KULIAH MINGGU 6

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 SOSIALISASI DAN STRUKTUR SOSIAL KULIAH MINGGU 6 PENGENALAN • Manusia adalah haiwan ...

2 downloads 209 Views 1MB Size
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 SOSIALISASI DAN STRUKTUR SOSIAL

KULIAH MINGGU 6

PENGENALAN • Manusia adalah haiwan sosial. • Manusia mempunyai banyak keperluan, tidak semua keperluan dapat dipenuhi secara bersendirian. • Manusia hidup terikat dengan kehidupan orang lain. • Tingkah laku sosial dan dan personalitinya adalah dipengaruhi oleh orang lain. • Aktiviti manusia adalah dilakukan secara berkumpulan. • Hidup manusia menjadi lebih bermakna kerana ada orang lain. • Tanpa orang lain, manusia tidak akan menjadi manusia sebenarnya. • Dengan demikian, kebanyakan kehidupan manusia adalah dihabiskan dalam kelompok sosial. SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

INSTITUSI SOSIAL • Institusi sosial merupakan sesuatu yang kompleks. • berasaskan kepada satu set persamaan norma-norma sosial yang dipengaruhi oleh persekitaran dan juga nilai sesebuah masyarakat. • Ahli sosiologi sering memelihara istilah "institusi" untuk menggambarkan sistem normatif yang beroperasi dalam lima bidang asas kehidupan, yang boleh ditetapkan sebagai institusi utama untuk: 1. Menentukan kekerabatan (kinship); 2. Mengadakan penggunaan sah kuasa; 3. Mengawal pengedaran barangan dan perkhidmatan; 4. Menghantar pengetahuan dari satu generasi ke generasi yang akan datang; 5. Mengawal selia hubungan kita ke alam ghaib.

INSTITUSI SOSIAL • konsep institusi sosial tergolong dalam lima konsep asas utama ➢institusi agama,

➢keluarga, ➢pendidikan, ➢kerajaan (politik

➢ekonomi. • Horton dan Hunt (1976) – satu sistem hubungan yang tersusun, yang mengandungi himpunan nilai dan prosedur bersama, serta memenuhi keperluan tertentu masyarakat – Keluarga • Kornblum (1997) – satu susunan status dan rol yang stabil yang memberi perhatian kepada memenuhi keperluan asas ahli masyarakat. • Menurut Berger – prosedur kelompok, atau (menyediakan peraturan perjalanan masyarakat.

KELOMPOK SOSIAL • Kelompok adalah satu koleksi manusia yang berinteraksi bersama-sama, dalam cara yang tersusun atas dasar jangkaan yang dikongsi bersama mengenai tingkah laku mereka. • Sebilangan manusia yang mempunyai persamaan norma, nilai dan jangkaan, yang berinteraksi antara satu dengan lain dengan agak kerap. • Akibat daripada interaksi, ahli-ahli kelompok: ➢Merasa rasa punyai dipunyai (sense of belonging). ➢Menjangkakan sesuatu tingkah laku antara satu dengan lain, yang mereka tidak jangkakan daripada orang lain. • Tidak semua koleksi (kumpulan) manusia adalah kelompok sosial ( Agregat & Kategori) SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

5

AGREGAT • Satu koleksi manusia yang kebetulan berada dalam satu kawasan pada sesuatu masa tertentu, seperti penonton wayang, orang berkelah di pantai etc. • Ahli agregat tidak berinteraki dengan mendalam dan tidak mempunyai rasa kepunyaan. • Ia juga kadang kala dirujuk sebagai himpunan / crowd. • Kadang kala disebut sebagai kaum, golongan, kelas, kumpulan etc.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

6

KATEGORI • Sebilangan manusia yang mungkin tidak pernah bertemu antara satu dengan lain tetapi yang berkongsi sama ciri-ciri tertentu, seperti umur, kaum, atau jantina. • Contohnya, kaum belia, warga tua, kaum ibu, kanak-kanak.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

7

CIRI KELOMPOK SOSIAL 1.

Kepentingan yang dikongsi bersama: Norma, nilai, matlamat etc.

2.

Interaksi: interaksi dan komunikasi antara ahliahlinya.

3.

Identiti: dipunyai dan mempunyai; berbeza dengan kelompok lain.

4.

Struktur: setiap ahli ada status dan rol formal atau tidak formal; kawan atau bos/bapa.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

8

KELOMPOK SOSIAL: RUMUSAN • Terdiri daripada dua orang atau lebih, • Dua orang – dyad • Tiga orang - triad • Intipati kelompok ialah di mana ahli-ahli berinteraksi antara satu dengan lain. • Interaksi mewujudkan struktur dalaman.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

9

KELOMPOK SOSIAL: RUMUSAN • Setiap kelompok ada: ➢Sempadan-sempadan ➢Norma ➢Nilai ➢Status dan rol yang saling berkaitan seperti adanya ketua, pengikut. ➢Ada struktur yang kaku, dimana setiap ahli ada status dan rolnya, diikat oleh norma dan nilai; ada kelompok yang longgar strukturnya. • Contoh kelompok sosial: famili, jabatan, pertubuhan, pasukan bola, organisasi, kawan sebaya, etc.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

10

STRATIFIKASI SOSIAL • Merujuk kpd satu sistem dlm mana sesebuah masyarakat menyusun tinggi-rendah (rank) kategori manusia ke dalam hierarki. • Untuk memahaminya dengan lebih lanjut: 1. Stratifikasi sosial merupakan satu proses, di mana masyarakat mengasing-asing anggotanya mengikut kriteria tertertentu. 2. Stratifikasi wujud apabila adalah pembezaan atau ketaksamaan sosial, dari segi harta, kuasa etc. 3. Apabila distartakan berbeza mengikut masyarakat: dalam masyarakat simpel – makanan, jantina; dalam masyarakat kompleks – ekonomi, kuasa, etc. • Terdapat masyarakat yang stratifikasi sosialnya kurang jelas, dikenali sebagai masyarakat egalitatian. Biasanya masyarakat yang simpel/tradisional.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

11

MENGAPA WUJUDNYA STRATIFIKASI SOSIAL ✓KETAKSAMAAN SOSIAL

• Wujud kerana kewujudan peluang-peluang & ganjaran yang tidak sama . • Ini mewujudkan status yang berbeza-beza.

• Dalam masyarakat primitif (pemburu & peramu) ketaksamaan sosial tidak begitu jelas – perbezaan berasaskan kepada jantina. Perbezaan ekonomi, kuasa, dan prestij tidak begitu jelas. • Dalam masyarakat kompleks (industri) perbezaan manusia adalah begitu jelas dari segi pekerjaan, ekonomi, kuasa dan prestij

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

12

MENGAPA WUJUDNYA STRATIFIKASI SOSIAL ✓PENILAIAN KEPADA KETAKSAMAAN SOSIAL

• Masyarakat memberikan nilai yang berbeza-beza kepada ciriciri. Yang kaya dihormati, yang miskin dihina etc. ✓PENYUSUNAN/RANKING KEPADA HIERARKI • Yang dihormati, dihargai (berdasarkan nilai), diletakkan di atas, yang kurang dihargai diletakkan di bawah. ✓PENYALURAN KEDUDUKAN KEPADA GENERASI AKAN DATANG • Kuasa, prestij dan kekayaan diwariskan kepada generasi akan datang. • Stratifikasi adalah dikekalkan melalui sistem perwarisan status (ascribed). • Terdapat juga sistem pencapaian status (achieved). SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

13

PRINSIP-PRINSIP STRATIFIKASI SOSIAL 1.

SS merupakan ciri masyarakat & bukan hanya perbezaan individu.

2.

SS berterusan daripada generasi ke generasi, ketaksamaan sosial wujud berpanjangan, walaupun ada mobiliti sosial.

3.

SS adalah bersifat sejagat tetapi berbeza-beza – apa yang berbeza dan bagaimana ia berbeza adalah berbeza-beza mengikut masyarakat

4.

SS tidak hanya melibatkan perbezaan tetapi juga kepercayaan – kepercayaan mengapa manusia seharusnya dibezakan.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

14

ADAKAH STRATIFIKASI SOSIAL BERERTI (SIGNIFICANT)? • Menentukan peluang-peluang hidup • Mempengaruhi kebahagian hidup • Membentuk etnosentrisme kelas. • Menentukan konsep moraliti – etika, etiket, (menentukan bentuk tingkah laku). • Menjelaskan pelbagai perbezaan kelompok – keagamaan, kawasan, ras, kepercayaan. • Membentuk sikap ke arah politik dan gaya hidup – politik konservatif dan labor; demokrat dan republikan.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

15

SISTEM STRATIFIKASI SOSIAL • Sistem-sistem stratifikasi sosial terdiri: ➢Sistem egalitarian ➢Sistem rank

➢Sistem perhambaan ➢Sistem kasta ➢Sistem estet ➢Sistem kelas

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

16

MASYARAKAT / SISTEM EGALITARIAN • Masyarakat yang tiada stratifikasi

• Semua ahli punyai peluang yang sama dari segi sumber ekonomi & prestij. • Wujud dalam masyarakat masyarakat pemburu-peramu.

• Kesamaan dikekalkan melalui perkongsian barangan etc. • Masyarakat: Kung Bushman, Mbuti Psymies

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

17

MASYARAKAT / SISTEM RANK • Biasa dalam masyarakat pertanian, pengembala

• Cirinya: ketaksamaan peluang dari segi prestij dan status, dan bukan ketaksamaan ekonomi. • Ekonomi mereka lebih kurang sama rata, tetapi kedudukan status (prestij – ketua etc) berbeza. • Ketua punyai tanah tetapi dikerjakan bersama – tiada ada peluang lebih dari segi ekonomi.

• Masyarakat Swazi di Afrika – ada “chief” yang dihormati, sebagai elit, tapi chief dan rakyatnya kerja bersamasama mengerjakan tanah. • Mereka yang lebih kaya (contoh punyai lebih banyak lebih lembu) dicurigai, jadi lembu disembelih. SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

18

MASYARAKAT / SISTEM PENGHAMBAAN • Dalam masyarakat feudal (sistem beraja), tahanan perang biasanya dijadikan hamba. • Hamba berkedudukan di strata yang paling bawah, dinafikan segala hak mereka.

• Dalam zaman perhambaan di USA, orang kulit hitam menjadi hamba oleh kulit putih. • Mereka merupakan harta (bahan dagangan) bagi tuannya – boleh dijual beli. • Untuk mengekal sistem perhambaan, tuan menggunakan kuasa paksaan – berkuasa.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

19

MASYARAKAT / SISTEM KASTA • Sistem stratifikasi berdasarkan kepada askripsi, perwarisan. • Sistem yang tulin, adalah sistem tertutup. • Satu sistem SS yang tertutup, tiadanya mobiliti sosial.

• Sistem kasta: kategori manusia dikategorikan ikut rank/hierarki. • Kedudukan adalah diwarisi /melalui kelahiran.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

20

KATEGORI SISTEM KASTA SISTEM KASTA DI INDIA

• Dikenali sebagai varna (warna) • Terdiri daripada: • Brahmin (golongan agama) • Kshatriya (pahlawan –pemerintah) • Vaishya (peniaga)

• Shudra (pekerja) • Harijan (Outcaste-kasta luar) • Di peringkat lokal, setiap kasta terdiri daripada beratusratus subkasta (jati) – biasanya berdasarkan jenis pekerjaan SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

21

KATEGORI SISTEM KASTA SISTEM KASTA DI AFRIKA SELATAN • Ia dikenali sebagai sistem Apartheid. • Pembezaan antara kulit putih (5 juta) dengan kulit hitam (30 juta), dan colored (campuran warna – 3 juta) • Ia mempunyai ciri-ciri sistem kasta. • Kedudukan ditentukan melalui kelahiran.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

22

MASYARAKAT / SISTEM ESTET • Wujud di zaman pertengahan/feudal di Britain. • Ia juga berdasarkan kepada sistem perwarisan. • Sesuatu Estet terdiri daripada lebih kurang 150 famili, di mana famili bangsawan menguasai tanah pertanian, ada tenteranya, dan petani mengerjakan ladang-ladang milik bangsawan. • Estet dibahagian kepada tiga: ➢Estet Pertama: terdiri daripada golongan bangsawaan yang menguasai tanah pertanian dan kekayaan (nobles). ➢Estet Kedua: golongan clergy (knight), para tentera, peguam, peniaga etc. ➢Estet Ketiga: orang kebanyakan / “commoners” terdiri daripada petani, tukang kraf etc. yang bekerja dengan golongan bangsawan; tidak memiliki harta, tidak berpendidikan.

• Sistem ini berlaku juga di Jepun: Shogun (bangsawan), Samurai (pahlawan), dan Petani.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

23

MASYARAKAT / SISTEM KELAS • Sistem SS yang berdasarkan kepada pencapaian individu; walaupun tetap ada pembezaan. • Pergerakan ke atas/ke bawah terbuka.

• Ia merupakan sistem yang terbuka – perubahan pekerjaan dibenar berdasarkan meritokrasi. • Stratifikasi kelas berbentuk piramid – kelas atasan, kelas menengah, dan kelas bawahan. Setiap kelas juga dibahagikan kepada kelas-kelas yang lebih kecil.

• Ini mencirikan masyarakat bandar/industri.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

24

STRATIFIKASI SOSIAL - RUMUSAN • SS merupakan sistem ketaksamaan sosial berasaskan hierarki kelompok. • Satu sistem pemeringkatan berkelompok bagi meruskan ganjaran ekonomi, kuasa dan prestij.

• Satu sistem pemeringkatan status dan rol yang kekal dalam sesuatu sistem sosial. • Ia melibatkan susunan hierarki lapisan @ starta sosial.

• Kedudukan seseorang dalam sesuatu strata tidak semestinya kekal, bergantung kepada jenis strata. • Strata berasaskan kelas, ada pergerakan, strata berasaskan kasta tiada pergerakan mobiliti.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

25

PERANAN DAN STATUS SOSIAL

Agen sosialisasi

Asas pembentukan masyarakat

Pemenuhan keperluan manusia

Kawalan sosial/tingkah laku

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

26

AGENSI SOSIAL

MASYARAKAT/NEGARA

KOMUNITI

PENDIDIKAN

KELUARGA

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

27

PERANAN MODEL DALAM INTERAKSI SOSIAL AGEN SOSIALISASI • Sosialisasi – proses pemasyarakat (menjadikan individu ahli masyarakat) • Menyalurkan budaya (ilmu, nilai, norma etc). • Membentuk personaliti individu • Kelompok sebagai cermin sosial bagi membentuk konsep kendiri individu • Membentuk dan menanamkan kemahiran kepada individu sebagai ahli masyarakat • Kelompok sebagai rujukan untuk membina personaliti dan kemahiran, (model).

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

28

PERANAN MODEL DALAM INTERAKSI SOSIAL MEMENUHI KEPERLUAN INDIVIDU • Psikologi • Kasih sayang • Keselamatan emosi • Sosial • Persahabatan • Perkahwinan • Berorganisasi • Fizikal • Makan minum • Keselamatan fizikal

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

29

PERANAN MODEL DALAM INTERAKSI SOSIAL ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT • Masyarakat terdiri daripada individu

• Individu hidup dalam kelompok • Kelompok-kelompok membentuk komuniti • Komuniti membentuk negara.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

30

PERANAN MODEL DALAM INTERAKSI SOSIAL KAWALAN SOSIAL • Fungsi normatif iaitu menyedia dan mengkuatkuasakan piawaian tingkah laku dan kepercayaan. (Di mana ahli-ahli kena ikut). Mengadakan norma untuk dipatuhi oleh ahli. • Fungsi perbandingan di mana seseorang boleh mengukur diri mereka dan orang lain. Membandingkan sama ada tingkah laku sama dengan tingkah laku orang lain. • Kelompok sebagai “penekan” kepada tingkah lau individu. • Ahli-ahli perlu akur kepada: ✓ Norma kelompok ✓ Keputusan kelompok ✓ Tekanan kelompok • Tujuan untuk kesejahteraan masyarakat di mana ahlinya akur dengan norma masyarakat.

SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

31

RUMUSAN • Kelompok sosial berfungsi penting untuk survival manusia. • Tanpa kelompok sosial, manusia tidak dapat memenuhi sebahagian besar keperluan mereka. • Kelompok juga berperanan kepada individu dalam menyediakan individu sebagai seorang manusia yang normal. • Kelompok sosial juga memastikan kehidupan manusia aman dan damai dengan menyediakan peraturan hidup. • Institusi sosial memainkan peranan yang penting dalam membina kesepaduan dalam kehidupan masyarakat. • Semua institusi sosial menentukan kod tingkah laku tertentu yang dianggap rasmi atau formal. SKP 2102 DR. SARJIT SINGH

32

Terima Kasih