Contoh Tugasan BBM3202

KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK TUGASAN: Aspek Fonologi Dialek Kelantan Berdasarkan Teori...

2 downloads 229 Views 467KB Size
KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN: Aspek Fonologi Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Transformasi Generatif

OLEH : No. Kumpulan Bil

No. Matriks

Nama

1 2 3 4 5

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SEMESTER 1 2011/2012 17 DISEMBER 2011

KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

Pendahuluan

….

….

….

….

….

….

1-4

2.0

Sorotan Kajian Lalu

….

….

….

….

….

….

5-9

3.0

Metodologi

….

….

….







10 - 14

4.0

Hasil Kajian

….

….

….

….

….

….

15 - 26

5.0

Kesimpulan

….

….

….

….

….

….

28

….

….

….

….

….



29

BIBLIOGRAFI

(i)

1.0 Pendahuluan

Fonologi merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa yang diucapkan oleh manusia. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa itu dikatakan fonologi. Fonologi memerlukan konsep, istilah, dan inotasi fonetik sebagai unsur tambahan . Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi merupakan satu bidang untuk mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ia selari dengan pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of thesystematicorganization of selected speech sounds in the spokenform of individual language has variously been called phonology”.Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula,“ phonology is the study of the function and patterning of speechsounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Manakala maksud dialek pula merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir pula, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Dialektologi generatif merupakan cabang teori nahu tranformatif yang menghuraikan dan membandingkan kelainan yang wujud antara satu dialek dengan dialek yang lain. Kajian ini ingin melihat aspek fonologi yang terdapat dalam dialek Kelantan berdasarkan Teori Tranformatif Generatif

1

1.1 Pemilihan Dialek Kami telah memilih dialek Kelantan dalam kajian ini atas beberapa faktor. Dialek Kelantan merupakan satu daripada dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal atau menduduki negeri Kelantan, sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia yang bersempadankan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan negara Thai. Pemilihan dialek Kelantan dalam kajian ini adalah kerana dialek ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. berbanding dengan dialek di negeri-negeri lain. Keunikannya terletak pada kepelbagaian istilah dan makna.yang berlainan daripada bahasa baku. Penghijrahan penduduk Kelantan ke seluruh pelusok negara atas faktor pendidikan, ekonomi, peluang pekerjaan dan perniagaan. khususnya ke Lembah Klang sedikit sebanyak telah mengembangkan dan mempengaruhi gaya pertuturan masyarakat setempat. Oleh itu pemilihan dialek ini tepat pada masanya memandangkan penggunaan yang semakin meluas dan diterima ramai menyebabkan ia dianggap dialek yang paling popular ketika ini. Ini terbukti melalui drama-drama Melayu yang banyak memasukkan dialek Kelantan dalam dialog kerana dialek ini boleh diterima dan difahami oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira sempadan etnik dan geografi. Pemilihan dialek Kelantan adalah kerana banyak istilahnya mempunyai makna yang berlainan dan mungkin memberi pemahaman yang berbeza kepada bukan penutur natif.

.

Walaubagaimanapun kepelbagaian istilah ini lazimnya dapat difahami oleh penutur setempat . Perbezaan ini mendorong kami untuk mengkajinya daripada aspek fonologi dan semantik. 2

1.3 Permasalahan Kajian Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi samaada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam bidang ini, didapati wujud dua kelainan yang k e t a r a

di

antara

subdialek

Kelantan

dengan

bahasa

M e l a y u b a k u i a i t u d a l a m a s p e k pengucapan dan fonem. Oleh itu permasalahan kajian ini ialah : Mengapakah konsonan [an] dan [ng] di akhir kata dalam dialek Kelantan diganti dengan

vokel

[ə] seperti contoh di bawah: Bahasa baku

Dialek Kelantan

[taŋan]

[tangə]

[makan]

[makə]

[kacaŋ]

[kacə]

[lapaŋ]

[lapə]

Mengapakah vokal [a] di akhir kata di tukar dengan vakal [o] seperti contoh di bawah: Bahasa baku

Dialek Kelantan

[mana]

[mano]

[lama]

[lamo]

[lada]

[lado]

Apakah kata dalam dialek Kelantan yang mempunyai makna berbeza dengan bahasa Melayu standard

3

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti berikut; i-

Menjelaskan tentang pengantian konsonan ‘n’ dan ‘ŋ ’ di belakang kata dengan vokal ‘e’ dan vokal ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan vokal ‘o’

ii-

Mendedahkan tentang organ-organ penting yang terlibat di dalam penghasilan bunyi dialek Kelantan

iii-

Menjelaskan makna dalam bahasa Melayu standard.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanya membataskan kepada konsonan akhir [n] dan [ng] dan vokal akhir [a] kepada [o]. Batasan kajian juga hanya memilih bebrapa dialek yang memberi makna berbeza tetapi ditafsir negetif oleh penutur bukan tempatan.

4

2.0 Sorotan Kajian Lalu Kajian tentang fonetik dan fonologi dialek Kelantan telah lama dan sering dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Kepentingan tinjauan kosa ilmu ini adalah bagi melihat pengkajian tentang dialek Kelantan yang dilakukan sebagai rujukan pengkaji dan sebagai titik permulaan bagi pengkaji baharu untuk memulakan sesuatu kajian yang bersifat segar dan ideaidea baharu yang bernas

serta

dapat memberi suatu kelainan terhadap kajian yang telah

dilakukan. Bahasa Melayu Kelantan adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri Kelantan Malaysia kecuali sempadan Kelantan-Siam kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan bahasa yang lebih halus. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Kelantan seperti di Pahang (Kuantan) dan Besut dan Dungun (Terengganu). Walaupun loghat ini kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, namun ia mempunyai banyak persamaan dan tidak sukar untuk dipelajari. Kadang kadang ada juga perkataan yang disebut oleh sesetengah orang Kelantan tidak difahami oleh orang Kelantan yang lain disebabkan penggunaan perkataan itu yang hanya digunakan oleh sekelompok orang. Bahasa Melayu Kelantan yang lain ialah Bahasa Melayu Kelantan dialek Hulu Kelantan terutama Pasir Mas. Pengkaji terdahulu telah memilih empat kosa ilmu daripada kajian lepas iaitu kajian tentang dialek Kelantan oleh Asmah Hj Omar (1985) Prof. James T.Collins (1988) dan (1989), dan juga Rahmah Abd Aziz (2006). Penyelidikan mereka menjadi bahan rujukan kepada pengkaji dalam mengkaji dialek Kelantan ini walaupun kajian yang telah dilakukan tidaklah secara menyeluruh dan holistik.

5

2.1 Asmah Hj. Omar (1985) Melalui buku Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar telah mengkaji mengenai dialek Kelantan dengan membahagikan dialek tersebut kepada subdialek-subdialek membuat perbandingan

fonologi subdialek-subdialek

di negeri

tertentu

dan

tersebut. Asmah telah

menggelarkan dialek Kelantan sebagai kelompok Timur. Beliau juga telah mengelompokkan tiga negeri sebagai satu kelompok bahasa iaitu negeri Pahang-Terengganu-Kelantan. Dialek Kelantan telah dibahagikan kepada beberapa subdialek iaitu subdialek Kelantan Persisiran, Timur Kelantan, Sempadan Pahang dan Pendalaman Kelantan. Beliau juga telah meletakkan dialek Melayu Kelantan dan Terengganu dalam satu kelompok dan dialek Melayu Patani tidak ada kaitan dengan kajian beliau berbeza dengan rakan beliau iaitu Ismail Hussein yang meletakkan Dialek Melayu Patani dalam kelompok tadi. Di dalam buku tersebut, beliau telah membuat perbandingan subdialek-subdialek tersebut. Beliau menjalankan kajian perbandingan tersebut mengikut daerah-daerah di Kelantan. Antara fokus beliau adalah tahap penguasaan dan faktor berlakunya perubahan dialek. Namun begitu, dalam bahagian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada kajian Asmah terhadap subdialek Kelantan persisiran. Dialek Kelantan ditutur di sebahagian besar negeri Kelantan menyusur kawasan pantai ke arah selatan hingga ke Besut,Setiu dan Dungun Terengganu. Golongan minoriti Cina tempatan yang menjadi seperti peranakan di sana menggunakan dialek Kelantan dan hokkien sebagai bahasa ibunda mereka. Dialek ini tidak begitu popular di sempadan Terengganu-Kelantan. Contohnya, dialek Kelantan lebih popular di bandar Utara Besut. 6

2.2 James T. Collins (1996) Kajian James T. Collins dalam buku Khazanah Dialek Melayu dalam bab Wilayah dialek Kelantan: Bukti dari Sumatera Utara telah membuat perbandingan antara dialek Kelantan dengan bahasa Orang Laut dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis, dan kosa kata secara ringkas.1 Menurutnya, penyebaran dialek Kelantan tidak terbatas ke persisiran Kelantan saja, bahkan salah satu subdialeknya terdapat di Timur Terengganu juga. Pada peringkat ini pengkaji mendapati bahawa ada sekurang-kurangnya tiga ciri fonetik yang kelihatan membezakan dialek Ulu Kelantan ini daripada dialek-dialek lain. Dalam pada itu terdapat juga suatu jenis inovasi yang mungkin menarik minat para penyelidik lain mengenai perkara ini. Akhirnya pengkaji ini telah menyediakan peta-peta yang kira-kira dapat menunjukkan penyebaran dialek Ulu Kelantan ini dalam daerah yang dikajinya itu. Pernyataan yang meletakkan dialek Terengganu, Kelantan dan Patani dalam satu kelompok secara umumnya dapat dipertahankan dari sudut linguistiknya. Namun, perlu diingat bahawa dialek-dialek ini bukan seragam sifatnya. Terdapat variasi dan subdialek bagi setiap dialek ini. Misalnya dialek Trenegganu Pantai atau Pesisiran berbeza dengan dialek Ulu Terengganu.

2.3 James T. Collins (1989) Buku ‘Antalogi Kajian Dialek Melayu’ merupakan sebuah buku yang mencatatkan artikel tentang kajian dialek di Malaysia. James T. Collins (Collins ) merupakan seorang pengkaji bahasa Melayu kelahiran Amerika Syarikat. Dilahirkan pada tahun 1946 di Chicago Amerika 7

Syarikat memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Lingusitik daripada University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah ( Linguistik) daripada universiti yang sama. Beliau mula mengkaji tentang dialek Melayu di Nusantara dan daerah-daerah bahasa Maluku di Indonesia. Di Malaysia pula, Collins telah membuat kajian tentang dialek Melayu di Pulau Tioman, Langkawi, Muar, Kuala Langat, Pahang, Terengganu dan kawasan perkampungan Melayu di sepanjang Sungai Sarawak. Dalam buku ini, penulis turut menyentuh secara ringkas tentang Dialek Kelantan (seterusnya akan dikenali sebagai DK) yang digunakan di Sungai Pahang. Beliau telah meneliti tentang vokal sengau DK. Collins dan Husn Dollah ( 1988; 882) menyatakan bahawa bentuk pertuturan orang Melayu di Kelantan dan Patani memperlihatkan banyak persamaan dan mempunyai perkaitan yang sangat erat. Ada juga yang berpendapat dialek kedua-dua negeri ini rapat hubungannya dengan dialek Terengganu dan ada pula menyatakan bahawa ketiga-tiga dialek ini bersaudara. Ini kerana ketiga-tiga dialek ini mempunyai taraf keakraban yang sama berdasarkan banyak faktor antaranya faktor geografi berikutan ketiga-tiga negeri ini berhampiran. Berdasarkan hakikat ini, artikel ini mengemukakan bukti kebahasaan tentang hubungan ketigatiga dialek ini secara kualitatif berdasarkan inovasi bersama yang terdapat dalam dialek-dialek tersebut dan kemudian membahaskan hubungan keakraban ketiga-tiganya. Perkaitan faktor topografi dengan kebahasaan, pernah dibangkitkan oleh Collins di mana beliau menyatakan bahawa; 8

Kalau kita berpangkal pada konsep Maxwell bahawa negeri Melayu berasaskan lembangan sungai dan, sementara itu kita mengetepikan fakto-faktor lain dalam pembentukkan negeri, maka kita berhadapan dengan suatu landasan inetodologi penyelidikan bahasa yang cukup kukuh. Sekiranya penyelidikan bahasa ditentukan oleh konsep sungai, muncullah rangka pengkajian yang hanya tinggal untuk dilaksanakan. Setiap lembangan sungai dapat ditinjau, dikaji, disusuri dari hilir ke hulu. Data bahasa dapat dikumpulakan melalui wawancara dan observasi secara teratur dengan arah peluasan yang ditentukan topografi, yakni rantau dan ceruk sungai itu sendiri ( Collins 1998: 78) Rumusan tentang kosa ilmu serta analisis kritis terhadap kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat beberapa kekurangan dan kelonggaran berkaitan dialek dalam kajian terdahulu. Justeru, kelemahan dan kekurangan ini menjadi pengkaji untuk menghasilkan kajian yang lebih baik dan menggunakan pendekatan yang mantap dalam menganalisis data.

9

3.0 Metodologi Secara umumnya, perbezaan fonologi yang agak ketara di antara dialek-dialek Melayu dapat dilihat pada penyebaran konsonan di akhir kata. Antara konsonan-konsonan yang memperlihatkan kepelbagaian yang agak rencam di akhir kata ialah bunyi konsonan likuida. Berikut dipaparkan sebahagian daripada data yang melibatkan realisasikan konsonan likuida /l/ dan /r/ di posisi akhir kata dalam dialek-dialek Melayu. Dialek-dialek yang terpilih untuk kajian ini ialah dialek Kelantan.

Input

Dialek Kelantan

/pagar/

pago

/ular/

ula

/bsar/

bsa

/kapal/

kapa

/hal/

ha

Data di atas menunjukkan perilaku fonologi yang dizahirkan oleh dialek Melayu berhubung dengan konsonan likuida adalah berbeza di antara satu sama lain. Secara umumnya, dapat dirumuskan bahawa konsonan likuida ini mengalami tiga proses fonologi, iaitu (i) pengguguran segmen - segmen likuida digugurkan, (ii) perubahan fitur- segmen likuida berubah menjadi segmen lain, dan (iii) peleburan segmen – urutan vokal-likuida dileburkan menjadi satu segmen lain. 10

Dalam bahasa Melayu tulisan, segmen ini direpresentasikan sebagai r, dan dispesifikasikan sebagai getaran alveolar oleh Asmah (1975, 2) atau sebagai konsonan gulungan alveolar Yunus (1980,73). Namun, kedua-duanya bersetuju bahawa konsonan r bahasa tulisan itu direalisasikan sebagai bunyi frikatif velar bersuara , dan bukannya sebagai bunyi getaran atau gulungan r oleh kebanyakkan penutur Melayu (Yunus 1980,95;Asmah 1975,70). Dari segi penyebaran di peringkat dialek, realisasikan sebagai frikatif velar bersuara  diujarkan oleh penutar-penutar di kawasan selatan, manakala bagi penutur di kawasan utara konsonan r itu direalisasikan sebagai bunyi frikatif uvular . Berdasarkan analisis fonetik, khususnya dari segi cara artikulasi, kedua-dua segmen // dan // ini tergolong dalam kumpulan bunyi frikatif. Namun, pada sudut analisis fonologi , segmen tersebut harus direresentasikan sebagai bunyi likuida kerana perilaku fonologinya sama dengan bunyi lateral /l/ (Zaharani 2005). Hal ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah sering berlaku dalam banyak bahasa, seperti yang dinyatakan oleh Lass (1984, 157). Kajian ini juga menganggap bunyi lateral /l/ dan bunyi frikatif velar bersuara // dan frikatif velar uvular // dalam bahasa dan dialek Melayu digolongkan sebagai konsonan likuida. Namun, bagi tujuan memudahkan perbincangan, segmen /r/ yang digunakan dalam bahasa tulisan dipilih untuk merepresentasikan bunyi frikatif tersebut.

11

3.1 Dialektologi Generatif Dialektologi generatif ialah kajian tentang kepelbagaian dialek yang menerapkan kerangka teori tranformasi generatif dalam analisanya, khususnya teori fonologi generatif. Sehubungan itu, gagasan-gagasan utama teori fonologi generatif seperti bentuk dalaman, bentuk permukaan dan rumus-rumus fonologi diterapkan dalam kajian dialektologi tersebut. Oleh sebab dialek-dialek itu terbit atau lahir daripada satu bahasa sumber yang sama, maka adalah munasabah diandaikan bahawa dialek-dialek tersebut mempunyai bentuk dalaman yang sama (Newton 1972, 5). Kelaianan atau perbezaan yang bersifat regular dan sistematik yang wujud dalam dialek-dialek berkenaan adalah hasil daripada pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman ini. Justeru itu, dalam analisis teori dialektologi generatif, bahasa sumber itu dianggap sebagai representasi dalaman, manakala dialek-dialek turunannya dianggap sebagai representasi permukaan. Dalam kajiannya tentang dialektologi generatif bahasa Melayu, Zaharani (1993) telah memilik dialek baku sebagai bentuk dalaman yang mewakili bahasa sumber dan kewujudan pelbagai dialek dalam bahasa Melayu disebabkan oleh empat faktor utama iaitu (i) penambahan rumus, (ii) penghilangan rumus, (iii) atur rumus dan (iv) simplifikasi rumus. 3.2 Penambahan Rumus Apabila bunyi berubah dan melibatkan satu inovasi, gejala ini dihuraikan sebagai proses penambahan rumus (Lehman 1973, 169). Sesuatu dialek itu berbeza apabila ada pertambahan satu atau lebih rumus dalam nahunya. Pertambahan rumus menggambarkan perkembangan terbaru yang berlaku dalam sesuatu dialek hasil daripada peredaran masa yang mendorongkan 12

dialek tersebut menyimpang daripada bentuk asalnya. Berdasarkan data (1), pertambahan rumus didapati berlaku dalam dialek Kedah. Dialek ini telah mengubah bunyi lateral /l/ menjadi bunyi geluncuran . Rumus ini melibatkan perubahan fitur dan boleh diformalisasikan seperti di bawah. Rumus penggeluncuran /l/ l

j / ___ #

3.3 Penghilangan Rumus Penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujud dalam bahasa sumber, tetapi tidak lagi dikekalkan dalam dialek turunannya. Untuk menentukan rumus asal dalam bahasa sumber, lazimnya kaedah perbandingan sinkronis digunakan. Apabila sesuatu rumus itu dimmanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumus itu dapat dianggap sebagai rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber (King 1969, 176). Rumus pengguguran /r/ r

 / ___ #

3.4 Perbezaan Atur Rumus Dalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakan secara berurutan iaitu satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain.Atur rumus itu penting kerana aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza. Dalam konteks kajian dialek, perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza. 13

Antara rumus-rumus fonologi yang mempunyai kesan atur rumus ke atas dialek-dialek Melayu ialah rumus pengguguran /r/ dan rumus pembundaran vokal yang mengubah bunyi vokal /a/ menjadi  di akhir kata. Rumus pembundaran vokal a

 / ___ #

3.5 Simplikasi Rumus Rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja, dan kemudiannya dipermudahkan dengan melibatkan beberapa bunyi lain dikenali sebagai simplifikasi rumus. Bunyi-bunyi ini biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama. Misalnya, rumus pengguguran /r/ yang wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkan konsonan /r/ sahaja. Rumus ini beroperasi secara aktif dalam dialek Johor. Namun, dalam dialek Kelantan dan Terengganu, rumus pengguguran ini telah dipermudahkan dengan menggugurkan semua bunyi likuida dan geluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/.Bunyi-bunyi ini tergolong dalam satu kelas natural yang boleh dispesifikasikan sebagai + sonoran, - silabik, - nasal. Pengguguran konsonan sonoran bukan nasal /,r,j,w

 / ___ #

Kesimpulannya, dialektologi generatif menjelaskan bahawa kepelbagaian bentuk permukaan yang direalisasikan dalam dialek-dialek Melayu itu disebabkan oleh pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman bahasa sumber. Rumus-rumus fonologi ini meliputi penambahan rumus, penghilangan rumus, perbezaan aur rumus dan simplifikasi rumus.

14

4.0 Hasil Kajian Dalam melaksanakan tanggungjawab dan

tugasan ini kami memfokuskan kajian

terhadap subdialek Kelantan Persisiran. Subdialek ini dituturkan di daerah Kota Bharu. Di sinilah terdapat pusat pentadbiran perdagangan dan penyebaran budaya Kelantan. Di sinilah juga terdapat tempat bersemayam keluarga Diraja Kelantan. Dengan itu subdialek yang dituturkan di daerah ini oleh orang-orang Kelantan sendiri yang dianggap sebagai subdialek yang “tinggi” yang menjadi tolok (model) dalam penggunaan bahasa bagi orang-rang Kelantan dari daerahdaerah lain. Penyebaran sesuatu ciri bahasa lebih mudah berlaku antara satu kaeasan pusat dengan dengan kawasan pusat lainnya. Dengan itu dibandingkan dengan subdialek-subdialek lain Kelantan, subdialek kota Bharu lebih banyak menerima pengaruh dari bahasa standard, khususnya dalam perbendaharaan kata, dibandingkan dengan subdialek-subdialek lain. 4.1 Sistem Vokal Vokal-vokal Vokal-vokal dalam subdialek Kota Bharu ini semua lapan iaitu i , e, ẻ, ě, a, o, ȏ. Vokal ẻ dan a merupakan vokal kardinal primer, sedangkan vocal-vokal yang lain merupakan vokal kardinal sekunder. Untuk kemudahan percetakan, vokal-vokal kardinal sekunder itu selanjutnya tidak diberi lambang khusus. Dari segi distribusinya, kesemua vokal tersebut, kecuali vokal pepet ě dapat menghadiri lingkungan akhir kata. Dalam perbandingan ini kita akan lihat bahawa sesungguhnya vokal15

vokal tersebut terdapat dalam lingkungan yang berkenaan, tetapi kesejajarannya dengan dialekdialek yang lain itu tidak perlu terdapat dalam perkataan satu – lawan – satu, kerana sesuatu vokal tertentu dalam lingkungan akhir kata dalam dialek Kelantan boleh jadi kesejajaran dengan urutan VK d lam bahasa standard. Penyebutan vokal-vokal i, e, u, dan o dalam lingkugan-lingkungan yang terizin oleh sistem fonologi subdialek ini tidak banyak bezanya dengan yang terdapat dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, kecuali adanya ciri kardinal sekunder pada sifat cardinal vokal-vokal berkenaan di mana releven. Misalnya: KB

BS

gigi

api

děbu

děbu

pěluh

pěhul

Konsanan a akhir kata dalam bahasa standard kelainan –a, atau konsonan pepet dalam bahasa standard kelainan pepet, yang terdapat dalam lingkungan akhir kata, mempunyai kesejajaran dalam vokal ȏ dalam subdialek ini. Misalnya: KB

BS

bahasȏ

bahasa

sapȏ

siapa

gilȏ

gila

16

Vokal a dala suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal ȏ, dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam bahasa standard merupakan hentian glottis (q) atau frikatif glotis (h) Misalnya: KB

BS

galȏq

galak

gambȏq

gamak

mȏq

mak

Jika dalam bahasa standard, konsonan penutup kata itu merupakan t atau p, maka t atau p ini digantikan oleh hentian glotis dalam subdialek ini, dan a sebelumnya itu dipertahankan. Misalnya: KB

BS

kětaq

ketat

siaq

siap

tětaq

tetap

Di samping itu, a yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata akhir tertup mempunyai kesejajaran dalam ẻ dalam subdialek ini. Misalnya: KB

BS

malễ

malam

padễ

padam, padang

butễ

butang

17

Konsonan a yang dalam bahasa standard terdapat sebelum s akhir kata adalah dalam dialek ini dipertahankan, sedangkan s digantikan dengan h Misalnya: KB

BS

bělah

bělas

kilah

kilas

Demikian juga halnya denga a yang dalam bahasa standard diikuti oleh l dan r akhir kata. Cuma dalam subdialek yang diperkatakan ini, l dan r dihilangkan. Misalnya: KB

BS

maha

mahal

těba

tebal

měka

mekar

mawa

mawar

4.2 Diftong Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong seperti aw dan ay yang terdapat dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan a dalan subdialek ini.

18

Misalnya: KB

BS

pisa

pisau

pula

pulau

kěda

kědai

paka

pakai

Diftong ay yang bukan merupakan unsur akhir kata yang digantikan dengan ẻ, dan ini terdapat dalam contoh yang terbatas seperti hẻran (hairan, heran) Rangkap Vokal Subdialek Kota Bahru ini mempunyai banyak rangkap vokal yang boleh dibandingkan seperti berikut: (i)

rangkap depan

- ae, ui, ue,

(ii)

rangkap tengah

- ia, ua

(iii)

rangkap belakang

- io, iȏ iu, uȏ

Contoh rangkap depan Misalnya: KB

BS

baegh

baik

kaeng

kain

kueh

kuih

cuiq

cuit

bue h

buih

19

Contoh rangkap tengah - Misalnya: KB

BS

bia

biar

siaq

siap

jua

jual

suaq

suap

Contoh rangkap belakang - Misalnya: KB

BS

lio

liur

rioh

riuh

diȏ

dia

biȏq

biar

tiȏp

tiup

4.3 Sistem Konsonan Konsonan-konsonan yang terawatt dalam subdialek ini adalah seperti berikut: Plosif/Hentian

p, b, t, d, k, g, q

Nasal

m, n, ny, ng

Frikatif

s, h, R

Afrikat

c, j

Getaran

r

Lateral

l

Separuh Vokal

w, y

20

4.4 Konsonan Plosif/ Hentian Di antara konsonan-konsonan dalam golongan ini, yang dapat menduduki lingkungan akhir kata hanyalah hentian gloktis. Dengan itu juga konsonan-konsonan plosive lain yang dalam bahasa standard dapat menjadi unsur akhir kata digantikan dengan hentian glotis dalam subdialek ini. Misalnya: KB

BS

adaq

adat

ȏbaq

ubat

isaq

hisap

iřuq

hirup

4.5 Konsonan Nasal Keempat-empat konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek ini boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Konsonan nasal yang terdapat menjadi unsur akhir kata ialah ng dan wujudnya dalam lingkungan demikian itu hanya selepas vokal-vokal i, e, ẻ, u, o dan ȏ dalam hal ini. Begitu juga bahawa konsonan-konsonan nasal lainnya, iaitu m dan n yang dalam bahasa standard terdapat sebelum vokal-vokal tersebut, mengalami penggantian dengan ng dalam subdialek Kota Bahru.

21

Misalnya: KB

BS

kucing

kucing

giling

giling

řẻng

těnaga

singong

sigung

sȏkȏng

sokong

Misalnya: KB

BS

kulong

kulum

minung

minum

gěřung

gěrun

tahung

tahun

museng

musim

Di samping itu, ada perkataan-perkataan yang dalam bahasa standard berkhir dengan suku kata terbuka, khususnya dalam vokal i dan u, tetapi yang dalam subdialek ini berakhir dengan –ing dan –ang. Misalnya: KB

BS

bining

bini

kěraning

kerani

ilmung

ilmu

22

Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum konsonan nasal terakhir iaitu m, n dan ng, konsonan nasal tersebut akan mengalami proses pelemahan yang akhirnya kesemuanya itu dengan penyegauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal tersebut dan vokal tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi ẻ. Misalnya: KB

BS

tanễ

tanam

tamễ

taman

dalễ

dalam

binatễ

binatang

4.6 Konsonan Frikatif Konsonan frikatif s hanya terdapat dalam lingkungan sebelelum dan antara vokal. Misalnya: KB

BS

sapi

sapi

susu

susu

Dalam lingkungan sebelum kesenyapan konsonan ini mengalami penggantian dengan h, tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya. 23

Misalnya: KB

BS

ati

hati

ingus

hingus

pitah

pintas

pědah

pedas

Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan akhir kata.Dalam lingkungan akhir kata, h dalam subdialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s dalam bahasa

standard.

Jika

mengalami perubahan pada

kesejajarannya nilai

itu

bunyinya.

h,

maka

Tetapi

a

yang

perubahan

mendahuluinya

tersebut tidak

itu

berlaku

jika kesejajarannya itu ialah s. Kesejajaran dalam subdialek Kota Bharu dengan h dalam bahasa standarad sebelum vokal-vokal lain adalah seperti yang berikut: KB

BS

salȏh

salah

suboh

subuh

lěteh

letih

Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah seperti yang berikut: KB habih hase tahung mahliga

BS habis hasil tahun mahligai

24

4.7 Konsonan Afrikat Seperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam subdialek Kota Bharu ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonankonsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Misalnya: KB

BS

Cinȏ

Cina

cicȏq

cicak

jagȏ

jaga

jěřaq

jerat

4.8 Konsonan Lateral Konsonan lateral tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau bagaimanapun, sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpa menimbulkan perubahan pada nilai bunyi vokal sebelumnya. Sebagai contoh: Misalnya: KB

BS

lapu

lampu

lalaq

lalat

luah

luas

kate

katil

aka

akal

25

4.9 Pemanjangan Kosonan Subdialek Kota Bharu ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak pada awal kata. Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini merupakan proses dalam kata, maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri daripada tiga suku kata yang suku kata pertamanya digugurkan. Suku kata yang digugurkan itu akan digantikan dengan

menimbulkan

kepanjangan pada konsonan pertama pada suku kata kedua perkataan yang berkenaan. Suku kata yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan boleh juga tidak. Dalam kes yang pertama, suku kata tersebut merupakan ciri

morfologi, yakni suku kata berkenaan merupakan

salah satu awalan. Sebaliknya, dalam kes yang kedua, suku kata yang terlibat hanya merupakan ciri fonologi sahaja bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku kata yang demikian itu tidak mendukung sebarang makna.Misalnya: KB

BS

nnikȏh

nikah

nnakoq

pěnakut

nnaři

pěnari

ssusȏh

bersusah

jjalễ

běrjalan

ttupaq

ketupat

nnatễ

binatang

mmaři

almari

26

Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda. Dalam hal ini, unsur pertama pada kata berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama konsonan awal pada unsur kedua itu dipanjangkan. Misalnya: KB

BS

kkuřȏ

kura-kura

řřamȏ

rama-rama

llabi

labi-labi

Jika proses itu merupakan antara kata, maka proses tersebut khususnya yang berlaku dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang mengikutinya, kata depan yang berkenaan mengalami pengguguran. Dengan itu, konsonan pertama pada kata nama berkenaan mengalami pemanjangan. Kata depan yang terlibat hanyalah ‘di’, ‘pada’ dan ‘ke’. Misalnya: KB

BS

ssanȏ

ke sana

ssini

ke sini

kkěbon

ke kebun

ddalễ

di dalam

bbaju

pada baju

27

5.0 Kesimpulan Berdasarkan kajian yang dijalankan, dialek Kelantan yang digunakan oleh masyarakat Kelantan khasnya serta masyarakat berdekatan sekitar negeri Kelantan sudah mula popular dalam kalangan masyarakat negeri lain. Faktor seperti penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri-negeri lain terutama kawasan Lembah Klang banyak mempengaruhi pertuturan dialek ini. Selain daripada itu, keunikan bahasa ini turut menarik minat penutur negeri lain untuk bertutur menggunakan dialek tersebut. Walaupun dialek Kelantan agak berbeza dengan dialek negeri-negeri lain, namun keindahan dialek ini dari sudut fonologinya banyak mempengaruhi perluasan penggunaannya terhadap penutur daripada negeri-negeri lain. Terdapat juga perkataan lain dalam dialek Kelantan yang mempunyai makna dalam bahasa standard turut menjadikan dialek ini semakin popular. Drama-drama serta dokumentari yang melibatkan suasana dan masyarakat Kelantan menjadikan dialek ini semakin dikenali dalam kalangan masyarakat luar Kelantan. Masyarakat Kelantan yang tidak malu menggunakan dialek mereka turut mempengaruhi perkembangan dialek ini. Namun begitu, kesukaran memahami beberapa patah perkataan dalam dialek Kelantan ini menyebabkan dialek ini tidak dapat berkembang dengan lebih meluas. Kebimbangan masyarakat luar Kelantan tentang sebutan dan semantik bagi sesuatu perkataan dalam dialek ini turut membataskan penggunaan dialek ini. Terdapat juga beberapa patah perkataan dalam dialek ini menimbulkan rasa kurang enak dalam kalangan penutur bahasa standard kerana pada sangkaan mereka mempunyai maksud yang tidak baik.

28

Bibliografi

1. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan FonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd.

2. Ajid Che Kob. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas Monograf 5. UKM

3. Asmah Haji Omar,1977. “Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu”.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Asmah Haji Omar, 2008.“Susur Galur Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Collin JT & Hussin Dollah 1988. Catatan Fonologi Kelantan: Konsonan Jurnal. DBP 32 : 874-887

6. Zaharani Ahmad,2006. “Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

29