MODUL BBM3412

TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN BBM 3412 BBM 3412 (UNIT 1 - 8) B.A (BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU) NORMAL...

22 downloads 507 Views 467KB Size
TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

BBM 3412

BBM 3412 (UNIT 1 - 8) B.A (BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU)

NORMALIZA ABD RAHIM Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan

 

1  

PENGENALAN KURSUS

Kursus

:

Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan

Kod Kursus

:

BBM 3412

Kredit

:

3 (3 + 0)

Pensyarah

:

Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim

Tajuk Kuliah

:

Maklumat Kursus

Kandungan :

i.

Biodata Penulis

ii.

Rangka Kursus

iii.

Kaedah Pengajaran

iv.

Jadual Belajar

v.

Penilaian Kursus

vi.

Panduan Menulis Tugasan

 

2  

BIODATA PENULIS

Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim merupakan seorang pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi media dan wacana bahasa. Beliau memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) di University of Nottingham, United Kingdom. Telah menghasilkan dua buah buku iaitu, Learning through Blog Writing: Embracing the Technology (2014) dan Wacana Bahasa (2014). Sehingga kini, telah menghasilkan lebih 73 artikel cited journal yang berimpak tinggi dan scopus serta non-cited yang berwasit. Juga, 18 artikel bab dalam buku. Beliau juga mendapat hak cipta (copyright) bagi 60 lagu cerita rakyat yang diciptanya sendiri dalam memartabatkan sastera Melayu. Selain itu, beliau merupakan penulis skrip untuk 60 cerita rakyat berbentuk animasi untuk Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

3  

RANGKA KURSUS

NAMA PROGRAM

:

TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN (Information Technology, Language and Literature)

KOD KURSUS

:

BBM 3412

KREDIT

:

3 (3 + 0)

JUMLAH JAM PEMELAJARAN PELAJAR

: 120 per semester

OBJEKTIF

:

Pelajar dapat: 1. Menghuraikan

penggunaan

pelbagai

jenis

teknologi bahasa dan kesusasteraan (P2) 2. Membezakan dan merumuskan kepenggunaan pelbagai kategori dan jenis teknologi bahasa dan kesusasteraan (A3) 3. Menilai aplikasi reka bentuk produk teknologi maklumat dan komunikasi di pasaran (C6) 4. Memahami kesan sosiobudaya dalam amalan profesional (EM1). SINOPSIS

: Kursus ini merangkumi pendedahan kepada cara membezakan dan merumuskan kepenggunaan pelbagai kategori dan jenis teknologi bahasa dan kesusasteraan melalui analisis analitikal sejarah teknologi maklumat, definisi dan konsep. Kursus ini memberi pendedahan kepada tunjuk cara dan proses

 

menjalankan

penyelidikan

lapangan

4  

teknologi tentang isu perkembangan dan pengaruh pemindahan

silang

budaya

bahasa

dan

kesusasteraan dalam reka bentuk dan produk, di samping

membina

cara

membuat

pemilihan

penggunaan dan penilaian aplikasi elektronik melalui perubahan secara digital.

(This courses consists exposures to ways to differentiate and conclude the use of various categories and types of language and literature technology through analytical analysis of the history, definition and concept of information technology. This course will give exposure to ways and process of doing technology research survey on the development and influence of cross cultural transfer in language and literature in design and product besides developing ways to do selection, usage and evaluation of electronic application through digital presentation). KANDUNGAN KULIAH :

 

Jam Pemelajaran Bersemuka 1.

Definisi, konsep, dan sejarah teknologi maklumat 4 konsep TM sejarah TM

2.

Kategori dan jenis teknologi bahasa dan kesusasteraan kategori

4

5  

-

jenis

3.

Terminologi pengaksesan elektronik ciri jenis

4.

Ciri-ciri teknologi maklumat terhadap bahasa dan kesusasteraan 4 ciri pendekatan

5.

Perkembangan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang 4 pengertian sejarah perkembangan TM

6.

Pengaruh teknologi maklumat dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan 4 pengertian pengaruh TM dalam perkembangan bahasa pengaruh TM dalam perkembangan kesusasteraan

7.

Teknologi maklumat di pelbagai pelantar 4 - pengertian - kesesuaian - aplikasi

8.

Pemindahan silang budaya dalam teknologi maklumat, bahasa, dan kesusasteraan 4 pengertian ciri jenis

9.

Aplikasi teknologi maklumat bahasa dan kesusasteraan 4 konsep aplikasi

10. Penilaian bahan dalam Internet dan multimedia: realiti maya dan etika maya konsep penilaian realiti maya etika maya

 

4

6

6  

Jumlah PENILAIAN

:

Kerja Kursus

60 %

Peperiksaan Akhir

40 %

42

RUJUKAN: 1.

Eason, Ken (2008) Information Technology and Organizational

Change London: Taylor &

Francis

2.

Jones,

S.

(2003).

Encyclopaedia

of

New

Media.London, Sage Publications.

3.

Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog

Writing:

Embracing

the

Technology.

Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT

4.

Rozinah Jamaluddin. (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Distributors.

Bahan Bacaan Lain yang dicadangkan Sila rujuk senarai bahan-bahan bacaan tersebut pada setiap unit.

 

7  

KAEDAH PENGAJARAN Kursus ini mempunyai 8 Unit Kuliah. Kursus ini mengandungi pengenalan kursus meliputi objektif pembelajaran, kandungan, penilaian unit dan sumbersumber pembelajaran dan bahan-bahan bacaan (buku rujukan dan bahanbahan bacaan yang ditetapkan, jadual belajar, kursus intensif bersemuka, latihan dan aktiviti serta tugasan (tugasan ilmiah) untuk diserahkan pada tarikh yang ditetapkan.

Pelajar mesti membaca panduan belajar Unit 1 hingga 8, buku rujukan dan bahan-bahan bacaan yang ditetapkan bagi setiap unit. Maklumat ini penting untuk pengetahuan. Selain itu, ia juga penting untuk membantu dalam penyediaan tugasan.

JADUAL BELAJAR Berikut disediakan jadual belajar untuk kursus BBM 3412

 

Minggu

Unit

Tajuk

1&2

1

Definisi, konsep dan sejarah teknologi maklumat

3&4

2

5

3

Kategori dan jenis teknologi kesusasteraan Terminologi pengaksesan elektronik

6&7

4

Ciri-ciri teknologi bahasa dan kesusasteraan

8&9

5

10 & 11

6

12

7

13 & 14

8

Peranan dan Perkembangan TM dalam pelbagai bidang Pengaruh TM dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan di pelbagai pelantar Pemindahan silang budaya dalam TM, bahasa dan kesusasteraan Aplikasi dan Penilaian Bahan Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan

bahasa

dan

8  

Kursus Intensif Bersemuka Kursus ini akan ditetapkan oleh pihak UPMET menurut keperluan semasa.

PENILAIAN KURSUS Kerja Kursus Kerja Kursus terdiri daripada ujian dan tugasan. Kerja Kursus juga akan diadakan pada hari-hari pertemuan. Markah bagi keseluruhan Kerja Kursus dan tugasan adalah 30%.

Ujian Ujian akan diadakan pada pertengahan semester. Anda dikehendaki menjawab 6 soalan berstruktur. Markah ujian adalah 30%.

Peperiksaan Akhir Peperiksaan Akhir mengambil masa 1 ½ jam. Anda dikehendaki menjawab 8 soalan berstruktur. Markah peperiksaan adalah 40%.

Catatan:

Semua pelajar hendaklah mengambil peperiksaan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan. Sila rujuk surat yang berkaitan dengan peperiksaan.

 

9  

PANDUAN MENULIS TUGASAN 1.

Tajuk Tetap

Tajuk yang ditetapkan oleh pensyarah tidak boleh diubah, dipinda atau ditukar ganti dengan pelajar lain.

2.

Format

Format Esei mesti mengandungi lima perkara utama seperti berikut:

3.

 

Kertas dan Kulit Luar:

a.

Tajuk : Tajuk mesti ringkas dan padat

b.

Pengenalan: Pengenalan mestilah mengandungi pengertian dan konsep bagi tajuk yang dibahas.

c.

Kandungan isi dan Perbahasan: Perbahasan dan perbincangan mesti kritis dan argumentatif. Inilah bahagian utama dalam esei ini.

d.

Kesimpulan: Isi dibahas.

e.

Bibliografi: Pada bibliografi mesti mengandungi:

kandungan

yang

i.

Bahan daripada buku: Nama pengarang, tarikh, judul buku, tempat terbit, penerbit.

ii.

Bahan daripada Jurnal: Nama pengarang, tarikh, judul karangan, nama jurnal, jilid, bilangan, halaman.

a.

Setiap tugasan hendaklah ditulis tangan pada kertas berwarna putih (saiz A4).

b.

Panjangnya: Minimum 5 halaman dan maksimum 7 halaman.

c.

Bentuk taipan pada kulit luar adalah seperti berikut:

10  

No. Matrik: Program: Semester: Kod Kursus: Judul Esei Nama Penulis Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor Tarikh

4.

 

Penyerahan:

d.

Kertas untuk kulit berwarna cerah.

luar

perlulah

e.

Jangan menggunakan salut/ kulit luar daripada plastik.

a.

Setiap kerja kursus hendaklah diserahkan kepada pensyarah mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

b.

Pelajar yang lambat menyerahkan kerja kursus ditolak atau dikurangi markahnya.

11  

UNIT 1

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat agak pantas sehingga ke hari ini. Setiap hari terdapat pelbagai jenis teknologi baharu dicipta dan digunapakai oleh penguna. Pengguna pula berebut-rebut untuk mencuba teknologi tersebut supaya mereka tidak berasa ketinggalan dalam semua hal. Dari aplikasi menggunakan komputer sehinggalah aplikasi baharu dalam telefon bimbit, teknologi baharu masih boleh diterima oleh majoriti masyarakat di Malaysia.

Objektif 1.

Mengenal pasti sejarah perkembangan teknologi maklumat

2.

Membincangkan

sejarah

perkembangan

teknologi

maklumat

perkaitan

perkembangan

teknologi

maklumat

sehingga kini 3.

Menghuraikan

dengan bahasa dan kesusasteraan

 

12  

Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat Definisi Teknologi Maklumat Teknologi maklumat boleh didefinisikan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Secara tepat dan mudah, teknologi maklumat adalah tentang penggunaan

komputer

dan

perisian

untuk

mengubah,

menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Dengan kata lain, definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat dengan menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat cepat dan pantas. Sebenarnya, teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Selain itu, sistem petaan atau GPS (Geographical Positioning System) digunakan untuk mencari lokasi. Kini, masyarakat Malaysia telah menggunakan GPS supaya cepat sampai ke tempat yang ditujui.

 

13  

Asas Penting dalam Penggunaan Teknologi Maklumat 1.

Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Misalnya, komputer digunakan untuk menyimpan data, merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan.

2.

Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

3.

Berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat Teknologi maklumat bermula sejak berpuluh tahun dahulu. Ianya wujud bertujuan sebagai perantaraan antara beberapa pihak. Perkembangan teknologi maklumat bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Istilah teknologi maklumat muncul pada sekitar dekad 1970-an. Kini, banyak industri tumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, perdagangan, perbankan, sosial, kejuruteraan, perubatan, pelancongan, pendidikan, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang berkaitan dengan teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai

inovasi

serta

pembaharuan

dalam

bidang

jentera

dan

pengkomputeran. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.

 

14  

1.

Generasi pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah digunakan sebagai elemen logik utama. Kad tebuk digunakan untuk memberi input terhadap komputer dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Aturcara ditulis dalam bahasa mesin dan bahasa himpunan. Pada ketika itu, aturcara dalam bahasa mesin dan bahasa himpunan boleh difahami oleh segelintir penguna sahaja. Malah, ianya memerlukan kemahiran yang tinggi serta penggunaan yang melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu, pengguna pada ketika itu amatlah terhad.

2.

Generasi Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai elemen logik utama. Kad tebuk digantikan pula dengan pita magnetik dan cakera dan kad tebuk ini bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti FORTRAN dan COBOL.

3.

Generasi Ketiga (1964-1979), transistor pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era generasi ketiga. Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal oksida

semikonduktur

(MOS)

diperkenalkan.

Bahasa

pengaturcaraan FORTRAN dan COBOL digantikan dengan BASIC yang lebih tinggi.

 

15  

4.

Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu berskala. Mikroprosesor mengandungi litar ingatan, logik dan kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer peribadi mula diperkenalkan oleh Apple pada tahun 1984 dan IBM diperkenalkan pada tahun 1981 untuk kegunaan di rumah. Ramai pengguna membeli komputer bagi tujuan kerja harian serta digunakan oleh ahli keluarga yang belajar di sekolah dan universiti. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna antaramuka bergrafik.

Sejarah Perkembangan Komputer Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dipercayai digunakan dalam kalangan tentera semasa peperangan. Sejarah perkembangan komputer dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya; Generasi Pertama (1940-1959), Generasi Kedua (1959-1964), Generasi Ketiga (19641980), Generasi Keempat (1980 - Sekarang) dan Generasi Kelima (Masa Depan).

Generasi Pertama Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori supaya maklumat diterima dengan pantas dan tepat yang kerana  

16  

sebelum ini alat-alat ini sering melakukan kesilapan. Alat-alat ini juga bersaiz amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe).

Ia

menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil dan ianya cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ini akan memakan perbelanjaan yang tinggi. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling.

Tiub vakum ini dinamakan Vakum

ENIAC. Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). ENIAC mempunyai ingatan yang disimpan di luar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. Ia hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja. Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan ke dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Walaupun, ianya lebih ekonomi tetapi harganya terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer

 

17  

pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan. Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.

Generasi Kedua Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan.

Bahasa peringkat

tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan

dalam

bahasa

mesin

yang

sukar.

Ia

menjadikan

pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer

 

18  

untuk melatih kakitangan mahir. Keluarga kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.

Generasi Ketiga Generasi ketiga memperkenalkan IBM yang memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli

industri

pembuatan

komputer.

IBM

System/360

ini

memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak. Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan

 

19  

alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.

Setelah itu, mikrokomputer, jenis terkecil dalam keluarga komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1. Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa

BASIC

digunakan.

BASIC

mula

popular

sebagai

bahasa

pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.

Generasi Keempat Generasi keempat pula berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI). Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil

 

20  

Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar. Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti komputer riba (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu komputer tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.

Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan

'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah. Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.

 

21  

Generasi Kelima Genarasi kelima merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil Artificial Intelligence akan mengambil

alih

tugas-tugas

yang

membahayakan

atau

memerlukan

ketepatan yang lebih dari manusia. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut. Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris

arahan

pengaturcaraan

Pascal.

Misalnya,

manusia

boleh

mengarahkan robot memilih di antara buah tembikai dengan buah nanas menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya. Selain itu, komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan video conference digunakan sepenuhnya tidak kira untuk urusan perniagaan atau pun pembelajaran. Malah, bandaraya pintar juga telah wujud di segenap negara.

Kesimpulan Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komputer sedikit sebanyak memberi perubahan terhadap kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Majoriti daripada masyarakat dapat menerima perubahan kerana mereka memikirkan perubahan akan membawa kebaikan. Generasi muda pula

 

22  

menggunakan peluang ini untuk belajar perkara baharu dan berkongsi maklumat yang diperoleh dengan orang lain. Hal ini dianggap sebagai perkara yang positif terhadap perkembangan minda generasi muda tersebut. Golongan dewasa termasuk yang sudah bekerja dan tidak bekerja akan mengganggap perkembangan teknologi maklumat dan komputer dapat memberi mereka peluang untuk bekerja dengan lebih cekap di tempat kerja. Bagi mereka yang tidak bekerja pula, perkembangan teknologi maklumat ini akan dapat memberi mereka peluang untuk belajar perkara baharu.

Soalan Latihan 1.

Bincangkan sejarah teknologi maklumat sehingga kini.

2.

Bincangkan sejarah teknologi komputer dan kaitkan dengan penggunaan komputer pada hari ini.

3.

Senarai dan bincangkan jenis teknologi maklumat yang digunakan sejak dahulu sehingga kini.

4.

Berikan kebaikan dan keburukan teknologi maklumat terhadap pengguna.

 

23  

Rujukan 1.

Norarisham

Haji

Bakar

(2015)

Sejarah

Komputer.

http://familiazam.com/sejarah_komputer.htm. 24.6.15 2.

Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing. Embracing

the

Technology.

Penerbit

Universiti

Malaysia

Terengganu. 3.

Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

4.

Senft, S. M, Danial P., Gonzales, C. & Gallegos, F. (2004). Information Technology Control and Audit (2nd Ed.). Auerbach Publications: USA

 

24  

Unit 2

KATEGORI DAN JENIS TEKNOLOGI BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Pengenalan Teknologi bahasa dan kesusasteraan merupakan teknologi yang digunakan dalam pembelajaran. Teknologi yang digunakan itu juga dapat membantu dalam proses pembelajaran supaya seseorang individu itu dapat memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah dan cepat. Terdapat beberapa jenis teknologi yang sering digunakan oleh para akademik, pelajar, penyelidik dan masyarakat keseluruhannya.

Objektif 1.

Mengenal pasti kategori teknologi bahasa dan kesusasteraan

2.

Membincangkan jenis teknologi bahasa dan kesusasteraan

3.

Menghuraikan

perkaitan

teknologi

dengan

bahasa

dan

kesusasteraan

 

25  

Kategori dan Jenis Teknologi Bahasa dan Kesusasteraan Teknologi Bahasa dan Kesusasteraan

Teknologi bahasa merupakan teknologi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, bahan yang digunakan dalam teknologi tersebut digunakan oleh pengguna yang memerlukan maklumat bagi tujuan pendidikan.

Teknologi Komputer dan Telefon Bimbit Komputer merupakan keperluan bagi majoriti lapisan masyarakat. Komputer digunakan bagi tujuan mencari maklumat dan juga sebagai hiburan. Kini, komputer riba lebih banyak digunakan oleh pengguna memandangkan ianya mudah dibawa ke mana-mana. Hal ini berlainan dengan komputer biasa yang dilengkapi dengan monitor, CPU dan wayar-wayar berkaitan. Komputer seperti ini memerlukan arus letrik berbanding dengan komputer riba yang boleh menggunakan bateri selama 2-7 jam. Walaupun komputer riba memerlukan arus letrik pada mulanya, namun bateri boleh digunakan dan komputer riba digunakan di mana-mana sahaja. Melalui komputer, internet boleh digunakan. Kini, terdapat wifi di merata tempat dan komputer riba boleh digunakan sebaiknya. Melalui internet ini, laman web berbentuk bahasa dan kesusasteraan boleh didapati. Laman web seperti blog, perniagaan, pelancongan, laman sosial dan lain-lain banyak menggunakan bahasa Melayu serta Kesusasteraan Melayu. Hal ini jelas terbukti apabila setiap laman web tersebut menggunakan bahasa Melayu yang betul serta menyelitkan unsur Kesusasteraan Melayu.  

26  

Laman web berbentuk blog juga menampakkan ciri-ciri bahasa yang tinggi. Hal ini kerana, penulis blog tidak mahu pembaca keliru dengan penulisan tersebut.

Terdapat

pelbagai

jenis

blog

yang

melibat

bahasa

dan

kesusasteraan Melayu. Blog peribadi, pendidikan, politik, keagamaan, sains, serta banyak lagi bidang, lebih menumpukan kepada mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, bahasa memainkan peranan yang penting dalam penyampaian mesej tersebut. Terdapat penulisan yang baik yang boleh dibuat rujukan. Sementara itu, blog peribadi pula mempunyai isi yang menarik namun, terdapat beberapa blog yang mempunyai banyak kesalahan bahasa. Hal ini membimbangkan kerana kesalahan bahasa ini akan mempengaruhi pembaca.

Sebaliknya, penggunakan komputer dan telefon bimbit yang mempunyai pengisian kesusasteraan Melayu dapat memberi kesan yang positif terhadap pembaca. Pembaca dapat belajar dengan lebih baik dan mendapat maklumat yang terkini. Kajian bagi pemartabatan kesusasteraan Melayu telah banyak dilakukan. Kajian oleh Normaliza Abd Rahim (2014) menunjukkan bahawa kesusasteraan Melayu masih diminati oleh pelajar sekolah. Kajian tentang cerita rakyat yang sudah lama dipinggir dan dilupakan telah memberi kesan yang positif terhadap pelajar sekolah rendah. Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan bahawa cerita rakyat dapat membantu pelajar dalam mempelajari nilai-nilai murni. Justeru itu, pelajar dapat menggunakan nilai murni tersebut dalam mengolah cerita mereka sendiri. Laman sosial juga memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. Kini, penggunaan bahasa Melayu

 

27  

dalam laman sosial agak membimbangkan. Penggunaan tatabahasa, kosa kota, ejaan, struktur ayat yang salah amatlah membimbangkan. Terdapat juga penggunaan tatabahasa yang dianggap betul walhal, ia adalah sebaliknya. Hal ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu itu sendiri. Laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, keek, vine, dan banyak lagi laman sosial yang lain telah menggunakan bahasa yang kadangkala tidak betul tatabahasanya tetapi difahami oleh pembaca. Ini akan membuatkan pembaca percaya bahawa apa yang dibacanya betul keseluruhannya.

Pelbagai masalah timbul dengan wujudnya laman sosial ini. Penulis akan meninggalkan komen dan kadangkala ayat atau perkataan yang digunakan tidak terdapat dalam kamus. Kebimbangan ini tidak henti di situ sahaja, malah berterusan hingga ke perbualan seharian. Penutur akan menutur dengan menggunakan bahasa yang dibaca dari laman sosial dan akhirnya akan menyebabkan kekeliruan oleh pendengar. Selain itu, komen-komen yang ditinggalkan

di

facebook,

twitter,

instagram,

dan

lain-lain

didapati

menggunakan perkataan dan ayat yang berbaur perkauman, sensitiviti politik, agama dan banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya ditulis. Justeru, perkara ini haruslah diambil berat oleh semua pihak. Ibu bapa, guru, masyarakat,

rakan-rakan,

saudara-mara

dan

ramainya

seharusnya

membantu dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Melalui telefon bimbit, aplikasi seperti wasapp, line dan kakaotalk telah menjadi kegemaran golongan masyarakat yang ingin berkomunikasi dengan

 

28  

orang lain. Aplikasi ini tergolong dalam telekomunikasi yang menghubungkan di antara satu pihak dengan pihak yang lain tidak kira di mana mereka berada. Aplikasi ini dapat menjimatkan masa pengguna serta ada di antara aplikasi ini percuma penggunaannya jika terdapat wifi. Wifi pula biasanya disediakan di merata tempat seperti di universiti, restoran dan kedai malah banyak rumah yang membeli wifi supaya mudah untuk menggunakan aplikasi ini. Walau bagaimanapun, penggunaan aplikasi ini telah menimbulkan pelbagai implikasi. Pengguna lebih gemar menggunakan bahasa dan ejaan singkatan. Kadangkala perkataan atau ayat yang digunakan hanya boleh difahami oleh orang yang tertentu sahaja. Hal ini tidak memberi kesan yang baik kepada pengguna kerana pengguna akan beranggapan bahawa apa yang dibuat setiap hari adalah betul. Maka, aplikasi ini tidak membantu dalam pemartabatan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Pemartabatan bahasa dan Kesusasteraan Melayu melalui komputer dan telefon bimbit adalah dengan mengambil kira perkara berikut;

 

1.

Tatabahasa

2.

Ejaan

3.

Struktur ayat

4.

Kosa kata

5.

Nilai murni

6.

Nilai estetika

7.

Kesusasteraan Melayu

29  

Kesimpulan Teknologi bahasa dan Kesusasteraan memberi kesan terhadap majoriti golongan masyarakat. Penggunaan bahasa yang betul akan meninggalkan kesan yang positif terhadap pengguna. Selain itu, pengguna juga dapat belajar tentang kesusasteraan Melayu melalui teknologi komputer dan telefon bimbit.

Soalan Latihan 1.

Senarai

dan

bincangkan

kategori

teknologi

bahasa

dan

Kesusasteraan. 2.

Bincangkan penggunaan komputer dengan mengambil kira aspek bahasa dan Kesusasteraan.

3.

Bincangkan aplikasi telefon bimbit yang boleh memberi manafaat kepada pelajar.

4.

Bincangkan cara-cara pemartabatan bahasa dan Kesusasteraan Melayu dengan menggunakan teknologi komputer dan telefon bimbit.

 

30  

Rujukan 1.

Normaliza Abd Rahim (2013). Identification of Verbs in a Short Film Pasport Ekspres. The Public Administration and Social Policies Review, 10, 37-45.

2.

Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

3.

Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing. Embracing

the

Technology.

Penerbit

Universiti

Malaysia

Terengganu. 4.

Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

5.

Normaliza Abd Rahim, Roslina Mamat, Hazlina Ab Halim, Arbaie Sujud & Siti Nur Aliaa Roslan (2013). The Influence of Online Anime Towards Children, Online Journal of Communication and Media Technologies, 3 (3), July, 199-206.

 

31  

UNIT 3

TERMINOLOGI PENGAKSESAN ELEKTRONIK

Pengenalan Setiap alat elektronik mempunyai terminologi yang dapat membantu pengguna dalam mengenal setiap fungsi. Malah, terminologi juga dapat memberi kefahaman kepada pengguna cara penggunaan serta fungsi. Selain itu, arahan terhadap pengaksesan juga dapat difahami dengan mudah justeru, dapat memberi ruang kepada untuk menggunakan alat elektronik tersebut. Objektif 1.

Mengenal pasti terminologi pengaksesan elektronik

2.

Membincangkan terminologi pengaksesan elektronik

3.

Menghuraikan terminologi yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa dan kesusasteraan melayu

 

32  

Terminologi Pengaksesan Elektronik Senarai terminologi pengaksesan elektronik boleh membantu pengguna dalam kehidupan seharian. Pengguna yang tidak mahir dalam cara penggunaan elektronik juga dapat belajar melalui pemahaman terminologi yang tersenarai. Hal ini akan dapat mempercepatkan proses penggunaan elektronik yang baharu. Senarai terminologi pengaksesan elektronik adalah seperti berikut; Advanced Digital Network. Biasanya merujuk kepada saluran leased line berkecepatan 56Kbps

ADSL - Asymetric Digital Subscriber Line. Sejenis DSL di mana upstream dan downstream berjalan pada kecepatan yang berbeza. Dalam hal ini, downstream biasanya lebih tinggi. Konfigurasi yang umum memungkinkan downstream hingga 1,544 mbps (megabit per second) dan 128 kbps (kilobit per second) untuk upstream. Secara teori, ASDL dapat melayani kecepatan hingga 9 mbps untuk downstream dan 540 kbps untuk upstream.

Bandwith - menunjukkan seberapa banyak data yang boleh dilihat dalam sambungan melalui sebuah rangkaian (network).

Bit - Binary digit. Satuan terkecil dalam komputasi, terdiri dari sebuah besaran yang memiliki nilai antara 0 atau 1

 

33  

bps - Bit Per Seconds. Saiz yang menyatakan seberapa cepat data dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain.

Browser - Sebutan untuk perisian (software) yang digunakan untuk mengakses World Wide Web.

CGI - Common Gateway Interface. Sekumpulan aturan yang mengarahkan bagaimana sebuah server web berkomunikasi dengan sebagian software dalam mesin yang sama dan bagaimana sebagian dari software (CGI Program) berkomunikasi dengan pelayan web. Setiap software dapat menjadi sebuah program CGI apabila software tersebut dapat menangani input dan output berdasarkan standard CGI.

Chat - Secara harfiah, chat dapat diertikan sebagai bersembang, namun dalam dunia internet, istilah ini merujuk pada kegiatan komunikasi melalui baris-baris tulisan singkat yang ditaip melalui keyboard.

DNS - Domain Name Service. Merupakan perkhidmatan di Internet untuk jaringan yang menggunakan TCP / IP. Perkhidmatan ini digunakan untuk mengenal pasti sebuah komputer dengan nama bukan dengan menggunakan alamat IP (IP address). Ringkasnya DNS melakukan penukaran dari nama ke angka. DNS dilakukan secara desentralisasi, di mana setiap daerah atau tingkat organisasi memiliki domain sendiri. Masing-masing memberikan servis DNS untuk domain yang dikelola.

 

34  

Emel - Electronic Mail. Mesej, biasanya berupa teks, yang dikirimkan dari satu alamat ke alamat lain di jaringan internet. Sebuah alamat e-mel yang mewakili banyak alamat e-mel sekaligus disebut sebagai mailing list. Sebuah alamat e-mel biasanya memiliki format berupa [email protected], misalnya: [email protected].

Firewall - Kombinasi dari hardware maupun software yang memisahkan sebuah network menjadi dua atau lebih bahagian untuk alasan keselamatan.

FTP - File Transfer Protocol. Protokol standard untuk kegiatan lalu-lintas fail (upload maupun download) antara dua komputer yang disambungkan dengan rangkaian internet. Sebahagian sistem FTP mensyaratkan untuk diakses hanya oleh mereka yang mempunyai hak untuk itu dengan mengguinakan login tertentu. Sebahagian lagi boleh diakses oleh orang awam secara tanpa nama. Situs FTP semacam ini disebut Anonymous FTP.

GPRS - General Packet Radio Service. Salah satu standard komunikasi wireless (wayarles). Dibandingkan dengan protokol WAP, GPRS mempunyai kelebihan dalam kecepatannya yang dapat mencapai 115 kbps dan adanya sokongan aplikasi yang lebih luas, termasuk aplikasi grafis dan multimedia.

HTML - Hypertext Markup Language. HTML merupakan salah satu varian dari SGML yang dipergunakan dalam pertukaran dokumen melalui protokol HTTP.

 

35  

HTTP - Hyper Text Transfer Protocol. Protokol yang direka untuk memindahkan dokumen-dokumen HTML yang digunakan dalam World Wide Web.

IMAP - Internet Message Access Protocol. Protokol yang direka untuk mengakses e-mel. Protokol lain yang sering digunakan adalah POP.

ISDN - Integrated Services Digital Network. Pada dasarnya, ISDN merupakan merupakan jalan untuk melayani transfer data dengan kecepatan lebih tinggi melalui saluran telefon biasa. ISDN memungkinkan kecepatan transfer data hingga 128,000 bps (bit per saat). Tidak seperti DSL, ISDN dapat dihubungkan dengan lokasi lain seperti halnya saluran telefon, sepanjang lokasi tersebut juga terhubung dengan jaringan ISDN.

ISP - Internet Service Provider. Sebutan untuk pembekal perkhidmatan internet.

MTA - Mail Transport Agent. Peranti lunak yang bekerja mengantarkan emel kepada user. Adapun program untuk membaca e-mel dikenal dengan istilah MUA (Mail User Agent).

NNTP - Network News Transfer Protocol. Protokol yang digunakan untuk mengakses atau transfer artikel yang diposkan di Usenet news. Program pembaca news (news reader) menggunakan protokol ini untuk mengakses news. NNTP bekerja di atas protokol TCP / IP.

 

36  

POP - Post Office Protocol. Protokol standard yang digunakan untuk mengambil atau membaca email dari sebuah pelayan. Protokol POP yang terakhir dan yang paling popular digunakan adalah POP3. Protokol lain yang juga sering digunakan adalah IMAP. Adapun untuk mengirim email ke sebuah server digunakan protokol SMTP.

SMTP - SMTP Simple Mail Transfer Protocol. Protokol standard yang digunakan untuk menghantar e-mel ke sebuah pelayan di rangkaian internet. Untuk keperluan turun e-mel, digunakan protokol POP.

URI - Uniform Resource Identifier. Sebuah alamat yang menunjuk ke sebuah resource di internet. URI biasanya terdiri dari bahagian yang disebut skema (scheme) yang diikuti sebuah alamat. URI diakses dengan format skema: / / alamat.resource atau skim: alamat.resource. Misalnya, URI http://yahoo.com menunjukkan alamat resource yahoo.com yang dipanggil lewat skema HTTP Walaupun HTTP adalah skema yang sering digunakan, namun masih tersedia skema-skema lain, misalnya telnet, FTP, News, dan sebagainya.

UUENCODE - Unix to Unix Encoding. Sebuah kaedah untuk menukarkan gambar dalam format Binary ke ASCII agar dapat dikirimkan melalui e-mel.

VOIP - Voice over IP. VoIP adalah suatu mekanisme untuk melakukan pembicaraan telefon (voice) dengan menumpangkan data dari pembicaraan melalui Internet atau Intranet (yang menggunakan teknologi IP).

 

37  

VPN - Virtual Private Network. Istilah ini merujuk pada sebuah network yang sebagian diantaranya terhubung dengan jaringan internet, namun lalu lintas data yang melalui internet dari network ini telah mengalami proses enkripsi (secara rawak). Hal ini membuatkan network ini secara virtual "tertutup" (private).

WAP - Wireless Application Protocol. Standard protokol untuk aplikasi wireless (seperti yang digunakan pada telefon). WAP merupakan hasil kerjasama antara industri untuk membuat sebuah standard yang terbuka (open standard). WAP berbasis pada standard Internet, dan beberapa protokol yang sudah dioptimasi untuk lingkungan wireless. WAP bekerja dalam mod teks dengan kelajuan sekitar 9,6 kbps. Belakangan juga dikembangkan

protokol

GPRS

yang

memiliki

beberapa

kelebihan

dibandingkan WAP.

WML - Wireless Markup Language. Salah satu turunan dari format HTML yang khusus dikembangkan untuk dipakai pada protokol WAP.

WWW - World Wide Web - Sering disingkat sebagai WWW atau "web" saja, yakni sebuah sistem dimana maklumat dalam bentuk teks, gambar, suara, dan lain-lain dilihatkan dalam bentuk hypertext dan dapat diakses oleh perisian yang disebut browser. Maklumat di web pada umumnya ditulis dalam format HTML. Maklumat lain disajikan dalam bentuk grafik (dalam format GIF, JPG, PNG), suara (dalam format AU, WAV), dan objek multimedia lainnya (seperti MIDI, Shockwave, Quicktime Movie, 3D World). WWW dijalankan

 

38  

dalam server yang disebut http.

Perkakasan. Merupakan komponen jenis fizikal yang dihubungkan secara terus dengan komputer atau sistem yang lain. Ia juga merupakan alat yang digunakan sebagai input, dan aktiviti pemprosesan serta output.

Perisian. Fungsi: Urus,menyedia peralatan, perantara. Merupakan program yang mengawal operasi komputer dan dokumentasi. Dibahagikan kepada sistem dan aplikasi perisian.

Input. Input merupakan satu proses yang mana sesuatu komputer itu boleh proses atau ubah daripada jenis data kepada bentuk kod digital. Alat input pula mengubah data serta program yang boleh difahami manusia kepada suatu bentuk yang komprehensif ke CPU. Data tersebut mungkin diperolehi daripada sumber-sumber dokumen lain atau yang dimasukkan terus ke dalam komputer. Peralatan input seperti, papan kekunci, alat penunjuk dan sumber data yang secara automatik.

Output. Data mentah yang telah diproses kepada bentuk maklumat yang boleh

digunakan.

Output

juga

merupakan

hasil

daripada

proses

pengkomputeran. Alat output menjadikan maklumat yang diproses wujud untuk digunakan.

Hard Copy dan Soft Copy. Hard Copy (jenis cetakan yang boleh dipegang/jelas). Merekodkan teks atau grafik di atas medium yang kekal

 

39  

seperti kertas atau filem. Soft Copy (jenis cetakan yang tidak jelas/dipegang). Menggunakan isyarat elektronik untuk menunjukkan imej sementara pada skrin.

Perisian. Perisian merupakan arahan yang terdapat dalam bentuk program dan mengawal operasi ataupun perjalanan sesuatu komputer. Ini termasuklah pendokumenan. Kategori Perisian; Perisian versi 1.0, Perisian sistem versi 1.0 dan Perisian aplikasi versi 1.0.

Application software. Perisian aplikasi merupakan aplikasi suatu tugasan yang penguna jangkakan sesuatu komputer itu boleh beroperasi. Aplikasi terdiri daripada 2 jenis kategori iaitu tujuan umum dan tujuan khusus. Aplikasi untuk tujuan umum merupakan perisian yang dibangunkan untuk membantu dalam penyelesaian sesuatu masalah yang bersifat umum. Ia juga digunakan dalam pelbagai jenis situasi. Contoh perisian seperti pemprosesan perkataan, mencipta, mengedit, mencetak dokumen berasaskan teks, lembaran taburan spreadsheets,

menyusun, mengira dan membuat data bergraf, sistem

pengurusan pangkalan data, menyusun sesuatu data supaya data itu mudah diambil semula, penyampaian grafik, menghasilkan/mencipta grafik yang kelihatan seperti professional, komunikasi yang menghubungkan kepada internet dan dunia web. Aplikasi untuk Tujuan Khusus pula terdapat beberapa aplikasi yang dikhususkan untuk menyampaikan sesuatu tugasan iaitu pengurusan, perakaunan, hiburan, pendidikan dan kejuruteraan dan saintifik.

 

40  

Perisian

sistem.

Perisian

sistem

merupakan

program

bagi

tujuan

penyelarasan operasi sesuatu komputer dan juga merupakan program yang memudahkan kecekapan dalam penggunaan sesuatu sumber komputer serta turut merupakan program yang membantu dalam pembangunan sesuatu program aplikasi.

Sistem operasi. Sistem operasi menguruskan operasi secara umum bagi sesuatu sistem komputer.

Graphical User Interfaces (GUI). MS Windows NT, Motif, OpenWindows

Komponen Utama Komputer. Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen utama bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat menjamin keberkesanan penggunaannya. Walaubagaimanapun, penggunaan Mouse atau tetikus adalah lebih kepada asesori pilihan kepada pengguna kerana tanpanya komputer tetap akan berfungsi. Pengunaan printer atau mesin cetak pula lebih kepada penyediaan terakhir dalam penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja. Lima komponen utama komputer ialah; (a) Monitor (paparan) (b) CPU (system unit) (c) Key board (d) Printer (f) mouse

Sistem unit (CPU) CPU atau (Central Procecing Unit). Sistem ini adalah salah satu komponen penting bagi sesebuah komputer. Di dalam sistem unit atau CPU sesebuah komputer itu sendiri terdapat 5 lagi komponen utama yang menjadi nadi kepada sesebuah komputer kecacatan atau kerosakkan

 

41  

kepada salah satu sistem itu mengakibatkan komputer tidak akan berfungsi. 100 % Rangkaian sistem utama dalam sistem unit ialah (I) Microprosesor (brain) (ii) Ingatan (memory) RAM (iii) Input/output/I/Q (v) Storan (disk storage) (iv) Program

Mikroprosesor. Mikroprosesor merupakan otak kepada sesebuah komputer tanpanya komputer tidak dapat berfungsi manakala segala arahan akan dihantar untuk diproses di dalam mikroprosesor yang kemudiannya akan dipapar pada skrin komputer. Kepantasan sesebuah komputer melakukan proses bergantung kepada jenis cip microprosesornya. Misalnya, sesebuah komputer peribadi yang mempunyai cip mikroprosesor 804386 biasanya mempunyai

4MB

RAM

dan

bagi

komputer

yang

mempunyai

cip

mikroprosesor 8036 ianya mempunyai 2MB RAM. Namun begitu, nilai RAM boleh ditambah jika dikehendaki oleh pengguna. Miroprosesor bertugas sebagai (1) Melaksanakan arahan komputer (2) Melaksanakan arahanarahan asas: (a) tambah tolak (b) darab/bahagi (c) operasi logik/operasi pembandingan.

Memori. Ingatan atau Memory yang lebih dikenali sebagai RAM (Random Acces Memory) merupakan tempat simpanan sementara sesuatu data dalam sistem komputer sebelum dipindahkan secara kekal kepada Cakera liat atau cekera liut anda. Walau bagaimanapun, terdapat dua jenis ingatan utama iatu RAM dan ROM (penjelasan sila lihat pada tajuk RAM dan ROM)

 

42  

Storan atau disk storage. Storan merupakan tempat penyimpan maklumat atau data-data dengan banyak. Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila masa diperlukan. Media storan diperlukan memandangkan simpana data di dalam RAM adalah bersifat sementara. Media storan ialah seperti, Hard Disk, Magnetic floppy disket, Magnetic tape, dan Laser disket.

Perkakasan Hardware. Perkakasan atau lebih dikenali dengan Hardware komputer merupakan sekumpulan perkakasan di dalam komputer yang boleh dilihat, disentuh dan dirasa.

Mesin memproses (processor). Mesin memproses merupakan otak dan pusat yang mengendalikan komputer yang disokong oleh komponenkomponen

lain.

Prosesor

merupakan

chip

yang

kerap

disebut

“microprocessor“. Era kini, saiz prosesor telah mencapai tahap gigahertz. Saiz atau ukuran tersebut merupakan kiraan kelajuan prosesor dalam mengolah data atau informasi.

Aplikasi. Aplikasi merupakan komponen mustahak dalan menentukan pengoperasian sesebuah komputer. Tanpa program aplikasi komputer anda tidak bemakna dan tidak dapat berfungsi.

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam

 

43  

kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minicomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya. Komputerkomputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Pemilihan Komputer. Selalunya teknologi komputer berubah mengikut peredaran masa. Kemampuan dan keberkesanan sesebuah komputer bergantung kepada kecangihan ciptaannya, bermula dari sistem komputer tidak mempunyai hard disk (Double disk) sehinggalah kepada sistem yang mempunyai hard disk. Jika anda ingin membeli komputer pastikan anda membeli sebuah komputer yang mempunyai sistem Hard Disk kerana sistem double disk tidak lagi di gunapakai sekarang dan ianya juga sudah tidak ujud dalam pasaran sekarang. Malah, ianya sudah menjadi bahan sejarah. Pengguna juga mesti mempastikan juga berapa keupayaan komputer baik dari segi kelajuan prosesor keupayaan hardisk menyimpan data kebesaran RAM dan pelbagai kemudahan yang lain yang terkini. Kegagalan memilih komputer yang tepat dengan keperluan semasa akan menngakibatkan berkemungkinan

tidak

berupaya

menandingi

kepantasan

pengeluaran

perisian yang berubah setiap waktu. Dalam era multimedia ini, kebanyakan komputer di lengkapi dengan RAM yang tinggi dan hard disk yang besar beserta mempunyai beberapa keistimewaan lain seperti mempunya MODEM untuk mengakses internet. CD ROM dan pelbagai asesori tambahan yang

 

44  

menjadikan komputer lengkap dan mudah di kendalikan. Semakin tinggi kemampuan sesebuah komputer itu biasanya semakin tinggilah harganya di pasaran. Terdapat dua jenis komputer di pasaran iaitu yang asli (branded) dan klon. Kedua duanya mempunyai kemampuan yang sama namun komputer asli adalah lebih tahan dan terjamin buatannya.

Penjagaan Komputer. Sesebuah komputer hendaklah di jaga dengan rapi pada peralatan luar (Hardware) dan peralatan dalaman (Software) bagi memastikan ianya sentiasa berada di dalam keaadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja di perlukan. Untuk tujuan ini, pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 1 tahun sekali (servis).

Tujuan Pemeriksaan Komputer. ialah untuk; (1) Untuk memanjangkan jangka hayat komputer (2) Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik (3) Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki virus.

Memori. Jenis memori yang sama dan disokong oleh sistem komputer sedia ada sahaja yang dibenarkan di naik taraf seperti sama ada ia SD RAM, DDR, DDR2, DDR3 atau sebagainya. Begitu juga dengan kapasiti bagi setiap kepingan RAM seperti 16 MB, 32 MB, 64 MB, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2GB, 4GB dan lain-lain, perlu dirancang mengikut keperluan dan sokongan oleh komputer riba.

 

45  

Taraf Memori RAM. Sebelum membuat sebarang naik taraf memori RAM, beberapa perkara berkenaan perlu diketahui terlebih dahulu. Antaranya adalah seperti berikut:1.

Kenal pasti jenis, kelajuan dan kapasiti memori RAM yang sedia ada dalam komputer riba.

2.

Kenal pasti modul dan bilangan slot memori yang ada dalam komputer riba dan berapa slot yang telah digunakan seperti SIMM, DIMM, SODIMM dan lain-lain.

3.

Bagi kapasiti dan kelajuan memori RAM yang tinggi, pastikan komputer riba menyokong fungsi Error Corecting Code (ECC).

Jaringan. Ada tiga jenis jaringan yang umum yang digunakan antara lain : 4. Jaringan WorkGroup : Jaringan ini terdiri dari beberapa unit komputer

yang

dihubungkan

dengan

menggunakan

Network

Interface Card atau yang biasa disebut dengan Local Area Network Card, serta dengan menggunakan kabel BNC mahupun UTP. Semua unit komputer yang terhubung dapat akses data dari unit komputer lainnya dan juga dapat melakukan cetak dokumen pada printer yang terhubung dengan unit komputer lainnya. 5. Jaringan Lan : LAN (Local Area Network) adalah suatu kumpulan komputer, di mana terdapat beberapa unit komputer (client) dan 1 unit komputer untuk bank data (server). Berdasarkan kabel yang digunakan, ada dua cara membuat jaringan LAN, iaitu dengan kabel BNC dan kabel UTP. 6. Jaringan Wan : WAN (Wide Area Network) adalah kumpulan dari

 

46  

LAN dan/atau Workgroup yang dihubungkan dengan menggunakan alat komunikasi modem dan jaringan Internet, dari/ke bilik pusat. Dengan sistem jaringan ini, pertukaran data dapat dilakukan dengan cepat serta murah. Sistem jaringan ini dapat menggunakan jaringan Internet yang sudah ada, untuk menghubungkan antara pusat dan dengan PC Stand Alone/Notebook yang berada di tempat atau negara lain.

Kad grafik. Kad grafik ini diperlukan sekiranya penggunaan komputer yang memerlukan paparan berprestasi tinggi seperti membuat animasi komputer, pengeditan video, permainan komputer 3D dan lain-lain. hal ini kerana kad grafik yang sedia ada pada papan utama adalah berprestasi rendah dan tidak berupaya memproses perkara-perkara tersebut dengan baik.

Antara kebaikan penggunaan kad grafik ini adalah seperti berikut; 1. Meningkatkan kualiti video dan gambar dalam komputer. 2. Mempercepatkan proses rendering sesuatu grafik. 3. Memperhaluskan paparan piksel. 4. Meningkatkan kualiti sesuatu paparan pada komputer. 5. Mempercepatkan dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan komputer. 6. Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada komputer.

 

47  

Kesimpulan

Terminologi pengaksesan komputer merupakan perkara yang penting sebelum

pengguna

menggunakannya.

Pemahaman

terhadap

setiap

terminologi memboleh proses penggunaannya berjalan dengan lancar. Adalah wajar supaya pelajar memberi tumpuan terhadap terminologi pengaksesan bagi mengelakkan kerosakan serta kekeliruan terhadap komputer.

Soalan Latihan 1.

Bincangkan

tujuan

pemahaman

terminologi

pengaksesan

komputer. 2.

Senarai dan bincangkan terminologi komputer peribadi dan komputer riba.

3.

Senarai dan bincangkan input dan output semasa membuat persediaan tugasan yang melibatkan grafik.

4.

Senarai dan bincangkan protokol sebelum menggunakan komputer bagi tujuan pemahaman perisian.

 

48  

Rujukan 1.

Ahmad Zaki Abu Bakar (2002) Kamus Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2.

Jonassen, D.H. (1996). Computer in the Classroom: Mindtools for Critical Thinking. New Jersey: Prentice Hall

3.

Wiley, J. & Sons (2014) Wiley Encyclopedia of Science and Engineering. Wiley Online Library. www.onlinelibrary.wiley.com 22.6.15

4.

http://ow.ly/KNICZ. 25.6.15

5.

http://komputerdananda.blogspot.com/p/muka-2.html. 26.6.15

6.

http://universitimengkarakk.blogspot.com/2011/12/sembang-ict-17kad-grafik-paling.html. 26.6.15

 

49  

UNIT 4

CIRI-CIRI TEKNOLOGI BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Pengenalan Teknologi bahasa dan kesusasteraan mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting dalam mencari ilmu melalui teknologi terkini. Hal ini bertepatan dengan kewujudan teknologi yang sentiasa berubah dari masa ke semasa. Kini, masyarakat sudah menerima kewujudan teknologi yang dapat memberi segala kemudahan dalam kehidupan. Oleh itu, ciri-ciri ini teknologi bahasa dan

kesusasteraan

dapat

memberi

kesan

yang

positif

terhadap

perkembangan minda masyarakat tidak kira yang muda mahupun yang tua.

Objektif 1.

Mengenal pasti ciri-ciri teknologi maklumat

2.

Memahami ciri-ciri teknologi yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan

3.

 

Menghuraikan perkembangan teknologi bahasa dan kesusasteraan

50  

Ciri-Ciri Teknologi Bahasa dan Kesusasteraan Penggunaan teknologi dalam bahasa dan kesusasteraan berpandukan pada ciri-ciri yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang terkini. Teknologi yang dimaksudkan bertumpu kepada teknologi yang melibatkan penggunaan internet. Majoriti dari pengguna teknologi terkini meluangkan banyak masa dalam melayari internet dengan membaca, mencari maklumat, menambah ilmu, hiburan dan lain-lain. Bertitik tolak dari situ, pengguna telah melalui proses yang melibatkan ciri-ciri teknologi maklumat yang memberikan kesan yang positif terhadap penambahan ilmu semasa. Mudah Teknologi maklumat telah digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Dari sekecil-kecil bayi sehinggalah ke orang dewasa. Hal ini kerana teknologi maklumat ini mudah untuk digunakan. Peralatan teknologi yang dijual di merata kedai disambut baik oleh masyarakat. Oleh itu, mereka akan berusaha untuk mengenal pasti teknologi baharu yang diperkenalkan. Walaupun ada di antaranya mahal, masyarakat masih mampu untuk memiliki peralatan tersebut. Mereka beranggapan bahawa teknologi yang dimiliki akan memberi kemudahan terhadap kehidupan seharian mereka. Selain dari memiliki peralatan yang terkini, mereka berasa mudah apabila teknologi tersebut boleh diakses di mana-mana sahaja. Arahan penggunaan teknologi juga diberi perhatian dan adalah wajar jika segala arahan mudah difahami dan ini akan memberi ruang kepada semua pengguna untuk mencubanya. Tambahan pula, kemudahan yang diperoleh dengan mempunyai teknologi ini, dapat memberi kesan terhadap kehidupan seharian. Misalnya, kemudahan

 

51  

untuk membeli-belah, peta, berita terkini dan lain-lain lagi. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), teknologi terkini dianggap mudah oleh semua golongan masyarakat yang menggunakannya. Selain dari mudah digunakan, teknologi terkini juga memberi kemudahan dari segi pemahaman konsep serta meleraikan masalah. Hal ini jelas terbukti apabila seseorang itu ingin mencari penyelesaian terhadap kemusykilan tentang masalah pemahaman terhadap sesuatu konsep. Normaliza Abd Rahim (2014) mengatakan bahawa kadangkala konsep agak sukar difahami melalui penjelasan dari pihak yang lain, namun, setelah menggunakan teknologi terkini seperti internet, masalah ini dapat diselesaikan. Maka, teknologi yang dimaksudkan ini dapat memberi kemudahan kepada pengguna.

Dari aspek bahasa dan kesusasteraan, adalah mudah untuk melayari teknologi terkini seperti internet untuk mendapatkan maklumat terkini dan juga maklumat dari buku-buku yang sudah hampir pupus di pasaran. Adalah mudah untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan teknologi yang dimaksudkan. Misalnya, adalah mudah untuk mendapatkan senarai simpulan bahasa dan peribahasa Melayu di laman web berbanding dengan di kedai. Selain menjimatkan masa, pengguna boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan pantas.

Ilmu Teknologi maklumat dapat memberi ilmu kepada masyarakat. Ilmu yang dimaksudkan dapat memberi ruang kepada pengguna untuk belajar secara bersendirian

 

atau

berkumpulan.

Terdapat

pelbagai

jenis

ilmu

yang

52  

dimaksudkan dalam penggunaan teknologi maklumat. Ada di antara pengguna yang berpandangan bahawa ilmu dipelajari dan diterima dengan baik. Namun, ada di antara pengguna merasakan bahawa teknologi ini remeh dan tidak mendatangkan faedah. Hal ini diterima memandangkan tidak semua golongan masyarakat yang dapat menerima kehadiran teknologi. Mereka masih menggunakan bahan yang tidak melibatkan teknologi. Misalnya, ada golongan masyarakat yang rela mencari ilmu dengan membaca dari akhbar yang dibeli dikedai sedangkan mereka boleh membaca secara atas talian. Namun, hal ini tidak menghalang dari golongan yang sukakan teknologi untuk mendapatkan ilmu. Masyarakat sebegini merasakan bahawa mereka dapat mencari ilmu di mana sahaja dengan menggunakan teknologi. Misalnya, mereka dapat membaca akhbar secara talian terus semasa menunggu bas, dalam keretapi, semasa makan atau sedang beratur membeli barang. Hal ini tidak mengejutkan masyarakat yang memerhati memandangkan majoriti dari masyarakat akan mengisi ruang dengan membaca dan menggunakan teknologi telefon bimbit di mana sahaja mereka berada. Normaliza Abd Rahim (2014) menekankan bahawa masyarakat amat gemar menggunakan telefon bimbit dalam kehidupan seharian. Mereka dapat mencari ilmu dengan membaca melalui laman sosial. Ilmu yang didapati pula akan dikongsi dengan orang lain. Hal ini jelas terbukti apabila sesuatu ilmu itu dikongsi dalam facebook, instagram, twitter dan laman sosial yang lain. Normaliza Abd Rahim (2014) juga menyatakan bahawa ilmu boleh didapati dari akhbar, perbankan, perniagaan atas talian, pelancongan, akademik, keagamaan, kejuruteraan, senibina, dan banyak lagi. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, mereka masih dapat belajar melalui

 

53  

teknologi terkini. Misalnya, mereka boleh mencari bahan yang baharu dengan menggunakan internet dan melayari laman sesawang yang berkaitan.

Ilmu yang didapati di laman web berbentuk bahasa dan kesusasteraan dapat memberi kesan yang positif kepada pembaca. Misalnya, pelajar universiti yang terlalu sibuk belajar dan menyiapkan tugasan akan melayari internet untu mendapat maklumat. Pelajar dapat menyiapkan tugasan tersebut pada hari yang sama berbanding dengan pelajar yang harus menunggu waktu perpustakaan untuk dibuka. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk mencari ilmu yang dikehendaki.

Cepat Teknologi maklumat dianggap sebagai salah satu teknologi yang cepat perkembangannya.

Dalam

masa

sehari,

teknologi

maklumat

akan

berkembang dengan pesatnya. Pelbagai aplikasi baharu diperkenalkan. Syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam teknologi seperti Apple, Samsung, Sony Ericson dan lain-lain akan berlumba-lumba dalam memberikan aplikasi yang terbaharu dan menarik untuk digunakan. Perkembangan yang pesat dalam teknologi sedikit sebanyak memberi impak terhadap pengguna terutama masyarakat yang gemar menggunakan teknologi terkini. Oleh yang demikian, pengguna dapat mencari data, maklumat, bahan dan lain-lain dengan lebih cepat berbanding dengan bahan yang lain. Sebagai pengguna, kita beranggapan bahawa perkembangan yang pesat ini dapat memberi kesan yang positif. Selain itu, pengguna dapat merasakan bahawa maklumat dapat diperoleh dengan cepat. Maka, mereka tidak dianggap ketinggalan

 

54  

dalam mencari ilmu tersebut. Misalnya, laman web yang baik berkaitan bahasa dan kesusasteraan akan cuba sedaya mungkin untuk memberi maklumat tentang kebaikan laman web mereka. Oleh itu, penulis harus cepat membuat tindakan supaya pengguna dapat peroleh kebaikan dari laman web tersebut. Pengguna dapat menggunakan perkhidmatan

tersebut dengan

segera. Menurut Normaliza Abd Rahim (2013), teknologi maklumat akan memberi ruang kepada pengguna dalam mencari maklumat dengan cepat. Pengguna tidak perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu dalam mencari satu maklumat yang diperlukan dengan kadar segera.

Laman web berbentuk bahasa dan kesusasteraan dapat memberi manafaat kepada pengguna dalam memberikan maklumat terkini dengan lebih cepat. Misalnya, laman web www.e-sastera.com telah dapat memberi maklumat dengan cepat. Laman ini memberi ruang kepada penulis dan pencinta sastera dalam berkongsi penulisan mereka. Hal ini juga penting kerana perkongsian ini akan dapat sedikit sebanyak memberi maklumat dan pembelajaran dalam penulisan berbentuk kesusasteraan. Selain itu, blog juga dapat memberikan maklumat yang cepat. Biasanya, blog dikemaskini setiap hari oleh penulis blog tersebut. Oleh yang demikian, setiap hari juga pembaca akan peroleh maklumat yang terkini. Hal ini dapat memberikan motivasi kepada pengguna teknologi tersebut dalam mencari apa yang yang dikehendaki dalam kadar segera.

 

55  

Menarik Setiap teknologi yang diperkenalkan biasanya akan dapat tarikan dari pihak pengguna. Hal ini penting memandangkan teknologi dapat diterima oleh majoriti lapisan masyarakat. Justeru, kandungan teknologi yang ingin disampaikan itu seharusnya menarik untuk dibaca atau digunakan. Ciri ini dapat memberi kesan yang positif terhadap pengguna dalam melayari dan mendapat apa yang diperlukan. Tidak semua pengguna suka akan perkembangan teknologi yang terkini. Namun, seharusnya teknologi yang sedia ada mempunyai ciri-ciri berbentuk mudah digunakan dan tidak membebankan. Keadaan ini dapat memberi ruang kepada pengguna untuk mencari tarikan yang dapat memberi kemudahan dalam menggunakannya. Misalnya, terdapat banyak laman web bahasa dan kesusasteraan. Namun, adalah menjadi tanggung jawab penulis laman web untuk menjadikannya menarik supaya ramai pembaca singgah di laman web tersebut. Serupa juga halnya dengan pemilihan samada laman web bahasa atau kesusasteraan. Berkemungkinan segelintir pengguna tidak gemar membaca di laman web bahasa atau kesusasteraan. Oleh itu, adalah wajar supaya penulis mengambil kira hal seperti ini supaya laman web masih diminati dan dapat meninggalkan kesan kepada pengguna.

Ciri ini sedikit sebanyak dapat menarik perhatian dengan mengambil kira penggunaan asas grafik supaya pengguna singgah dan baca di laman web tersebut. Asas grafik seperti mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian digunakan dalam setiap laman web supaya ianya lebih mendapat perhatian dan menjadi lebih menarik. Adalah wajar supaya kehendak setiap

 

56  

lapisan masyarakat diambil kira supaya laman web tersebut mempunyai pengunjung yang ramai. Hal ini akan memberi kesan yang positif kepada pencinta bahasa dan kesusasteraan.

Perkembangan Teknologi Bahasa dan Kesusasteraan Pada hari ini, adalah jelas diperkatakan bahawa setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis teknologi. Telefon bimbit dan komputer riba dianggap sebagai perkara yang penting dalam kehidupan sehidupan seharian. Telefon bimbit diperlukan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Komputer riba pula diperlukan untuk kegunaan pelajar, pekerja dan juga semua orang yang menginginkan kepuasan dalam penggunaan teknologi. Kedua-dua teknologi terkini ini, dapat membantu pengguna dalam kehidupan mereka. Selain dari mencari maklumat tentang bahasa dan kesusasteraan, pengguna juga dapat belajar dari maklumat tersebut. Justeru, pengguna dapat mencuba menulis dalam bidang yang berkaitan dan berkongsi pula dengan orang lain. Hal ini jelas apabila penulis berjaya menulis di laman web masing-masing. Laman web seperti blogspot dan wordpress menjadi tumpuan pengguna dalam perkongsian maklumat ini. Selain itu, laman web berbayar seperti laman dot com (.com) juga banyak digunakan oleh pengguna.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira jika seseorang itu menginginkan penulisan yang baik dalam laman web mereka. Normaliza Abd Rahim (2014) menekankan bahawa seorang penulis seharusnya menulis

 

57  

dengan baik supaya pembaca tidak keliru. Normaliza Abd Rahim (2014) juga menyatakan 10 perkara penting dalam etika penulisan laman web.

1.

Menggunakan kosa kata yang betul dan sesuai

2.

Menggunakan ejaan yang betul berpandukan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

3.

Menggunakan struktur ayat yang betul dan gramatis

4.

Mempunyai penulisan yang menarik

5.

Mempunyai penulisan yang memberi informasi kepada pengguna

6.

Menulis tulisan yang mempunyai kandungan yang terkini

7.

Kenyataan dalam penulisan adalah benar

8.

Melakukan penyelidikan sebelum menulis

9.

Penulisan yang tidak menimbulkan fitnah

10.

Penulisan yang tidak menyentuh sensiviti agama, politik dan kekeluargaan

Kesimpulan Ciri-ciri teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan jelas memberi kesan kepada majoriti lapisan masyarakat. Adalah wajar supaya teknologi ini melibatkan penggunaan bahasa dan kesusasteraan yang dapat memberi kesan kepada pengguna. Ciri-ciri seperti mudah, ilmu, cepat dan menarik dapat membantu pengguna dalam mencari maklumat yang terkini. Selain itu, penulis juga dapat menggunakan ciri-ciri ini dalam memulakan penulisan mereka untuk dibaca oleh orang ramai.

 

58  

Soalan Latihan 1.

Senarai dan bincangkan empat ciri-ciri teknologi maklumat dan berikan contoh yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan.

2.

Bincangkan jenis teknologi yang gemar digunakan oleh masyarakat kini.

3.

Senarai dan bincangkan penggunaan laman web bagi seorang pelajar bahasa dan kesusasteraan di peringkat universiti.

4.

Bincangkan 10 perkara penting dalam etika penulisan di laman web.

5.

Sediakan

sebuah

laman

web

berbentuk

bahasa

dan

kesusasteraan.

Rujukan 1.

Normaliza Abd Rahim & Kim Jang-Gyem (2012). Malay Language among

Korean

Learners

of

Media.

Malaysian

Journal

of

Educational Technology, 12(3), 27-32. 2.

Normaliza Abd Rahim (2013). Adjectives Identification in Television Advertisements. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, July 2013, 12 (3), 15-20.

3.

Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

4.

Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing. Embracing

the

Technology.

Penerbit

Universiti

Malaysia

Terengganu.

 

59  

5.

Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

6. Normaliza Abd Rahim & Kim Jang-Gyem (2012). Malay Language among Korean Learners of Media. Malaysian Journal of Educational Technology, 12(3), 27-32. 7. UNIT 5

PERANAN DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PELBAGAI BIDANG

Pengenalan Teknologi maklumat berkembang dengan cepat dan pengguna dapat merasakan bahawa perkembangan ini dapat memberi ruang kepada mereka dalam mencuba perkara yang baharu setiap hari. Namun setiap teknologi yang diperkenalkan mempunyai peranan yang berlainan bagi setiap individu. Teknologi

maklumat

boleh

dibahagikan

kepada

tiga

bahagian

iaitu

telekomunikasi, telesidang dan e-niaga. Namun, bahagian ini tidak tertakluk kepada tiga ini sahaja. Malah, bahagian-bahagian yang lain boleh diterapkan mengikut kehendak bidang masing-masing.

Objektif 1. mengenal pasti jenis teknologi maklumat dalam pelbagai bidang 2. membincangkan peranan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang

 

60  

3. menghuraikan perkembangan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang

 

61  

Peranan dan Perkembangan Teknologi Maklumat dalam Pelbagai Bidang

Dalam era teknologi yang serba baharu, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam kerja-kerja seharian. Peranan teknologi maklumat berbahagi kepada tiga bahagian yang penting iaitu telekomunikasi, telesidang dan eperbankan.

Melalui telekomunikasi, pengguna telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili. Misalnya, komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam pekerjaan yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting. Komputer juga dapat menghubungkan pengguna melalui laman sosial seperti facebook, twitter, instagram dan banyak lagi. Komputer juga dapat menghubungkan pengguna melalui e-mel atau pun berbentuk chatroom seperti yahoo messenger, hotmail messenger, gmail chat dan banyak lagi. Emel boleh menghantar dokumen berbentuk rasmi atau pun digunakan untuk pengguna yang cuma ingin berbual dengan rakan secara maya.

Selain itu, media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita terdedah terhadap pelbagai jenis teknologi. Misalnya, melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Mulai dari video yang besar dan berat sehingga ke cakera padat DVD atau CD yang

 

62  

lebih kecil dan ringan. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video ataupun cakera padat. Namun, teknologi komunikasi tidak henti di situ sahaja. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Pengguna berlumba-lumba membeli telefon bimbit yang terbaru di pasaran. Setiap hari, telefon bimbit akan berubah dan mempunyai tambahan yang membuatkan pengguna ingin memilikinya. Telefon bimbit dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun beribu kilometer jauhnya. Bermulanya penggunaan telefon oleh tentera bagi tujuan perhubungan, pengguna mendapati bahawa telefon akan memudahkan lagi urusan setiap hari. Pengguna memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri. Tambahan pula, salah satu sistem telekomunikasi yang lain ialah dengan menggunakan sistem faksimili yang bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui kertas yang sudah dicetak. Hal ini akan memudahkan kerja bagi penerimanya.

Telesidang juga menggunakan telefon atau komputer. Kini, telesidang lebih memudahkan pengguna. Misalnya, seorang penyelidik dapat menghubungi penyelidik yang lain melaui perhubungan lebih dari dua hala. Ataupun, seorang pelajar di Malaysia boleh menghubungi pensyarah di United Kingdom dengan menggunakan telesidang iaitu samada menggunakan skype yang menunjukkan wajah pengguna atau pun menggunakan telesidang berbentuk telefon iaitu perhubungan melalui suara. Telesidang dapat memudahkan

 

individu

dalam

membuat

keputusan

dengan

segera.

63  

Persetujuan dari semua pihak dapat dilakukan walau di mana mereka berada. Doktor di hospital juga boleh menggunakan telesidang bagi kegunaan penyelidikan atau pun ingin mendapat keputusan dengan kadar segera. malah, telesidang penting untuk bidang-bidang lain juga seperti dalam bidang ekonomi, kejuruteraan, perakaunan, kemanusiaan, pentadbiran dan apa jua bidang yang memerlukannya.

E-niaga pula digunakan oleh majoriti masyarakat. Ia meliputi sistem perbankan, perniagaan atau apa sahaja yang berkaitan dengan sistem ekonomi. E-niaga dapat membantu pengguna dalam pengurusan kewangan serta pemilihan terhadap jenis perniagaan yang dilakukan atau pembelian produk yang diinginkan. E-niaga tidak hanya bertumpu kepada ahli perniagaan malah setiap individu mempunyai keperluan yang berlainan terhadapnya. Misalnya, seorang pelajar akan menggunakan e-niaga bagi tujuan pendidikan, penyelidikan, pembelian dan perkara lain yang berkaitan. Namun, seorang ahli perniagaan akan menggunakan e-niaga bagi tujuan yang berlainan dari seorang pelajar.

Peranan teknologi maklumat terhadap masyarakat adalah seperti berikut;

 

1.

Pekerjaan seharian

2.

Perhubungan antara pengguna

3.

Perbankan

4.

Ekonomi

5.

Sosial

6.

Keagamaan

64  

7.

Kesihatan

8.

Pendidikan

9.

Penyelidikan

10.

Hiburan

Namun, peranan teknologi maklumat terhadap setiap individu adalah berlainan. Misalnya, seorang ahli perniagaan akan mempunyai peranan teknologi maklumat yang berlainan. 1.

Ekonomi

2.

Perbankan

3.

Sosial

4.

Pendidikan

5.

Penyelidikan

Peranan teknologi maklumat terhadap pelajar juga berlainan. Hal ini kerana pelajar lebih tumpukan perhatian terhadap tugasan yang diberi. Misalnya, pelajar akan mencari maklumat yang dikehendaki sahaja. Pada waktu yang lain, pelajar akan mencari maklumat yang lain pula. Pelajar lebih bertumpu kepada;

 

1.

Pendidikan

2.

Penyelidikan

3.

Sosial

4.

Perkara lain yang berkaitan dengan tugasan

65  

Kesimpulan Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang baik dan positif. Hal ini dapat memberi ruang kepada pengguna dalam menggunakan teknologi maklumat dengan jujur dan ikhlas. Selain itu, menggunakan teknologi apabila perlu dan tidak membuang masa tanpa tujuan.

Soalan Latihan

1.

Bincangkan peranan teknologi maklumat terhadap masyarakat

2.

Senarai dan bincangkan tiga jenis teknologi maklumat serta peranannya.

3.

Bincangkan peranan dan perkembangan teknologi maklumat terhadap pelajar universiti.

4.

Bincangkan

kebaikan

dan

keburukan

serta

jenis

teknologi

maklumat yang berkaitan dengan kehidupan anda.

 

66  

Rujukan 1.

Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

2.

Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing. Embracing

the

Technology.

Penerbit

Universiti

Malaysia

Terengganu. 3.

Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

4.

Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim & Roslina Mamat (2014) Learning via Television Cartoon.

Asian Social Science

Journal. 10 (15), 8-15.

 

67  

UNIT 6

PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN DI PELBAGAI PELANTAR

Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat pada masa ini telah memberi perubahan yang besar terhadap masyarakat di dunia dan Malaysia khasnya. Masyarakat sudah dapat menerima perkembangan ini dan cuba belajar demi kepuasan diri serta kehendak dan keperluan tugas pada setiap hari. Namun, pengguna juga dipengaruhi dengan teknologi yang sedia ada. Malah, teknologi terkini juga mempengaruhi masyarakat dalam meningkatkan diri dari aspek ilmu yang ingin dicari.

Objektif 1.

Mengenal

pasti

pengaruh

teknologi

maklumat

dalam

perkembangan bahasa dan kesusasteraan 2.

Membincangkan pengaruh teknologi maklumat terhadap pengguna

3.

Menghuraikan

jenis-jenis

teknologi

maklumat

terhadap

perkembangan bahasa dan kesusasteraan

 

68  

Pengaruh Teknologi Maklumat Dalam Perkembangan Bahasa Dan Kesusasteraan dan TM Di Pelbagai Pelantar Pengaruh teknologi maklumat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pengaruh terhadap pendidikan, perubatan, seni, hiburan dan rekreasi, dan ekonomi.

Teknologi

maklumat

berkait

rapat

dengan

telekomunikasi,

telesidang dan juga e-niaga. Selain itu, apa jua teknologi maklumat yang dapat

memberi

manafaat

bagi

setiap

individu.

Teknologi

maklumat

merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagai-bagai kempen

dijalankan

untuk

menjelaskan

kepada

masyarakat

tentang

pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer

peribadi

yang

disambung

dengan

perkhidmatan

internet,

masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari selur-uh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan

 

69  

politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi

maklumat

mampu

menjadi

masyarakat

Malaysia

sebagai

masyarakat berinformasi.

Pendidikan Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Perisian yang bersesuaian dicipta supaya pelajar dapat menggunakannya dengan baik. Malah, perisian direka supaya setiap individu boleh memahami setiap apa yang ingin dipelajari iaitu dari mudah ke yang paling sukar. Hal ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu setiap masa. Selain itu, pelajar dapat memahami konsep yang sukar difahami pada awalnya dengan mencuba perkara yang mudah terlebih dahulu. Pengajaran akan berjalan lebih lancar dengan adanya komputer. Pengajar boleh membuat persediaan lebih awal supaya setiap pelajar dapat menikmati pembelajaran. Oleh yang demikian, persediaan pengajaran dapat mengenal pasti tahap pemahaman setiap pelajar. Malah, persediaan boleh menumpukan perhatian terhadap tugasan kumpulan kecil. Misalnya, dua pelajar boleh menggunakan satu komputer. Hal ini dapat memberi ruang kepada pelajar untuk berbincangkan bersama rakan terlebih dahulu. Pelajar juga boleh mencuba dan membantu rakan yang lain semasa proses pembelajaran. Selain dari pelajar, setiap individu juga menggunakan komputer bagi tujuan mereka sendiri. Ada di antaranya menggunakan komputer bagi tujuan pekerjaan, perniagaan dan lain-lain. Komputer dapat menyelesaikan kerja yang diberi dengan lebih pantas. Penggunaan internet melalui komputer juga berleluasa sehingga kini.

 

70  

Pengguna menggunakan internet bagi tujuan pendidikan. Mereka mencari maklumat yang diingini dengan cepat dan pantas.

Perubatan Teknologi maklumat amat diperlukan dalam bidang perubatan. Teknologi yang terkini digunakan bagi tujuan penyelidikan dan juga perubatan. Selain dari menjalankan penyelidikan ia juga dapat mengenal pasti dapatan baharu untuk penyakit dan digunakan untuk merawat pesakit. Doktor yang terlibat akan menggunakan teknologi terkini untuk kegunaan pembedahan dan penyelidikan. Hal ini dapat membantu golongan yang memerlukan rawatan dengan kadar segera. Penggunaan komputer amat diperlukan dalam bidang perubatan. Mencari maklumat serta menghubungkan dengan pakar yang lain membolehkan penyelidikan dilakukan dengan lebih cepat. Selain itu, teknologi yang digunakan diperoleh bagi tujuan perubatan. Hal ini juga berkait rapat dengan perniagaan di mana syarikat akan cuba mengeluarkan peralatan yang berbentuk teknologi moden. Peralatan ini digunakan dalam hospital kerajaan dan juga swasta. Doktor dan jururawat serta sesiapa yang berkaitan akan diajar menggunakan peralatan tersebut supaya urusan berjalan dengan lancar. Penggunaan teknologi seperti telefon juga amat penting di hospital. Hubungan di antara pengguna amatlah penting dalam membuat keputusan. Hal ini penting kerana telefon dapat memberi keputusan dengan cepat dan pantas.

 

71  

Seni, Hiburan dan Rekreasi Penggunaan komputer dan telefon bimbit merupakan perkara yang penting dalam penyebaran maklumat berkaitan dengan seni dan hiburan. Rata-rata pengguna menggunakan teknologi ini bagi tujuan pendidikan, penyelidikan atau semata-mata untuk hiburan. Remaja menggunakan komputer dan telefon bimbit untuk mencari maklumat tentang idol yang terkenal atau pun mencari maklumat tentang filem yang terkini. Malah adakala mereka menggunakan komputer dan telefon bimbit untuk berhubung dengan pelakon atau penyanyi yang diminati. Hal ini agak membimbangkan kerana keasyikan terhadap dunia hiburan akan membuatkan mereka leka dan akhirnya akan mengabaikan pelajaran di sekolah. Namun hal ini boleh dibendung melalui pengawasan dari pihak ibu bapa. Ibu bapa boleh mengunci laman web yang berkaitan dan mengehadkan jangka masa menggunakan komputer. Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dipantau supaya pelajar remaja tidak menggunakannya tanpa pengawasan. Bagi pelajar universiti yang mengambil bidang seni, mereka boleh manafaatkan laman web berbentuk seni dan hiburan. Oleh itu, penggunaan komputer dan telefon bimbit adalah diperlukan. Adalah wajar supaya pelajar mencari maklumat yang betul dan benar melalui laman web yang berkaitan. Masa kini, terdapat laman web yang diciplak dan tidak mempunyai kesahihan yang jitu. Oleh itu, pelajar harus berhati-hati dalam membuat keputusan pemilihan laman web berkaitan.

 

72  

Ekonomi Ekonomi berkait rapat dengan e-niaga, perbankan dan perdagangan dan apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan. Perkembangan teknologi dapat memudahkan urusan perdagangan tidak kira di Malaysia malah dengan negara-negara lain. Teknologi seperti komputer dan telefon bimbit dapat membantu pengguna dalam perhubungan di antara pengguna melalui proses yang cepat dan pantas. Bank-bank di Malaysia menggunakan urusan secara atas talian di mana pengguna tidak perlu ke bank untuk membuat urusan. Pengguna boleh membayar bil atau pun urusan penyimpanan dan pengeluaran wang melalui perbankan atas talian. Hal ini memudahkan pengguna selain dari menjimatkan masa. Kini, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit yang mempunyai internet dalam pengurusan perbankan. Selain itu, kedua-dua komputer dan telefon bimbit dapat memberi ruang kepada pengguna untuk mencari maklumat tentang perniagaan yang dijalankan tanpa pergi ke lokasi tersebut. Misalnya, pengguna boleh menggunakan internet untuk membeli-belah dan mereka juga memilih kedai atau produk yang diingini. Hal ini dapat menjimatkan masa serta kepuasan pengguna terhadap produk tersebut.

Perkaitan Teknologi Maklumat dengan Bahasa dan Kesusasteraan Semua bahagian mempunyai kaitan dengan bahasa. Malah bahasa merupakan

perkara

yang

penting

dalam

menyampaikan

maklumat.

Pendidikan, perubatan, seni, hiburan dan rekreasi, dan ekonomi memerlukan bahasa untuk ilmu dan penyampaian maklumat. Adalah wajar jika bahasa yang digunakan itu bersesuaian dengan pembaca. Misalnya, pendidikan

 

73  

melalui komputer untuk kanak-kanak haruslah mempunyai bahasa yang sesuai untuk tahap umur kanak-kanak. Juga, pemilihan bahasa juga melibatkan cara penyampaian yang berbeza. jika ianya berbentuk cerita, bahasa yang ditulis haruslah mendapat tarikan pembaca.

Bidang kesusasteraan pula cuma digunakan di bahagian yang bersesuaian. Misalnya, kesusasteraan boleh diterapkan dalam pendidikan, seni, hiburan dan rekreasi. Selain itu, kesusasteraan juga boleh digunakan untuk penyampaian maklumat yang berbentuk sastera. Misalnya, penggunaan pantun dalam laman sosial dapat memberi kesan yang positif terhadap kesusasteraan Melayu. Justeru, pembaca dapat manafaat dari pemahaman genre Melayu lama yang hampir dilupakan. Adalah wajar jika kesusasteraan Melayu dimartabatkan melalui teknologi komputer dan telefon bimbit.

Kesimpulan Pengaruh teknologi maklumat amat penting dalam pemilihan teknologi yang bersesuaian. Jenis teknologi maklumat ini juga penting bagi tahap umur pengguna. Setiap pengguna mempunyai pengalaman serta kehendak yang berbeza. Oleh itu, adalah wajar supaya pengguna menggunakan teknologi ini dalam proses pembelajaran.

 

74  

Soalan Latihan

1.

Senarai

dan

bincangkan

pengaruh

teknologi

maklumat

keseluruhannya. 2.

Bincangkan pengaruh teknologi maklumat berkaitan dengan bahasa.

3.

Bincangkan pengaruh teknologi maklumat berkaitan dengan kesusasteraan.

4.

Bincangkan pengaruh negatif terhadap penggunaan teknologi maklumat berkaitan bahasa dan kesusasteraan.

Rujukan 1.

Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

2.

Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing. Embracing

the

Technology.

Penerbit

Universiti

Malaysia

Terengganu. 3.

Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

4.

Ilham

Nasuha

Komunikasi.

(2011)

Manafaat

Teknologi

Maklumat

dan

http://blogbmspm.blogspot.com/2012/05/manfaat-

teknologi-maklumat-dan.html. 24.6.15

 

75  

UNIT 7

PEMINDAHAN SILANG BUDAYA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Pengenalan Pemindahan silang budaya dalam teknologi, bahasa dan kesusasteraan berkait rapat dengan budaya elektronik, pengetahuan, kesan, keperluan, cetak rompak, internet dan keselamatan. Permindahan silang budaya tidak tertakluk kepada ini sahaja, namun terdapat perkaitan di antara satu budaya dengan budaya yang lain. Oleh yang demikian, permindahan silang budaya akan berubah mengikut perkembangan teknologi maklumat itu sendiri. Malah, perkaitan bahasa dan kesusasteraan dengan teknologi maklumat juga berbeza mengikut tahap umur pengguna.

Objektif 1.

Mengenal pasti jenis pemindahan silang budaya dalam teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan

2.

Membincangkan masalah yang dihadapi terhadap pemindahan silang

budaya

dalam

teknologi

maklumat,

bahasa

dan

kesusasteraan 3.

Menghuraikan

cara-cara

mengatasi

masalah

yang

dihadapi

terhadap pemindahan silang budaya dalam teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan.

 

76  

Pemindahan Silang Budaya dalam Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan

Budaya Elektronik Budaya elektronik merupakan pergantungan hubungan yang dibentukkan melalui pengambilan peralatan komunikasi, perisian asing, bersama-sama dengan jurutera, juruteknik dan protokol yang berkenaan. Kesemua ini secara tidak langsung membentuk satu siri norma asing, nilai dan jangkaan, dalam tahap yang berlainan, yang akan mengubah budaya serta proses sosialisasi tempatan. Kehilangan, penyesaran, anjakan dan pelupaan nilai-nilai tempatan menjadi sesuatu yang membimbangkan di negara dunia ketiga. Kolonialisme elektronik pada abad ke-20 dilihat sama dengan kolonialisme perdagangan pada abad ke-18 dan ke-19.

Kolonialisme perdagangan yang mengambil kesempatan ke atas buruh yang murah. Ia melibatkan tenaga buruh secara fizikal untuk mengeksplotasikan sumber tempatan. Namun, budaya elektronik mengambil kesempatan ke atas minda manusia. Menurut McPhail (1987) dan Normaliza Abd Rahim (2014), tujuan budaya elektronik adalah untuk mempengaruhi perangai, tingkah laku, keinginan, kepercayaan, cara hidup, pandangan pengguna atau corak jual beli pengguna. Lantas, pengaruhnya amat kuat dan berupaya meninggalkan kesan yang mendalam untuk jangka masa yang panjang. Hal ini jelas terbukti bahawa satu ancaman akan berlaku dalam kalangan masyarakat apabila mereka mula menganggap budaya elektronik tersebut sebagai satu perkara utama dalam kehidupan. Oleh yang demikian, negara yang sedang

 

77  

membangun juga perlu bersaing pada masa depan dan menceburi bidang teknologi maklumat adalah merupakan perkara yang diutamakan. Dalam hal ini, Malaysia juga ingin menjadi sebahagian daripada negara yang maju dalam bidang teknologi. Malaysia cuba untuk mewar-warkan budaya sedia ada kepada antarabangsa melalui teknologi yang terkini. Adalah diharapkan supaya interaksi dengan negara lain akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara negara-negara yang berkaitan.

Namun, Malaysia sedar bahawa perkara ini akan menjadi lebih rumit jika negara luar ingin mengambil kesempatan. Hal ini bercanggah dengan perjanjian negara-negara di dunia ini terhadap pengurusan negara sendiri. Campur tangan tidak seharusnya berlaku dan kerahsiaan sesebuah negara perlu diambil kira. Oleh kerana ledakan teknologi maklumat yang tidak dapat dibendung, sikap berhati-hati harus diambil kira. Malaysia seharusnya berusaha untuk menjaga kerahsiaan negara dan cuba atasi masalah pencerobohan melalui teknologi. Oleh itu, adalah disarankan supaya pentadbiran negara dijalan dengan lebih telus dan memberi peluang kepada rakyat untuk sama-sama menaikkan imej negara. Kita haruslah membuat keputusan dengan cepat supaya tidak ketinggalan dan yang penting untuk memastikan masyarakat faham akan masalah yang dihadapi melalui ledakan teknologi maklumat ini.

Pengetahuan Perkembangan teknologi maklumat di Malaysia telah memberi peluang kepada masyarakat untuk menggunakannya ke arah kebaikan. Teknologi

 

78  

terkini dapat memberi maklumat dan ilmu dengan cepat dan pantas. Lantas, masyarakat mengambil kesempatan dengan mempelajari serta berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Jika seseorang itu mahir dalam bidang teknologi maklumat, maka ia seharusnya akan berkomunikasi dengan orang yang faham akan penggunaan teknologi tersebut. Adalah wajar jika keduadua pihak boleh membincangkan tentang perkembangan terkini dan memaklumkan pula kepada rakan yang lain. Namun, masyarakat yang miskin dan tidak mampu untuk membeli teknologi terkini akan berasa disisihkan oleh masyarakat. Hal ini boleh diatasi dengan membekalkan kemudahan teknologi tersebut di sekolah-sekolah yang berhampiran justeru, membenarkan mereka menggunakannya. Adalah disarankan supaya golongan ini tidak dipinggir selagi negara maju seperti Malaysia masih kukuh berdiri. Selain dari bekalan di sekolah, syarikat-syarikat besar juga boleh menegakkan institusi berhampiran dengan kawasan dan tersebut dan beri peluang kepada mereka untuk belajar tanpa mengira bangsa, umur dan gender.

Kesan Penggunaan teknologi maklumat bukan sahaja untuk segelintir masyarakat malah untuk semua pengguna dalam pelbagai bidang. Tidak kira yang bekerja di kilang, pejabat dan sektor perkhidmatan. Malah kawasan terpencil juga harus dibekalkan dengan teknologi terkini supaya mereka tidak ketinggalan dalam apa jua bidang.

Masyarakat diberi peluang justeru,

mereka harus faham akan kesan yang diperoleh oleh mereka. Jika teknologi itu digunakan tanpa berfikir dan orang lain yang mendapat musibah, maka adalah wajar supaya seseorang itu belajar dan terima kesan negatif tersebut.

 

79  

Individu tersebut haruslah bertanggung jawab terhadap apa yang telah dilakukan. Misalnya, seorang individu telah menggunakan teknologi telefon bimbit untuk meninggalkan komen di laman sosial. Setelah itu berlaku, komen yang ditinggalkan itu menjadi viral dan mendapat kutukan dari orang ramai. Maka, sudah tentu kesannya negatif di mana individu tersebut dicaci dan dimaki serta kaum keluarga juga terlibat dalam cacian dan makian tersebut. Kesan yang negatif itu akan berpanjangan selagi komen itu masih berada di maya. Hal ini boleh dibendung dengan memberi pengajaran kepada pengguna tersebut dan individu itu juga harus memohon maaf secara maya supaya masyarakat hentikan tomahan tersebut.

Kesan teknologi tidak henti di situ sahaja. Fitnah dan cerita yang palsu juga amat berleluasa di maya. Hal ini akan memberi kesan yang buruk terhadap pengguna tersebut. Adalah wajar supaya, ibu bapa memantau anak-anak mereka semasa menggunakan teknologi terkini.

Keperluan Dalam

era

maklumat,

celik

maklumat

adalah

amat

penting

untuk

membolehkan seseorang bersaing dalam dunia perdagangan dan pasaran pekerjaan. Kecelikan maklumat amat penting tidak kira seseorang itu bekerja di rumah atau di pejabat. Masyarakat yang mempunyai kemahiran menggunakan internet akan mendapat maklumat yang lebih, mengetahui lebih banyak isu semasa, dan dapat mencari maklumat dengan lebih cepat berbanding dengan orang berpendidikan tinggi yang kurang kemahiran

 

80  

tersebut. Namun, kecelikan teknologi maklumat juga memerlukan pemikiran kritikal. Tanpanya, seseorang tidak dapat menilai kualiti maklumat yang diperoleh daripada rangkaian maklumat. Selain itu, untuk hidup dalam zaman teknologi maklumat, jika masyarakat tidak ingin dilihat sebagai ketinggalan zaman maka mereka perlu celik maklumat dan mempunyai kemahiran asas sekurang-kurangnya untuk mengikuti perkembangan semasa. Bayangkanlah betapa tidak sesuai sekiranya seseorang cuba bersaing dalam dunia perdagangan pada tahun 2020 dengan menggunakan komputer yang dikeluarkan 15 tahun dahulu. Adalah wajar supaya media-media tempatan harus memberi tumpuan kepada penjanaan pemikiran penduduk. Program yang disalurkan sebaik-baiknya jenis yang menggalakkan penilaian serta pemikiran masyarakat. Masyarakat maklumat adalah masyarakat yang boleh berfikir dan bukan semata-mata pengguna sahaja. Begitu juga halnya dengan institusi pengajian tinggi tempatan harus memberi perhatian yang lebih dalam melahirkan graduan yang boleh berfikir daripada melahirkan jurutera dan juruteknik yang menjadi pakar dalam bidang elektronik.

Cetak Rompak Budaya cetak rompak masih berleluasa sehingga hari ini. Saban hari, pihak berkuasa telah mencuba untuk membendung masalah ini namun, masih ianya masih berlaku juga. Dengan kebebasan aliran maklumat dalam rangkaian maklumat, aktiviti cetak rompak atau salin tanpa kebenaran akan berleluasa. Misalnya, yang nyata adalah pelajar universiti atau kolej yang mempunyai akses internet. Bayangkan satu senario yang melibatkan seorang pelajar yang terpaksa menghantar tugasan pada keesokan harinya. Pelajar

 

81  

akan menyalin tanpa mengubah satu perkataan atau ayat dari sumber asal dan menjadikan ianya sebagai tulisan sendiri. Perkara ini sudah lama dikenal pasti dan masih lagi berlaku kerana pelajar merasakan ia tidak mudah dikesan. Hal ini akan membuatkan pelajar lebih malas dan akhirnya tidak faham tentang apa yang dipelajarinya. Adalah wajar dicadangkan supaya perundangan maklumat dan sistem pengawalan yang canggih perlu digunakan untuk mengatasi masalah cetak rompak. Misalnya, virus dimasukkan bersama fail yang mempunyai hakcipta, apabila pengguna menghasilkan semula fail tersebut tanpa kod hakcipta maka virus tersebut akan berfungsi dan memusnahkan fail tersebut. Selain itu, program turnitin dicadangkan kepada pihak universiti supaya setiap tugasan pelajar perlu disaring melalui program ini supaya peniruan dapat dikenal pasti.

E-Mel E-mel merupakan salah satu sistem komunikasi bertulis yang mudah digunakan. Ia juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang ingin berutus secara formal atau tidak formal. Selain itu, e-mel disertakan dengan aplikasi yang membolehkan kita untuk mengepil dokumen yang lain bersama. Dokumen tersebut boleh dibuka pada bila-bila masa dan akan memberi peluang kepada pembaca untuk membaca sebelum membalas e-mel tersebut. Setakat ini, banyak e-mel provider bagi pengguna di Malaysia. Misalnya, yahoo.com, gmail.com, hotmail.com, ymail.com dan banyak lagi. Pengguna lebih gemar menggunakan e-mel ini kerana ianya cepat dan pantas. Walaupun pengguna surat elektronik mempunyai kebebasan teks dalam

 

surat

tersebut,

sebenarnya

pembekal

perkhidmatan

internet

82  

mempunyai akses ke atas setiap surat tersebut. Mereka akan menyimpan salinan surat tersebut sekurang-kurangnya enam bulan, walaupun surat tersebut dibuang daripada fail atau komputer. Ini mengurangkan privacy berbanding dengan cara konvensional. Justeru itu, segala maklumat sulit seperti kata rahsia atau kod yang penting tidak sesuai dimasukkan ke dalam surat elektronik. Justeru itu, masyarakatlah yang perlu menilai cara mana yang lebih menyenangkan. Adalah wajar untuk mencadangkan supaya perlu adanya kontrak sosial berhubung dengan isu privacy yang telah ditimbulkan tadi. Masyarakat harus menentukan sendiri saluran mana yang boleh atau tidak boleh diperiksa kandungannya. Namun, kesan daripada setiap tindakan juga perlu dinilai. Misalnya, pengiriman bahan-bahan yang memudaratkan masyarakat dan negara mesti dihalang. Sekiranya tiada pemeriksaan pada tahap-tahap tertentu, kebebasan itu boleh membawa kesan yang buruk.

Internet Internet merupakan satu perkara penting dalam kehidupan masyarakat masa kini. Pembelian internet di institusi pengajian tinggi, restoran, sekolah-sekolah dan tempat-tempat lain yang mempunyai ramai orang. Melalui internet, masyarakat boleh berhubung dengan orang lain di serata dunia. Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh memaparkan sebarang maklumat dengan cepat dan senang. Pelajar pula boleh menggunakan internet untuk tujuan menjalankan penyelidikan dan menyiapkan tugasan. Penyelidik pula menjalankan penyelidikan untuk memberi manafaat kepada pihak lain. Selain itu, internet amat berguna untuk segala bidang bagi tujuan pembelajaran, misalnya, bidang kedoktoran,

 

83  

kejuruteraan, perbankan, ekonomi, keagamaan dan banyak lagi. Namun, sekiranya ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan bandar. Misalnya, pengeboman di bandar Oklahoma dipercayai hasil sebaran maklumat melalui internet (Meyer, 1999). Dengan adanya laman sosial yang berleluasa, pengguna telah menggunakannya dengan memperoleh banyak maklumat yang menimbulkan kebencian di antara pengguna. Selain itu, pengguna di dapati menggunakan bahasa yang dianggap tidak wajar dibaca oleh sesiapa. Fitnah dan pernyataan yang tidak sah kebenarannya terdapat banyak di laman-laman web. Gejala sedemikian berupaya menjanakan kebencian dan kekeliruan dalam kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat yang diperoleh. Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam bandar dan mengancam keselamatan serta ketenteraman bandar.

Keselamatan Masyarakat di seluruh dunia masa kini memerlukan teknologi maklumat dalam kehidupan. Jika tiada, ianya seperti kekurangan yang amat besar dan masyarakat seperti kelihatan terumbang ambing. Misalnya, jika seseorang individu itu terlupa membawa telefon bimbit, dia akan berasa gusar dan berasa seperti kehilangan sesuatu yang amat besar. Olehi tu, dengan pergantungan kepada teknologi maklumat, adalah sukar untuk suatu masyarakat

berpatah

balik.

Ini

adalah

kerana

teknologi

maklumat

menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek sosial, ekonomi, keagamaan dan juga politik. Namun, masalah boleh timbul daripada teknologi maklumat sendiri. Kegagalan sistem boleh berlaku melalui kerosakan fizikal

 

84  

peralatan, ralat data atau ‘bugs’ perisian. Kegagalan tersebut boleh membawa kerugian yang besar kepada masyarakat terutamanya apabila pemindahan modal yang besar sedang berlangsung.

Justeru itu, negara-negara maju telah membuat persediaan jika berlakunya masalah dalam sistem teknologi maklumat. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menyediakan pelbagai persediaan dalam mengatasi masalah-masalah yang melibatkan teknologi maklumat. Hal ini supaya masyarakat akan sentiasa dapat menggunakan teknologi maklumat pada setiap hari dan masa. Kini, terdapat banyak syarikat yang memberi perkhidmatan berbayar dan tidak berbayar bagi kegunaan pengguna. Syarikat seperti, digi, celcom, maxis dan banyak lagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Terpulanglah kepada

pelanggan

untuk

memilih

perkhidmatan

yang

bersesuaian.

Perkhidmatan wifi yang percuma diberi kepada pengguna bagi tujuan menarik perhatian orang ramai terhadap sesebuah tempat itu. Misalnya, di restoranrestoran besar, wifi diberikan percuma supaya lebih ramai pelanggan akan singgah. Hal ini akan memberikan keuntungan yang lebih kepada pemilik restoran tersebut. Maka, perkhidmatan wifi adalah bertujuan untuk menarik pelanggan. Selain itu, universiti-universiti juga mempunyai perkhidmatan wifi untuk kegunaan pelajar dalam membuat penyelidikan. Oleh itu, proses pembelajaran berjalan dengan baik dan sempurna.

 

85  

Kesimpulan Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, pengguna digalakkan menggunakan teknologi ini ke arah kebaikan. Hal ini penting dan sejajar dengan misi dan visi negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berteknologi tinggi. Setiap pengguna diharapkan menggunakan teknologi maklumat ini dengan wajar dan mematuhi etika penulisan.

Soalan Latihan 1.

Apakah yang dikatakan dengan silang budaya terhadap teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan? Bincangkan.

2.

Senarai dan bincangkan silang budaya lain yang relevan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan.

3.

Bincangkan kebaikan dan keburukan silang budaya terhadap teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan.

4.

Bincangkan dari perspektif anda sebagai pelajar cara-cara pemindahan silang budaya dalam teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan.

 

86  

Rujukan 1.

Siti Khadizah Mohd Derin, Imelda manuel Ya & Amisah Mahmud (2010) Apa itu teknologi maklumat? https://sahabat3.wordpress.com/2010/02/23/apa-itu-teknologimaklumat/. 24.6.15

2.

Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

3.

Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing. Embracing

the

Technology.

Penerbit

Universiti

Malaysia

Terengganu. 4.

Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

 

87  

UNIT 8

APLIKASI DAN PENILAIAN BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Pengenalan Bahan teknologi maklumat adalah penting dalam proses pembelajaran. Oleh itu, persediaan awal perlu dititikberatkan. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti pemahaman tentang penulisan papan cerita. Seterusnya, pemahaman tentang aplikasi yang ingin dicipta dan dikongsi bersama.

Objektif 1.

Mengenal pasti jenis aplikasi yang digunakan bagi tujuan pembelajaran

2.

Membincangkan cara aplikasi dan penilaian bahan teknologi maklumat

3.

Menghuraikan perkaitan bahasa dan kesusasteraan Melayu melalui aplikasi dan penilaian bahan

 

88  

Aplikasi dan Penilaian Bahan Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan

Aplikasi dan penilaian bahan teknologi maklumat diperoleh melalui program yang diolah, dicipta dan disebarkan bagi tujuan pembelajaran. Sebelum program ini diolah, adalah wajar untuk individu tersebut untuk merancang apa yang ingin disampaikan. Oleh itu, papan cerita memainkan peranan yang penting dalam pengolahan tersebut. Perancangan dalam papan cerita akan menunjukkan apa yang tertera dalam sesebuah program. Justeru, papan cerita yang tersusun dan lengkap harus diambil kira sebelum keputusan dibuat untuk diprogramkan.

Papan cerita Papan cerita ialah susunan cerita atau lakaran yang perlu ada pada setiap skrin komputer. Papan cerita mesti mempunyai arahan yang mudah difahami supaya aplikasi boleh diatur dengan baik. Papan cerita yang baik mengandungi perkara berikut;

 

1.

Mematuhi rancangan yang telah dipersetujui

2.

Lakaran mengikut kehendak paparan di skrin

3.

Arahan yang jelas dan mudah difahami

4.

Arahan lokasi yang bersesuaian

5.

Masa dicatat bagi tujuan waktu pengambaran

6.

Warna supaya jelas difahami

7.

Saiz grafik

89  

8.

Animasi

9.

Video

10.

Penceritaan

Dalam hal ini, papan cerita yang dirancang terlebih dahulu dipersetujui oleh semua pihak. Biasanya papan cerita dirancang dan diluluskan oleh beberapa orang supaya ianya nampak lebih teratur. Kadangkala seorang individu sahaja yang terlibat namun hal ini tidak akan menjejaskan penulisan papan cerita. Individu yang mahir akan mempastikan bahawa papan cerita difahami dengan jelas.

 

90  

Contoh papan cerita Tajuk Projek:

Halaman: Tajuk: Navigasi ke: Teks: __ Audio:__ Video:__ Grafik:__ Animasi: __

Halaman: Tajuk: Navigasi ke: Teks: __ Audio:__ Video:__ Grafik:__ Animasi: __

Halaman: Tajuk: Navigasi ke: Teks: __ Audio:__ Video:__ Grafik:__ Animasi: __

Halaman: Tajuk: Navigasi ke: Teks: __ Audio:__ Video:__ Grafik:__ Animasi: __

 

91  

Penyediaan Aplikasi Setelah papan cerita disediakan, aplikasi program disediakan. Setiap arahan dalam papan cerita mesti diikuti supaya perjalanan aplikasi berjalan lancar. Individu yang menyediakan aplikasi ini boleh merujuk kepada penulis papan cerita. Namun, jika penulis papan cerita itu adalah orang yang sama, perkara ini menjadi lebih mudah kerana perubahan boleh dilakukan mengikut kehendak individu tersebut.

Aplikasi yang sesuai untuk pelajar merupakan aplikasi yang percuma dan dalam talian. Oleh itu, pelajar disarankan untuk merujuk laman ini supaya ianya lebih mudah untuk memulakannya. Blog juga merupakan salah satu laman web yang boleh dijadikan sebagai penyediaan satu aplikasi. Blog yang dirancang terlebih dahulu akan mendapat kunjungan dari ramai pembaca. Penggunaan bahasa yang betul serta diselitkan kesusasteraan Melayu adalah disarankan. Blog ialah satu laman web yang ditulis oleh individu tentang perjalanan dalam kehidupan. Blog juga boleh dijadikan sebagai laman web untuk perniagaan, politik, keagamaan, pendidikan dan banyak lagi. Laman blog seperti; www.blogger.com dan www.wordpress.com boleh dijadikan sebagai permulaan pembelajaran bagi pelajar.

Biasanya, penilaian terhadap sesebuah aplikasi itu dilakukan mengikut kehendak pembaca. Misalnya, blog dinilai melalui jumlah pengunjung dan komen yang ditinggalkan. Manakala, laman web lain boleh dinilai mengikut permintaan yang dihantar melalui e-mel atau telefon. Laman web berbentuk perniagaan pula dinilai mengikut jumlah jualan atau belian.

 

92  

Perkaitan Aplikasi dan Penilaian Bahan Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan

Aplikasi dan penilaian teknologi maklumat yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan merupakan perkara yang penting dalam pemahaman pengguna. Bahasa yang betul digunakan supaya mesej yang ingin disampaikan boleh difahami dan disebarkan maklumat tersebut kepada orang lain. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dari penulisan papan cerita dan selanjutnya semasa aplikasi disediakan. Aplikasi yang dirancang akan menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan tahap umur pengguna. Namun, kesusasteraan Melayu boleh juga diterapkan

dalam

aplikasi

yang

dirancang.

Laman

web

berbentuk

kesusasteraan Melayu boleh memberi peluang kepada pembaca untuk memahami genre yang sudah hampir dilupakan. Malah, laman web ini dapat memberi

penjelasan

untuk

mudah

untuk

difahami

justeru,

akan

menggalakkan pembaca untuk menulis dan menyukai kesusasteraan Melayu. Misalnya, laman web e-sastera sangat terkenal di mana laman tersebut memberi penjelasan tentang kesusasteraan Melayu dalam pelbagai genre. Selain itu, laman web tersebut memberi ruang kepada pencinta sastera untuk berkongsi tulisan mereka. Galakkan sebegini sedikit sebanyak dapat memartabatkan kesusasteraan Melayu di Malaysia.

Kesimpulan Aplikasi dan penilaian teknologi maklumat yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan adalah penting dalam memastikan wujudnya laman yang

 

93  

berkualiti dan memberi ilmu. Hal ini akan memberi manafaat terhadap pelajar, penyelidik, penulis, pembangun laman web dan pencinta bahasa dan kesusasteraan.

Soalan Latihan 1.

Bincangkan kepentingan papan cerita dalam pembangunan laman web yang berkualiti.

2.

Bincangkan aplikasi yang sesuai digunakan oleh pelajar universiti.

3.

Sediakan satu laman web (blog) yang mempunyai pengisian berbentuk pembelajaran.

4.

Bagaimanakah anda menilai sesuatu laman web?

Rujukan 1.

Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

2.

Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing. Embracing

the

Technology.

Penerbit

Universiti

Malaysia

Terengganu. 3.

Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

4.

Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim & Roslina Mamat (2014) Awareness of Folklore in Multimedia: Spoken Discourse among Learners. Technics Technologies Education Management. 9 (2), 352-360.

 

94