DCE3502 Penjanaan Ilmu Modul

TUGASAN Bincangkan ilmu yang digunakan dalam sesuatu bidangusaha atau tugas. Pelajar dikehendaki melawat satu bidangusa...

0 downloads 90 Views 148KB Size
TUGASAN

Bincangkan ilmu yang digunakan dalam sesuatu bidangusaha atau tugas. Pelajar dikehendaki melawat satu bidangusaha seperti industri ringan pembuatan makanan (contoh, karipap beku, kerepek, keropok lekor, kuih bahulu) atau lain lqain bidangusaha seperti penternakan ayam, kambing, ikan, pembuatan barangan (kasut, tekstil, alat ganti kereta), perkhidmatan (hotel, teksi, pelancungan) atau apa saja bidang pekerjaan. Bertemubual bersama pengusaha bagi mendapatkan tugas yang mereka perlu laksanakan, ilmu pengetahuan yang mereka perlukan bagi menjalankan tugas tersebut dan cara mereka mendapatkan ilmu tersebut. Kemudian huraikan jenis ilmu yang mereka gunakan, sama ada ianya berbentuk eksplisit atau tasit. Beri cadangan bagaimana ilmu tersebut boleh dipindahkan kepada pengusaha atau pekerja lain. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara kumpulan tidak lebih daripada tiga orang dan akan dihantar selewatnya pada hari peperiksaan terakhir.

UNIT 1 PENGENALAN

MAKNA ILMU Sebelum diperbincangkan perihal ilmu, elok dibezakan antara data, maklumat dan ilmu. Bhatt (2001) menjelaskan perbezaan diantara data, maklumat dan ilmu seperti berikut: Data merupakan fakta kasar Contoh: Suhu harian di Taman Sri Serdang Maklumat merupakan data yang tersusun Contoh: Tren suhu bulanan di Taman Sri Serdang dengan purata suhu 30°C Ilmu merupakan maklumat yang diberikan makna dan di bina berasaskan ilmu yang sedia ada melalui kefahaman kognitif dan analisis atau sintesis. Contoh: Sri Serdang ialah kawasan agak panas dan dengan itu kita perlu memakai baju nipis yang dapat menyerap peluh. Sementara itu, kebijaksanaan (wisdom) juga mempunyai perkaitan dengan ilmu. Kebijaksanaan ditakrifkan sebagai kemampuan mennailai dan menghakimi sesuatu dan seterusnya memberi kefahaman mengenai perkara tersebut di mana kefahaman tidak wujud sebelum itu. Seorang yang bijksana akan meneliti sesuatu perkara dengan menggunakan ilmu yang ada, mempertimbangkannya dan seterusnya menghurai dan membuat keputusan perihal perkara tersebut. Ackoff (1989) juga meletakkan dimensi masa kepada data, maklumat, ilmu dan kebijaksanaan. Menurut beliau, data adalah sementara, maklumat pula menjadi lapok dalam masa singkat,sementara ilmu berjangka masa panjang, dan kebijaksanaan bersifat berkekalan. Dari sudut epistemologi yang berbincang berkaitan falsafah ilmu, ilmu merupakan kepercayaan benar yang sahih menurut ahli falsafah Yunani, Plato. Sungguhpun pandangan Plato ada kritikannya tersendiri dan ramai ahli falsafah mengemukakan pengertian ilmu dan hubungan manusia kepada ilmu serta cari mempoerolehinya, pendapat Plato memadai untuk kegunaaan kita buat masa ini. Menurut pandangan ini sesuatu kepercayaan dikira sebagai ilmu sekiranya ianya dapat disahkan sebagai benar. Umpamanya, kita percaya bahawa akar tanaman akan tumbuh ke bawah. Oleh kerana setakat ini tiada sebarang bukti wujud yang mengesahkan sebaliknya, maka kita boleh terima yang akar tanaman tumbuh ke bawah adalah satu ilmu. Sungguhpun kita biasa menggunakan perkataan ilmu, ianya tidak mudah didefinisikan kerana taksonominya. Bagi memahami kesukaran mendefinisikan ilmu. Mungkin ada baiknya kita memahami beberapa cara ilmu dikelasifikasikan menurut penulis. Ilmu telah dikategorikan sebagai keras atau lembut (Huber 1991), formal atau informal (Conklin, 1996), berempunya, awam, peribadi dan waras akal (common sense) (Boisot, 1995), Tasit dan eksplisit (Polanyi, 1961), embrained, embodied, embedded, dan encoded (Blackler, 1995). Kelasifikasi tersebut dapat dihuraikan seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Kelasifikasi Ilmu menurut beberapa Penulis Penulis

Kategori Ilmu

Penerangan

Huber (1991)

Hard

Ilmu teknikal, fakta dan pengetahuan dalam bidang

Soft

Kemahiran manusia seperti bercakap dan berinteraksi

Formal

Hasil kerja seperti laporan, buku, manual, fakta, reka cipta, teori, kepakaran dan polisi

Conklin (1996)

Informal

Berempunya

Ilmu tersedia yang disebarkan dalam golongan tertentu seperti rancangan, strategi dan kertas sulit.

Awam

Ilmu kegunaan awam yang sedia di akses oleh umum seperti buku, akhbar dan dokumen simpanan perpustakaan

Peribadi

Ilmu yang berada pada individu seperti pengalaman, idea, pandangan dan persepsi

Boisot (1995)

Waras akal

Polanyi (1968)

Eksplisit

Tasit

Blackler (1995)

Proses mengeluarkan hasil kerja seperti idea, andaian, makna, tekaan dan keputusan

Ilmu terbentuk dari pergaulan dan sosialisasi individu bagi membolehkan beliau bertindak rasional

Ilmu yang telah diterjemaahkan secara lisan atau tulisan seperti ceramah, syarahan, buku, dokumen, manual, garis panduan dan sebagainya Ilmu peribadi yang tersemat pada manusia seperti kemahiran, perasaan, idea dan pengalaman

Embrained

Ilmu praktikal peringkat tinggi di mana pencapaian matlamat bergantung kepada kemampuan mengenali dan pengubahsauaian tingkahlaku. Contoh: pemain bola mengecam taktik pemain lawan

Embodied

Ilmu amalan dalam sesuatu konteks dan tertumpu kepada tindakan. Contoh, Membuat roti canai.

Encultured

Ilmu dalam proses mencapai kefahaman bersama melalui sosilisasi dan perbudayaan. Menggunakan bahasa Melayu dan perbincangan.

Embedded

Encoded

Eksplisit dan termaktub dalam satu sistem. Mempunyaiperkaitan dengan peranan, teknologi, prosedur formal dan rutin dalam satu sistem yang kompleks. Contoh: Prosedur pembelian barangan melalui tender. Maklumat yang disampaikan melalui tanda dan simbol seperti dalam buku, manual dan pangkalan data. Mempunyai perkaitan dengan penyimpanan, penyampaian dan akses kepada maklumat.

Terdapat banyak definisi ilmu dalam literatur. Walaupun demikian, definisi Probst, Raub, dan Romhardt (2000, ms 24) agak komprehensif dan berguna dalam perbincangan penjanaan ilmu. Menurut mereka, “Ilmu ialah kognisi dan kemahiran secara menyeluruh yang digunakan oleh individu dalam menyelesaikan masalah. Ianya melibatkan kedua dua peraturan dan arahan secara teoretical mahupun amalan. Ilmu dibina oleh individu dan melambangkan kepercayaan mereka mengenai kaitan penyebab (causal relationships). Secara mudah ilmu merupakan pengetahuan dan kemampuan yang digunakan oleh individu dalam menangani kehidupan harian melalui kefahaman mereka terhadap cara yang terbukti berkesan dalam mencapai matlamat mereka. Dengan ini manusia akan menggunakan cara tertentu yang telah mendatangkan kejayan pada masa lepas bagi melaksanakan sesuatu tugas. Umpamanya, jika cicak terbukti berjaya digunakan sebagai umpan apabila menangkap ikan haruan, maka itulah ilmu yang akan digunakan dan diajar kepada orang lain. Seperkara yang menjadi pertimbangan ialah kemampuan kita menyampaikan kepada orang lain atau mendapatkan ilmu daripada orang lain. Pada amnya terdapat ilmu yang telah diterjemahkan kepada bentuk lisan atau tulisan. Ini berlaku apabila seorang menceritakan berkenaan sesuatu perkara yang dia tahu kepada orang lain. Ilmu juga dapat dipindahkan dan disebarkan apabila ianya dicatatkan kepada dokumen atau dalam media elektronik. Cerita dan penulisan ilmu ini dapat menyampaikan ilmu pada seorang itu kepada orang lain. Walau bagaimanapun, ilmu pada seseorang itu sukar diterjemahkan dalm bentuk perkataan. Kita sendiri sedar mengenai perkara begini. Umpamanya, sungguhpun kita tahu rasa durian kerana pernah menikmatinya, tetapi menerangkan rasa tersebut kepada orang lain, hingga beliau sendiri dapat rasa durian itu agak mustahil. Ada juga ilmu yang boleh disampaikan kepada orang lain dengan pertunjukan seperti menunjukkan orang lain bagaimana hendak mengikat tali kasut. Pengetahuan sebegini sukar diterjemahkan dalam perkataan.

Rumusan Definisi ilmu berkaitrapat dengan perbezaan antara data, maklumat dan ilmu. Data yang merupakan rangkaian kasar corak numerikal dan bukan-numerikal apabila diproses akan menjadi maklumat. Maklumat tersebut sekiranya di sahkan, meka jadilah ianya ilmu. Dengan ini ilmu merupakan maklumat peribadi berkenaan fakta, prosedur, konsep, intepretasi, idea, pemerhatian, pengalaman dan keputusan pada seorang individu. Inilah bentuk tasit ilmu. Sementara itu, terdapat juga maklumat yang disampaikan melalui lisan dan tulisan yang merupakan ilmu berbentuk eksplisit.

UNIT 2 Teori Ilmu

Pengenalan Perbincangan falsafah terhadap ilmu dikenali sebagai epistemologi yang bermaksud pengajian terhadap ilmu. Antara persoalan yang menjadi penelitian dalam epistemologi ialah, Apakah ilmu?, Dari mana kita dapat ilmu?, Bagaimana kita mendapat kepastian mengenai apa yang kita tahu?, Bagaimana kita mengerti persekitaran kita?, dan Adakah kita benar tahu mengenai sesuatu? Sebagai individu kita percaya bahawa kita mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai perkara. Kita percaya bahawa kita tahu mengenai diri kita dan persekitaran kita, kita membentuk pelbagai konsep abstrak dan idea mengenai kehidupan kita. Perkara sebeginilah yang dijadikan perbincangan ahli falsafah tentang bidang pengetahuan atau apa yang kita anggap sebagai ilmu. Teori Tripartit Ilmu Plato Antara lain, salah satu pandangan terhadap ilmu dikemukakan oleh Plato yang membincangkan ilmu dari perspektif kepercayaan, justifikasi dan benar. Ketiga-tiga keperluan ini perlu dipenuhi bagi menggelarkan sesuatu perkara sebagai ilmu. Secara ringkas, sekiranya kita percaya sesuatu dengan justifikasi, dan ianya benar, maka kita boleh anggapkannya sebagai ilmu. Percaya Pada asasnya seseorang itu perlu percaya mengenai sesuatu untuk mengetahui mengenainya. Kita percaya bahawa cili habaneros (Scotch Bonnet) pedas rasanya. Buat masa ini kita hanya percaya cili itu pedas tetapi tidak dapat megesahkannya sebagai benar. Kepercayaan kita ini mungkin berdasarakan pengalaman kita yang lepas berkenaan cili yang berupa demikian.

Justifikasi Sesuatu kepercayaan perlu mempunyai justifikasinya. Justifikasi tersebut berlandaskan sebab musabab tertentu. Justifikasi terhadap kepercayaan perlu ada sekiranya sesuatu itu hendak dikira sebagai ilmu dan bukan secara kebetulan atau tekaan. Walau bagaimana sekali kita percaya bahawa Harimau Malaysia akan menjaringkan gol di minit pertama permainan, kepercayaan tersebut tidak ada justifikasi mahupun Harimau Malaysia menjaringkan gol tersebut pada minit pertama. Kemungkinan tersebut hanya merupakan kebetulan dan tekaan sahaja. Kita hanya bernasib baik dalam membuat tekaan betul. Kepercayaan kita bahawa cili habaneros pedas mempunyai justifikasi kerana pada amnya cili, terutama yang berbentuk dan berwarna demikian selalunya memang pedas.

Benar Sesuatu kepercayaan akan menjadi ilmu sekiranya ia berjustifikasi dan benar. Pada amnya hanya perkara yang benar merupakan ilmu. Ilmu tidak merupakan sesuatu yang salah, sungguhpun ianya mempunyai justifikasi kukuh dan kepercayaan mendalam. Sekiranya sesuatu kepercayaan ramai yang telah lama dipegang didapati tidak benar, maka ianya perlu disingkir sebagai ilmu. Ilmu mesti benar. Cili habaneros memang pedas , malah ianya jauh lebih pedas daripada cili padi. Menurut pengukuran kepedasan Scoville, habaneros mempunyai ukuran scoville di antara 100,000-350,000 unit, sementara cili padi berukuran 50,000-100,000 unit Scoville.

Justifikasi

Kepercayaan (Beliefs)

Kebenaran Ilmu (Knowledge)

(Truths)

Z Gambarajah 1: Perkaitan antara kepercayaan berjustifikasi, kebenaran dan ilmu

Bersadasarkan kepada Gambarajah 1 kemungkinan berikut boleh ditafsirkan perihal ilmu: 1. 2. 3. 4.

Kepercayaan berjustifikasi dan benar – Ilmu Kepercayaan berjustifikasi dan salah – Keadaan ini Tidak wujud Kepercayaan tanpa justifikasi dan benar – Kebetulan, tekaan bernasib baik Kepercayaan tanpa justifikasi dan salah – Perakuan liar dan salah

Perspektif Ilmu Terdapat beberapa perspektif ilmu yang pada asasnya mengambil kira bentuk dan sumber ilmu. Pandangan tersbut menghujahkan maksud ilmu berkenaan hubungan manusia dengan ilmu. Sungguhpun terdapat pelbagai pandangan, kursus ini akan hanya membincangkan lima pandangan berikut.

Rasionalisme (Rationalism) Kafahaman ini menekankan bahawa ilmu boleh diperolehi melalui a priori (tanpa penggunaan deria). Ilmu wujud dalam minda dan sumber ilmu adalah semata mata melalui pemikiran berbentuk deduktif. Pemikiran deduktif akan menggunakan sesuatu idea atau penerangan dan di generalisasikan kepada semua keadaan yang serupa. Empirisisme (Empiricism) Ilmu di perolehi melalui pengamatan deria (a posteriori)di mana semua pemikiran mesti dialami – pengalaman dan bukti terkumpul merupakan sumber ilmu. Mereka yang memegang pandangan ini berpendapat bahawa fikiran manusia berbentuk tabula rasa semasa lahir - seperti kain putih kosong yang akan di isi dengan pengetahuan melalui pengalaman empunya. Pengalaman sebagai satu objek akan mempunyai kualiti primer (maklumat yang diperolehi terus oleh seseorang) atau sekunder (maklumat yang didokumenkan oleh orang lain dan digunakan oleh seseorang). Buat masa ini, fahaman empirisme merupakan fahaman dominan dalam kaedah saintifik. Skeptisisme (Skepticism) Fahaman ini meragui semua ilmu dan beranggapan bahawa segala yang kita ketahui sekarang ini tidak berkepastian. Bagi mereka, persepsi manusia hanya merupakan pengamatan dalam pemikiran sahaja – kesedaran kita terhadap sesuatu benda sebenarnya hanya direka dalam minda kita sementara objek tersebut tidak wujud sama sekali. Sekiranya kita nampak burung, burung tersebut tidak wujud secara realiti, tetapi hanya merupakan sesuatu bayangan atau imaginasi yang kita bentuk dalam minda. Fahaman ini berbeza daripada fahaman empirisisme yang beranggapan bahawa burung tersebut memang wujud dan benar. Menurut Hume (1738) minda manusia sebenarnya adalah satu gabungan semua minda yang mengamati sesuatu secara berturutan dan berputar di satu tempat yang tidak dapat ditentukan. Kefahaman ini menerima bahawa terdapat limitasi kepada ilmu dan tiada kebenaran muktamad. Ilmu adalah secara rambang, berkemungkinan, relatif dan subjektif. Idelisme terjangkau (Transcedental Idealism) Manusia berfikir melalui otak terstruktur dengan mengatur, menyusun dan menghubungkan unsur unsur. Terdapat peraturan tertentu bagi manusia berfikir demi memudahkan kefahaman terhadap persekitaran yang kompleks. Kita menyusun dan mengkategorikan benda bagi memudahkan pemahaman kita. Kita lihat haiwan, unggas dan manusia sebagai kategori benda hidup yang bergerak, dan tumbuh tumbuhan sebagai benda hidup tidak bergerak. Sementara itu, batu batan, gunung dan sebagainya mempunyai kategori tersendiri dan digolongkan dalam benda tidak hidup tanpa gerakan. Manusia mengalami objek dalam satu dimensi ruang dan masa (space and time). Kita membentuk pelbagai konsep terhadap persekitaran kita. Konsep ini tidak dapat dialami secara terus menerus tapi direka bagi memberi kita konsep empirikal dan pertimbangan. Dengan itu, menurut kefahaman ini, kita tidak ada hubungan terus dengan alam persekitaran kita, tetapi hubungan tersebut adalah melalui satu pemikiran tersusun. Kita juga mungkin tidak dapat tahu sama ada benda disekililing kita ini nyata atau tidak.

Saintisisme (Scientism) Fahaman ini menetapkan bahawa sains asasi memberi kita akses kepada kebenaran (ilmu) dan merupakan kuasa tunggal dalam mengitepretasi alam sejagat. Saintisisme menaruh pandangan bahawa hanya kaedah saintifik melalui pendekatan induktif merupakan sumber ilmu. Pada mereka, sains tidak mempunyai limitasi atau sempadan dan semua aspek kehidupan diterngkan melalui kaedah saintifik.

References Ackoff, R. L. (1989). Friom data to wisdom. Journal ofApplied Systems Analysis. 16(1), 3-9 Bhatt, G. D. (2001). Knowledge management in organizations: examining the interaction between technologies, techniques, and people. Journal of Knowledge Management, 5(1), 68-75. Blackler, F. (1995). Knowledge, knowledge work and organizations: an overview and interpretation. Organization studies, 16(6), 1021. Boisot, M. (1995). Information space: A framework for learning in organizations, institutions and culture: Thomson Learning Emea. Conklin, J. (1996). Designing organizational memory: preserving intellectual assets in a knowledge economy. Group Decision Support Systems, 1, 362. Huber, G. (1991). Organizational learning: The contributing processes and the literatures. Organization science, 2(1), 88-115. Nonaka, I. (1994). A dynamic theory of organizational knowledge creation. Organization science, 5(1), 14-37. Nonaka, I., Byosiere, P., Borucki, C. C., & Konno, N. (1994). Organizational knowledge creation theory: a first comprehensive test. International Business Review, 3(4), 337-351. Nonaka, I., & Takeuchi, H. (1995). The knowledge-creating company: how Japanese companies create the dynamics of innovation. 1995. Probst, G., Raub, S., & Romhardt, K. (2000). Managing knowledge: Building blocks for success (Vol. 360): John Wiley & Sons. Polanyi, M. (1966), The Tacit Dimension, University of Chicago Press: Chicago.