mesti baca NOTA AMALAN HRD ASMA GLOKAL 2009 DCE 2016

DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) BAHAN BACAAN: PENGARUH PELBAGAI BUDAYA D...

0 downloads 79 Views 201KB Size
DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) BAHAN BACAAN: PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN

1. PENGENALAN

Budaya individu mempengaruhi amalan pembangunan sumber manusia dan pengurusan dalam organisasi. Semua individu pekerja samada di peringkat atasan atau bawahan, akan membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi. Istilah ini dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage).

Bagasi budaya ialah

kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan amalan budaya masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan membawa bersama budaya masyarakat mereka kepada organisasi. Kecenderungan ini meresapi pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut. Pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu mungkin membawa budaya ke dalam organisasi bagi mempengaruhi cara kerja dilakukan. Pengurus Melayu menjangkakan tenaga kerjanya memperlihatkan kelakuan yang biasanya dikaitkan dengan beberapa nilai dihormati seperti kolektivisme, rasa hormat kepada orang yang lebih tua, hubungan harmoni dan orientasi agama. Bagi memahami tenaga kerja Melayu di tempat kerja intrabudaya dan bagaimana ia berbeza daripada kumpulan etnik lain, kepimpinan, komunikasi dan motivasi akan dihuraikan dengan lebih lanjut.

2. KEPIMPINAN

Masyarakat Melayu pada asalnya telah menetapkan bahawa individu yang menjadi pemimipin atau ketua kebanyakannya berdasarkan status dan keluarganya ataupun status yang kemudiannya dianugerahkan kepadanya. Apabila pemimpin diberikan pangkat yang tinggi oleh syarikat, kerajaan atau kerabat diraja, orang Melayu lain mengiktiraf pangkat itu dan menjangkakan pemimpin itu melaksanakan kepimpinan. Orang Melayu cenderung melihat perhubungan mereka dengan orang yang berada dalam jawatan kepimpinan mengikut ukuran peribadi mereka. Mereka mahukan 1

pemimpin yang dipercayai dan dalam kedudukan yang dihormati. Mereka lebih suka dipimpin oleh orang yang dirasakan komited dengan objektif mereka menerusi katakata yang diucapkan dan tindakan yang ditunjukkan. Reputasi atau harga diri seseorang pemimpin termasuk rasa hormat yang diberikan oleh kumpulan berdasarkan nilai moralnya dan juga reputasi profesional serta penghormatan. Sifat peribadi seseorang pemimpin Melayu termasuklah yang berikut: 1. Mempunyai tapak kuasa yang besar dan tidak formal bagi membolehkannya mencapai matlamatnya, kebanyakannya menerusi pujukan. 2. Bekerja secara tidak menonjolkan diri dan mendapatkan bantuan serta sokongan moral daripada orang lain seperti imam. 3. Warak dalam kepercayaan agamanya dan bersifat hemat (warak alim) dalam mengamalkan adat dan upacara tradisional. 4. Bersifat benar-benar Melayu dan dapat menyumbang kepada perpaduan kumpulan. 5. Ikhlas, rendah diri dan bijaksana kerana orang yang bersifat pendesak dianggap menjelekkan. Berhubung dengan kemahiran sosialnya pula, dia mesti memperlihatkan sifat yang berikut: 1. Kesanggupan untuk mengambil risiko dan menyahut cabaran. 2. Kebolehan bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan perbalahan atau persengketaan sosial. 3. Menyumbangkan masanya bagi mempertahankan kebaikan bersama. 4. Kesanggupan untuk mengorbankan kepentingan peribadi demi kebajikan dan kepentingan kumpulan. 5. Menunaikan komitmen dan janji yang dibuat kepada orang lain.

3. KOMUNIKASI

Masyarakat melayu mengamalkan komunikasi berkonteks tinngi. Melayu mempunyai sistem kesopanan yang merangkumi tatalaku khusus yang berkait dengan pernyataan lisan dan bukan lisan, yang digunakan semasa berinteraksi dengan orang lain. Kategori lisan seringkali dinyatakan dalam pola pertuturan dengan menggunakan bentuk berikut bagi menunjukkan perhubungan antara pengirim dengan penerima:

2

1. Bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang lain, bentuk kata ganti ‘cik, puan, tuan, saya, beta, saudara, kamu, kita’ digunakan. 2. Bagi mengiktiraf kedudukan hierarki anggota keluarga yang luas, bentuk panggilan ialah ‘datuk, pak cik, mak cik, abang, kakak dan mak su’.

Aspek-aspek komunikasi lisan dalam budaya Melayu:

1. Orang Melayu juga berasa tidak selesa dalam memberi dan menerima kritikan lisan secara langsung kerana ia menyebabkan penerima berasa malu. Apabila kritikan cukup teruk, ia mungkin merosakkan hubungan dan ini biasanya tidak dapat dibaiki lagi. 2. Bersifat tidak menyembunyikan perasaan dan berterus terang dalam menyatakan niat seseorang biasanya bercanggah dengan sifat dihormati. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah bijaksana dan berhati-hati semasa menyatakan pendapat yang positif dan juga negatif kepada orang Melayu. Individu yang dilihat sebagai telalu berterus terang, meskipun dikatakan bercakap secara ringkas dan kasar, biasanya dianggap sebagai individu tidak beradab atau tidak berpekerti halus. Orang Melayu yang lain menganggap orang itu tidak mendapat asuhan yang betul. 3. Orang Melayu juga bersifat tidak berterus terang apabila menolak permintaan orang lain yang menyuruhnya melakukan sesuatu perkara, menolak untuk menjanjikan sesuatu dan memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan oleh orang lain. 4. Dalam usaha untuk mengelak daripada berkata ‘tidak’, orang Melayu seringkali memberikan jawapan dengan mengemukakan hujah, menghuraikannya dan menukar topik perbualan. 5. Nilai hormat kepada orang yang lebih tua dan hierarki cenderung membuatkan orang Melayu berasa tidak selesa apabila berinteraksi secara bersemuka dengan individu yang berada dalam kedudukan hierarki yang berbeza. 6. Orang Melayu lebih selesa menawarkan cadangan daripada berhujah apabila berhubungan dengan pemimpin mereka. Orang Melayu yang mengutarakan permintaannya secara berterus terang kepada orang lain mungkin tidak meninggalkan kesan yang baik ke atas pihak yang lain.

3

7. Idea atau sudut pandangan yang mungkin tidak dapat diterima dengan begitu baik oleh individu Melayu mungkin lebih baik disampaikan oleh pihak ketiga yang

dihormati,

yang

dapat

bertindak

sebagai

orang

tengah

bagi

menyampaikan mesej dan melicinkan proses komunikasi. Dengan cara ini, perhubungan yang mesra dan bersifat jangka panjang terpelihara. 8. Apabila meminta orang Melayu melaksanakan sesuatu urusan, elakkan daripada bersikap terlalu agresif kerana individu jenis ‘memerintah’ mungkin tidak dapat memastikan tugas dijalankan dengan mudah, tidak seperti orang yang menggunakan pendekatan yang lebih lembut. Komunikasi lisan yang lantang tidak dapat diterima secara sosial dan nada suara bertekak serta gerak isyarat tangan yang berlebihan tidak disukai. 9. Komunikasi dengan orang yang lebih tua biasanya diungkapkan secara sopan dan penuh hormat. 10. Orang Melayu juga mempunyai kecenderungan untuk menyembunyikan emosi mereka dengan senyuman atau ketawa mengekek apabila mereka merasa keliru ataupun malu. 11. Orang

Melayu

tidak

menyuarakan

perasaan

mereka

dalam

sesutu

perhubungan kerana mereka percaya bahawa kelakuan seseorang itu sudah menunjukkan isi hatinya. 12. Orang Melayu seringkali bersikap tidak berterus terang dalam penyataan lisan mereka apabila kandungan mesej itu tidak positif.Apabila menyampaikan mesej yang mungkin tidak diterima dengan begitu baik oleh penerima,hasrat sebenar orang yang bercakap itu lebih baik disembunyikan dengan mengungkap mesej dengan cara yang tidak menyakiti perasaan penerima itu.

Penggunaan intonasi yang betul amat penting ketika berkomunikasi. Individu yang bersopan santun dan bersuara lembut dalam penyampaian lisannya menjadi lebih efektif kerana orang Melayu lebih suka menerima arahan daripada mereka yang sopan dan mengambil berat tentang rasa dan perasaan mereka.Seseorang itu perlu berhati-hati supaya tidak menyinggung persaan pihak lain dengan menggunakan frasa yang berikut: ‘Boleh saya tumpang tanya?’ ‘Jangan marah kalau saya beri pendapat.’ ‘Boleh saya beri pendapat?’ 4

Menunjukkan gerak badan yang sesuai juga penting kerana ia memperlihatkan sifat rendah hati dan rasa hormat kepada orang lain. Kedua-dua elemen kelakuan lisan dan bukan lisan digunakan bagi menunjukan kepentingan adab sopan, kelakuan yang sesuai dan sensitiviti kepada orang lain sepanjang masa.

4. MOTIVASI

Motivasi pekerja adalah didorong oleh hubungan antara kawan, ketua, kumpulan, keluarga, individu dan sebaginya. Bagi masyarakat Melayu pula penggabungan mereka dengan kumpulan, keluarga dan individu adalah merupakan strategi motivasi yang penting. Mereka prihatin terhadap kumpulan yang dianggotai – iaitu lingkungan keluarga dan rakan sekampung serta saudara seislam. Perkataan kejayaan juga tidak mempunyai makna yang konkrit dan tidak cukup menambat perhatian ataupun memberikan motivasi.Orang Melayu berasa selamat apabila mereka yakin bahawa mereka dihormati oleh orang yang dikenali. Keazaman yang kuat terhadap perkongsaian di kalangan orang Melayu diperoleh daripada latar belakang patriotik dan tradisi perkkhidmatan kerajaan. Masyarakat Melayu seringkali berasa tertarik dengan ganjaran yang konkrit dan nyata ia itu simbol, seperti ganjaran wang dan ganjaran yang boleh dilihat-sekeping tanah,menunaikan ibadat haji di Mekah, dan lingkungan kawan dan kenalan yang berpengaruh. Setiap satu mempunyai nilai intrinsik. Menyampaikan mesej pengiktirafan dalam majlis khas yang turut menjemput keluarga pekerja merupakan cara meningkatkan dorongan motivasi mereka. Memandangkan wujudnya orientasi antara perorangan mereka, orang Melayu tertarik dan amat berminat dengan kehalusan dan potensi perhubungan. Oleh sebab orang Melayu mengambil berat dalam mengekalkan hubungan mereka cenderung menggunakan kepercyaan untuk menilai kapasiti orang terhadap kesetiaa, komitmen dan persahabatan. Dalam banyak cara, hubungan orang Melayu dengan pemimpinnyalah yang menentukan motivasinya. Ramai orang Melayu berasa, “Apabila saya mempunyai pemimpin yang baik,saya bekerja bersungguh-sungguh untuknya.” Oleh itu, motivasi bermakna menunjukkan rasa ambil berat bagi membina dan mengekalkan hubungan antara perorangan yang baik.

5

Pengurus yang mengguna dan memahami elemen penting dalam sistem kesopanan tempatan mendapat ganjaran dari segi komitmen yang lebih besar daripada pekerja, seperti yang ditunjukkan apabila pekerja sanggup bekerja sehingga larut malam tanpa merungut dan menyumbang dengan lebih banyak kepada produktiviti unit kerja.

5. KESIMPULAN

Di dalam organisasi, pekerja akan cenderung membawa bersama budaya masyarakat mereka dalam melaksanakan amalan HRD termasuk pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut seperti yang disebut dalam konsep Bagasi Budaya (cultural baggage). Di dalam organisasi intrabudaya Melayu, pemimpin dan pengurus Melayu yang kanan perlu menjadikan kelakuan mereka sebagai model peranan, sejajar dengan nilai budaya dan agama bagi memenangi hati dan minda orang bawahan mereka. Tidak ketinggalan juga adalah penting untuk pengurus mewujudkan suasana kekeluargaan di kalanga pekerja mereka kerana ini akan menanamkan rasa komitmen kepada organisasi dalam diri mereka. Pemimpin Melayu perlu menunjukkan pemahaman, keupayaan dan ketekunan mereka berdasarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembelajaran menerusi minda dan intelek, dan menyatupadukannya dengan ilmu pengetahuan yang berasal daripada wahyu. Golongan generasi baharu Melayu yang berjaya memperoleh keperluan kebendaan dan simbol status baharu mungkin perlu mengimbangi kehidupan mereka dengan rasa komitmen yang diperbaharui kepada agama dengan pencarian kekayaan yang biasanya dihasilkan oleh kuasa perubahan.

SUMBER RUJUKAN: 1. Asma Abdullah (2009). Ke Arah Glokal, Dimensi Budaya dalam Pengurusan Malaysia. Institut Terjemahan Malaysia Berhad. 2. Asma Abdullah (1996). Going Glocal. Malaysian Institute of Management. Shah Alam. Malaysia

6