DCE2301 Tugasan

DCE2301-Perencanaan Program PJJ Terdapat dua tugasan untuk kursus ini. Sila lengkapkan kedua-dua tugasan secara individu...

0 downloads 82 Views 229KB Size
DCE2301-Perencanaan Program PJJ Terdapat dua tugasan untuk kursus ini. Sila lengkapkan kedua-dua tugasan secara individu. Tugasan 1 (20%) Pelajar dikehendaki membuat satu artikel jurnal. Sila lihat contoh artikel yang diberikan bersama-sama tugasan ini. Anda perlu membuat artikel yang formatnya seperti contoh artikel yang diberikan. Cuma ada beberapa format yang perlu diubah seperti: Spacing adalah 1.5, 15-20 muka surat (termasuk Rujukan), Times New Roman, font 12. Cara penulisan lain perlu ikut contoh artikel yang dikepilkan. Sila pilih satu daripada tajuk berikut: 1. Pembangunan Modal Insan menerusi Pendidikan Pengembangan 2. Peranan Pendidikan Pengembangan dalam Pembangunan Sumber Manusia 3. Peranan Program Pendidikan Dewasa dalam Menjana Pembangunan Modal Insan Pastikan maklumat berikut terkandung dalam artikel jurnal berkenaan: Tajuk artikel o Pilih tajuk yang diberikan dan letak ditengah (centre) Abstrak o Merupakan ringkasan utama apa yang terkandung dalam artikel berkenaan Kata kunci o Nyatakan 5 kata kunci utama Pendahuluan o Jelaskan secara umum tentang tajuk yang dipilih dan objektif artikel berkenaan Metodologi o Jelaskan bagaimana maklumat diperolehi sehingga terhasilnya artikel berkenaan Sorotan Literatur o Wujudkan beberapa tajuk utama atau tajuk kecil tentang perkara berkaitan dengan tajuk yang dipilih o Dalam setiap tajuk perlu ada beberapa perenggan dan perlu dinyatakan/dirujuk pelbagai penulis atau sumber rujukan. o Sila lihat contoh artikel dalam menulis nama penulis dan tahun sumber itu dikeluarkan Kesimpulan o Rumuskan dari awal hingga akhir dan buat kesimpulan tentang kandungan artikel tersebut Rujukan o Tulis Rujukan mengikut urutan nama penulis bermula daripada A, B, C dan sebagainya dengan menggunakan APA format. o Pelajar boleh lihat contoh penulisan Rujukan dengan google ‘APA format’ atau rujuk di website ini: http://www.calstatela.edu/library/guides/3apa.pdf )

Prof. Madya Dr. Norhasni Zainal Abiddin/DCE2301 PJJ

1

Tugasan 2 (20%) Sila jawab semua soalan. Panjang jawapan anda untuk Tugasan 2 ini dalam lingkungan 15-20 muka surat, 1.5 spacing, font 12, Times New Roman. 1. Sila rujuk kepada Maslow’s Hierarchy of Needs di bawah untuk menjawab soalan ini.

(a) Jelaskan pemahaman anda tentang Hierarki di atas. Kemudian, kenal pasti di aras manakah anda letakkan diri anda sekarang dan berikan alasan anda. (b) Cuba kenal pasti pula aras manakah individu dalam komuniti anda meletakkan diri mereka (awal dewasa berumur 18-40 tahun, sila pilih 6 orang mewakili golongan pelbagai umur) dan nyatakan sebab mereka memberi jawapan sedemikian. (c) Jika keperluan asas individu seperti makanan, tempat tinggal dan persekitaran yang selamat belum lagi dapat dipenuhi, pada pandangan anda apakah kesan kepada golongan ini dalam kemampuan mereka untuk belajar? (If a person’s basic needs, such as food, shelter and a safe environment are not being met, what effect do you think this will have on their ability to learn? 2. Apakah yang anda faham tentang perencanaan program? Apakah perbezaannya dengan pembangunan program (program development) dan perancangan program (program planning)? Jawapan yang anda berikan perlu merujuk daripada pelbagai sumber (penulis, tahun). Di akhir jawapan anda senaraikan sekurang-kurangnya 10 Rujukan yang anda rujuk dengan menggunakan APA format. 3. Apakah yang anda faham tentang pendidikan pengembangan (extension education)? Apakah perbezaannya tentang pendidikan sepanjang hayat (life long learning)? Jawapan yang anda berikan perlu merujuk daripada pelbagai sumber (penulis, tahun). Di akhir jawapan anda senaraikan sekurang-kurangnya 10 Rujukan yang anda rujuk dengan menggunakan APA writing style format. -Sekian-

Prof. Madya Dr. Norhasni Zainal Abiddin/DCE2301 PJJ

2

TUGASAN 1 DAN 2 PERLU

SEBELUM

DITERIMA OLEH PENSYARAH 14 HARI

PEPERIKSAAN AKHIR BAGI KURSUS INI. GAGAL BERBUAT DEMIKIAN, TUGASAN ANDA TIDAK AKAN DIBACA.

Prof. Madya Dr. Norhasni Zainal Abiddin/DCE2301 PJJ

3