tajuk 1 murni

28/09/2015 KENEGARAAN: TAJUK 1 Dr. Murni Wan Mohd Nor SEJARAH AWAL MALAYSIA • 1. Masyarakat dan sistem pemerintahan tr...

14 downloads 303 Views 287KB Size
28/09/2015

KENEGARAAN: TAJUK 1 Dr. Murni Wan Mohd Nor

SEJARAH AWAL MALAYSIA • 1. Masyarakat dan sistem pemerintahan tradisional • Masyarakat zaman pra-sejarah • Masyarakat Melayu tradisional • Kerajaan Melayu awal • Kerajaan Melayu Melaka • 2. Kedatangan kuasa asing • Kedatangan Portugis dan Belanda • Perluasan kuasa dan pentadbiran Inggeris • Penjajahan Jepun

HASIL PEMBELAJARAN • Mengetahui latar belakang sejarah awal masyarakat Malaysia perkembangan kerajaan awal di Tanah Melayu • Menjelaskan sistem masyarakat tradisional dan

perkembangannya akibat kedatangan kuasa asing • Menghuraikan perkembangan penting sejarah penjajahan

Tanah Melayu • Menghubungkaitkan kesan kejatuhan kerajaan lampau dengan

elemen negatif yang sedang melanda negara masa kini. • Membincangkan kesan penjajahan kepada masyarakat dan

negara

1

28/09/2015

MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL • Masyarakat tradisional – “masyarakat yang belum terdedah

• • • • • • • •

dengan proses pemodenan yang dicetuskan oleh Revolusi Perindustrian pada abad ke 18” Masyarakat tradisional Melayu terdiri 2 peringkat: Masyarakat Melayu feudal zaman Kesultanan Melaka Masyarakat Melayu sebelum penjajahan Inggeris Agama dan budaya: Peringkat awal – pengaruh animisme Awal abad 1 dipengaruhi oleh kebudayaan dan agama HinduBuddha Bermula abad ke 10 mula menerima Islam. Sistem ekonomi – ekonomi saradiri : bertani, menangkap ikan, melombong, menternak, bertukang

MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL Sistem Politik • Sistem politik berasaskan struktur masyarakat feudal yang terdiri daripada kelas-kelas sosial - dipengaruhi oleh sistem kasta agama Hindu • Terbahagi kepada dua kelas/peringkat: • Golongan pemerintah/kelas atasan: raja dan golongan bangsawan • Raja berkuasa mutlak • Konsep daulat dan derhaka • Golongan yang diperintah/kelas bawahan: rakyat biasa iaitu peniaga/pedagang, buruh (mahir dan biasa) dan hamba. Pentadbiran: • 3 unit politik utama dan pentadbir: Negeri (Raja), Daerah (Pembesar) dan Kampung (Penghulu)

KERAJAAN MELAYU AWAL • Awal abad 1 hingga sekitar abad ke 13 • Kebanyakan berpusat di kawasan pantai atau sungai • Pelabuhan perdagangan • Pengaruh Hindu-Buddha • Kerajaan Funan muncul sebagai sebuah kuasa terkuat di

Asia Tenggara abad 1 hingga 6 • Kerajaan Srivijaya sebagai kuasa politik terkuat abad 7 -

11 • Majapahit kuasa terkuat abad 13 selepas kejatuhan

kerajaan Singhasari di Jawa. • Keagungan Majapahit berakhir dengan kemunculan

kerajaan Melaka

2

28/09/2015

CONTOH KERAJAAN MELAYU AWAL Kepulauan Melayu • Kutei (Borneo) • Majapahit, Singhasari & Mataram (Jawa) • Funan (Sg. Mekong) • Champa (Vietnam) • Srivijaya (Sumatera)

Semenanjung Tanah Melayu • Kedah Tua, Kedah • Gangga Negara, Perak • Chih-Tu, Kelantan • Tan-tan, Terengganu • Langkasuka, Patani

KERAJAAN MELAYU MELAKA Kegemilangan Melaka (hampir satu abad – abad 15 dan awal 16): • pusat perkembangan agama Islam • pusat perdagangan / pelabuhan antarabangsa • empayar jajahan yang luas • mempunyai hubungan diplomatik dengan Jawa, China

dan India • bahasa Melayu sebagai bahasa utama/lingua franca

KERAJAAN MELAYU MELAKA Struktur Politik & Pentadbiran • Ketua negeri : Sultan (ketua agama Islam & ketua

tertinggi tentera) • Sistem pentadbiran: Pembesar Empat, Pembesar Lapan,

Pembesar Enam Belas & Pembesar 32 • Undang-undang: Hukum Kanun Melaka & Undang-

undang Laut

3

28/09/2015

KERAJAAN MELAYU MELAKA FAKTOR KEGEMILANGAN Geo-strategik • Jalan perdagangan di antara barat dan timur Ekonomi • Pusat perdagangan terkenal • Bahan asli/rempah ratus • Harga barang rendah • Sistem cukai dan matawang teratur Politik dan pentadbiran • Sistem pentadbiran cekap dan tersusun • Sistem perundangan adil (Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka

KERAJAAN MELAYU MELAKA • Gemilang semasa Sultan Mansor Syah dan Bendahara

Tun Perak • Mulai merosot pada zaman Sultan Alaudin Riayat Syah

dan Sultan Mahmud Syah; Bendahara Tun Ali dan Tun Perpatih Putih • Kemerosotan Melaka dikaitkan dengan masalah politik dalaman

KERAJAAN MELAYU MELAKA: FAKTOR KEJATUHAN • FAKTOR DALAMAN

• FAKTOR LUARAN

• Pemerintahan sultan lemah

• Penemuan jalan perdagangan baru

• Pentadbiran negeri yang kucar kacir • Permusuhan orang Melayu dan Tamil-

Muslim • Kegiatan perdagangan merosot

(Tanjung Harapan) • Kekuatan Portugis • Sikap tidak jujur saudagar asing • Pedagang beralih ke pelabuhan lain

• Orang Laut tidak membantu semasa

perang

Pertahanan Melaka Lemah:- Melaka Jatuh ke tgn Portugis pada 1511

Pendorong kepada kejatuhan Melaka sebagai empayar

4

28/09/2015

PORTUGIS 1511-1641 Matlamat kedatangan di Kepulauan Melayu: • Kuasa/kekayaan, perdagangan dan penyebaran agama Kristian Kesan: • Masyarakat Serani • Bahasa dan tulisan; tulisan rumi dan beberapa perkataan seperti jendela, almari, garpu, tuala, palsu.

BELANDA 1641– 1824 • Menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 1602

untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu • 1641- Belanda menyerang Portugis di Melaka dengan bantuan kerajaan Melayu Johor • Penjajahan tertumpu di Indonesia dan Melaka di Tanah Melayu. • Pusat utama di Betawi (Jakarta) • Cuba menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di negeri2 Melayu • Pemerintahan berakhir dengan Perjanjian Inggeris Belanda (Perjanjian London) pada 1824

PENGUASAAN INGGERIS Kenapa Inggeris meluaskan penguasaan?

• meluaskan perdagangan • mendapatkan sumber

bahan mentah • persaingan dengan kuasa Eropah lain

Bagaimana Inggeris berjaya menguasai negeri Melayu?

• ketidakstabilan politik di

negeri-negeri Melayu • kelemahan pentadbir

negeri-negeri Melayu • kebijaksanaan wakil

Inggeris

5

28/09/2015

INGGERIS DI TANAH MELAYU • 1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang • 1819 Stamford Raffles menduduki Singapura selepas

membuat perjanjian dgn Temenggong Abdul Rahman Johor • Wujud persaingan antara Inggeris di Singapura dan Belanda di Melaka • Persaingan tamat dengan Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Belanda • Mengiktiraf Singapura sebagai pelabuhan British • Tidak membuat sebarang perjanjian dan persetiaan dengan mana-mana raja dan sultan di Tanah Melayu • Menyerahkan Melaka kepada Inggeris • Menyerahkan kepentingannya di India kepada British Inggeris • menyerahkan Bengkulen (Bangkahulu) kepada Belanda • Tidak membuat sebarang perjanjian dan persetiaan di Sumatera Kesan : • Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 kawasan geopolitik iaitu pengaruh Inggeris dan Belanda • Berakhirnya empayar Melayu Johor-Riau kerana Johor dikuasai oleh Inggeris manakala Riau telah dikuasai oleh Belanda • Pembahagian negeri-negeri di Tanah Melayu seperti Negeri-negeri Selat • Penglibatan orang-orang Cina dalam aktiviti berdagang dan bertani

PENTADBIRAN INGGERIS Negeri-negeri Selat (1826) • Singapura, Melaka dan Pulau Pinang Sistem Residen (1874-1888) • Perak, Selangor, Sg Ujong, Pahang, Negeri Sembilan Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau NNMB (1896) • Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu atau NNMTB (1909-1919) • Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor Desentralisasi (berperingkat) 1920-an – 1930-an

6

28/09/2015

FAKTOR CAMPUR TANGAN INGGERIS Ekonomi • bahan-bahan mentah • sumber ekonomi Kebimbangan campurtangan kuasa asing lain • Persaingan dengan kuasa Eropah lain Ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu (anarki) • Masalah politik; perebutan kuasa, perang saudara dan juga kegiatan lanun

Negeri-negeri Selat (NNS) • Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan di

bawah satu pentadbiran pada 1826 • Singapura ibu negeri dan pusat pentadbiran NNS bermula

1832 • Ketiga-tiga negeri maju sebagai pelabuhan, aktiviti

ekonomi semakin baik dan ancaman lanun dapat dikurangkan • Bermula pada tahun 1850-an negeri-negeri Selat mula menimbulkan masalah dan Inggeris mula menunjukkan minat kepada negeri-negeri lain

Sistem Residen Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 • Perjanjian di antara Raja Abdullah dan Inggeris untuk mengatasi • isu perebutan kuasa (perang saudara antara Raja Abdullah dan Raja Ismail) • krisis dan kekacauan oleh kongsi gelap Cina (Perang Larut) Kesan : • Negeri Melayu terpaksa menjadi negeri di bawah naungan Inggeris. • Sultan perlu menerima nasihat pentadbiran daripada Inggeris melalui sistem Residen

7

28/09/2015

Sistem Residen Sistem Residen: • Inggeris memerintah secara tidak langsung melalui institusi politik yang sedia ada • bermatlamat untuk mengawal keamanan melalui pengenalan sistem pentadbiran dan undang-undang, pungutan cukai dan memajukan ekonomi dengan eksploitasi sumber asli yang ada Residen berperanan • Menasihati Sultan dalam hal pentadbiran kecuali hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan pentadbiran dan masalah orang Melayu – tetapi keanggotaan di kuasai oleh orang asing.

Kelemahan Sistem Residen • • • •

Residen menerima arahan dari Inggeris dan bukan dari Raja Gaji dibayar oleh negeri Melayu dan bukan oleh Inggeris Tiada panduan khusus bidang tugas Residen Perhubungan dengan Gabenor NNS jauh menyebabkan kuasa Residen tidak dapat dikawal • Sikap negatif Residen mengubah sistem pemerintahan tradisi memerintah mengikut cara tersendiri dengan pengetahuan tentang Negeri-negeri Melayu yang terbatas tidak memahami dan menghormati adat resam, sikap, pandangan hidup dan sistem sosial orang Melayu tidak menghormati kedudukan Sultan dan pembesar tempatan • Sultan tidak mahu menerima nasihat Residen • Wujud ketidak-seimbangan dalam pembangunan di Negerinegeri Melayu

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) • Kelemahan Sistem Residen membawa kepada penubuhan

NNMB • 1 Julai 1896, Perjanjian Persekutuan di antara pihak Inggeris

• • • • •

dengan Raja-Raja Melayu - menyatukan pentadbiran Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan - diketuai oleh Residen Jeneral Frank Swettenham - Residen Jeneral pertama Kuala Lumpur ibu negeri bagi NNMB Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu (DURBAR) ditubuhkan 1909 - Inggeris menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan untuk menambah kuasa Sultan dan Residen 1910 - jawatan Residen Jeneral diganti dengan jawatan Ketua Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi

8

28/09/2015

Kesan Pentadbiran NNMB • Berlaku pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral di

Kuala Lumpur - keputusan penting diputuskan oleh Residen Jeneral • Kuasa Sultan semakin lemah dan berpusat pada agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja • Kerajaan negeri hilang kuasa perundangan dan pentadbiran • Pengambilan lebih ramai pegawai Inggeris daripada masyarakat tempatan di jabatan persekutuan

Kesan Pentadbiran NNMB • Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan

negeri tidak jelas dan memihak kepada kerajaan persekutuan • Hasil negeri, cukai dan kewangan terletak ditangan kerajaan pusat menyebabkan kerajaan negeri tiada sumber kewangan yang kukuh • DURBAR tidak berfungsi kerana Residen Jeneral enggan ikut nasihat • Orang Melayu tidak dapat menikmati keuntungan dari pembangunan dan pentadbiran negeri

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu • Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909 – membentuk NNMTB • Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis disatukan di

bawah satu pentadbiran. Johor menyertai pada 1914. • Seorang penasihat Inggeris dilantik di setiap negeri

tersebut • Pentadbiran di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi • Sultan di NNMTB diberikan kebebasan dalam

pentadbiran dan penasihat Inggeris bertindak sebagai penasihat semata-mata • Urusan hal ehwal pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar tempatan • Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan sebagai majlis penasihat

9

28/09/2015

Dasar Desentralisasi (Pengagihan kuasa) • Diperkenalkan di NNMB ekoran tidak puas hati Sultan dan

pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral • Tujuan  Untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu (dengan NNMTB)  Langkah berjimat cermat Inggeris ekoran kemelesetan ekonomi • Kuasa utama pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan yang

• • • •

sebelum ini dikuasai oleh kerajaan pusat diagihkan kepada kerajaan negeri Dilaksanakan secara berperingkat antara tahun 1920-an hingga 1930-an Kuasa Sultan/Raja-Raja Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen telah dikembalikan Kuasa-kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat Tidak dapat dijalankan sepenuhnya apabila Jepun menjajah/Perang Dunia Kedua

NNMB • Perjanjian Persekutuan 1896 • Pentadbiran 4 negeri dibawah Residen Jeneral • Majlis Mesyuarat Raja-Raja (DURBAR) ditubuhkan • Kuasa sultan dan residen diperbaiki • Residen Jeneral ditukar kepada Pesuruhjaya Tinggi

NNMTB • Perjanjian Bangkok 1909 – 4 negeri • 1914 – Johor • Penasihat Inggeris • Kuasa sultan lebih luas berbanding sistem residen • Pentadbiran tempatan –masih di pegang oleh pembesar tempatan • Majlis Mesyuarat Negeri

Asas kepada pembentukan sistem pemerintahan berasaskan persekutuan

INGGERIS DI SARAWAK • James Brooke menjadi Gabenor Sarawak (1842) selepas

membantu Raja Muda Hashim menghapuskan ancaman pemberontakan • Keturunan Brooke mentadbir Sarawak sehingga 1941.

Dasar penjajahan Brooke : • Memperkenalkan sistem pentadbiran baru seperti sistem mahkamah, undang-undang jenayah, sistem matawang, ukur timbang, memisahkan penempatan berasaskan ras. • Perlembagaan Sarawak • Menggalakkan kemasukan pedagang dan pelabur asing untuk mengembangkan ekonomi • Dasar perluasan kuasa secara paksaan

10

28/09/2015

INGGERIS DI SABAH (BORNEO UTARA) • Perluasan kuasa Inggeris di Sabah bermula dengan siri

penjualan tanah pajakan di antara beberapa pedagang Inggeris; Charles Lee Moses, Joseph Torrey, Baron Von Overbeck dan Alfred Dent. • Alfred Dent menubuhkan Syarikat Berpiagam Borneo

Utara 1881 untuk mentadbir Sabah. • Syarikat menerima “Piagam Diraja” dari kerajaan Inggeris

yang memberikan hak Inggeris mengawal pentadbiran Sabah seperti perlantikan pegawai dan hubungan luar.

INGGERIS DI SABAH (BORNEO UTARA) • Majlis Penasihat ditubuhkan untuk membantu pentadbiran

yang dianggotai sepenuhnya oleh orang Inggeris. • W.H Treacher ialah Gabenor Sabah pertama • Syarikat melaksanakan dasar perluasan kuasa dan

menguasai wilayah-wilayah di Sabah daripada tangan pembesar tempatan. • 1935 pentadbiran Sabah dipecahkan kepada 4 Residensi utama • 15 Julai 1946, Sabah diisytiharkan secara rasmi sebagai tanah jajahan Inggeris.

PENDUDUKAN JEPUN • 15 Februari 1942 hingga 15 Ogos 1945 • Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan dalam

tempoh 70 hari sahaja • Penjajahan singkat tetapi kesan besar kepada

masyarakat Malaya • Kemenangan Jepun membuktikan bahawa bangsa Asia

boleh menentang dan mengatasi bangsa Eropah • Jepun berundur selepas kalah dalam Perang Dunia

Kedua 1942.

11

28/09/2015

Faktor kejayaan Jepun Kelemahan pihak Inggeris • Tidak bersedia • Kelemahan pertahanan laut • Semangat perang yang rendah • Tentera yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan

Kelebihan tentera Jepun • Terlatih dan bersemangat tinggi • Pegawai bekebolehan seperti Yamashita dan Tsuji • Persediaan peperangan yang rapi • Taktik peperangan yang baik dan praktikal

Kesan pendudukan Jepun • Politik • Slogan „Asia untuk Asia‟ berjaya menaikkan semangat

nasionalisme • Jepun galakan nasionalisme Melayu – agenda untuk kuasai

sumber ekonomi • Mewujudkan kesedaran politik di kalangan masyarakat

tempatan • Gerakan menentang Jepun Parti Komunis Malaya MPAJA (Malayan People‟s Anti Japanese Army) ditubuhkan

untuk menentang Jepun Force 136 gerakan bawah tanah yang terdiri daripada bekas

tentera British dan gerila Melayu untuk menentang Jepun

Kesan pendudukan Jepun Ekonomi

Sosial • Sistem buruh paksa

• Ekonomi Malaya meleset • Industri bijih timah dan

getah terganggu • Banyak infrastruktur

musnah • Inflasi berlaku

diperkenalkan • Jepun mengutamakan

orang Melayu dan menindas orang Cina • Orang Melayu diberikan jawatan dalam pentadbiran • Hubungan di antara kaum bertambah runcing • Sistem pendidikan berasaskan bahasa dan budaya Jepun

12

28/09/2015

Perkembangan selepas penjajahan Jepun Penguasaan Inggeris semula • BMA : Sept. 1945-Mac 1946 • BMA gagal - tidak berpengalaman - gagal mengatasi masalah dari zaman Jepun spt pasar gelap, rasuah dsb pergaduhan kaum - sikap tentera yang melanggar peraturan • April 1946 – kerajaan awam Inggeris mentadbir semula.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP MALAYSIA Pembentukan masyarakat pelbagai kaum • Kepentingan ekonomi : Inggeris membawa masuk imigran dari India (Sistem Kangany) dan China (Sistem Kangchu) • Aktiviti perdagangan mencetuskan petempatan asing Perkembangan sistem politik dan pentadbiran • Pengaruh daripada pentadbiran Inggeris • Sistem persekutuan; asas pentadbiran negeri dan kerajaan pusat Perkembangan sistem pendidikan • Pengenalan sekolah aliran Inggeris dan aliran Melayu

13