelompok anak muda mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya dan ‘insiden memijak dan menconteng gambar Perdana Menteri serta melondehkan seluar di Dataran Merdeka, Kuala pada sambutan Merdeka Ogos 2012

Bagaimana memupuk patriotisme? • Pendidikan patriotisme – melalui pendidikan formal dan tidak formal • Kerjasama semua pihak seperti ibu bapa, keluarga, institusi pengajian dan media massa • Penambahan nilai secara konsisten melalui program kerajaan

LANGKAH KERAJAAN DALAM MEMPERTINGKATKAN PATRIOTISME • Program seperti BTN dan PLKN • Pendaulatan bahasa Melayu • Perpaduan dalam Dasar Pendidikan – sistem sekolah kebangsaan – Terbaru – Perpaduan Melalui Sekolah Satu Aliran

LANGKAH KERAJAAN DALAM MEMPERTINGKATKAN PATRIOTISME PERPADUAN MELALUI SEKOLAH SATU ALIRAN • Sekolah Satu Aliran : Sekolah Kebangsaan yang menggunakan BM sbg medium pengantar sepenuhnya. Bahasa Inggeris, Cina & Tamil diajar sbg subjek wajib kpd semua pelajar • Mengembangkan konsep Sekolah Wawasan yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan • Demi perpaduan, semua kelompok masyarakat dihimpunkan di bawah satu bumbung. • Berbeza dengan Sekolah Wawasan yang menempatkan 3 buah sekolah berbeza dalam satu kawasan • Sebagai idea pengukuh polisi Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) membantu masyarakat memahami erti perpaduan yang dibawa oleh konsep 1 Malaysia. • Pemusatan agenda pendidikan dalam satu aliran yang sama dilihat mampu menyelesaikan kemelut sensitiviti kaum di Malaysia.