PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 1.0

1.2.6 Pandai mentadbir kerajaan Islam. 1.3 BAGAIMANAKAH ... 2.2.3 Dianggap Zaman Keemasan Kerajaan Islam Madinah. ... ma...

39 downloads 418 Views 138KB Size
PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 1.0

PERLAKSANAAN SISTEM KHALIFAH ISLAM 1.1

APAKAH MAKSUD KONSEP KHALIFAH 1.1.1 1.1.2

1.2

APAKAH SYARAT PEMILIHAN KHALIFAH 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 1.2.5 1.2.6

1.3

1.3.7

Musyawarah atau Syura. Cadangan nama daripada khalifah terdahulu sebelum wafat. Pemilihan daripada beberapa calon. Pencalonan sekelompok masyarakat. Keempat-empat cara ini tetap melalui musyawarah/syura. Khalifah ini perlu mengangkat sumpah atau lafaz taat setia iaitu baiah semasa dilantik menjadi khalifah. Syura bermaksud permuafakatan atau konsenses.

APAKAH TUGAS KHALIFAH 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 1.4.6 1.4.7 1.4.8 1.4.9

2.0

Lelaki merdeka beragama Islam. Memiliki pengetahuan tentang Islam. Mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah. Adil dan berakhlak baik. Tubuh sihat, sempurna, cerdas fikiran, warak. Pandai mentadbir kerajaan Islam.

BAGAIMANAKAH CARA PEMILIHAN KHALIFAH 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 1.3.5 1.3.6

1.4

Khalifah dalam bahasa Arab bererti pengganti. Dalam konteks tersebut pengganti Nabi Muhammad SAW akan memerintah dan mentadbir kerajaan Islam. Khalifah dalam konteks agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

Memelihara kedudukan agama Islam. Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan sunnah. Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi. Mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Melantik dan melucut pegawai pentadbiran negara. Menjaga kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat. Meneruskan ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad SAW. Mengekalkan perpaduan ummah melalui musyawarah. Mengurus kewangan, perbendaharaan, kharaj, jizyah, zakat.

SUMBANGAN KHULAFA AL RASYIDIN 2.1

APAKAH SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL SIDDIQ 2.1.1

Digelar al-Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata-kata nabi.

2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 2.1.7 2.1.8 2.1.9 2.2

APAKAH SUMBANGAN KHALIFAH UMAR BIN AL KHATTAB 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4

2.2.5

2.2.6

2.3

Sifatnya ikhlas, jujur dan setia kepada baginda. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar. Beliau berjasa menghapuskan orang Islam yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Mekah, Taif, Yaman dan melantik amir mentadbirnya. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang-undang tanah, hak golongan mawali. Memerintahkan Zaid bin Thabit mengumpulkan tulisan al-Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai hafiz al-Quran syahid. Salinan al-Quran disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah (isteri nabi) dan Saidina Uthman. Khalifah Abu Bakar digelar Penyelamat Umat Islam.

Bersifat berani, tegas, berterus terang. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit. Dianggap Zaman Keemasan Kerajaan Islam Madinah. Pembaharuan politik 2.2.4.1 mengamalkan dasar pentadbiran. 2.2.4.2 melantik pegawai. 2.2.4.3 menubuhkan Majlis Syura (Muhajirin dan Ansar). 2.2.4.4 membahagikan jajahan Islam kepada wilayah. 2.2.4.5 melantik wali (gabenor). 2.2.4.6 penubuhan jabatan – Jabatan Tentera, Polis, Percukaian. Setiap jabatan diketuai katib (setiausaha). 2.2.4.7 Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan. Pembaharuan sosial 2.2.5.1 pendidikan al-Quran di masjid. 2.2.5.2 menghantar guru agama ke wilayah (Abu Sufyan dihantar mengajar Badwi). 2.2.5.3 Kalender – tahun hijrah menjadi pengiraan tahun Islam. 2.2.5.4 Tentera – tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah dan Kufah. Pembaharuan ekonomi 2.2.6.1 Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan AMirul Mukminin di Mesir. 2.2.6.2 Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar. 2.2.6.3 Pengenalan cukai 2.2.6.3.1 cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi (bukan Islam yang rela diperintah kerajaan Islam) 2.2.6.3.2 cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur. 2.2.6.4 Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara. 2.2.6.5 Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

APAKAH SUMBANGAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5 2.4

APAKAH SUMBANGAN KHALIFAH ALI BN ABU TALIB 2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 2.4.5 2.4.6

3.0

Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut, tolak ansur, bersimpati. Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia. Dilantk daripada 6 cadangan calon, undai sama banyak diterima oleh Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti di Cyprus, Afghanistan, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.

Seorang yang berani, pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam. Menghentikan Perang Siffin bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan. Membina markas tentera di Parsi dan Syria. Meneruskan cukai jizyah kepada ZImmi.

KERAJAAN BANI UMAIYAH 3.1

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN KERAJAAN BANI UMAIYAH 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4

3.2

Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah bin Abdu Shams (peniaga terkenal) Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu SUfyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan bin Ali untuk mengelakkan perpecahan umat Islam. Tahap 1 – pemerintahan berpusat di Damsyik menggunakan gelaran khalifah, diasaskan oleh Khalifah Muawiyah. Tahap 2 – berpusat di Cordova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH 3.2.1

BIDANG POLITIK 3.2.1.1 Sistem Khalifah - ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad SAW. 3.2.1.2 Sistem Wazarah - pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat. 3.2.1.3 Sistem Gabenor - mengetuai pentadbiran wilayah. 3.2.1.4 Sistem Urus Setia - pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus surat. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman. 3.2.1.5 Sistem Hijabah - menjaga keselamatan danmemeriksa orang yang ingin menemui khalifah. 3.2.1.6 Penubuhan 4 Jabatan - Jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah. 3.2.1.7 Penubuhan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan)

3.2.1.8 Penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut. 3.2.1.9 Bidang Perundangan – hukuman berdasarkan ijtihad berpandukan alQuran, sunnah atau ijmak. Hakim mestilah bebas dan adil. 3.2.2

BIDANG SOSIAL 3.2.2.1 Ilmu pengetahuan – Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. 3.2.2.2 Lahir ilmuan seperti Khalili bin Ahmad (bahasa dan filologi Arab), Sibawayhi (nahu Arab), Jarir (sasterawan). 3.2.2.3 Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara. 3.2.2.4 Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al-Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab. 3.2.2.5 Ilmu agama – Ibn Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran), Hasan al-Basri (usuluddin). 3.2.2.6 Hospital pertama – dibina oleh Khalifah al-Walid Abdul Malik di Damsyik. 3.2.2.7 Hospital penyakit kusta – dibina Khalifah Umar Abdul Aziz. 3.2.2.8 Terjemahan pelbagai ilmu ke bahasa Arab – Ibn al-Nafis menterjemahkan buku berkaitan pembedahan. 3.2.2.9 Perkembangan ilmu moden lain – kimia, astronomi.

3.3

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH TAHAP KE-2 ANDALUSIA 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 3.3.5 3.3.6 3.3.7 3.3.8 3.3.9

4.0

Pusat pengajian tinggi di Cordova – diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah. Perpustakaan Cordova diasaskan oleh al-Hakam II. Bandar ilmuj yang lain – Seville, Toledo, Granada. Pusat penterjemahan karya Yunani ke dalam bahasa Arqab terdapat di Toledo. Cordova juga menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah. Seni bina Islam – masjid Cordova lengkap dengan menara, kubah dan tiang daripada marmar. Penubuhan Baitulmal – mendapat sumber pendapatan daripada kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), Usyur (hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat (wajib bagi umat Islam). Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan antarabangsa contohnya perusahaan orang Islam seperti tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata. Pertanian – sistem saliran dan penyelidikan benih tanaman.

KERAJAAN BANI ABBASIYAH 4.1

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 4.1.1 4.1.2 4.1.3

Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan mawali (orang Islam bukan Arab seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskriminasikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi). Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.

4.1.4

Sistem warisan Bani Umaiyah juga telah ditentang oleh orang Islam Syiah dan Khawarij. 4.1.5 Akhirnya Gerakan Revolusi Abbasiyah Berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah. 4.1.6 Gerakan ini dimulakan oleh Ali bin Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad SAW) agar mendapat sokongan. 4.1.7 Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah. 4.1.8 Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim. 4.1.9 Ketika pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad. 4.1.10 Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan. 4.1.11 Kerajaan ini mengamalkan sistem warisanatau monarki (pemerintahan keturunan raja). 4.1.12 Nama kerajaan ini diambil sempena nama al-Abbas (bapa saudara Nabi Muhammad SAW). 4.2

SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 4.2.7

4.3

SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH DALAM PERNTERJEMAHAN 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4

5.0

Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun – Baghdad menjadi kota intelektual. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina. Kegiatan penulisan terbahagi 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad SAW, mengarang (dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain). Penglibatan ulama dalam penulisan – fikah, tafsir, sejarah. Imam terkenal seperti Ibn IShaq (sejarah hidup Nabi Muhammad SAW), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad). Ketika ini berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.

Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahasa Yunani, Suriani dan Yunani. Orang Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya tersebut ke dalam bahasa Arab. Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai imu). Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemah pula ke bahasa asing (Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH 5.1

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH 5.1.1

Kelemahan kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.

5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5

5.2

PERLUASAN EMPAYAR KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5

5.3

Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir. Kemudiannya kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah. Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman bin Ertughrul. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman di sini amat tinggi. Kemudiannya Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka rama ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman memperluaskan taklukan.

Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman. Penggantinya iaitu anaknya Orhan 1 meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara. Kemudiannya Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania dan Kosova. Mehmed II pula Berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Rom Timur. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot kerana pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.

SUMBANGAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH 5.3.1

Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia. 5.3.2 Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam. 5.3.3 Apabila Sultan Selim I menguasai Mekah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia. 5.3.4 Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama. 5.3.5 Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh ul Islam pula ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa. 5.3.6 Dari segi ekonomi – Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam. 5.3.7 Hubungan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi. 5.3.8 Menukarkan sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakkan kecemerlangan individu – mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah. 5.3.9 Sistem pendidikan – sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, kolej perubatan. 5.3.10 Penulisan ensiklopedia – berkaitan sains Islam. 5.3.11 Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, rumah. 5.3.12 Senibina – masjid Sultan Ahmed (masjid biru) di Istanbul. 6.0

FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH

6.1

KEKUATAN PASUKAN TENTERA ISLAM 6.1.1 6.1.2 6.1.3 6.1.4 6.1.5

6.2

POLITIK TIDAK STABIL DI EROPAH 6.2.1 6.2.2 6.2.3 6.2.4

6.3

6.3.3 6.3.4

Dasar diplomasi dan toleransi – masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam. Kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal keagamaan Kristian. Dasar berasaskan kecemerlangan individu dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk Islam. Kerajaan Islam tetap membina sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan rakyat di jajahan Eropah.

PERANAN PENGHIJRAH TURKI DAN PENDAKWAH ISLAM 6.4.1 6.4.2

7.0

Perang antara kerajaan kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa. Kemasukan tentera Uthmaniyah ke Eropah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine. Kejatuhan Byzantine – memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah. Institusi gereja di Eropah runtuh – penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya. Maka ramai penganut Kristian memeluk Islam.

DASAR PEMERINTAHAN ISLAM 6.3.1 6.3.2

6.4

Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah. Semangat Ghazi Zaman Uthmaniyah membentuk semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan Islam. Kesannya kejayaan memperluaskan kuasa ke Eropah. Sistem ketenteraan Uthmaniyah – senjata moden (meriam besar), tentera berkuda, kumpulan infantri yang kuat. Kumpulann Janissari Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang. Kekuatan armada laut – pada zaman Suleiman al-Kanuni. Armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.

Ramai orang Turki berhijrah ke Balkan seperti kawasan Thrace, utara Bulgaria dan Albania yang didiami ahli sufi. Mereka bersama ahli sufi menarik minat orang Kristian memeluk Islam kerana sifat toleransi ahli sufi.

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN 7.1

KAWASAN PERTEMBUNGAN TAMADUN 7.1.1 7.1.2

Khalifah al-Rasyidin (Khalifah Umar) bertembung dengan tamadun Yunani dan Rom ketika bertapak di Mesir. Kemudian perluasan kuasa ke Baghdad pula menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi dan Islam.

7.1.3 7.2

CARA PERTEMBUNGAN BERLAKU 7.2.1 7.2.2

7.2.3 7.2.4 7.2.5 7.3

Perdagangan – Nabi Muhammad SAW pernah berniaga di Syam (Syria). Pedagang Islam juga berniaga di kawasan Teluk Parsi hingga ke China (bertembung Tamadun China). Diplomatik – kerajaan Bani Umaiyah menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia untuk membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami konsep aman dalam cara hidup orang Islam. Penaklukan – kerajaan Islam membentuk ekpedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun Rom – empayar Byzantine). Kebudayaan – kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ. LAhir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab. Intelektual – Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.

KESAN PERTEMBUNGAN TAMADUN DARI SEGI AGAMA, EKONOMI DAN SOSIAL 7.3.1 7.3.2 7.3.3 7.3.4 7.3.5 7.3.6 7.3.7 7.3.8 7.3.9

7.4

Apabila Bani Umaiyah menakluk Afrika Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan antara tamadun Islam dan Eropah.

Keagamaan – mengubah akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah. Tetapi Islam tidak menghapuskan adat dan budaya yang tidak bertentangan Islam. Kesan perluasan kawasan yang diperintah Islam – kawasan penyebaranpengaruh Islam diperluaskan. Lahir pelbagai kerajaan Islam – kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah. Penguasaan ekonomi – keselamatan laluan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol, Perancis di barat. Urbanisasi – berlaku kesan kemajuan pedagang Islam. Organisasi sosial – Islam memberi penyelarasan undang-undang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat. Pendidikan – merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah, matematik. Tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur telah berubah. Di Sepanyol, ketika pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam. Golongan Mudejar ialah orang Islam minoriti di bawah pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan cara hidup Islam tersebut.

KESAN PERTEMBUNGAN TAMADUN DARI SEGI ILMU PENGETAHUAN 7.4.1

Cendikiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat dan ilmuan Islam menterjemah karya Yunani seperti Aristotle, Plato, Galen.

7.4.2 7.4.3 7.4.4 7.4.5 7.4.6 7.4.7 7.4.8 7.4.9

Penterjemahan pesat berlaku kerana adanya perpustakaan yang membolehkan bahan kajian ini disimpan. Ilmu perubatan – Zakaria al-Razi menterjemah karya Galen menghasilkan kitab Al-Hawi. Matematik dan astronomi – al-Khawarizmi, al-Batani. Politik dan undang-undang – al-Farabi, al-Mawardi. Ilmu Mantik dan falsafah – Ibn Sina, Ibn Rusyd. Seni bina – Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada. Kesusasteraan – Omar Khayyam, Jalal al-Din. Pengembaraan – Ibn Battuta, al-Mascudi.